Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, February 22, 2016

Hal Exco Dah Selesai Dah... Tapi Ada Lagi Yang Belum Selesai...


Dah selesai majlis angkat sumpah Exco Kerajaan Negeri... semua tersenyum lebar. Yang dikatakan konon-konon akan digugurkan, tak digugurkan pun sebenarnya... membuktikan itu hanyalah cakap-cakap negatif mereka yang kecewa...

Dah.. saya kalau boleh dah tak mau dengar sebarang provokasi dah. Semua Exco dikekalkan juga pada saya membuktikan pihak yang memilih untuk mengekalkan itu bersikap profesional dan memikirkan yang terbaik untuk semua...

Tukar portfolio itu perkara biasa... cuma tukar bidang kuasa saja. Tidak salah dari sudut syarak, pelembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri Kedah.. Jadi, tiada apa pertikaian yang perlu ditimbulkan...

Kalau boleh, saya tak mau dengar ada yang kata ada "kuda trojan" kaaaa... ada "gunting" kaa.. ada apa kaaa.. Tolong stop. Semua statement negative tu tak membantu pun memperkukuh parti.. hanya memecah belahkan...

Tutup bab Kerajaan Negeri, buka pula bab UMNO Negeri...

Khabarnya yang lama sudah dipanggil semula. Yang lama yang dijemput semula tu bukan calang-calang. Depa la yang bagitau dulu kita dijangka kalah 2008 dan depa ni jugak la antara jentera utama yang memenangkan UMNO kembali pada 2013... 

Khabarnya lagi, otai-otai berbisa tu akan digandingkan dengan geng baru yang bijak buat kerja tapi kurang pengalaman. Saya yakin, dengan resepi otai disatukan dengan geng baru ini, akan ada perubahan dari sudut kehebatan "enjin" yang akan dipacu nanti...

Ada la kawan-kawan lama yang kata bahawa beberapa "part-part lama" di tingkat 7 tu yang perlu ditukar atau dibersarakan. Katanya, "part-part lama" tu dah tak boleh repair dah, kena tukar baru.. 

Saya tak pasti siapa yang kawan-kawan saya katakan tu sebab saya tak kerja kat situ dan dah lama tak ke tingkat 7 atau 6... Jadi saya tak boleh nak komen apa-apa tentang saranan "tukar part baru" tu... 

Lagipun, kebanyakan yang ada ditingkat 7 atau 6 tu saya kenal depa... so saya tak boleh nak komen sebab saya taktau kedudukan dan rasionalnya...

Cuma saya mohon, jika enjin sudah dihidupkan nanti, saya yakin semua dah boleh berjalan dah... saya minta, jangan berjalan... tapi perlu berlari... sekarang ni dah suntuk sangat dah masa... dah kena berlari dah... tak boleh tunggu lama...

Susun strategi macam dulu, diubahsuai dengan idea-idea baru dari geng-geng baru... generate strategi konvensional yang kreatif bersesuaian dengan zaman... brain storm balik... keluarkan balik server tu dari store...buat tour pusing keliling negeri dan jangan berhenti selagi belum tiba hari mengundi...

Paling penting, report kena accurate. Kalau hitam, kata hitam, jangan dok pi kata putih pulak. Otai lama tau isu ni... rujuk padanya. Tapi saya yakin, semua yang ada nanti akan mampu handle semua ni... semua dan biasa dah buat... yang kurang biasa tu maka biasa-biasakanlah diri... heh!

Akhir kata.. selamat berjuang parti UMNO/BN di Kedah... saya mesti pilleeehhhh..! Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!