Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, February 21, 2016

AGAKNYA SIAPA ANGKAT SUMPAH JADI EXCO ESOK?

Antara 14 ADUN yang layak jadi Exco kecuali Datuk Paduka Rozai sebab beliau speaker dan bukan Adun
Saya dapat tahu dari sini, esok barisan Exco dijadualkan angkat sumpah di Istana Anak Bukit. Walaupun dikatakan tempoh lantikan Exco belum berakhir, tapi depa akan angkat sumpah sekali lagi esok. 

Mungkin itu nasihat dari Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kedah...Saya tak kisah bab tu. Saya difahamkan Exco sebelum ni dikekalkan.. lepas tu ada pulak yang kata bakal ada kejutan. Lepas tu ada pula yang kata ada yang bakal digugurkan... lepas tu ada yang kata kekal, tapi ada penambahan Exco..

Macam-macam versi yang saya dengar. Lebih kurang macam kes Ustaz Kazim jugak la.. Sampai ada yang kata mati dan sebagainya. Padahal Ustaz Kazim still alive... So saya pekak kan telinga dan malas dah nak dengar cakap-cakap orang ni... 


Agak-agak siapa yang layak jadi Exco? Saya yakin, kalau tanya penyokong Adun-Adun BN tu, semua akan kata 21 Adun BN tu layak dilantik menjadi Exco. Memang itu antara syaratnya, kan? Hanya Adun saja layak dilantik jadi Exco... So what?

Hakikatnya, Mukhriz pun layak jugak jadi Exco. Tapi kalau ditawarkan, mungkin Mukhriz akan tolak la... Timbalan Menteri lagikan ditolak, apalah sangat setakat jawatan Exco tu..kan?

Sebenarnya, saya langsung tak hirau pasai Kerajaan Negeri. Saya lebih concern tentang UMNO Negeri. Dah start enjin ke belum boss? Dengar kata tak jalan hari tu. Tak tau la pasai takdak enjin ka, takdak tayar ka.. tapi dengar kata memang 'almost nothing had been done' la...

So, bila dah 'overhaul' ni, saya harap enjin dah di start. Masa 'honeymoon' dah habis. Semua tayar dah pasang belum? Ka baru nak warm up? Saya dah lama tak jengok UMNO Kedah di Bangunan Tunku. Hari tu ada la pi jengok sat sebab ada orang nak jumpa... tapi sat saja pi.. tak jumpa pun sebab saya takleh nak tunggu lama-lama.. maklum la saya ni bekerja kuli kang... 

So saya harap semuanya molek-molek belaka. Enjin dah start.. tayar dah pasang.. minyak gear dah isi, minyak itam pun dah isi... petrol pun dah isi penuh, kan? Cuma tunggu bergerak saja...

Apa yang saya tahu, saya tetap di Kedah. Biar apa pun, saya akan pertahan UMNO dan BN di Kedah. Susah atau senang, itu yang akan saya perjuangkan. Saya kira parti, bukan individu. Individu akan mati, tapi UMNO dan perjuangannya akan tetap hidup...

Sepanjang hidup saya hampir 40 tahun, saya dah pi ke beberapa negara, termasuk negara maju atau membangun. Arab Saudi pun dah jejak. Tapi saya belum jumpa lagi negara yang sebagus kerajaan UMNO/BN di Malaysia dari sudut jaga Islam, Melayu dan negara... 

Jadi, berdasarkan kedudukan saya yang bermastautin dan pernah berjuang memenangkan UMNO/BN di Kedah pada PRU 2013 yang lalu, maka saya istiqamah, tetap berjuang mempertahankan kuasa pentadbiran UMNO/BN di sini... maaf, saya takkan kalih...

Saya tetapkan pendirian sebegitu sebab saya pejuang parti. Itu saja sumbangan yang boleh saya buat selagi saya hidup. Sama ada pemimpin atau jentera UMNO di Kedah nak terima atau tak terima saya, saya tak kisah pun... ikut suka depa.. depa ada kuasa, saya hanya ada perjuangan...

Saya harap semua "clear" dengan penjelasan tentang pendirian saya ni... jangan tanya lagi dah. Kalau rasa perlukan saya, depa tahu mana nak cari saya. Kalau rasa tak perlukan saya, saya okay jer bergerak sorang... heh! Dah biasa dah... alah bisa tegal biasa... 


So... jumpa lagi pada penulisan lain.. ma'assalaamah... Wassalamualaikum wbt...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!