Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 20, 2016

SAPA YANG GATAI USIK TOK BASHAH NI..?

Teringat zaman dolu-dolu.. amik gambaq curi-curi...
Apa yang berlaku semalam telah memaksa saya untuk menulis di blog yang sudah sekian lama tidak terusik ini. Ada orang di luar sana yang cuba "usik" keharmonian dan keamanan suasana UMNO di Kedah nampaknya. Tak tahulah kenapa, tiba-tiba Ahmad Bashah jadi mangsa depa.. habis diviral video Tok Bashah terlelap mata di majlis istana...

Saya tak mau persoalkan dari sumber mana depa dapat rakaman video tu. Perkara tu saya yakin ada pihak yang akan uruskan.. biasalah, kalau PAS ada setan dalam jemaah, UMNO kat Kedah ni pun apa kurangnya, kan?

Saya tahu Tok Bashah tak sehensem Richard Gere atau Tom Cruise. Saya pun tahu Tok Bashah ni tak dapat CGPA 3.89. Saya pun tahu Tok Bashah ni tak kaya raya macam Bill Gates atau Dr Vida. Beliau tak glamour pun macam Anwar Berahim atau Tun M...

Tapi apa yang saya tahu, Tok Bashah ni la yang susah payah dulu selama 5 tahun jadi Pengerusi UMNO Negeri kat Kedah ni. Beliau la yang "disepak terajang" puak-puak yang tak puas hati di UMNO-UMNO Bahagian kat Kedah ni. Dia la yang dok cari dana sana-sini untuk tampung perbelanjaan UMNO di Kedah yang tak pernah cukup tu...

Saya juga tahu, Ahmad Bashah tu la yang orang Kedah dok "ragaih" dulu? Beliau takdan nak jumpa, depa kata sombong. Dia luangkan masa, curi masa jumpa, depa mintak macam-macam dari dia. Dia la yang dok pening kepala pikiaq macamana nak rampas balik Kedah dari PAS dulu...

Saya tahu dan yakin, Datuk Ahmad Bashah la individu yang bertanggungjawab susun segala gerak kerja, strategi itu ini, turun hemoi sana sini. Kena kutuk dan maki ni tak payah cerita la, tapi dia redah buat jugak sedaya mampu dia.. 


Lebih kurang sebulan dua sebelum PRU ke-13, saya dapat tahu Datuk Ahmad Bashah ni tak jadi MB walau dia berjaya sekalipun rampas Kedah dari PAS. Saya rasa dia tahu, ada beberapa orang tahu, tapi kami diamkan saja. Saya lihat, dia tetap buat kerja, malah bertambah semangat pulak dia buat kerja.. bila saya tanya, dia kata "all out, nothing to loose"... lebih kurang lagu tu lah ayat dia...

Bila dia dilantik dari Timbalan Menteri, dia tak pernah pulak meragam atau buat perangai tak senonoh. Takdak pulak timbul kata dia protes takleh jadi MB, jauh sekali sebut nak letak jawatan, keluaq dari UMNO atau nak jatuhkan Najib... Dia cool ja tak kacau orang sambil buat kerja dia...

Macamana saya tau? Saya tau la sebab saya ikut perkembangan dia dari dulu lagi... sejak dari title Datuk sampai la sekarang dah dapat Datuk Seri, saya ikut ja perkembangan dia kat dunia realiti dan maya... 

Tiba-tiba pulak semalam depa serang dia? Kalau yang serang tu puak pembangkang, saya faham la. Tapi yang serang dia ni puak cybertroopers pro UMNO. Saya pun tak berapa kenai puak tu. Taktau la nama apa depa panggil "Ratu" ke apa ke.. dan sebuah page pesbuk berkaitan Tun M pun khabarnya ada serang Tok Bashah gak...

Saya nak tanya la puak ni, masa Tok Bashah kerja keras susah payah nak rampas Kedah dulu, ada depa bantu dak? Mana depa time tu di Kedah? Depa kenai dak sapa Tok Bashah ni dan tiba-tiba nak "tembak" dia tak tentu hala? Hangpa ni tau dak budaya politik Kedah ni lagu mana?

Saya ni mungkin la baru setahun jagung dalam dunia blogging ni. Tak macam puak ratu apa nama tak tu dan tak hebat la macam page pesbuk tu. Tapi saya ada etika dan berpegang pada prinsip. Saya takkan buat perkara yang rugikan UMNO dan serang orang tak tentu hala...

Satu perangai saya, saya tak teragak-agak untuk mintak maaf secara terbuka jika buat salah kat sesapa pun. Dengan syarat, tunjukkan salah saya dengan niat ikhlas. Tapi apa yang depa buat ni betoi-betoi salah pada pandangan saya. Jadi, saya tunggu la depa mintak maaf pada Datuk Seri Ahmad Bashah.. bila agaknya tu?

Saya cuma nak tanya budak-budak pesbuk dengan team dia dan sebuah portal tu, apa faedah depa siar dan sebarkan video tu? Saya dimaklumkan kononnya depa ni "pejuang UMNO sebenar" yang kononnya tak diupah, sukarela untuk "bersihkan UMNO" dari dalam. Tapi apa yang depa buat ni betul-betul mencerminkan "perjuangan" dan "pejuang UMNO" ke?

Saya bukan jenis terus percaya pada khabar angin. Betoi la ada orang kata jawatan MB akan bertukar tangan dalam masa terdekat ni. Tapi cerita tu belum sah dan belum pun diputuskan. Apa yang saya tahu, hanya Najib saja yang kuasa untuk putuskan. Itupun setelah berbincang dengan mesyuarat MT, bukan Najib buat keputusan sorang-sorang dia pun...

Lagipun, saya baru ja sembang dengan seorang member yang kerja kat pejabat Mukhriz. Dia pun tak dengaq cerita apa, sekaligus menafikan kesahihan cerita tu.. Katanya, depa buat kerja macam biasa la sebab cerita lagu tu depa dah dengaq dari tahun lepas lagi... Tu yang saya kata tu.. yang depa tu dok kalut serang Tok Bashah tu apahal? Tang mana dosa Tok Bashah kat depa?

Jadi, sebelum cerita tu disahkan atau diumum, yang dok pi meroyan sakan tu apahal? Pre-emptive? Hangpa sapa? Hangpa Ketua UMNO Bahagian Kedah tang mana? AJK Bahagian mana? Ketua Cawangan kat negeri mana? Saya yang dok kat Kedah ni tak kalut pun aihhh...

Selaku "orang baru" dalam dunia blogging politik ni, saya mintak la jasa baik dari "otai-otai tersohor bertaraf dunia antarabangsa" tu supaya tak buat perangai budak-budak tak tentu hala. Toksah dok buat tahana, ingat sama dosa pahala...

Sorry lah.. saya tak reti maki hamun macam orang lain. Kala ada pun, itu dulu. Duke yang dulu bukannya yang sekarang. Next time, sebelum buat sesuatu, pikiaq la panjang-panjang, ingat dosa dan pahala, hukum dan hakam, jaga kepentingan jemaah parti melebihi peribadi... jangan dok rasa kuat tak tentu hala... ingat dah letak nama "ratu", ditambah dengan "naga" tu dah kira besaq sangat dah?

Saya sedar saya ta sehebat "ratu" atau "naga". Rasanya Ketua Bahagian saya pun tak kenai saya, apatah lagi Tok Bashah, mahupun Mukhriz sendiri. Depa mungkin kenai rapat dengan "ratu". Jadi, saya dengan rendah diri mintak maaf kat "ratu and the gang" kalau  terasa dengan tulisan saya ni.. saya ni bukan apa... cuma berniat menegur seikhlas hati atas ketelanjuran yang tidak sepatutnya dilakukan oleh "otai-otai" seperti depa...

Sampai ke temu lagi ke nukilan yang akan datang, wassalamu'alaikum wbt....wallahu'alam.


1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya hang lambat seminit bro. Depa dh tahu & ada angin mb nk kena tukaq. Nama calon mb gantikan mukhriz ialah dato' ahmad bashah. Tu pasal depa dok cari isu nk aibkan dato' bashah. Dptlah kekupang dua video gambaq dato' bashah tidoq tu. Depa nk tunjuk yg dato' bashah ni tak guna & kaki tidoq. Hari ni dok bising cerita ketua bahagian nk mb ditukar...lagu tu la cerita dia...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!