Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 21, 2016

NAK TUKAR MB ATAU PENGERUSI, INI KENYATAAN SAYA...


Saya bertemu ramai orang hari ni. Sms, Whatspp, telegram pun banyak terima. Semua bertanyakan isu yang sama. Apa dah jadi dengan UMNO Kedah? Kenapa Tok Bashah? Kenapa Mukhriz?

Pada mereka yang bertanya saya secara berdepan bersemuka atau telefon, saya sengih menyeringai. Tak tahu lah bro, aku bukan UMNO Kedah. UMNO Kedah tu pun dah lama tak pijak. Itu jawapan saya.

Bagi mereka yang hubungi saya melalui Sms, Whatsapp dan sebagainya, ada sebahagian yang saya jawab, malas nak amik tau, lantaklah, dan ada yang langsung saya tak jawab... heheheee...

Maaf, bukan saya bermaksud untuk berahsia atau tidak menyatakan sokongan kepada sesiapa...

Pendirian saya mudah. Sama ada Mukhriz atau Tok Bashah atau sesapa pun sekali jadi MB Kedah, ia tidak memberi kesan pada saya. Maksud saya, saya tetap perlu pertahankan kemenangan UMNO di Kedah pada PRU ke-14 walau siapa pun jadi MB...

Maknanya, walau Tajudin atau Ahmad Lebai Sudin atau Zaini atau Pak Tam jadi MB Kedah sekalipun, saya perlu pertahankan UMNO/BN di Kedah nanti.. sama ada saya suka atau tidak, itu perlu saya lakukan nanti pada PRU ke-14...

Sama ada susah atau senang untuk pertahankan, saya perlu terimalah cabaran tu. Jika dulu ketika PAS perintah Kedah, itu kerja mudah. Serang saja PAS dan Pakatan Haram, pastikan depa tumbang. Itu saja target...

Jadi, untuk menyelesaikan isu ni, saya serahkan segalanya kepada tiga pihak dan saya akur dengan apa saja keputusan mereka. 

1. Jemaah Pemangku Sultan (sama ada memperkenan atau tidak keputusan Presiden BN) 
2. Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (sama ada beliau setuju dengan kehendak majoriti pemimpin UMNO Kedah, mencadangkan calon MB baru pada Jemaah Pemangku Sultan, atau tidak bersetuju menukar MB, atau berkeputusan menukar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah 
3. Adun-Adun Kedah (applicable only di sidang DUN Kedah) 

Sebenarnya, untuk mengekalkan kuasa dan kemenangan itu adalah lebih sukar. Setuju atau tidak, itu pandangan saya berdasarkan pengalaman bertahun-tahun menyusun pelbagai gerakan dan strategi dulu..tanya orang-orang lama, depa taulah... 

Hanya mereka yang benar-benar rapat dengan saya saja yang tahu pendirian saya. Dan mereka yang benar-benar tahu itu tidak lebih dari 5 orang pun dan tidak perlulah tanya siapa mereka. Cukuplah jika saya katakan perjuangan saya tetap demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...

Hangpa nak bergaduh? Pi main jauh-jauh... saya ada banyak lagi kerja berfaedah nak buat... dari attack sesama sendiri, baik hangpa pi serang Mahfuz ka.. Mat Sabu ka.. Nasir Mustafa ka.. Guan Eng ka.. Kit Siang ka... ada juga faedahnya... heh!

7 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dan sokong pandangan tuan. Kita ada pengalaman waktu osman arof dulu. InsyaAllah saya akan tetap sokong umno / bn di pru akan datang.

Anonymous said...

Setuju pastikan UMNO tetap utuh

Sape saja boleh jadi MB Kedah.
Saya tak nampak pun UMNO tenat ke, jatuh ke. UMNO tetap utuh

Anonymous said...

Utamakan parti...parti lebih penting...
Nak selamatkan mb kedah skrg...ada ker tak ada tetap sama...
Mmg sesetengah kita berkecil hati apabila ungkapan sombong dia mengutuk seseorg dgn perkataan bengap dlm isu sesuatu...
Malang....dia lupa bapak dia pernah jadi bengap krn buat perjnjian bodo dan bangang sehingga menyusahkan rakyat sehingga skrg.Perjanjian bengap yg hanya menguntungkan waris dan kroni....
Setelah apa yg dilakukan oleh bapaknya selama ini yg giat menjatuhkan org lain demi harta dan kuasa....rakyat dah jelik memandang pada waris yg akan meneruskan legasi 22 tahun.Cukup2lah...rakyat dah nampak lakonan puak2 kaya dan mewah yg gila memewahkan waris dan kroni....

Anonymous said...

Tapi dia mukriz bole menjatuhkan umno kedah. Inilah sbb dia kena go..
Sekam dlm padi.. Bantah dlm diam..

jgn jd sohchai said...

jgn dok mimpi umno masih kuat. bangun bangun

KZSO said...

Itu cakap orang umno. Cakap orang kedah ialah mahu ajar najib, geng 14 dan umno bahawa kuasa bukan terletak kepada mereka ini tapi ialah kuasa terletak ditangan rakyat kedah sendiri. Terima kasih kepada najib, geng 14, selepas pru 14 kedah diperintah pas. Rakyat kedah nak ajar mereka ini...

Anonymous said...

Betul yg penting tu UMNO

Di Kedah pemimpin UMNO yg tuntut MB undur.
Rakyat Kedah nampak macam mahu MB sekarang.

Saya nampak macam marahkan TMM dan cuba sinkirkan MB tapi RAKYAT masih sukakan MB ni.

Adakah cubaan anti-TMM ni tak menjadi sebab RAKYAT sayang sangat dengan MB

Bila Kak Su Bersuara... Heh!