Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, November 17, 2015

YA! AKU MASIH HIDUP... BLOM MATI LAGI BRO... HAHAHAAA...


SubhanAllah.. dah lama benar rasanya aku tak menulis kat sini. Dah bersawang.. semak samun naik merata cerok.. jenoh jugak la aku bersihkan itu dan ini.. maaflah sebab dah laman tak update blog ni.. rasa macam tak menang tangan kadang-kadang tu...

Mana-mana aku pergi, ramai kawan-kawan yang tanya aku.. kenapa dah lama tak update blog. Selalunya aku jawb dengan senyuman... taktau la depa tafsir lagu mana senyuman aku tu... tapi aku ada jawapan yang tersendiri...

Aku ingat lagi dulu, masa berjuang bermati-matian, bertahun-tahun menulis dalam blog ni demi merampas Kedah balik dari jajahan PAS. Segenap cerok aku redah... merata tempat aku merempat.. lelah, peluh, tenaga, masa, wang ringgit, keluarga semuanya terpaksa berkorban...

Lepas Mei 2013, memang aku banyak masa lapang aku. Time tu, aku cari kerja. Kena kerja beb.. nak sara keluarga. Macam-macam kerja halal aku buat, termasuklah berniaga tepi jalan kat Alor Setar tu... 

Bila Kak Su Bersuara... Heh!