Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, March 31, 2015

AWAT PENIAGA ZAMAN NI TAK MAU CONTOHI PENIAGA YANG BAGUIH NI?


Secara peribadi, memang saya pun terkesan dengan GST... saya rasa, makcik Limah dengan pakcik Haron kat Kampung Pinang Sebatang tu pun terkesan jugak dengan GST... 

Itu pun kalau kami beli barangan kehendak la... kalau barang keperluan rasanya tak kena bayar GST... kalau tekak rasa nak minum kat Starbuck tu... terkenangkan GST terus tak jadi... heh!

Tapi saya salute la dengan Mydin ni... orang business lain dok sebok kira GST kat syarikat masing-masing, Mydin selamba ja serap GST tu ke syarikat depa.... maksudnya, kalau beli barang kat Mydin memang tak kena GST la maksudnya, kan? 

BILA BENDA NI NAK SAMPAI KE KEDAHHHH...???

Saya nak tanya.... perkara ni betul-betul saya nak tanya....kenapa tak buat di Kedah dulu...kenapa...? kenapa? kenapaaaa?

Pasai apa buat kat Kelantan, Pahang dan Terengganu dulu? Kenapa start kat Pantai Timur dulu?

Awat Kedah ni tak beshhh ka? Alaaaaaaa....

RUPANYA ADA YANG BUAT REPORT POLIS PASAI PERKARA NI...

Ropa-ropanya... kat Kedah ni pun ada yang buat laporan polis kat Malaysian Insider... tengah dok sebok-sebok kerja tadi... kawan saya forward satu gambar....

Saya sengih tengok gambar tu... rupanya ada yang sayangkan Raja-Raja Melayu... dan bencikan portal yang suka buat fitnah dan spin cerita sebenar...

Okay la tu... sekurang-kurangnya Kedah ada la yang buat report polis, kan?

 

SEJAK BILA TANAH RIZAB MELAYU DI KEDAH TERGADAI?


Sebelum ni, ada orang kata macam-macam kat Kerajaan Negeri Kedah... konon tanah rizab Melayu kat negeri kami ni dah makin susut tergadai...

Betul ke dakwaan macam tu? Atau sekadar persepsi dari hati yang dimamah setan?

Saya tak pasti... tapi cuba baca kat sini..

Monday, March 30, 2015

MASIH ADA LAGI PEMIMPIN PEMUDA UMNO YANG PERJUANG ALIF BA TA?


Tengah tadi merayau-rayau surfing kat blog kengkawan ni... saya terbaca satu posting blog seorang rakan dari Kedah. Dia ni saya kenal... tapi kenal gitu-gitu saja.. dia tak tahu pun saya seorang penulis blog...

Ya. Dia memang seorang pemimpin Pemuda UMNO... saya tak berapa rapat dengan dia. Jadi saya kurang tahu tentang dia sangat... 

Tapi melalui penulisan dia di sini, saya dapat nampak masih lagi ada aura perjuangan asal UMNO dalam dirinya... tak tahu la ia sekadar penulisan retorik saja atau sebaliknya... tapi jika benar bagai dikata, saya setuju dengan kandungan tulisannya itu...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!