Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, January 9, 2015

INGATKAN HEBAT SANGAT ANAK KARPAL NI... KALAH?


Ingatkan hebat sangat la peguam-peguam Pakatan Haram ni... sembang deraih sangat...gebang konon depa la hero mahkamah...

Tapi yang baguihnya, bila ada kes membabitkan kepentingan puak Pakatan Haram ni, ramai pulak peguam yang tawar diri bantu... free ka kena bayaq agaknya?

Ni cuba tengok kat bawah ni...

 

APA INI MACAM PUN MAU JADI PM KAAA???

SAAT sesetengah negeri terutama Pantai Timur sedang teruk dilanda bencana banjir, tersebar gambar pemimpin-pemimpin atasan negara sedang enak bercuti di luar negara.
Perdana Menteri yang sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat bagi membincangkan perkara yang boleh memberi keuntungan pada negara pun, turut terkena tempias.
Begitu pun Dato’ Sri Najib membuktikan rakyat Malaysia tetap nombor satu apabila bergegas pulang dan tanpa ke rumah bertemu keluarga dahulu beliau terus menuju ke lokasi banjir.

Thursday, January 8, 2015

WOW! MAHFUZ SUDI KERJASAMA DENGAN "PENDERA, PENZALIM, PEMBULI"? BERBELIT LAAAAA!

Mahfuz Omar menggantikan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah
KUALA LUMPUR – PAS Pusat menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri Kelantan hasil persetujuan bersama diantara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, hubungan erat dan kerjasama baik itu satu episod baharu dalam sejarah pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990.
“Hubungan baik ini sewajarnya sudah sekian lama dibina kerana semangat federalisme itu ada termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
 

INI NAMANYA BUDAK KURANG AJAQ....


Heran saya dengan umat akhir zaman ni... orang yang susah payah terbongkok-bongkok suami isteri tolong mangsa-mangsa banjir pun depa sanggup kutuk itu dan ini... ni apa nak jadi ni dengan orang kita ni?

Dah takdak kerja sangat ka? Kawan tu dok teruk-teruk bersihkan rumah mangsa banjir, depa dok sedap-sedap terhenam atas kerusi empuk sambil pegang gajet kutuk orang?

Berdakwah? Rasulullah SAW pun berdakwah jugak... tapi takdak la sampai sakitkan hati orang. Rasulullah SAW berdakwah dengan akhlak mahmudah... depa tu berdakwah guna akhlak mazmumah? Sapa ajaq?

Wednesday, January 7, 2015

PERGHHH..!!! TERBAIK LA TOK IMAM NI... MESTI BACA!


Subhanallah...! Betul saya kagum dengan Tok Imam ni...Saya bagi 5 bintang untuk Tok Imam yang macam ni punya analogi...hebat...

Di sebalik apa yang berlaku... dah tentu ada hikmah di sebaliknya...cuma terpulang bagaimana kita berfikir... kalau positif, maka positif la jadinya... tapi masalahnya ramai pulak yang "negatif"..kan?

Saya salute abih dengan Tok Imam ni...

 

PERKARA PELIK YANG TENGAH VIRAL KAT KEDAH... HAHAHAAA...


Haaaa... yang ni memang pelik dan perkara ni berlaku di Kedah... kiranya tengah viral la "dibahan" siang malam kat sini sejak kebelakangan ni...

Pelik betul... saya pun tak faham camana boleh jadi macam tu...

Ni cuba tengok kat bawah ni.... betul saya tak faham... hmmmm....

 

Tuesday, January 6, 2015

WOW..! AZHAR IDRUS CIPLAK GAMBAR, NGAKU DIA PUNYA?

Beberapa keping gambar yang memaparkan seorang makcik sedang solat di atas landasan keretapi di salah sebuah kampung di Kelantan yang dilanda banjir baru-baru ini viral di laman sosial hingga berjaya menghasilkan ratusan ribu "like".

Walau bagaimanapun, timbul persoalan tentang siapakah pemilik asal gambar-gambar makcik tersebut memandangkan semua menyebarkan gambar yang sama.

Lebih "pelik", mereka mengaku merekalah yang merakam gambar makcik itu sedang solat di landasan keretapi dan merupakan pemilik asal gambar-gambar yang sedang hangat tersebar di laman sosial tersebut.
 

SUKARELAWAN DARI KEDAH ON THE WAY....


ALOR SETAR – Kedah akan menubuhkan sebuah kem pusat di Kelantan bagi menghimpunkan sukarelawan negeri itu dan segala peralatan yang diperlukan bagi memudahkan misi pasca banjir di negeri pantai timur itu.
Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan berhubung secara langsung dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed tentang lokasi kem pusat itu.
 

Monday, January 5, 2015

BETUL KE ADA MAJIKAN DI KEDAH TAK LAKSANA GAJI MININUM?

Alor Setar - Meskipun pihak kerajaan telah menguatkuasakan perlaksanaan gaji minimum sektor swasta dengan gaji asas sebanyak RM900, masih lagi terdapat beberapa syarikat yang tidak mematuhi peraturan tersebut.

Menurut tinjauan Kedahnews.com di negeri Kedah, masih lagi terdapat majikan gagal melaksanakan peraturan itu dengan meneruskan gaji pekerja mereka serendah RM450 hingga RM700 sebulan.

Misalnya, seorang pengawal keselamatan yang ditemui kami mendedahkan bahawa dia dan rakan-rakan sekerjanya masih menerima gaji asas RM450 sebulan berbanding rakan mereka di syarikat lain yang sudah dinaikkan gaji sejak tahun lalu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!