Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 7, 2015

PAU2015: Tak Benar Muhyiddin Berucap? Siapa Beri Nasihat Pada Presiden?


Majlis Tertinggi UMNO harus meneruskan tradisi demokrasi parti dengan membenarkan Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden UMNO melakukan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Sebarang keputusan menidakkan hak mereka untuk berucap adalah satu keputusan yang tidak demokratik dan bertentangan dengan kedudukan UMNO sebagai parti demokrasi terbesar di negara ini.

Umum telah mengetahui apakah bentuk dan kandungan ucapan yang bakal di buat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, justeru tidak adalah tidak masuk akal untuk menghalang dua orang ini dari bercakap.


Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan ahli politik berpengalaman yang sudah tentu tiada masalah untuk menjawab semua tuduhan dan serangan dalam sesi penggulungan nanti.

Mungkin menghalang Timbalan Presiden bercakap kerana diketahui akan menyerang Presiden parti boleh mengurangkan perpecahan dan kekecohan antara penyokong di dalam dewan.

Malah mungkin menyelamatkan air muka Timbalan Presiden sendiri daripada dicemuh atau “boo” oleh perwakilan UMNO.

Penyokong Mohd Najib perlukan seorang Presiden yang menjadi pahlawan, bukannya autokrat yang menutup segala ruang kritikan.

Ketika kita bersetuju dengan langkah tidak mengadakan perasmian sayap oleh Timbalan Presiden, hujah yang sama tidak harus diguna pakai untuk penggulungan.

Ucapan perasmian sayap oleh Timbalan Presiden adalah satu tradisi. Oleh kerana Timbalan Presiden diketahui menentang Presiden tentulah tidak wajar membenarkan beliau merasmikan persidangan sayap-sayap UMNO, seterusnya mewujudkan nada kurang senang dalam Perhimpunan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO.

Namun ini berbeza dengan ucapan penggulungan kerana ia sudah berada di akhir perhimpunan dan Presiden merupakan orang terakhir dalam sesi penggulungan boleh membuat satu “slum dunk” yang menutup terus harapan Muhyiddin  dan Shafie pada masa hadapan.

Majlis Tertinggi UMNO harus memahami bahawa poitik hari ini tidak lagi sama dengan politik 90-an.

Zaman baru, zaman media sosial ini, UMNO tidak harus ditadbir ala Mahathir lagi -MyKMU.net


P/s: Harap "penasihat-penasihat" take note.. jangan beri nasihat bawak rebahhhh...

3 comments:

ramlan aziz said...

Mgkin kes lebih sudu pd kuah yg semakin berleluasa dlm umno tanpa dibendung oleh peneraju yg blurr

Groom said...

Muhyidin tak bersikap spt Timbalan Presiden UMNO tp mcm Presiden plak...hellooo sedar dirilah...lg satu Muhyidin jgn banyak cakap..apa jadi dgn projek Bistarinet Kem Pendidikan? Tu duit rakyat ok..jawab ler...

Anonymous said...

Yes, everyone ada hak bersuara untuk pendapat masing2..So Najib tak perlu takut untuk TSMY berucap kalau ianya di pihak benar..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!