Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, November 17, 2015

YA! AKU MASIH HIDUP... BLOM MATI LAGI BRO... HAHAHAAA...


SubhanAllah.. dah lama benar rasanya aku tak menulis kat sini. Dah bersawang.. semak samun naik merata cerok.. jenoh jugak la aku bersihkan itu dan ini.. maaflah sebab dah laman tak update blog ni.. rasa macam tak menang tangan kadang-kadang tu...

Mana-mana aku pergi, ramai kawan-kawan yang tanya aku.. kenapa dah lama tak update blog. Selalunya aku jawb dengan senyuman... taktau la depa tafsir lagu mana senyuman aku tu... tapi aku ada jawapan yang tersendiri...

Aku ingat lagi dulu, masa berjuang bermati-matian, bertahun-tahun menulis dalam blog ni demi merampas Kedah balik dari jajahan PAS. Segenap cerok aku redah... merata tempat aku merempat.. lelah, peluh, tenaga, masa, wang ringgit, keluarga semuanya terpaksa berkorban...

Lepas Mei 2013, memang aku banyak masa lapang aku. Time tu, aku cari kerja. Kena kerja beb.. nak sara keluarga. Macam-macam kerja halal aku buat, termasuklah berniaga tepi jalan kat Alor Setar tu... 


Ya. Aku masih "hidup". Belum mati lagi. Hahahahaaa... 

Sekarang ni? Aku masih 'free lance". Buat kerja sendiri dengan bantuan sorang dua sahabat, ada yang dok Penang.. ada yang dok KL...tapi syukur alhamdulillah, aku masih lagi mampu makan walaupun kadang-kadang terpaksa ikat perut...biasalah tu kannn...

UMNO Kedah? Sejak UMNO dah menang kat Kedah, dah lama dah aku tak jejak kaki kat situ. Khabarnya lepas menang, banyak kerusi "dikosongkan" dan telah diisi. Bila jadi macam tu, maka ramai yang aku tak berapa kenal kat situ.. maka sebab tu la kot aku segan sikit nak pi pejabat UMNO Kedah...

Lagipun, aku dengar UMNO Kedah sekarang ni dah "makin kuat", dah "ramai" dah yang masuk UMNO. Daftar pemilih, kajian sikap, strategi pun dah makin hebat dah skang ni... tak macam zaman aku dulu dah... makin "mantoppp" kata orang sekarang... so bagi la depa buat kerja depa...

Kadang-kadang, ada jugak la aku lepak dengan kawan-kawan blogger di Kedah ni. Depa dah makin hebat, makin bergaya dah berbanding masa kami susah dulu. Alhamdulillah, aku bangga depa boleh capai ke tahap tu... Aku? Aku macam biasa la.. tetap marhainnn... hahahahahaaa....

Satu benda yang kawan-kawan aku selalu tuduh ialah.. kalau kawan kat KL.. depa kata aku orang Mukhriz... kalau kawan kat Kedah, depa kata aku orang Najib... Kah! Kah! Kahhh..! Selalunya aku akan gelak besaq kalau depa tuduh aku lagu tu.... walau pun bergurau, aku faham maksud depa...

Pada aku, hanya kawan-kawan yang betoi kawan saja tahu di manakah sokongan aku yang sebenarnya. Depa yang tahu dan faham aku saja yang tahu tentang prinsip aku... walau pernah "dipancing" pembangkang, alhamdulillah istiqamah perjuangan aku belum pudar atau "terjual"...

Secara umum, aku bagi hint sikit. Kalau aku sokong pemimpin, pemimpin itu tidak kekal. Dia mungkin jatuh, sakit, mati dan sebagainya. Pada aku, lebih baik aku sokong Allah, Dia Maha Kekal. Dari sudut politik pulak, aku sokong parti. Parti tetap ada selagi tak diharamkan RoS. Dan aku sokong tanahair aku. Malaysia takkan hancur selagi tak kiamat...faham kot nooo?

Tapi, dari sudut peribadi, aku pun berhak ada pendirian aku sendiri, kan? Biarlah aku dan sahabat-sahabat yang susah sama susah, senang sama senang saja yang tahu... we respect each other...

So, dengan jawapan umum ni... aku harap ramai tak tanya aku dah.. jenoh aku nak jawab bila jumpa kawan-kawan... hahaha.. aku tak marah depa tanya.. cuma aku taktau nak jawab macamana... hahahaa... lagi kuat aku gelak, lagi banyak depa tanya... hahahahaaa....

Aku tetap aku. Duke tetap Duke yang lama... cuma ada la serba sikit berubah bila umur makin meningkat ni.. dekatkan sikit diri kat Allah... mana tau esok lusa Dia panggil aku... kan?

Pasai pembangkang kat Kedah ni? Hat tu nanti la aku sentuh... lain hari.. ada banyak jugak la maklumat... tapi aku rasa UMNO Kedah boleh cater hal ehwal depa... buat masa sekarang... aku nak sambung buat kerja dulu... adios! Wassalamualaikum wbt....


2 comments:

gabenor johor said...

ku tetap menunggu mu hingga hujung nyawa

Anonymous said...

welkem bek duke :)

Bila Kak Su Bersuara... Heh!