Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 13, 2015

WARKAH TERBUKA BUAT MUKHRIZ MAHATHIR


Assalamualaikum wbt dan salam Kedah Aman Makmur,

Kepada Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir, saya tujukan warkah terbuka ini. Bukanlah saya bertujuan untuk memandai-mandai, hendak mengajar atau memperbodoh diri menulis mengenai isu ini. Saya yakin bro Mukhriz jauh lebih bijak dari saya... sebab tu jadi MB dan kekal hensem... 

Namun saya sebagai seorang ahli dan penyokong UMNO yang mahu BN terus diberi kepercayaan menerajui Kedah dan Malaysia, saya terpaksa luahkan juga. Namun terserahlah untuk menerimanya atau tidak.

Benar saya boleh hantar sms atau Whatsapp untuk salurkan pandangan saya mengenai isu ini. Tapi dulu, ketika pemilihan Pemuda UMNO (nak lawan dengan KJ) di mana sms saya cukup dilayan dan pandangan saya dihargai. Kini mungkin sebaliknya. Siapalah nak balas atau "return call" saya, kan? Justeru itu, izinkan saya suarakan di blog ini...


Saya yakin, berkemungkinan besar bro Mukhriz sedang tertekan sekarang. Sama ada memilih untuk menyokong bapa sendiri atau menyokong Presiden parti. Jika sokong Tun M, bro akan dikatakan "anak bapa". Jika sokong Najib, bro akan dikatakan "gila jawatan dan kuasa". Di zaman ini, buat perkara betul pun orang kutuk, buat perkara salah pun orang hentam... aneh, kan?

Saya juga percaya, bro sedang "dikejar" media, kan? Ramai yang ingin tahu pendirian bro... Saya yakin, ramai yang expect bro sokong Tun M macam dulu... 

Saya rasa, bro Mukhriz sendiri tahu betapa saya menyanjungi Tun M. Selepas Muhammad SAW, beliaulah antara idola saya yang masih hidup. Antara kenangan saya, saya pernah diberi penghormatan, makan semeja bersama Tun M. Kedudukan saya yang duduk betul-betul di sebelah Tun M masa tu betul-betul takkan saya lupakan...

Namun saya tidak dapat menafikan bahawa cara Tun M membuat teguran terhadap Najib kali ini adalah tidak wajar sama sekali. Ya, Tun M berhak buat teguran. Beliau ada hak mempersoal Najib. Tapi bukan begini caranya... boleh lingkup UMNO dibuatnya...tunggang terbalik habis nanti periuk belanga...

Justeru itu, saya ingin mencadangkan sesuatu kepada bro Mukhriz berkenaan isu ini. Saya rasa, bro mampu jadi "JAMBATAN" di antara Tun M dan Najib. Jika media tanya, cakap pada mereka bro sanggup damaikan Tun M dan Najib... 

Kenapa perlu jadi pendamai? Kenapa tidak sokong Tun M? Kenapa tidak sokong Najib? Saya rasa, sebagai anak Tun M dan seorang pemimpin yang SEBENARNYA menjadi harapan Presiden UMNO untuk meneruskan kepimpinan yang akan datang, bro Mukhriz perlu bersikap sebagaimana yang dianjurkan Islam...

Maksud saya, dalam Islam ni... kalau ada pertikaian, perbalahan atau konflik, kita dianjurkan supaya bertindak meng"ISLAH"kan pihak yang berkenaan. Islah ni ada pelbagai bentuk dan perlu dilakukan secara berhikmah... Bro Mukhriz boleh rujuk Dato' Mufti untuk ayat Al-Quran atau hadis tentang prinsip persaudaraan dan ukhuwwah dalam jemaah tu...

Saya yakin, jika bro Mukhriz jadi pendamai... bukan saja saya, bahkan ramai pihak yang akan menyokong tindakan bro itu. Bro tidak akan dilihat sebagai "penderhaka" kepada Tun M, dan tidak juga dilihat sebagai "pengkhianat" parti. Malah rakyat akan menyanjung tinggi bro sebagai "hero" yang bersederhana, matang dan bijak berpolitik...

Saya minta itu saja kali ini... jadilah pendamai... saya tak suka nanti ada yang tuduh bro Mukhriz sebagai punca pecah belah dan sebagainya.. Itu saja pandangan saya yang "sekupang lima belas duit" ni.. saya harap bro dapat pertimbang saranan saya ni... kita kena pandang jauh 50 tahun ke depan, kan?

Sekian, terima kasih... 

29 comments:

Anonymous said...

Bro! Saya setuju sangat saranan Bro.

Sebenarnya ada puak yang mempunyai agenda untuk melingkupkan UMNO menerusi Tun M.

Anonymous said...

Admin...saya amat amat amat bersetuju dgn pandangan tuan..buat cara yg d tuntut rasul dan allah...biar org kata asal jgn allah kutuk..

Anonymous said...

Hanya manusia yang berfikiran sempit sahaja BERANGGAPAN BEGITU .. TIADA KAITAN D3NGAN MUKHRIZ.. BARISAN MENTERI YANG ADA SEKARANG ADALAH PEMAIN YANG GAGAL MENLAKSANAKAN TUGAS YANG DI AMANAHKAN OLEH RAKYAT JELATA..

gabenor johor said...

Terbaikkkk bro..tapi mungkin dah terlambat untuk menasihati bapanya Tun M kerana kakaknya Marina terlebih dahulu menasihati bapanya Tun M

Anonymous said...

Aku tak setuju sebab pendapat aku Tun M melakukan sesuatu yang wajar!!

Aku sendiri tak tahan dengan perangai Najib yang suka berdiam diri bila di tujuh bermacam2 oleh pihka pembangkang. Ini mengukuhkan lagi tuduhan2 Pembangkang keatas Najib.

DukeOfUMNO said...

Tuan-tuan... ada bezanya menyokong...

1. sokongan membina..
2. sokongan bawa rebah...

Agaknya Islam anjurkan yang mana satu?

Anonymous said...

Cara TDM menegur PM tidak wajar samasekali, tidak bijak dan seperti ada agenda peribadi.
TDM mungkin sudah lupa atau memang sudah lupa bahawa kalau tidak mendapat sokongan PM semasa TDM dicabar Ku Li dulu TDM dah lama jatuh.......

Anonymous said...

TDM membawa agenda kroni-kroninya yg tidak mendapat perhatian dari PM......
Ketahuilah bahawa ramai kroni-kroni TDM yg masih bergantung kpd pengaruh TDM.....

badtamperman said...

Kalau berfikiran tertutup kita tidak nampak apa yang diluahkan oleh Tun
1. Najib lebih banyak "play safe" dari menonjolkan diri sebagai seorang pemimpin
2. Terlalu bergantung kepada penasihat2, manakala Tun menerima nasihat, menganalisis dan membuat decision-making sendiri,
3. Terlalu banyak kontroversi disekeliling Najib yang membuat rakyat was-was, dalam Islam kalau kita Was-Was baik kita elakkan
4. Tun M adalah Tun M, dulu dan sekarang tetap sama while Najib not sure lah.. Banyak sangat play safe dan ikut kata penasihat contohnya spt Ah Jib Gor iklan CNY dahulu.. Memalukan..
5. Najib boleh continue jadi PM jika dia berani menunjukkan kejantanan dia.. Tun M dari kanak-kanak lagi dah tunjuk kejantanan dia melawan Malayan Union bersama rakyat..
Banyak lagi yang boleh diutarakan.. Cukuplah sekadar di sini

Anonymous said...

Bro2 semua kita tggu shj sape yg terguling dan mengeluarkan air mata dlm umno nnt..tggu kejutan yg akan tiba bila2 masa dari skrg.

Azhar said...

Aku sokong supaya angkat je lah Tun Mahathir jd PM semula..
biar bongkok meleret ke tanah asalkan puas hati semua penyokongnya

Dh Pak Lak teruk.. Najib banyak skandal.. jadi yang suci berseh lagi maksooom ialah Tun Dr Mahathir Mohamed Al-Bijaksana..

Mukhriz pun boleh senang kerja..

Melayo.. oh Melayo.. akalmu murah..


Kalau ganti Najib pun belum tentu selamat Malaysia.. sbb Tun lebih layak.. ya lebih layak menjadi PM Malaya.. org lain semua tak layak.. tak bijak.. bodoh belaka..

Ya mari kita buat petisyen pada UMNO supaya turunkan Najib dan angkat semula Tun Dr Mahathir jadi PM..

Malaysia akan maju makmur.. tiada masalah.. 100% lancar ditadbir!!

Anonymous said...

Saya sokong DS Najib dan Tun M ...berlapang dada. Tun menyuruh DS Najib menjawap tohmahan dari Pembangkang sbb kalau tak jawap seolah olah tohmahan itu betul pada pandangan rakyat lain. Itu saja

Shamsul Anuar Abdul Samat said...

Umno perlu kalah sekali aja..baru depa ada akai..kalo cina pusing pun depa x sedaq,org kg pun depa nk tipu,1mdb pun lingkup,beli kpl selam low quality pun berbilion,kpl perang pun x siap2,hutang negara naik mcm roket.ada Pm pun takut bini,kena siku lagi tu....

Anonymous said...

Saya terhutang budi dan kenang jasa Tun M terhadap negara..Idola saya sehingga kini... tapi kritiklah dengan cara yang betul, bukannya membunuh UMNO terus..

Ayat yang saya rasa salah bila Tun M kata dia tak pernah buat silap sepanjang Prseiden dan PM.. Betul ke? Tun M bkn maksum pun, ada juga salah dalam tadbir urus dulu.. Marina pun tidak cuba dibetulkan...

Sudahlah Tun M... saya rasa Najib memang ada kesilapannya dlm memerintah negara ini.. dan Tun M janganlah cuba membakar api kebencian kepada rakyat.. Ingatlah kalau jatuhnya UMNO, Najib dan Tun M mesti disalahkan.. Apa kejadahnya bila pemimpin mohon minta akar umbi bersatu hati... tapi dikalangan pemimpin bercakaran!!!!

anakbangsa said...

Islam anjurkan yg no1 tp pemimpin umno amalkan yg no 2

anakbangsa said...

tun bukan kejar kuasa lah wei.kalau tun gila kuasa dia akan pegang jwtan pm smpai bongkok meleret..pemimpin kena tegas dlm menjwb isu berkait.bukan sepanjang masa dok play safe je.kalau pembangkang hntam , hentam 2 x kt depa balik.ni x....next time hntam balik bila dihentam pembangkang smpai mereka terduduk.masa tun hentam semua bangkit mencerca tun.bila tony chua & known dia dok fitnah pm mcm2 kenapa panglima2 ni x bukak pencak silat?

anakbangsa said...

typo.. tony phua & kenkwn

pakatan melayu perkasa said...

Buat sekelian sahabat sama ada ahli umno atau tidak dan sebagainya..
Mengupas dari padangan sahabat sahabat..
Saya berpendapat semua tanggapan terhadap Tun oleh para sahabat bagaikan kacang lupakan kulit... saya akui dan merasakan kekuatan UMNO sekarang ini masih berpaksi pada Ayahanda Tun..
Kalau bukan Kerana Tun duhulu mingkin tiada siapa yang dapat memperbaiki dan memperbaharui keaadaan UMNO seperti sekarang dari kegagalan Pak Lah mentadbir UMNO & Negara...
Zaman Pak lah pada peringkat awal nya adalah baik.. akan tetapi semakin lama semakin lemah dan pelbagai masalah seperti kita sedia maklum. Keadaan itu telah di perhatikan oleh Tun dan pada waktu itulah Tun datang mengritik dan membuat tegeruan demi teguran kepada kepimpinan Pak lah keadaannya sama seperti sekarang .. Pada masa itu ramai kepimpinan UMNO yang menyokong dan mempertahankan Paklah.. hingga Tun terasa hati sampai keluar dari UMNO dan akhirnya Paklah meletak jawatan atas desakan ahli... Pada masa itu adakah saudara berfikir atau berterima kasih pada Tun atas tindakan dia menyelamatkan kepincangan yang berlaku... Saya rasa hanya segelintir sahaja yg berfikir begitu... Saudara saudara yg di hormati... kepetingan parti dan kepentingan ahli UMNO dan rakyat harus di utamakan dari kepentingan peribadi... Pemimpin datang dan pergi dalam UMNO tiada perubahan pada teraju tersebut akan tetapi kesan nya pada ahli-ahli akar umbi dan rakyat... bagaimana dengan keyakinan mereka kepada UMNO yg di sayangi janganlah di sebabkan kan sesuatu perkara atau pada kepentingan induvidu itu UMNO di gadaikan... kerana pemimpin itu kuat dengan ada nya ahli yang menyokong dan memilih pemimpin... tumbangnya seseorang peminpin itu juga oleh kerana ahlinya.

Apa apa pun saya menyokong Tun dan Yab Dato Mukhriz di atas tindakan mereka.
Ugutan pencat dari menjadi Menteri Besar itu adalah satu pencaturan orang yang terdesak mungkin kerana hendak sesuatu atau ingin menjadi Hero dalam parti atau pun mungkin takut pada sesuatu.. segalanya KEMUNGKINAN..

Apa yang saya tulis ini adalah pendapat peribadi saya..
Sebarang komen anda pada tulisan ini adalah tanggungjawap sendiri

Anonymous said...

Jadi, semua dah puas hati dengan jawapan DSN tentang 1MDB dan secara jujurnya sokong 1MDB? Yang pasti, aku tak. Jawapan terlampau blur dan bersepah.

Anonymous said...

Saya rasa tuan-tuan silap dalam membaca apa yang dikritik oleh Dr M, seorang negarawan yang ulung yang berjasa amat besar kepada negara. Ini bukan cerita survival UMNO, ini cerita survival negara kita dan rakyat. Apakah kita sebagai orang yang berakal lebih mementingkan parti kita lebih dari kepentingan negara dan rakyat yang menyokong kita? Apakah kita kena sokong juga pemimpin parti kita walaupun dengan jelas ianya akan merosakan negara kita dan rakyat? Kita kena ingat orang2 Melayu adalah kelompok yang terjejas amat teruk dengan keadaan ekonomi skrg? Janganlah sokong kita membawa rebah kepada bangsa kita! Moga2 kita semua insaf demi negara, bangsa dan agama!

Anonymous said...

Setakat ini Dato Seri Najib (DSN) tidak menjawab persoalan yg berbangkit. Bukn saja Tun malah semua rakyat Malaysia ingin tahu. 1MDB akan kekal menjadi satu skandal selagi tidak dijelaskan secara jujur oleh DSN. Tidak cukup dgn berselindong disebalik Audit Negara. Yg penting dari segi politiknya mesti dijelaskan segala trnsaksi yg berlaku. Setakat ini tidak ada satu rakyat Malaysia yg berpuashati kecuali Menteri Kabinet dan Ketua bahagian serta Pemuda UMNO kot?

Tun Mahathir (TM) telah sampai fas terakhir dan kita jangan ingat dia tak menggunakan saluran yg berhemah dan beradab. Bila tiadak ada jawapannya , cara yg digunakan sekarang adalah yg paling sesuai walaupun pahit. Menyokong Perdana Menteri bukanlah jawapanya dan penyelesaian. Tambah lagi kalau nak burukkan TM. Terlalu amatur caranya.

Datuk Mukriz Tun Mahathir (DMTM) tidak menyatakan sokongan pada DSN harus di lihat sebagai tindakan yg berani bukannya pengecut oleh org UMNO, penyokong BN dan rakyat. Buat survey dikalangan ahli umno, dan rakyat tidak ada yg menyokong PM dan kerajaan masa kini.
Jadi sekarang ini yg penting DSN atau negara yg kita cintai ini? DSN sudah tentu tidak mahu meletak jawatan kerana beliau lebih mementingkan dirinya pada masa kini berbanding kepentingan parti, BN dan rakyat. Kita tahu rakyat tak sokong kenapa kita masih berdegil dan mahu menegakkan benang basah yg tidak boleh berdiri sendiri.
Saya dan keluarga tidak akan memberi undi pada BN pada pU14 ini jika DSN masih menjadi PM. jelas. Saya adalah penyokong BN. Saya tidak mahu menjadi bodoh menjulang PM macam Pemuda UMNO , macam Ketua Bahagian, maxam menteri. Saya tidak ada kepentingan peribadi.

Kita masa tiga tahun lagi, bayangkan kalau kita buang yg busuk di kepala, sekarang ini, saya yakin kita masih ada harapan untuk menang. jadi DMTM perlu tampil untuk tidak menyokong PM DSN .

Anonymous said...

kenapa suruh mb kedah berundur,datuk lebai lebih baik ko suruh pm yg lemau itu lg bagus.

Anonymous said...

Mukhriz.. kamu jgn takut
Usah dilayan lebai bongok...
Mahdzir butoh tu...
Semua cibai kaki jilat lubang juboq
Standard taik..

OLYJKAS said...

aku setuju betul, dgn cdgn supaya Mukriz jd pndamai meski pun sukar cuba lah Dato kerana Allah, Allah suka kita tdk berbalah sesama islam apalagi dikalangan pemimpin

Anonymous said...

Setuju bro... bukan sj najib play safe pak menteri pun sama xde sorang pun berani nak menegur najib benda yg tak betul...

hamdan said...

aku rasa TM ni ada agenda lain.
antaranya nak bagi umno / BN panas enjin bangkit semua ahli Umno bersiap sedia dari sekarang untuk PRU akan datang.itu motif politik Tun cetuskan isu ini bagi tambah sepakatan umno dan seterusnya menang PRU.Aku percaya Tun tak sanggup hadapi kekalahan BN yang mana seperti katanya jika BN tumbang ramai pemimpin umno di dakwa dan tentunya kalangan puak Tun dan satu sebab lagi periuk Kroni Tun lingkup,bungkus takleh cari makan dan naik turun mahkamah jika BN kalah.Macamana nak tenang Tun walau zaman dah lepas cuma mimpi ngeri jadi igauan nyata kalau BN kalah.

Mohd Bashah said...

Politik ada lah medan yang sungguh menakjubkan. Ada yang suka, ada yang benci dan ada yang menurut perintah sahaja.
Bila masa jadi PM semua orang sanjung tapi bila dah jadi mantan PM ...macam macam tak kena sahaja.
Aduhai orang UMNO bersifat mulia, berhemah, orang lama banyak makan garam dan kalau dasar di buat sekarang SALAH, mengaku dan perbetulkan. Nak jadi BMF kes!

Mohd Ahmad said...

Umno mesti kukuh, pas n umno juga mesti bersatu untuk menjaga kepentingan yang lebih besar

Mohd Ahmad said...

Umno mesti kukuh, pas n umno juga mesti bersatu untuk menjaga kepentingan yang lebih besar

Bila Kak Su Bersuara... Heh!