Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, March 31, 2015

AWAT PENIAGA ZAMAN NI TAK MAU CONTOHI PENIAGA YANG BAGUIH NI?


Secara peribadi, memang saya pun terkesan dengan GST... saya rasa, makcik Limah dengan pakcik Haron kat Kampung Pinang Sebatang tu pun terkesan jugak dengan GST... 

Itu pun kalau kami beli barangan kehendak la... kalau barang keperluan rasanya tak kena bayar GST... kalau tekak rasa nak minum kat Starbuck tu... terkenangkan GST terus tak jadi... heh!

Tapi saya salute la dengan Mydin ni... orang business lain dok sebok kira GST kat syarikat masing-masing, Mydin selamba ja serap GST tu ke syarikat depa.... maksudnya, kalau beli barang kat Mydin memang tak kena GST la maksudnya, kan? 



Saya nak tanya la tauke-tauke yang kaya raya tu... kenapa tak buat macam Mydin? Selama ni depa untung lebih dari 20%... untung berjuta-juta... untung berbilion-bilion... apalah sangat nak tanggung bayar GST yang 6 peratus tu... tak rugi aihhh....

Nak untung besar? Hmmmm... tunggu laaa... jangan pandang rendah kuasa pembeli macam kami... kalau kami dah tak shopping kat supermarket hangpa nanti jangan marah tauuuu... heh!

Kalau Mydin yang jual barang-barang kos rendah tu boleh buat, takkan la pasaraya terkemuka di donia ni tak mampu buat kotttt??? Saya yakin Mydin takkan bankrap sebab tolong rakyat...kan?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!