Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, February 25, 2015

PAS "PERANG BESAR" PADA MAC INI..!!!


Jika benarlah bagai diumum di sini, maka nampaknya bermula Mac ini kita semua bakal melihat "perang besar" di dalam PAS di antara geng ulama dan geng-geng "jebon"...

Secara jujur, saya tak tahu siapa yang akan menang...dua-dua geng nampaknya tak mahu mengalah... satu geng pertahan perjuangan asal PAS... satu lagi kata dah hilang hormat kat geng ulama dalam PAS...

Nak teka sapa menang atau sapa yang kalah masih terlalu awal buat masa ni...


Cuma apa yang saya tahu, geng "syaitan dalam jemaah" ni lebih praktikal...depa bukan tumpu kat propaganda saja.. tapi depa turun cari perwakilan yang akan menentukan undi...

Manakala geng ulama walaupun nampak bersemangat dan dapat sokongan kuat, belum tentu depa boleh menang bertanding nanti.. perlu diingatkan pada geng ni bahawa kemenangan sesuatu jawatan ditentukan oleh UNDI.. bukan SORAK...okay?

Bukan apa... saya teringat apa yang pernah berlaku pada DS Mukhriz dulu... masa tu Mukhriz belum ada tittle Dato' Seri pun... saya dulu panggil Mukhriz dengan nama atau "bro" saja... masa tu dia bertanding Ketua Pemuda UMNO...

Masa tu nama Mukhriz memang gah. Dia dapat pencalonan tertinggi dari seluruh negara bro... Saya masih ingat lagi Mukhriz kata kat depan rumah salah seorang Pemuda UMNO Alor Setar lepas kami pakat baca Yaa Sin... "eiishhh... rasa macam tak sabaq pulak nak menang"... 

Saya senyum sumbing time tu.. sebab saya dah beritahu pasai KJ yang tengah ligat "jumpa" perwakilan dengan "sesuatu di tangan". Apa yang saya respect kat Mukhriz ialah dia selamba kata.."Biaq saya kalah pun takpa bro.. asalkan tak menang cara macam tu".. so faham-faham je la apa maksud Mukhriz tu..kan?

Jadi, saya tak hairan kalau Mukhriz kalah tak jadi Ketua Pemuda UMNO masa tu...

So, saya pesan awal-awal kat geng ulama dalam PAS... jangan sampai kejadian yang sama menimpa depa.. jangan guna cara KJ... tapi gunakan kekuatan perjuangan asal PAS pada perwakilan parti nanti... itu kekuatan geng ulama yang sebenar...

Semoga berentap habis-habisan untuk menentukan survival PAS nanti.. wassalam....

3 comments:

Anonymous said...

Akhirnya pas akan reput dengan sendirinya. Tak paahlah join dengan UMNO.

Anonymous said...

Pasma boleh dapat sokongan perwakilan tetapi tidak akan dapat sokongan orang Melayu.

Anonymous said...

PAS skrg dlm fasa:
'Self destructive"...
ttpi tetap brlagak dan tak menyumbang apa2 untk Islam/ Melayu dan mmprtahankan institusi selepas sistem Khalifah iaitu sistem Kesultanan..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!