Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 21, 2015

NOSTALGIA KEMENANGAN UMNO/BN DI KEDAH...

Manusia ni memang salah satu perangai buruknya ialah tidak menghargai bila ada depan mata... Bila di depan mata, depa kata macam-macam walaupun kawan tu banyak tolong buat itu dan ini untuk depa...

Tapi bila kawan tu dah takdak, baru depa tau langit tu tinggi ka rendah... 

Saya taktau kenapa manusia suka berperangai lagu tu... habis madu, sepah dibuang... lepas depa perah segala keringat kawan tu, depa sepak terajang keluaq... bila dah menang, kawan yang bersusah payah bagi depa menang tu la yang depa buang awai-awai...


Heheheheeee... memang lumrah manusia lagu tu ka? Errr... patut ka lagu tu? Islam suruh lagu tu ka? Atau itu namanya "mengenang budi"?

Ni cuba baca kat sini... sedih saya dibuatnya...

Rasanya masa Kedah ni kalah dulu, ramai yang bersusah payah menangkan UMNO/BN di Kedah. Bezanya, ada yang ikhlas, ada yang mengharapkan sesuatu....Selalunya kita boleh dapat detect karekter depa ni bila UMNO/BN dah menang di Kedah semula...

Bagi yang ikhlas, depa akan lega bila UMNO/BN menang. Depa selalunya akan "back off" dan menyapa pemimpin sekali sekala saja... depa tak mintak apa-apa melainkan sebuah persahabatan yang ikhlas dan berterusan...

Tapi bagi yang bekepentingan ni pulak, selalunya depa la yang licik ke depan. UMNO/BN menang di Kedah ni disebabkan depa la.. kiranya depa la faktor kemenangan.. lejen! Heheheee.. Tapi tak ramai yang berperangai lagu tu... sikit saja...kan?

Anyway, saya bersyukurlah dengan kemenangan UMNO/BN di Kedah. Malam kemenangan tu, mengalir jugak la ayaq mata jantan nih... bukan sedih, tapi terharu gembira sambil dok balik tiang kat Bangunan UMNO tu.. ada la yang perasan...tapi saya kesat ayaq mata, depa tak nampak kot...heh!

Na tergelak pulak ingat kisah masa malam PRU tu... tapi tu la kenangan, kan? Terima kasih saya ucapkan pada semua kawan di peringkat grass root, pemimpin di atas, Tok Bashah, Mukhriz, Tok Man Aziz, Tok Pin Man, pemimpin akar umbi, TMK, jentera UMNO/BN Kedah dan mereka yang terlibat memenangkan UMNO/BN di Kedah...jasa kalian tidak dapat saya balas...

Sebetulnya saya puas bila UMNO/BN dapat rampas balik Kedah ni. Tak sia-sia pengorbanan mereka-mereka yang perjuang kemenangan tu, kan? 

Cuma sekarang ni saya dah slow sikit dah... kembali ke tugasan asal. Kerja cari rezeki. Cukup atau tidak, itu kerja Allah. Saya hanya boleh usaha, doa dan tawakkal. Perjuangan masih diteruskan walaupun secara bersendiri dan kecil-kecilan...

Dah berapa kali dah terfikir nak tutup blog. Tapi ramai kawan-kawan yang tak bagi. Jadi, saya rasa saya teruskanlah perjuangan yang belum selesai ni sedaya mampu...

Cuma, kalau diperatikan, blog saya ni semakin menghala ke arah perjuangan Islam, bangsa, kedaulatan tanahair secara beretika yang mementingkan akhlak dan etika penulisan. Pada saya, kreadibiliti perlu dijaga...

Seperti selalu, kalau ada salah dan silap, saya mohon maaf. Cuma tunjukkan di mana salah dan silap tu dan insyaAllah saya perbetulkan. Saya tak malu untuk meminta maaf sebab Islam suka pada mereka yang memohon maaf dan memaafkan...kan?

Salam sayang dari saya...sampai ketemu lagi.... Wassalammmm...

- DUKE


2 comments:

Anonymous said...

Teruskan usaha bro...jihad sampai menang dan sentiasa kekalkan kemenangan.

azam said...

Salam perjuangan tuan,
saya juga paham dn terharu kembalinya Kedah pd asainya.. mlm tu sujud syukur Allah tamatkn pemerintahan rejim PAS.

Wpun sy bkn terlibat dlm jentera UMNO, tp sy bantu cara saya.. Alhamdulillah.
semoga iktibar kita ambik, lenyapnya Madrasah Salihiyah, KUIN di rosakkn, wpun sampai skrg gagal di pulihkm dn dikembalikn di Alor Setar..

Semoga Allah pelihara kemenangan ini dn berikn kepimpinan umno Kedah wibawa dn kejayaan..

AMEEN

Bila Kak Su Bersuara... Heh!