Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, January 25, 2015

LARANG ROTAN ANAK? BELAJAR KAT MANA AKTA NI? BARAT? SWEDEN?


Nak buat akta rotan pulak dah... nak pakai alasan CRC? Hmmmmm..... dah pikiaq habih dah? Dah bincang? Dah bincang dengan sapa?

Dah bincang dengan ulama-ulama? Apa kata Islam pasai rotan anak ni?

Saya agak bersetuju dengan pendapat seorang kat bawah ni...
 
Cuba baca apa yang peguam ni kata...klik sini...

Saya mudah. Islam kata boeleh rotan anak... jadi saya orang Islam dan boleh rotan anak saya...

Tapi Islam dah gariskan tatacara nak rotan anak... 

Maksudnya, pukul anak tu dengan kasih sayang dan tujuannya nak mengajar untuk jadi baik... kalau nak rotan anak, jangan lupa selawat dan baca bismillah... sebelum pukul, niat dulu untuk mengajar... 

Merotan anak bukan untuk lepaskan geram, marah dan sebagainya... Setan ja yang suka perkara macam tu....

Masalahnya, undang-undang ni bila dah dikuatkuasa, mana ada ambil kira moral atau niat pukul... kalau ikut undang-undang, moral tu hanya berkait sikit saja... 

Contoh, tak kira la sama ada niat baik ka..niat tak baik ka... kalau akta tu dah diluluskan, rotan dengan kasih sayang nak suruh anak solat pun boleh dipenjara.... tak ke menyusahkan dan langgar tatacara Islam nak ajar anak solat...?

Agak-agak la bila nak buat akta apa sekali pun...rujuk Islam dulu... itu yang penting...

Memandangkan akta ni baru cadangan...maka saya bantah dulu awal-awal... saya tak mahu lahir generasi kurang ajar kat Malaysia ni.... 

Dulu kat sekolah depa mansuhkan rotan... bila budak-budak melampau... depa dok buat-buat heran...tuding jari sana sini... tu yang cikgu-cikgu dah boring dengan Kementerian Pelajaran tu....

Sekarang ni nak implement kat rumah pulak? Heh! Jangan sampai semua mak ayah boring pulak kat Kementerian tu... kan? 

Saya menegur untuk kebaikan... bukan nak kasi hancur... harap faham perkara tu... boleh?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!