Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 7, 2015

PAU2015: Tak Benar Muhyiddin Berucap? Siapa Beri Nasihat Pada Presiden?


Majlis Tertinggi UMNO harus meneruskan tradisi demokrasi parti dengan membenarkan Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden UMNO melakukan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Sebarang keputusan menidakkan hak mereka untuk berucap adalah satu keputusan yang tidak demokratik dan bertentangan dengan kedudukan UMNO sebagai parti demokrasi terbesar di negara ini.

Umum telah mengetahui apakah bentuk dan kandungan ucapan yang bakal di buat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, justeru tidak adalah tidak masuk akal untuk menghalang dua orang ini dari bercakap.

Tuesday, November 17, 2015

YA! AKU MASIH HIDUP... BLOM MATI LAGI BRO... HAHAHAAA...


SubhanAllah.. dah lama benar rasanya aku tak menulis kat sini. Dah bersawang.. semak samun naik merata cerok.. jenoh jugak la aku bersihkan itu dan ini.. maaflah sebab dah laman tak update blog ni.. rasa macam tak menang tangan kadang-kadang tu...

Mana-mana aku pergi, ramai kawan-kawan yang tanya aku.. kenapa dah lama tak update blog. Selalunya aku jawb dengan senyuman... taktau la depa tafsir lagu mana senyuman aku tu... tapi aku ada jawapan yang tersendiri...

Aku ingat lagi dulu, masa berjuang bermati-matian, bertahun-tahun menulis dalam blog ni demi merampas Kedah balik dari jajahan PAS. Segenap cerok aku redah... merata tempat aku merempat.. lelah, peluh, tenaga, masa, wang ringgit, keluarga semuanya terpaksa berkorban...

Lepas Mei 2013, memang aku banyak masa lapang aku. Time tu, aku cari kerja. Kena kerja beb.. nak sara keluarga. Macam-macam kerja halal aku buat, termasuklah berniaga tepi jalan kat Alor Setar tu... 

Wednesday, July 8, 2015

ALAMAKKK..! RAMAI YANG KANTOI NIH... ADEHHH...!


Alamak aihhh... saya pun tak tahu nak kata apa dah... dah jadi caca merba... nampak sangat banyak dakwaan palsu... hanya berdasarkan hear say... dokumen? Alaaa.. zaman sekarang ni beras pun depa boleh palsu bro... inikan pula dokumen... apa la sangat...

Tapi kali ni memang ada yang kantoi... tapi tak tahu la depa ni ada rasa malu ke tidak bila kantoi... atau memang Allah dah tarik balik rasa malu tu dari depa..?

Kalau saya ditempat depa... on the spot saya akan mohon maaf secara terbuka... sempena bulan baik ni... kan? Tapi taktau la depa nak mintak maaf ke tidak... sapa la saya nak pertikai...kan? 

 

Monday, July 6, 2015

SAYA TENGAH TUNGGU PERKARA NI BERLAKU... HEH!


Saya tengah tunggu perkara ni berlaku... kalau dah ada kat tempat saya... hehheeee.. alamatnya "selamat tinggallah Astro"....

Bukan apa... TV ni pun ada kalanya melalaikan.. lagipun saya dan family bukan sempat tengok sangat pun TV....

Bila agaknya nak sampai ke Kedah.. 2016? Hmmm... lambat lagi tu.... 

SAYA MEMANG PUJI AKHLAK MURSYIDUL AM PAS YANG BARU NI...


Syabas saya ucapkan pada Ustaz Haron Din kerana berani menongkah arus.... memang payah nak cari orang macam beliau... cuba baca kat sini...

Seingat saya, Ustaz Haron Din ni tak pernah sokong UMNO dan tak pernah sokong PAS dulu... beliau sokong PAS pun sebab Tun M marah dia kes "air jampi" dulu tu...itulah yang dikhabarkan orang pda saya... saya tak tahu la betul atau tidak...

Cuma... 

 

Thursday, June 25, 2015

MAKIN BOSAN... BORINGGG..!!!

Malas nak menulis... bosan... politik zaman sekarang ni dah tak betul... terikut-ikut dan terpengaruh dengan politik kebencian puak pembangkang... dah bosan dah... 

Ada pulak yang datang hasut saya... ada pulak yang datang pancing saya suruh masuk PAS lepas geng ulama menang... siap offer job... kedudukan... pangkat... opss.. so sorry... saya bukan politician... not interested...

Lebih baik saya tumpu pada Ramadhan... kurang-kurang ada la jugak nanti bekalan nak bawak masuk kubur nanti... tahun depan belum tentu dapat jumpa Ramadhan lagi... 

Thursday, June 4, 2015

GAJI AMAH INDONESIA RM1,200? PATUT BAGI RM400 JE SEBULAN...!


Sedang rehat sebentar nak hilangkan lelah bekerja, saya terbaca tentang kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia yang memaklumkan bahawa Malaysia belum lagi beri kata putus pada Indonesia berkenaan tuntutan gaji amahnya yang mahu dinaikkan hingga RM1,200 sebulan.


Saya tidak pasti mengapa kenaikan gaji amah itu perlu dinaikkan dan saya juga tidak tahu apa yang kementerian itu nego dengan kerajaan Indonesia... 

Tapi kalau susah sangat nak nego dan Indonesia nak juga amahnya dibayar dengan gaji berkenaan, saya ada beberapa usul cadangan di bawah untuk dikemukakan pada kementerian terbabit untuk dipersetujui oleh kerajaan Indonesia... 

Sunday, May 17, 2015

RUPANYA ADA PERDANA MENTERI GAY KAT DUNIA NI, BARU NIKAH PULAK TUU..!


Alamakkk... bersawang dah blog saya ni... takpa... saya kemaskan balik pelan-pelan... dah lama tak jengok blog ni sebab kekangan kerja... politik tu politik jugak, tapi Islam tuntut saya cari nafkah dan rezeki untuk keluarga dulu bro... heheheee...

Well... baru ni saya terbaca tentang seorang Perdana Menteri yang baru berkahwin. Sila click kat sini... Menariknya, Perdana Menteri tu adalah seorang GAY dan dia kahwin dengan  boypren dia tu laaaa... dah nama pun GAY...

Bezanya, kat Malaysia ni belum ada lagi perkara begitu... Kita kat sini memang tidak benarkan budaya umat Nabi Luth macam ni masuk cemarkan negara kita...

Monday, April 20, 2015

ANDA ADA KEM? KEM MUKHRIZ? KEM KJ? KEM ASKAR?

Saya terbaca di blog seorang sahabat ni... berkenaan kem KJ.. kem Mukhriz... dan kononnya ada kemelut yang berlaku dalam UMNO Kedah... 

Hmmmm... saya tak sure ada lagi ke tidak kem Mukhriz atau kem KJ... apa yang saya tahu, saya tidak berada di kedua-dua kem... saya dalam kem UMNO saja... 

Tapi, saya rasa.. apa yang berlaku dalam UMNO Kedah ni bukan memecah belahkan... malah merapatkan lagi saf perpaduan di kalangan kem UMNO...

 

Monday, April 13, 2015

WARKAH TERBUKA BUAT MUKHRIZ MAHATHIR


Assalamualaikum wbt dan salam Kedah Aman Makmur,

Kepada Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir, saya tujukan warkah terbuka ini. Bukanlah saya bertujuan untuk memandai-mandai, hendak mengajar atau memperbodoh diri menulis mengenai isu ini. Saya yakin bro Mukhriz jauh lebih bijak dari saya... sebab tu jadi MB dan kekal hensem... 

Namun saya sebagai seorang ahli dan penyokong UMNO yang mahu BN terus diberi kepercayaan menerajui Kedah dan Malaysia, saya terpaksa luahkan juga. Namun terserahlah untuk menerimanya atau tidak.

Benar saya boleh hantar sms atau Whatsapp untuk salurkan pandangan saya mengenai isu ini. Tapi dulu, ketika pemilihan Pemuda UMNO (nak lawan dengan KJ) di mana sms saya cukup dilayan dan pandangan saya dihargai. Kini mungkin sebaliknya. Siapalah nak balas atau "return call" saya, kan? Justeru itu, izinkan saya suarakan di blog ini...

Thursday, April 9, 2015

DENGAN RENDAH DIRI, SAYA MOHON RAKYAT KEDAH BANTULAH ADIK NUR FARISHA...


Selaku anak Kedah, saya rasa terpanggil untuk memohon kepada seluruh dermawan yang berhati mulia di negeri ini untuk membantu adik Nur Farisha yang sedang derita menghidap kanser mata tahap empat...

Saya difahamkan bahawa adik Nur Farisha kini sedang berada di Sungai Petani bersama ibunya, Puan Intan Safina...

Pertama kali saya tengok keadaan adik Nur Farisha, bergenang kelopak mata...maaf, saya memang tak boleh tahan sebak tengok penderitaan anak kecil.. airmata lelaki ini cepat mengalir...

 

Tuesday, March 31, 2015

AWAT PENIAGA ZAMAN NI TAK MAU CONTOHI PENIAGA YANG BAGUIH NI?


Secara peribadi, memang saya pun terkesan dengan GST... saya rasa, makcik Limah dengan pakcik Haron kat Kampung Pinang Sebatang tu pun terkesan jugak dengan GST... 

Itu pun kalau kami beli barangan kehendak la... kalau barang keperluan rasanya tak kena bayar GST... kalau tekak rasa nak minum kat Starbuck tu... terkenangkan GST terus tak jadi... heh!

Tapi saya salute la dengan Mydin ni... orang business lain dok sebok kira GST kat syarikat masing-masing, Mydin selamba ja serap GST tu ke syarikat depa.... maksudnya, kalau beli barang kat Mydin memang tak kena GST la maksudnya, kan? 

BILA BENDA NI NAK SAMPAI KE KEDAHHHH...???

Saya nak tanya.... perkara ni betul-betul saya nak tanya....kenapa tak buat di Kedah dulu...kenapa...? kenapa? kenapaaaa?

Pasai apa buat kat Kelantan, Pahang dan Terengganu dulu? Kenapa start kat Pantai Timur dulu?

Awat Kedah ni tak beshhh ka? Alaaaaaaa....

RUPANYA ADA YANG BUAT REPORT POLIS PASAI PERKARA NI...

Ropa-ropanya... kat Kedah ni pun ada yang buat laporan polis kat Malaysian Insider... tengah dok sebok-sebok kerja tadi... kawan saya forward satu gambar....

Saya sengih tengok gambar tu... rupanya ada yang sayangkan Raja-Raja Melayu... dan bencikan portal yang suka buat fitnah dan spin cerita sebenar...

Okay la tu... sekurang-kurangnya Kedah ada la yang buat report polis, kan?

 

SEJAK BILA TANAH RIZAB MELAYU DI KEDAH TERGADAI?


Sebelum ni, ada orang kata macam-macam kat Kerajaan Negeri Kedah... konon tanah rizab Melayu kat negeri kami ni dah makin susut tergadai...

Betul ke dakwaan macam tu? Atau sekadar persepsi dari hati yang dimamah setan?

Saya tak pasti... tapi cuba baca kat sini..

Monday, March 30, 2015

MASIH ADA LAGI PEMIMPIN PEMUDA UMNO YANG PERJUANG ALIF BA TA?


Tengah tadi merayau-rayau surfing kat blog kengkawan ni... saya terbaca satu posting blog seorang rakan dari Kedah. Dia ni saya kenal... tapi kenal gitu-gitu saja.. dia tak tahu pun saya seorang penulis blog...

Ya. Dia memang seorang pemimpin Pemuda UMNO... saya tak berapa rapat dengan dia. Jadi saya kurang tahu tentang dia sangat... 

Tapi melalui penulisan dia di sini, saya dapat nampak masih lagi ada aura perjuangan asal UMNO dalam dirinya... tak tahu la ia sekadar penulisan retorik saja atau sebaliknya... tapi jika benar bagai dikata, saya setuju dengan kandungan tulisannya itu...

Tuesday, March 17, 2015

"HEBAT" BETOI LA MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH LA NIHHH....

Ya... tahniah la Majlis Agama Islam Kedah... Tahniah..."Hebat" sesangat... "hebat" tahap gaban dah...

Ternyata memang "hebat" buat kerja... 

Hari tu depa berjaya "sekat" Nizar dengan Badrul Amin masuk masjid sampaikan dakyah songsang... kali ni ada lagi kerja-kerja hebat depa...

Nak tahu apa... klik kat sini...

Nak tunggu orang buat report? Hadoiiii... prosedur sangat la kononnnn... hmmmm... tu yang "hebat" sangat tu... hmmmmm...

Kalau tak reti tebai muka lagi tak tau laaa....

Friday, March 6, 2015

ORANG LAIN KENA TUMBUK... DIA PULAK YANG SIBUK? POYO..!!!


Baru ni kecoh pasal Dr Dzulkefly Ahmad kena pukul lepas balik solat subuh kat masjid... memang kecoh la bila pemimpin politik kena pukul... ye tak? Tu memang standard...

Saya tak tahu la sapa yang pukul "pakar strategi" PAS yang dikategorikan sebagai geng pro-Pakatan Haram yang nak jatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS tu...

Tapi, mungkin ada geng PAS yang hangin kat dia disebabkan statement dia hilang hormat kat ulama PAS sebab kecam puak nak perjatuh Ayah Chik dengan gelaran "barua syaitan dalam jemaah" tu...

Tapi kan... ada mamat tu pulak yang bagi statement lebih-lebihhhh... heh!

BUKTI UMNO DENGAN PAS MEMANG ADIK BERADIK...?


Kawan-kawan nak tengok bukti UMNO dengan PAS ni memang "adik beradik" tak? Heh!

Nak Tengok?

Kalau nak tengok...KLIK KAT SINI...

Betul tak? Heh!

AWEK AMK NI HABIS BELAJAR UNDANG-UNDANG KE TIDAK NI...???

Ni la budak AMK nama Liss tu... yang spek mata atas kepala tengah sibuk main henpon tu...
Perghhhh...! Ini mungkin kali pertama saya dengar statement dari awek ni... apa nama dia tu.. Melissa Sasidaran...? Hmmmm... lawyer minah ni...

Kononnya kalau dah beri notis 10 hari sebelum berhimpun... maka polis takdak hak nak halang depa berhimpun buat kacau... heh!

Bingai ke apa minah ni? Belajar undang-undang tang mana tu? Memalukan lecturer tempat dia belajar la minah ni....Asalkan bagi notis maka dia anggap lulus? Choiiii...

 

WEIIII... NI MALAYSIA LAAA... BUKAN UKRAINE...!!!

Kononnya Doktor... Doktor ayam ke?
Ni la jadinya bila amik budak-budak tak reti bahasa jadi pemimpin... kalau kata bingai nanti marah pulak... tapi tu la hakikatnya...

Dia ingat Malaysia ni Ukraine ke? Parlimen Malaysia ni sama dengan Parlimen Ukraine? Sekolah mana dia belajar?

Apa punya mentaliti la budak ni... tak reti nak daulatkan undang-undang ke?

Thursday, March 5, 2015

DR. MAZA TAK SETUJU PASAL "ROTI JALA" & "KUAH KARI"? KAH KAH KAHHHHH...!!!


Hari ni kecoh pasal Mufti Perlis tak setuju Ustaz Kazim jadi panel Forum Perdana di Perlis. Dr Maza kata, Ustaz Kazim guna riwayat palsu dalam ceramahnya....

Dalam pesbuk Dr Maza, dia bagi bukti Ustaz Kazim guna riwayat palsu tu... 

Bila saya teliti bukti yang Dr Maza bagi tu... saya betul-betul terkejut...! Betul-betul saya tak sangka...

 

FAKTA TERBARU TENTANG MALAYSIA YANG MAMPU BUAT PUAK TU BISU..!!!

Sebelum ni, ada di kalangan mereka yang mengaku kononnya warganegara yang baik, tapi sanggup ke luar negara memburuk-burukkan negara sendiri....

Ada pulak puak yang warganegara bukan Islam tu...sampai sekarang memegang polisi Malaysia ni bukan negara Islam...

Malah, ada pulak sebelum ni warganegara beragama Islam yang mengatakan Malaysia ni seolah sebuah negara Islam yang zalim... 

Kiranya, Malaysia ni asyik buruk saja di mata depa... tapi kalau depa yang perintah Malaysia ni maka semuanya elok la kot di mata depa... kan? kan? kan?

Tu pun jangannnnn... ada jugak sorang Cina tua tu yang gamak mengaku "Patriot Malaysia" baru niiii...heh!

PERGGHHHH..!!! COUNTER ATTACK DARI NIK ABDUH MEMANG PEDASSSS...!!!


Nampaknya Nik Abduh betul-betul serius... dia tak main-main...dia tak acah-acah dah... nampak gaya memang dia nak bergocoh dah....

Pada saya... kalau bergocoh demi survival parti... macam kami dok "tembak" Pak Lah dan beberapa pemimpin UMNO dulu... rasanya wajar... bukan kami nak pecah belah parti.. kami nak pastikan perjuangan parti terus hidup!

Tapi tak tahu la sama ada puak-puak yang Nik Abduh balun tu sedar diri ke tidak... tak tahu la ulama PAS ni betul-betul bangkit ke tidak... 

 

MUJOQ ADA LAGI PEMIMPIN UMNO KEDAH YANG VOKAL MENYERANG....

Saya ingatkan para pemimpin UMNO di Kedah ni dalam keadaan "comfort zone". Semuanya dalam mode "honeymoon". Tapi nampaknya jangkaan saya agak meleset sikit...

Baru-baru ni, ada yang masih lagi dalam "mode" menyerang... 

Baguslah... sebab pada saya, nak mempertahankan kemenangan tu lebih susah jika nak dibanding masa nak rampas balik Kedah ni dulu...kan? 

 

Wednesday, March 4, 2015

ADA SURATKHABAR CINA PHOBIA KAT ISLAM DI MALAYSIA..!!!

Malaysia Reverted Muslims
Ada tak sesiapa di kalangan kita orang Melayu yang mampu membaca dan faham surat khabar Cina? Saya yakin ada....kan? Dan janga ingat kita tak tau apa yang depa tulis tiap-tiap hari tu...

Baru ni depa dok kecoh pasai Al-Quran yang diedar secara percuma di khalayak ramai oleh sebuah NGO, Malaysia Reverted Muslims....

Depa punya la bising buat kontroversi pasal isu tu kat surat khabar depa... 

 

TU DIAAA... KETUA PEMUDA PAS HENTAM NIK ABDUH... PERANG..!!!


Dalam pengamatan saya, selepas Nasruddin Hassan Tantawi melepaskan jawatan Ketua Pemuda PAS, rasanya sayap PAS tu bukan lagi bersifat "buih pepsi cola", malah lebih teruk dari itu...

Sebelum ini, jika Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS diserang mana-mana pihak, Pemuda PAS merupakan antara yang paling vokal mempertahankan kedua pemimpin tertinggi PAS tersebut...

Ya. Zaman tu sudah berlalu. Di zaman Ketua Pemuda PAS yang baru ni.. segalanya seolah dah tungging terbalik... mungkin Pemuda PAS di zaman Suhaizan Kayat layak dipanggil zaman "mandi buih" pulak kot?

PERGHHH..!!! MEMANG LAWAK ABISSSSSS..!!!


Perghhhh...! Pulak dahhhhh... saya tak tau la kenapa sejak kebelakangan ni pemimpin Pakatan Haram ni asyik dok keluarkan statement maharaja lawak mega-mega belaka...

Lepas sorang, sorang lagi yang keluarkan... depa dok practice masuk maharaja lawak mega yang AC Mizal jadi host tu ke?

Kali ni pemimpin veteran pulak tu... tak tau la mabuk ketum ke apa... setahu saya, "KeTum" dan masuk ke "dalam"....

GENDANG PERANG BERBUNYI DI KEDAH, PASMA TELAH DISERANG..!!!

Orang yang hina arwah Ustaz Azizan ni yang hangpa nak pilih jadi ketua? hmmmm....
Rasanya, semua pemerhati politik tahu bahawa PasMa ni berpusat di Kedah. Maklumlah, Presiden PasMa tu kan Phahrolrazi Zawawi... dia Yg Dipertua Kawasan Kola Kedah....

Malangnya, Pesuruhjaya PAS Kedah kita tu sebok pi Ostolia bawak rombongan... khabarnya nak membela penjenayah kat sana pulak.... hmmm... dia tak hirau pun pasai PasMa di Kedah ni?

Sapa kata dia tak hirau? Pada saya, dia memang peduli pasai PasMa... dah tengok gayanya, Mahfuz yang kalah lawan Naib Presiden PAS pada pemilihan yang lalu tu seolah "REDHA" dengan kewujudan PasMa di Kedah...

 

JOE BEDUL JADI MENTERI KDN GANTI ZAHID HAMIDI...???

Kadang-kadang rasa macam nak tergelak pun ada tengok perangai PKR ni... belum jadi Kerajaan lagi pun... tubuh parti pun baru setahun jagung... tapi dah berlagak macam depa la Kerajaan... 

Dah la berlagak macam kerajaan... "mesra penjenayah" pulak tu... heh!

Semalam, Joe Bedul ada keluar statement... dia kata Anwar Berahim akan hadir Parlimen... 

 

Tuesday, March 3, 2015

SAMA-SAMA CINA, SAMA-SAMA BOTAK, TAPI JAUH BEZA IDEOLOGINYA...!

Saya kira, mungkin kedua-dua lelaki berbangsa Cina ini boleh dikategorikan sebagai "botak" kepalanya... 

Tapi walaupun sebangsa dan hampir sama botak, ternyata ideologi depa dua orang ni sangat berbeza...

Yang seorang tu sangat menghormati dan memahami konsep kontral sosial dan jus soli. Manakala yang sorang lagi tu memang jenis tak sedar diri...

 

PERHATIAN: AMARAN PALING KERAS DARI PKR KEDAH..!!!

Adoiii... berita ni betoi-betoi merisaukan saya... saya sangat risau sampai tak lalu makan... nak tidoq pun tak bolehhhh... hadoiii...

Cuba baca statement PKR Kedah kat sini... Perghhhhh..!!! Gerun abihhhhhh aihhhhh..!!!

Betul... nak pertahankan Kedah dari dijajah puak pembangkang ni lebih susah dari nak tawan kembali masa PRU ke-13 dulu... 

 

SYIAH KEMBALI MENGGILA DI KEDAH..???!!!

Saya kira, ramai yang maklum bahawa di Kedah ni ada yang mengaku depa Syiah... siap buat laporan polis lagi nak amik tindakan kat Mufti dan Kerajaan Negeri Kedah sebab buat akta nak cegah depa...

Saya difahamkan, akta tu dah diluluskan Kerajaan Negeri Kedah dalam pindaan undang-undang Syariah pada tahun pertama Mukhriz jadi MB...

Saya yakin, kini dah tiba masanya untuk Jabatan Agama Islam Kedah ni bertindak dengan undang-undang dan kuasa yang ada pada Syiah...

BETOI KA NI? FLASHMOB PKR BERBELAS ORANG..??? MUHONG KA APA NI?


Betoi ka ni? Depa kata ada flashmob kat depan Masjid Zahir baru ni... katanya berbelas orang yang pi buat flashmob kat situ... betoi ka?

Bukan apa... saya kebetulan ada lalu kat situ masa depa buat flashmob tu.. masa lalu tu saya tengok ada 4 orang ja... senang sangat nak kira sebab sikit sangat pesertanya...nampak kleaaaaa 4 orang ja...

Sebab tu saya tanya betoi ka berbelas orang puak PKR yang jadi badut kat depan masjid tu dok bela peliwat tegar?

ORANG PAS KEDAH DAH MULA BALUN GENG "PASMA" DI SELANGOR..!!!


Heheheheee.. saya ingatkan Phahrolrazi dengan PasMa saja yang kena... rupanya sampai pemimpin PAS kat Selangor pun kena tibaiiii..!!!

Kenal dengan Dr Dzulkefly? Rasanya kat Selangor semua orang PAS kenai dia... khabarnya dia ni memang "totok abis" kat Anwar Berahim... heheheee...

Rupanya Dr Dzulkefly ni pun kena jugakkkk... tak kira pakar strategi kaaa.. pakar pat segi laaa.. pun kena tibai jugak oleh geng ulama PAS di Kedah ni...

 

PERGHHH..!!! "MACAM TU KA NAK ERATKAN ANTARA PARTI...???!!!"


Wow! Golongan pendokong ulama PAS di Kedah dan mula serang PasMa... 

Saya tak terkejut... benar saya tak terkejut langsung... sebab saya yakin masih ada lagi pemimpin Kedah yang merupakan anak didik arwah Ustaz Fadhil dan arwah Ustaz Azizan yang akan bangkit lawan dengan puak Mat Sabu ni..

Phahrolrazi berasal dari Pendang walaupun dia kini Yg DiPertua PAS Kuala Kedah. Perlu diingat bahawa di Pendang tu terkenal dengan golongan ulama PAS... mungkin sebab tu dia tak jadi Yg DiPertua Kawasan sana...

  

Monday, March 2, 2015

BLOGGER HINA ISLAM DIBUNUH SECARA TERBUKA DI KHALAYAK RAMAI..!!!

Gambar Hiasan
Saya beranggapan bahawa umat Islam kat Malaysia ni masih lagi bersifat tolak ansur dan sangat baik budi pekerti kerana masih mampu menahan sabar bila ada pihak yang berani terang-terang hina Islam di negara kita ni...

Mungkin disebabkan itu, masih ramai lagi yang berani hina Islam dan meskipun cuba diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa, ada saja peguam pro-Pakatan Haram yang dok mai bela penghina-penghina Islam ni...kan?

Saya rasa, mujurlah ini kat Malaysia... kita daulatkan undang-undang... Ni cuba tengok kat bawah ni... baru depa tau..!

Saturday, February 28, 2015

WOW! BADRUL AMIN "TUALA" DIBENAR SAMPAIKAN KHUTBAH, BUAT PROGAM DI MASJID SULTANAH BAHIYAH, KEDAH..!!!

Hebat betoi Masjid Sultanah Bahiyah, kan? 
Saya memuji Jabatan Agama Islam Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah sebab sangat berani membenarkan pemimpin kanan PKR, Badrul Amin Bahrun, untuk membuat program dan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultanah Bahiyah baru-baru ni...

Walaupun saya tidak pasti sama ada Badrul Amin ada tauliah atau tidak dari JAIK untuk buat begitu, tapi keberanian pihak Masjid Sultanah Bahiyah menganjurkan program untuk Badrul Amin wajar dipuji setinggi langit...

Kalau boleh, bukan saja Badrul Amin, bawa lagi ramai pemimpin Pakatan Haram buat program kat masjid tu... lagi ramai lagi bagusssss...

Thursday, February 26, 2015

AKHIRNYAAAA..!!! RAFIZI MENGAKU JUAAAAA...

Akhirnya.... Akhirnya mengaku juga Rafizi...kan? Akhirnya dia mengaku jugak bahawa Pakatan Haram tu tidak diikat oleh mana-mana peraturan, perjanjian mahupun undang-undang bertulis sejak bergabung pada 2008... 

Maknanya mana-mana parti yang bergabung dengan Pakatan Haram ni cuma bagitau saja depa nak masuk gabungan dan boleh keluar macam tu saja bila rasa nak keluar... ikut suka je nak masuk ke nak keluar ke....kan?

Maka sebab tu la saya katakan bahawa pakatan depa ni bukannya pakatan rakyat dan hanyalah merupakan pakatan yang haram... dah la takde peraturan bertulis... tak berdaftar pun dengan RoS...kan?

 

"TUANKU RAJA MERONGMAHAWANGSA II SULTAN KEDAH ASAL IMAM AL MAHDI"..!!!

Ni sapa punya kereta ni aaaaa? 
Haru biru aihhhh... ingatkan perkara ni dah settle... rupanya dia mai balik... viral pulak tu... buat malu orang Kedah saja....

Baru-baru ni kes kereta Guan Eng dah viral... sekarang ni kes kereta ni pulak yang viral di Kedah...

Sapa mamat ni sebenarnya? Apa status dia? 

KALAU TERENGGANU BOLEH BUAT, AWAT NEGERI LAIN TAK BOLEH..???


Saya benar-benar teruja bila baca berita dari Terengganu kat sini... Alhamdulillah... Kerajaan Negeri Terengganu memang THORRRBAIKKKK...!!!

Dah lama dah perkara macam ni perlu dilaksana dan dikuatkuasakan... undang-undang ada... tapi macam takut nak amik tindakan... awat jadi lagu tu?

Sebab takut undi hilang time pilihanraya nanti? MasyaAllah... tolonglah... 

 

Wednesday, February 25, 2015

APA YANG ANAK ANWAR BERAHIM NI NGARUT SAKAN NIHHHH..???


Saya faham, sebagai isteri, anak dan keluarga banduan yang baru dipenjara, sudah tentulah hati mereka gundah-gulana dan susah hati. Jika seseorang itu dipenjara sehari dua pun sudah mampu merisaukan keluarga terdekat, apatah lagi untuk tempoh lima tahun, bukan?

Mungkin itulah yang sedang dirasai oleh Datuk Seri Wan Azizah, Nurul Izzah, Nurul Nuha dan seluruh keluarga Anwar. Jika dulu mereka meletakkan bunga kecil berwarna putih ketika Anwar pertama kali dipenjara di Sungai Buloh, kali ini mereka gunakan hak petisyen permohonan pengampunan DiRaja pula.

Saya tidak memandang serong pada hal permohonan pengampunan DiRaja tersebut. Itu hak Anwar dan keluarganya menurut Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan. Terserahlah mahu mohon keampunan DiRaja itu atau tidak.
 

PAS "PERANG BESAR" PADA MAC INI..!!!


Jika benarlah bagai diumum di sini, maka nampaknya bermula Mac ini kita semua bakal melihat "perang besar" di dalam PAS di antara geng ulama dan geng-geng "jebon"...

Secara jujur, saya tak tahu siapa yang akan menang...dua-dua geng nampaknya tak mahu mengalah... satu geng pertahan perjuangan asal PAS... satu lagi kata dah hilang hormat kat geng ulama dalam PAS...

Nak teka sapa menang atau sapa yang kalah masih terlalu awal buat masa ni...

Tuesday, February 24, 2015

ADOIII LAAA... AWAT NIK NAZMI NI BUAT POYO PULAKKKK...

Amboi... marah sungguh Nik Nazmi kat abang-abang polis yang tangkap dia kat rumah baru-baru ni... sampai mengadu kat media woooo...

Bila saya baca kat sini... rasa menyampah pulak tengok komplen dia... mengada-ngada... poyo je lebih... 

Macam-macam dia kata kat abang-abang polis tu... persoal..pertikai macam-macam... hek elehhhh...

TERKINI..!!! AKHIRNYA ANWAR MENGAKU SALAH LIWAT SAIFUL BUKHARI..!!!


Yeahhhhh! Alhamdulillah... Akhirnya Anwar mengaku juga dia meliwat Saiful Bukhari, kan?

Kenapa saya kata begitu?

Nak tahu kenapa?

Cuba baca kat sini....

Dah mohon ampun tu... maka secara automatik la dia mengaku dia bersalah liwat Saiful...kan?

Kalau tak salah, pasai apa pulak nak mintak ampun? kan? kan? kan?

Hahahahaha... kan dah kena sebijikkkkk....

WOW..! MAHFUZ DAH PI OSTOLIA BELUM? NI ADA "MAGIK" KAT POKOK SENA NIHHH...

Astaghfirullahil'azim... ni betul-betul magik nihhhh... memang saya tak pernah tengok... mungkin perkara ni hanya berlaku kat Pokok Sena di Kedah saja... kat tempat lain belum tentu ada...

Bayangkan kalau perkara ni berlaku kat rumah kita... rasanya boleh terbeliak biji mata... panas hati... ye laaa... bayaq beratus ribu... tapi ini yang kita dapat...

Err.. mana Datuk Mahfuz kita? Dah terbang ke Ostolia pi jumpa Sirul Azhar ke belum? Ka dok tiusyen intensif belajaq English for Communication? Sat Datuk sat... ni ada masalah rakyat kat Pokok Sena ni... Sirul bukan dok parlimen Pokok Sena kottt... 

 

Monday, February 23, 2015

WOW HANGAT!!! INI RAKAMAN AUDIO MAT SABU BURUKKAN HADI AWANG?

Perghhh.. saya tak tahu la perkara ni betoi atau tidak... tapi rakaman ni diperoleh dari orang kuat PAS sendiri... siap sebar dalam Facebook broooo...

Saya tak sure la suara tu suara Mat Sabu...tapi kalau didengar... memang mirip suara dia....

Kawan-kawan semua dah dengar ke rakaman audio Mat Sabu burukkan TG Hadi Awang? 

Thursday, February 12, 2015

ATTENTION TO: AMERICAN EMBASSY & FELLOW AMERICANS....


Dear American Embassy and all fellow US citizen in Malaysia.... 

Kindly send these important messages to your respective Government as soon as possible for their concern...

The messages are as follows...

Sunday, February 8, 2015

INI KE MAMAT YANG KUTUK USTAZ KAZIM KAW-KAW TU...? HEH!


Perghhhh... hebat mamat nih. Tinggi betul ilmu dia... mungkin lebih tinggi ilmu dia berbanding Ustaz Kazim sampai tergamak kutuk Ustaz Kazim tu penipu dan sebagainya...

Pada saya, mungkin inilah dia contoh sikap "akhlak" terpuji orang Islam zaman sekarang... tak tahu hujung pangkal, tiba-tiba tuduh kawan tu... ishhhh!

Sabar je la Ustaz Kazim... rintangan berdakwah ke arah Islam ni memang macam tu... umat Islam akhir zaman ni bukan semuanya cerdik-cerdik belaka... banyak yang mudah kena tipu dengan orang politik sampai berpecah belah...

UMAT ISLAM BOLEH SABAR LAGI KE DENGAN KES TERBARU NI?


Saya tak tahu sama ada umat Islam di Malaysia boleh bertolak ansur lagi atau tidak pasal perkara macam ni... benar saya tak tahu...

Cuma pada saya, perkara macam ni betul-betul dah mencabar Islam dan hak keistimewaannya di Malaysia... melampau, biadap, kurang ajar, perlu disiasat segera dan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara...

Dah banyak kali dah kita umat Islam dicabar macam ni... ingat kita takdak maruah harga diri kaaa?

 

Bila Kak Su Bersuara... Heh!