Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, November 25, 2014

TERKINI: PERUTUSAN TUN M SEMPENA #PAU2014

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong UMNO kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir Insya’allah! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.
2. Sebagai orang tua, dan orang tua UMNO pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.
3. Semua tahu UMNO sekarang tidak popular seperti UMNO dahulu. Ada yang berkata UMNO tidak lagi relevan.
4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika UMNO dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli UMNO tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.
5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli UMNO?
6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.
7. UMNO hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.
8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.
9. Oleh itu yang dapat masuk UMNO hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.
10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.
11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan UMNO untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk UMNO. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.
12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam UMNO. “UMNO saya punya.” “ Bahagian ini saya punya.”
13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa UMNO menyertai parti lain. Maka akan merosotlah UMNO dan akan hilanglah parti keramat ini.
14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.
15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.
16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputra dan UMNO. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.
17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan UMNO akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.
18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.
19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.
20. Selamat Bersidang UMNO. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. -CheDet

MAAF, SAYA TUTUP FB DAN BUKA YANG BARU...

Ini Facebook baru saya... tengkiu!
Oh ya... saya lupa nak beritahu.. Baru-baru ni saya belek-belek Facebook saya... Sorry.. sebelum ni memang saya jarang-jarang sangat masuk Facebook... bersawang jadinya... heheheee...

Bila saya teliti tempohari... saya tengok macam huru-hara... macam-macam group..macam-macam page... dah jadi rojak.. out of control kot....ramai sangat yang saya tak kenal dalam tu...heheheheee... banyak sangat group saya sedangkan saya tak pernah pun join group tu... adoiii...

So.. saya putuskan untuk abandon.. tutup FB tu... dan saya create Facebook official yang baru.. maksudnya semuanya dah berwajah baru bermula hari ni....

Pada kawan-kawan FB yang masih nak berkawan dan berkomunikasi dengan saya, maka saya alu-alukan supaya add melalui Facebook baru saya di url...

https://www.facebook.com/duke.ofumno.3

Boleh add atau request macam biasa... Tak kisah muslim atau non-muslim...tak kira UMNO, PAS, PKR atau DAP... tak kira dalam negara atau luar negara... insyaAllah akan saya approved asalkan ikhlas, waras, rasional dan memelihara akhlak serta adab sopan ketimuran...

Mohon maaf... yang loqlaq sangat tu mungkin tidak diterima kot... hehehe.. sorry... new face.. new era... new polisi... saya pun bertransformasi jugak... lebih ke arah wasatiyyah... heh!


Monday, November 24, 2014

MAAF KJ... SAYA TAK PANDAI BODEK ATAU KIPASSS... #PAU2014

Semalam saya ada tulis sikit pasal KJ... ada sentuh sikit pasal performance dia dalam kabinet dan selaku Ketua Pemuda UMNO... dah dijelaskan kat situ tiada sebarang niat nak hentam... cuma bertanyakan soalan dengan cara beradab..sopan dan jelas...

Ada masuk satu komen yang pertikai persoalan saya. Kononnya saya ni saja nak hentam KJ.. sila rujuk ruangan komen bagi posting semalam....

Maaf. Saya bukan kaki bodek dan saya tak pandai nak mengipas, meng"aircond", atau menjulang sesuatu yang pada pandangan saya agak kurang sesuai... saya mengkritik bukan untuk menjahanamkan...tapi membina sebuah jemaah dalam UMNO untuk terus relevan di mata rakyat...

Sunday, November 23, 2014

INI IKON ORANG MUDA YANG SEPATUTNYA KJ JADIKAN CONTOH...!!!

Dekat-dekat PAU2014 ni, antara topik paling panas ialah KJ... depa kata KJ ni "cool"... "stylo"... "ensem"... "cerdik".... sebab tu depa suka KJ... 

Oooo.. lagu tu cara depa nilai KJ... Bukan dengan cara menilai performance KJ dalam Pemuda UMNO... dalam kabinet....depa nilai cara "glemer" rupanya.... awat? Dengan jadi "glemer" maka Pemuda UMNO akan kuat?

Macam-macam KJ dah buat... antaranya pakai stoking pink... pakai boots Doc Mart dengan baju batik sambut Menteri Indonesia kat pejabat dia... jadi askar wataniah... apa lagi? Jadi model... lagi? Drebar teksi...lagi?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!