Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 11, 2014

SOALAN CEPU MAS UNTUK DYANA, RARA, MELATI... SILA JAWAB..!!!


CAT? SELCAT? Telus, Integriti, Akauntabiliti... Lagi? Apa lagi? Telus, mulus, kudus... lagi? Ada lagi? Tu sifat-sifat yang DAP claim ada kat depa selama ni? Ye ke nihhhh...?

Err.. nak tanya sikit... kes DAP Kedah gaduh sakan dengan Zairil tu dah settle ke belum?

Ni ada satu lagi kes yang perlu Dyana, Rara dan Melati jawab...heh!

PESTA ARAK: "DAP GANTI PAS" ATAU "PAS KELUAR PAKATAN HARAM"?

Ewah! Ewah! PAS tiap-tiap hari bising suruh pesta arak tu dihentikan serta merta, tiba-tiba DAP pulak suruh Carlsberg pegi apply permit?

Mana satu ni? Kalau tanya Khalid Samad, rasanya dia akan approve kehendak DAP... itu pun kalau dia berani lawan dengan PAS Selangor laaa...

Nampaknya "perang" antara PAS vs DAP ni tak abih lagi...

 

KETUA PEMUDA PAS DAKWA HANDPHONE KENA HACKED..???!!!


Cerita ni buat saya tersengih. Tak tahu la sama ada Suhaizan Kaiat ni betul-betul ke atau sekadar nak melepaskan diri. Tapi betul cerita tu buat saya tersengih...

Bukan saya yang ketawakan Ketua Pemuda PAS tu... bukan saya yang persenda dia.. bukan saya...orang lainnn... penyokong PAS pulak tuuuu...

Nak tahu siapa yang gelak sakan kat Suhaizan?

Friday, October 10, 2014

PERGHHH..!!! ADA BERANI "SOUND" MACAM BRADER NI? HEH!

Perghhhh..!!! Hangin satu badan betul brader ni... sabar bang...sabar... saya faham abang penyokong fanatik... relaks bang... bawak-bawak bertendang...ehhh... bertenang...

Betul saya terkedu tengok video ni... nak ketawa pun ada... heh! Dahsyat betoi brader ni "sound"... berdepan pulak tu...

Saya tertanya-tanya, penyokong parti politik ada tak yang berani macam brader ni?

Thursday, October 9, 2014

CEHHH..! MENGAKU RAKYAT MALAYSIA KONONNN.. TAPI...


Bukan rasis.. namun persoalan ni rasanya agak sensitif untuk dijawab. Soalnya, kalau kita tanya sekali pun, rasanya mungkin kita akan dicop rasis...

Saya tiada niat untuk berlaku rasis... namun pihak-pihak yang terbabit perlu menjawab soalan ni...

Kalau disebut hak bumiputera, depa dulu yang di depan... pertikai hak Melayu dan bumiputera. Tambah kurang ajar, hak dan keistimewaan Islam pun depa persoalkan...

 

TEMPOH 3 HARI MAHFUZ PERTIKAI, YANG BERBULAN KENAPA DIAM?


Hahahahaaa... dah lama saya tak serempak dengan Datuk ni... Dulu selalu la juga terserempak dengan Datuk ni kat Parlimen... tapi sejak balik ke Kedah ni, dah makin jarang dah jumpa... last sekali terjumpa dengan Datuk Mahfuz ni kat R&R Plus Highway...

Baru-baru ni dia ada pertikai keputusan mahkamah. Sapa pandai undang-undang sila angkat tangan. 

Saya nak tanya... kalau pertikai keputusan mahkamah rayuan dan kes masih lagi dalam peringkat rayuan sekali lagi, tak boleh dianggap menghina mahkamah ke?

 

HADOIIII..!!! CAMANA LATHEEFA KOYA NI "TERLAJAK TWEET" NIHHHH...???


Penasihat Undang-Undang PKR, Latheefa Koya, dipercayai bertindak memadam tulisannya sendiri di akaun laman sosial Twitter setelah kandungan tulisan tersebut mencetus kontroversi terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.
Dalam kenyataan Latheefa menerusi laman twitternya, dia mahu Bung Mokhtar dihapuskan terlebih dahulu sebelum Akta Hasutan 1948 dihapuskan.


Pada Selasa lalu, Bung Mokhtar dalam kenyataannya di sidang Parlimen mencadangkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menentang dan mahu memansuhkan Akta Hasutan.
 

USTAZ NASARUDDIN MAT ISA BUKTIKAN MAMPU HIDUP TANPA PAS..!!!

Tak sia-sia Ustaz Nasa tak aktif lagi dengan PAS. Saya tak tahu sama ada Ustaz Nasa ni dipecat atau keluar parti, tapi pada saya, dia memang memainkan peranan penting untuk umat Islam sekarang. Bukan hanya di Malaysia, malah di dunia.

Terbaru, melalui satu NGO, dia mohon sesuatu dari pihak kerajaan Malaysia... Kerajaan BN tau.. bukan kerajaan Pakatan Haram...

 

Wednesday, October 8, 2014

SAPA YANG FITNAH USTAZ TV9 BERSELINGKUH NIH?

Kadang-kadang, kita aan terjumpa "ularmak" yang berpakaian seperti ulama kat Malaysia ni. Malangnya, gara-gara perangai depa ni, abih terpalit nama ustaz-ustaz, tok-tok guru dan para ulama jadi busuk...

Ada yang bagi kaunseling percuma sambil pakai towel kat bilik hotel... ada bini orang yang "tolong" hantar barang sampai masuk ke dalam bilik hotel pemimpin parti "ulama".. 

Ni satu lagi kes...katanya yang pernah sertai Ustaz TV9 kononnya berselingkuh pulak dengan bini orang... adoiii... betoi ka atau sekadar fitnah?

6 TAHUN DALAM PAKATAN HARAM, APA PAS DAPAT?

Setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), untungkah PAS untuk terus menjalin hubungan kerjasama politik dengan sekutunya?

Apakah laba kerjasama politik yang diperoleh PAS untuk memperkukuhkan parti dan terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam?

Persoalan berkenaan menarik perhatian umum khususnya penyokong parti yang kian resah ekoran pergeseran kuat yang melanda antara ketiga-tiga parti mutakhir ini, yang memperlihatkan seolah-olah PAS semakin 'lemas' dihimpit DAP dan PKR.
 

PERRGHHH..!!! APA BENDA NAMA "AKTA SEKENDHEND" MACAM NI AG?


Mungkin digubal dan tercipta ketika di zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan, terdapat beberapa akta yang namanya agak janggal atau lebih tepat lagi "ikut sedap mulut saja", dan mungkin akan menyebabkan kita ketawa mendengarnya.
Percaya atau tidak, antara akta berkenaan termasuklah seperti Akta Peniaga Sekendhend 1946 seperti yang tertera pada gambar di atas.
KedahNews.com yakin bahawa berkemungkinan di ketika itu, bahasa Melayu agak kurang perbendaharaan katanya dan tidak sekaya sekarang di mana terbitnya pelbagai perkataan baharu yang lebih sofistikated.

DAP, PKR ISTIQAMAH "TELAN" PAS HIDUP-HIDUP...?



PAS disifatkan silap besar sekiranya meneruskan niat untuk bercakaran dengan parti sekutunya dalam PR, PKR dan DAP.

Pemerhati politik menyifatkan, ketiga-tiga parti itu harus mengakui bahawa mereka saling memerlukan antara satu sama lain bagi membentuk kuasa yang lebih kuat untuk mengalahkan musuh politik, BN.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, PAS tidak seharusnya meneruskan percakaran dengan rakan komponennya demi tidak menjejaskan kepercayaan pengundi kepada pakatan itu dalam pilihan raya akan datang.
 

SAPA NAK MAKAN RUMPUT DALAM PENJARA???


Memang ramai pekerja asing dari Bangladesh di negara kita. Tidak dapat dinafikan, kadangkala ada di kalangan kita yang kurang selesa dengan kelibat warga Bangla di sini meskipun rata-ratanya mereka saudara seagama kita dan memasuki negara ini melalui prosedur yang sah.
Mungkin sebelum ini apabila disebut "Bangladesh", kita membayangkan sebuah negara dunia negara ketiga yang mundur, tidak membangun dan terpaksa merempat di Malaysia, tanpa sebarang kelebihan berbanding kita di sini.
Namun tidak ramai yang sedar bahawa di sebalik kelemahan yang terpamer di "kosmetik" Bangladesh, negara itu tetap mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang belum lagi negara kita miliki.
 

TU DIAAAA... BANJIR PUN SALAH UMNO/BN JUGAKKK?

Wong Hon Wai
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam, Wong Hon Wai menyelar tuduhan yang dilemparkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkaitan isu banjir dan menuduh UMNO - BN perlu bertanggungjawab terhadap permasalahan tersebut yang berlaku sekitar tahun 1990-an.
Hon Wai berkata, sewajarnya BN dan UMNO perlu disalahkan(merujuk kepada kes banjir yang berlaku di kawasan Air Itam) memandangkan kerajaan negeri pada ketika itu diterajui oleh mereka.
“Banjir besar berlaku pada masa itu ekoran pembangunan yang diluluskan oleh BN dan menyebabkan banjir besar setinggi lapan kaki. Banjir tersebut menyebabkan kerosakan harta benda kepada rumah dan sekolah sekelilingnya.
 

Tuesday, October 7, 2014

PERGHHH..!!! KHALID SAMAD DAH KENAAA....HEH!


Selepas dikecam hebat pelbagai pihak baru-baru ini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad dihentam pula gerakan akar umbi PAS, El-Haraki, sebuah laman FanPage Facebook yang sememangnya dikenali sebagai pro-ulama.
Mengecam hebat Khalid, El-Haraki menegaskan bahawa adalah amat memalukan bagi umat Islam di negara ini untuk memiliki seorang Ahli Parlimen sepertinya yang baru-baru ini menegaskan bahawa pesta arak yang bakal berlangsung di Selangor itu sebagai tidak wajar dihalang.
"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. 

SAKSIKAN KEBESARAN ALLAH SWT...


Rakyat di Malaysia khususnya bakal menyaksikan fenomena gerhana bulan berdarah atau dikenali sebagai ” Blood Moon” pada 8 Oktober 2014 (Rabu) bermula dari 5.14 petang hingga 8.34 malam. 
Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. 

Baca seterusnya di sini...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!