Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, July 11, 2014

TERKINI: APA KATA ANWAR BILA ISRAEL SERANG GAZA..??!!!

Ramai betul yang marah, geram, sedih dan bengang habis bila puak rejim zionis Israel serang Gaza baru-baru ni. Marah betul sampai ada yang menangis tengok baby yang meninggal dunia terkena serangan zionis laknatullah tu...

Antara yang dok marah tu, ramai jugak la yang terdiri dari golongan yang "berketua"kan Anwar Berahim...

Saya yakin, Anwar kat Malaysia ni dah tentu akan kutuk serangan Israel tu habis-habisan. Kalau depan media, saya yakin Anwar akan belasah Israel tak cukup tanah...

Tapi...

Thursday, July 10, 2014

KISAH IKAN PATIN "BABI" DAN ORANG KITA BILA JUMPA BENDA FREE....

Kita orang Malaysia ni memang pantang kalau jumpa benda free, kan? Asal jumpa je, mesti berebut-rebut. Asal berebut-rebut, mesti barang free...kan? Tu diaaaaa... sedar tak perangai tu ada kat kita?

Mungkin sebab tu la jugak ramai orang yang berebut-rebut tangkap ikan patin dari kolam kat Lahat, Ipoh, baru-baru ni, kan?

Ye laaa.. masa tu kolam tu belum surut sebab tengan pecah. Jadi depa tak tau la kat dalam tu ada tulang-tulang yang dipercayai tulang babi, kan? 

PESANAN IKHLAS PADA PEMILIK JENAMA TUDUNG FAREEDA...

Fesyen tu fesyen la jugakkk... aurat jangan lupa bebbb.. tu lagi penting...
Ramai jugak la yang heran dengan fenomena tudung jenama Fareeda ni. Ada yang kutuk, dan ada yang taksub gila sampai sanggup tidur dan beratur depan butik Fareeda semata-mata nak dapatkan latest fesyen...

Kita pun tahu, harga sehelai tudung Fareeda tu agak mahal berbanding tudung-tudung lain di pasaran, termasuk di pasar malam atau pekan-pekan nat... 

Ada yang kata tudung Fareeda ni "singkat" dan lari dari konsep tutup aurat. Ya, saya tak nafikan. Tapi ada jugak tudung jenis labuh yang dikeluarkan dari jenama Fareeda ni, kan? So tuduhan tu tak berapa tepat la...

 

Wednesday, July 9, 2014

DEMI ISLAM, MOHON PEMIMPIN ISLAM SABAH BANTU KES NI...

TUGAS membimbing golongan mualaf sebenarnya tidak hanya terletak di bahu jabatan dan pertubuhan agama semata-mata.
Sebaliknya, kita sebagai umat Islam juga perlu memainkan peranan dalam membantu golongan ini memahami erti Islam yang sebenar.
Di sini, kami ingin kongsikan status Facebook seorang penceramah, Ustaz Ebit Lew yang menceritakan perihal sebuah kampung yang murtad di Tongod, Sabah akibat kesilapan dan kealpaan kita sebagai umat Islam:

ebit lew


“Menangis mendengar laporan sebuah kampung yang murtad dan sebuah masjid yang mati dari dr Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Sayunya ya Allah.salah saya ni..ampun Ya Allah.
Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.
Setelah mendapat laporan dr Imam Daerah Tongod, Imam Daim yg kami temui minggu lepas selepas solah jumaat di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yg 100% penduduknya telah dimurtadkan, kelmarin(6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dgn menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad utk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. 

THE EDGE SALAH LAPOR LAAA...


Sebetulnya di mana-mana bulan sekali pun, seluruh umat Islam di dunia sewajarnya menghindari diri dari memfitnah atau perkara-perkara yang melibatkan syubhah. Apatah lagi di bulan Ramadhan, kita sewajarnya menjaga diri dari melakukan dosa seperti itu, bukan?

Selain dari melaporkan kebenaran, etika kewartawanan juga perlu dijaga.

Namun, lain pula dengan akhbar "The Edge Malaysia" dan seorang blogger tersohor berbahasa Inggeris yang baru-baru ini menyiarkan artikel yang disifatkan tidak tepat. Tidak perlulah dinyatakan blog yang mana, perlu juga dijaga aibnya di khalayak ramai.

"The Edge" secara tiba-tiba telah menyiarkan sebuah artikel tentang sebuah syarikat GLC yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Khazanah Nasional Bhd, kononnya syarikat berkepentingan kerajaan itu akan membeli kepentingan pelabur Timur Tengah dalam empat syarikat.

Khazanah dituduh akan membeli kepentingan dalam empat syarikat itu termasuk Medini Iskandar Malaysia, dengan nilai pembelian RM3 bilion, hanya berdasarkan sumber tidak rasmi atau lebih layak disifatkan sebagai "cakap-cakap kedai kopi".

Lebih memburukkan keadaan, artikel "The Edge" tersebut telah dijadikan bahan rujukan blogger berkenaan untuk menghina pengurusan tertinggi syarikat GLC itu dengan pelbagai gelaran yang menghina dan tidak sedap didengar.

Saya tidaklah mengatakan diri saya sempurna. Namun saya cuba perbaiki diri saya untuk tidak menggunakan kata-kata kesat dari masa ke masa memandangkan tindakan sebegitu tidak dianjurkan Islam dan tidak memberi sebarang kesan positif kepada mereka yang dihina.

Khazanah PC Iskandar Msia

Apa yang boleh kita peroleh dengan menggelar orang lain sebagai "monkeys" selain dosa percuma? Sebagai blogger berpengaruh, blogger tersebut sewajarnya menunjukkan contoh yang baik untuk diikut oleh penulis-penulis seperti saya, bukan?

Khazanah dalam kenyataannya yang terkini telah menegaskan bahawa segala fakta dan dakwaan "The Edge" itu tidak tepat dan salah. Malah maklumat dari "sumber" tersebut dikatakan sudah lapok!

Timbalan Presiden Khazanah, Mohd Asuki Abas dalam kenyataannya yang hari ini disiarkan oleh "The Edge" menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang disampaikan "sumber" itu sekaligus menjadikan tohmahan yang dilemparkan itu seolah-olah layak dikategorikan sebagai fitnah.

Mungkin atas rasa bersalah, "The Edge" menyiarkan penafian tersebut sebagai timbal balas pada kesilapan dari sudut etika kewartawanan khususnya melibatkan sebuah GLC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Persoalannya, sanggupkah blogger yang menyifatkan Khazanah sebagai "cacat", "dungu" dan menggelar mereka sebagai "monyet" itu menyusun sepuluh jari memohon maaf atas ketelanjurannya menghina mereka berdasarkan laporan yang tidak sah?

Atau beliau lebih memilih untuk meminta maaf sempena Hari Raya Aidilfitri nanti? Terserahlah, kerana saya lebih memilih untuk berlaku adil bagi semua pihak. Selamat menikmati Ramadhan dan marilah kita tingkatkan ibadah serta pahala di bulan yang penuh keberkatan ini. Wallahu'alam...

Sumber: Mykmu.net

Bila Kak Su Bersuara... Heh!