Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 14, 2014

MAS: ORANG LAIN SEMUA SALAH, MASEU SAJA YANG BETUL... #SelamatkanMAS


MAS rugi RM1.2 bilion tahun lepas dan suku pertama tahun ni rugi lagi, mencecah RM443 juta. Dan yang lebih menyedihkan, kerajaan dah masukkan RM5 billion sejak 10 tahun lalu tapi MAS terus mencatat kerugian. Bukan dua tiga ringgit bebbb... berbilion-bilion! Duit kita tu weiii...

Pakar-pakar penganalisa cakap MAS kena kurang kos dan juga tengok kontrak konsesi bekal makanan dan lain-lain tu...  Tapi MASEU pulak mintak CEO Ahmad Jauhari Yahya serta Zahrah Zaid, Ketua Pembangunan Sumber Manusia dan CEO Aerospace & Engineering, Azhari Mohd Dahlan supaya letak jawatan...

Pada saya, letak la Bill Gates ke, Donald Trumph ke, Robert Kuok ke, Syed Mokhtar ke dan guna la business plan paling hebat dalam dunia sekali pun, tapi kalau human capitalnya hancur, maka hancur la semua. Kita merancang, tapi orang kat bawah asyik bangkang je kerjanya, kalau plan pun depa takmau ikut plan tu.. boleh berjaya ke?

Thursday, June 12, 2014

BREAKING NEWS: DATUK AZIZ MUFLIS? PRK KULIM BANDAR BHARU..???

Tu diaaaaa... Kalau sebelum ni tak jadi PRK di Kuala Terengganu, kali ni lain pulak ceritanya... Saya rasa, mungkin ada yang tengah suspen berdoa pasal benda ni...hahahahaaaa...

Mungkin PRK akan berlaku di Parlimen Kulim-Bandar Bharu. Kat Kedah weiiii..! Heh! Bukan Terengganu... Kawasan BN... bukan kawasan PAS...

Tapi jangan gelojoh... kalau boleh kita tak mau la berlaku PRK... Sebab buang masa, buang duit ja nak kena buat PRK ni...

 

KALAU BETUL PUN ABBY CERAI, JANGAN LA GELOJOH SANGAT MACAM PAK LEBAI PAS...


Semalam sah Abby bercerai dengan Farhan. Memang kecoh la kan pasal cerita tu.. Saya ingat cerita tu kecoh di kalangan peminat industri hiburan jer.. rupanya pak-pak lebai PAS pun kecoh juga bersembang pasai cerita Abby bercerai tu..?

Sebelum ulas lanjut, saya nak ucapkan takziah la sikit pada Abby dan Farhan. Kesian jugak la kat depa dan anak-anak Abby yang masih kecik tu...ummi depa dah bercerai dengan abi depa... maka kurang la sikit kasih sayang dari seorang ayah pada anak-anak Abby tu...

Tapi mungkin penceraian tu ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. Serah je pada Allah, kan? So tak payah la kutuk Abby pasai dia bercerai tu... jodoh pertemuan tu di tangan Allah..kan?

 

Wednesday, June 11, 2014

PRK KUALA TERENGGANU TAK JADI... HARAP JANGAN KECEWA...


Saya harap tidak ada yang kecewa. Maklum laaa... selalunya kalau ada je PRK, ramai yang seronok dengan "mata yang bersinar-sinar"... heheheeee....kan?

Raja Kamarul Bahrin dah sahkan... dia nafikan khabar angin tu.. Dia tak muflis punnn...heh!

Tak caya cuba tengok pengesahan kat sini...heh! Jangan kecewaaa.... 

Tuesday, June 10, 2014

MELAYU "CELUP" DAP NI TERUK KENA HENTAM, MASIH TAK SEDAR DIRI?

Saya tak tahu la nak kata apa kat budak "Melayu celup" ni. Dia ni macam tak sedar diri, hidung mancung, pipi tersorong-sorong.. Saya yakin dia tak bodoh, tapi dia buat-buat bodoh...

Baru ni dia kena "gam" by DAP Kedah. Diorang siap buat press conference balun dia ramai-ramai. Bukan sorang dua yang turun, ramai bebbb.. depa balun dia kaw-kaw... tapi kalau jenis muka tak tau malu ni payah laaaa..kan?

Apa yang diorang cakap? Heh! Zairil perosak DAP. Zairil biadap. Zairil kurang ajar. Zairil penipu, putar belit.. macam-macam brooo...Nampak sangat DAP Kedah "bunuh" Zairil...heh! Tak caya cuba tengok kat bawah ni...

BREAKING NEWS! PRK KUALA TERENGGANU PULAK KAAA..???



Saya tak tau betul ke tidak... Betul ke PRK Kuala Terengganu?

Nak tahu lanjut... sila ke klik kat sini... 

UMNO-PAS BERSATU DI KEDAH: ADA YANG TAK PUAS HATI..?

Dah lebih setahun BN ambil alih Kedah. Lebih kurang setahun juga, Mukhriz jadi MB. Saya lihat politik Kedah seolah-olah Aman Makmur, tanpa sebarang kekecohan berlaku. Tidak macam di Penang sampai Rayer berani keluarkan kata-kata "celaka" pada UMNO...

MB dan barisan ADUN BN setahu saya sedang tekun bekerja, mendekati rakyat. PAS dan ADUN-ADUNnya pun nampak "sejuk" saja. Tak banyak isu yang depa timbulkan. Kalau timbul pun, lepas tu lenyap macam tu saja...

Alhamdulillah. Mungkin ini petanda baik. Mungkin PAS dan BN di Kedah mengerti antara satu sama lain dan lebih memilih untuk mengamalkan politik sihat berbanding negeri-negeri lain yang asyik nak perang politik tak habis-habis... habis kerja membangunkan negeri tergendala asyik politik 24 jam...

Baru-baru ni...

Monday, June 9, 2014

SATU PENGHINAAN PADA NIK AZIZ & ORANG KELANTAN..???!!!

Ni saya ada bawa perkhabaran buruk buat semua ahli-ahli dan pemimpin PAS terutama kat negeri Kelantan. Bukan apa... ni semua ada kena mengena dengan Nik Aziz...

Betul, saya pun kurang setuju mamat ni keluarkan statement macam ni... dia seolah-olah macam anggap Nik Aziz tu makan "bangkai" pulak... ishhh...! Apa raaaa...

"Bangkai" ni kebiasaannya merujuk pada benda-benda yang haram dimakan, kan? Ada ke pernah dengar dalam Islam ni kita dihalalkan makan bangkai? Jadi, berpada-pada la bila guna istilah macam tu...
 

Sunday, June 8, 2014

BILA "SETAN" SURUH "SETAN" CERMIN DIRI...

Tu laaaa... Kawan lagi dengan "setan"... Ni.. Tengok kat bawah ni apa dah jadi...

Orang dah sebut dah dulu jangan kawan dengan "setan".. tapi degil...

Lepas ni tak heran la kalau PAS jadi lagi "setan" dari "setan"...kan? Cuba baca kat bawah ni...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!