Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 23, 2014

Lain yang ahli nak, lain yang depa buat...heh!

Apa cer nihhh?
Merujuk pada berita di sini, apa pandangan korang kat Azmin, Kee Keong dan kroni-kroni depa? Akat umbi PKR memang ramai tak puas hati kat depa... Akar umbi nak PKR ambik tindakan keras kat depa...

Tapi? Tapi depa pulak yang pecat orang sana sini... gantung ahli PKR sana sini.. dah jadi terbalik kuang tuuuuu...

So? Camana? Nak jugak dok dalam PKR? Heh! Lantak korang la bebbb.. teruskan la menipu diri sendiri... saya tak campur...

Wopsss..! Kenali dulu Dyana Sofya sebelum anda terkam dia...

Memetik sebuah temubual ringkas media bersama calon DAP bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tidak ragu-ragu untuk mengaku bahawa status dirinya masih "single" dan belum berpunya.
Menjawab soalan media yang bertanya tentang status peribadinya, Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP itu mengangguk tanda setuju bahawa dia masih tidak punya kekasih. 
Ia seolah-olah memberi ruang pada calon PRK Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal, untuk memulakan "misi mencari isteri". Lagipun, anak mendiang Karpal Singh itu baru-baru ini mengaku masih bujang dan ada meminta Wanita DAP carikan isteri untuknya...
 

Thursday, May 22, 2014

GEMPARRR..!!! KISAH "RASUAH" TERBARU NAJIB..???!!!

Jika dilihat keluh kesah sebahagian rakyat yang marahkan kerajaan kerana termakan hasutan, kita tentu percaya bahawa negara ini sudah berada dalam keadaan nazak, daif dan menunggu masa untuk runtuh. Membaca pandangan-pandangan di media sosial pro pembangkang, negara ini seumpama pariah ekonomi dunia.

Boleh dikatakan segala-galanya buruk kepada negara ini. Kesimpulan daripada keluh kesah kumpulan ini ialah rakyat Malaysia hidup tertekan, kos sara hidup yang tinggi dan ekonomi negara berada di tahap yang sangat buruk, sistem pendidikan yang lemah, keselamatan yang terancam dan kerajaan ini adalah kerajaan korup.

Namun pelbagai indeks dunia menyatakan perkara lain....


Isu Panda: RM70 juta VS RM258 bilion...

Di sebalik ketibaan dua ekor pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, atas dasar setiakawan serta pinjaman, Pakatan telah mengambil kesempatan memburukkan tindakan kerajaan ini sebagai membazir tanpa mengambil kira kepentingan perdagangan negara dan hubungan diplomatik dengan negara China.

Panda adalah simbol kepada negara China, jika ia dijadikan isu politik sempit tanpa sebarang pertimbangan dan justifikasi hubungan antara dua negara dan ekonomi antarabangsa, tidak musthil apa yang dianggap satu permulaan yang baik antara dua negara selepas kehilangan MH370 akan kembali suram. 

Tidak semua perkara wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan hubungan antara Malaysia dan China kelihatan sedikit suram beberapa bulan kebelakangan ini.
 

Tak berdosa Dyana ke pasar babi...tapi...

Saya takde la cakap haram untuk umat Islam berkunjung ke pasar babi. Berkunjung tak salah dan tak payah samak kalau tak sentuh sebarang perkara atau benda yang melibatkan haiwan yang diharamkan untuk disentuh umat Islam tu...

Tapi bila dah berkunjung tu, kalau sayalah, saya tak confident. Kalau saya ke pasar babi, saya akan samak seluruh badan, buang pakaian yang saya pakai masa ke pasar khinzir tu. Maksudnya, saya akan cuba buat sedaya upaya untuk menyahkan sebarang elemen khinzir pada saya...

Terus terang, saya takkan ke pasar khinzir tanpa alasan yang benar-benar perlu dan kukuh. Kalau boleh, saya akan cuba elak. Tapi lain pulak halnya dengan Dyana Sofya ni.. Dah terdesak sangat ke nak jadi Ahli Parlimen sampai redah masuk ke pasar khinzir tu?

Tuesday, May 20, 2014

TERKINI..!!! GUAN ENG LANGGAR ABU BACKER SAMPAI BERBALUT LEHER...k???!!!

Kereta Guan Eng tiba-tiba bergerak langgar Abu Backer? Tak tarik handbreak kaaa?
Tu diaaaa..!!! Kecoh bebbb..!!! Betul ke Guan Eng langgar calon bebas PRK Bukit Gelugor, Abu Backer? Saya dengar teruk sampai berbalut leher macam Anwar dulu...heh!

Macam-macam berlaku time PRK macam ni. Mujur la BN tak bertanding kat situ.. kalau tidak kan haru.. tiba-tiba je nanti depa tuduh UMNO punya kerjaaaa.. heh!

Anyway, betul ke kejadian ni.. gambar ada kat bawah ni...

 

Alhamdulillah... Isteri dan anak pramugara #MH370 selamat..!

Ingat tak semalam saya ada beritahu pasal isteri pramugara MAS pesawat MH370 tu? Alhamdulillah... khabarnya dia dah selamat melahirkan anak lelaki... sedap namanya.. Muhammad.. mungkin sempena nama Rasulullah SAW kot...

Nak tahu cerita lebih lanjut? Sila klik kat sini...

Monday, May 19, 2014

PENTING: PERINGATAN KEPADA SELURUH PEMIMPIN DI MALAYSIA & KEDAH...


Tengah dok membaca kat internet ni sambil buat kerja sekolah, saya terbaca sepotong hadith Rasulullah SAW dan baginda bersabda yang mahfumnya...

"Sesiapa yang dibebankan Allah SWT untuk memimpin rakyatnya, lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah SWT mengharamkan ke atasnya syurga" - Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim

#PRKTelukIntan: ADIK MANIS DAP TOLAK HUDUD, APA KATA PAS?

Alamakkkk..!!! Macamana nihhh??? Budak Dyana ni boleh sepakat tak sokong Hudud pulak daaahhhhh..!!! Camana ni PAS? Amacam? Apa fatwa terbaru PAS pasal perkara ni? 

PAS "diHALALkan" jugak ke untuk sokong Dyana ni kat Teluk Intan?

So? Apa kata Mursyidul Am PAS? Rasanya kalau Dato' Haron Din punya fatwa, silap-silap dia suruh semua jentera PAS balik rumah jaga anak isteri lagi bagus...kan? 

URGENT: YA ALLAH.. SELAMATKANLAH IBU DAN ANAK INI... MOHON DOAKAN SEMUA...

Saya benar-benar tersentuh. Benar-benar terkesan. Ya Allah, Maha Pencipta seluruh makhluk dan sekelian alam, berilah rahmat Mu kepada Intan Maizura dan hamba Mu yang bakal dilahirkan itu, ya Allah. Selamatkanlah mereka dan kurniakanlah nikmat kesihatan yang baik bagi keduanya...

Saya mengerti erti jerih dan payah seorang ibu yang melahirkan anak. Saya pernah saksikan sendiri dengan mata kepala saya sendiri betapa seorang ibu bertarung nyawa ketika proses melahirkan anak...

Siapakah Intan Maizura dan mengapa saya mohon agar kita semua rakyat Malaysia supaya memanjatkan doa kepada Allah SWT untuk ibu tersebut?
 

TU DIAAAAA...AHLI PAS CABAR MAHFUZ OMAQQQQ..!!!


"Kalau Mahfuz nak bawa saya ke lembaga disiplin parti saya tak gentar, dipersilakan," -Nabi Bux

Tu diaaaa.. Nabi Bux dah cabar Mahfuz. Berani ke Pesuruhjaya PAS Kedah tu sahut cabaran Nabi Bux? Takkan tak berani kot? Hari tu kata nak heret Nabi Bux ke mahkamah..kan? 

Saya tak rasa Mahfuz akan sahut cabaran Nabi Bux. Mahfuz memang sentiasa sebok. Jadi Ketua Penerangan PAS Pusat tu buat dia busy memanjang. Nak balik "kelebek" ambil tahu hal PAS di Kedah pun khabarnya "tak dan" (tak sempat)... heh!

Apa cerita pulak dengan Nabi Bux ni?

Sunday, May 18, 2014

HANGAT..!!! "WOW!" FACTOR PADA DYANA SOFYA DAP...

Baru-baru ni saya ada menonton video ceramah Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Daud, yang merupakan calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan. Dia berceramah di atas pentas PAS Kawasan Teluk Intan...

Mulanya, Dyana mula gagap-gagap...Dia ada ajukan beberapa points dalam ceramahnya tu.. antaranya ialah isu "bikini", umur terlalu muda, isu politik perkauman, Dyana "diperkuda" Kit Siang dan perhatian DAP pada anak muda sepertinya... 

Apa yang Dyana kata pasal isu-isu berkenaan..? Masa jumpa Pak-Pak Lebai PAS, Dyana ni pakai selendang tutup kepala wa cakap luuu... Heh! Saya memang pantang orang hipokrit pasal hukum hakam Islam ni...heh!

Buat ORANG-ORANG KAYA di Kedah...

Rasanya jika 100 orang-orang kaya di Kedah memberikan sumbangan seperti itu secara diam-diam, nescaya rumah-rumah ibadat umat Islam pasti bertambah imarah dan diberkati Allah SWT, bukan? 

Apatah lagi Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang amat tinggi bagi yang menderma sebegitu ikhlas dan KedahNews.com yakin, Allah SWT juga tidak akan mempapakan pihak berkenaan sehingga ke akhirnya.

"Tangan kanan yang memberi, tangan kiri langsung tidak tahu" begitulah perumpamaannya dan Islam sesungguhnya memang menganjurkan cara sedekah yang sedemikian.

Dyana Sofya "main gigit-gigit" pulakkkk...???!!!

Saya tau la Dyana Sofya, calon MELAYU DAP ni cun melecun. Tapi cun macamana pun, kalau sanggup khianat anak bangsa sendiri, buat apa...ye tak? Sanggup sokong "chauvinis ultra kiasu"..apa cerrr..? Lebih kurang sama la dengan Zairil anak arwah Tan Sri Khir Johari tuuu...

Tapi apahal pulak budak Dyana ni "main gigit-gigit" nihhh?

Dah takde modal sangat ke nak kempen sampai "main gigit-gigit" nih? Apa benda yang Dyana "gigit" nih?

Perghhh..!!! Apa benda ni Rafizi...???!!!

Kalau tak tahu, jngan pura-pura tahu. Jika tidak pandai, jangan pula nak tunjuk pandai. Jika kurang pasti tentang sesuatu perkara, cuba periksa terlebih dahulu kerana jika terlalu gelojoh menyebarkan sesuatu perkara pada khalayak ramai, bimbang orang akan menggelar kita sebagai "bodoh".

Begitulah jadinya pada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, apabila menuduh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, mungkir janji dan tidak hadir ke majlis kenduri perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said.

Mungkin terlalu yakin dengan "ketidak hadiran" Najib di majlis tersebut, Rafizi seolah-olah cuba mengajuk Ahmad Said dengan mempersoal apakah bekas Menteri Besar itu akan "merajuk" sekali lagi.
 

Bila Kak Su Bersuara... Heh!