Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 15, 2014

PERGHH..!!! TUN M BALUN ANWAR BERTEPEKKK DI DAHI..!!!

Perghhh..!!! Saya setuju 100%..!!! Tun M balun Anwar Berahim kat Indon... Heh!

Tepat...! Padat..! Bertepek kena kat dahi..!!!

Pada saya, kenyataan Tun M yang terkini pada Anwar ni patut dibaca oleh semua pihak dan difahami sedalam-dalamnya... bukan pada Anwar saja, kadang-kadang ada di kalangan kita ni yang berperangai macam Anwar Berahim...

 

WOW..!!! 20 "BUAH PENAMAT" UNTUK PAS KEDAH...!

Saya dah baca siri penamat "pukulan TKO" yang akan zip mulut PAS Kedah. Hangpa semua dah baca dah? Walaupun ringkas, tapi tepat dan padat...

Berapa? 20 perkara? 20 saja? Tak konkrit pulak tu...

Dalam banyak-banyak point yang PAS Kedah bagi tu, kebanyakkan back fire PAS Kedah balik. Cuba baca kat bawah ni... menarik!

AHMAD SAID AKUI NAJIB MOHON MAAF PADANYA..?

Betul, tidak semestinya pemimpin itu berada dipuncak, maka pemimpin itu tidak membuat sebarang kesilapan. Tidak semestinya, sebab kita umat akhir zaman ni bukannya Nabi atau Rasul. Kita juga tidak maqsum sebagaimana Nik Aziz...

Dalam hal ini, tindakan Najib memohon maaf dan saling bermaafn dengan Ahmad Said menunjukkan Perdana Menteri kita tu sanggup mengaku silap sendiri. Takde la macam sesetengah pemimpin yang buat silap, tapi taknak mengaku silap...kan?

Meskipun kesilapan tu tidak disengajakan, atau dalam ertikata lain, salah faham dengan situasi Mat Said, kesudian Najib merendahkan egonya sebagai pemimpin nombor satu negara menunjukkan beliau bukanlah seorang pemimpin autokratik, malah PM kita tu benar-benar bersifat merendah diri...

 

Wednesday, May 14, 2014

Kenali dulu Mat Said sebelum kritik...

Come on... ramai lagi yang tak kenal siapa bekas MB Terengganu, Dato' Ahmad Said, tapi selamba memberikan komen dan kritikan. Tak kisah la sama ada komen tu positif atau negatif, tapi perlu la kenal dulu orang yang dikritik tu...lepas tu nak cakap apa pun, cakap laaa...

Seperkara lagi, sebelum buat kritikan tu, kena la siasat dan cari fakta dulu. Baru la ada kreadibiliti, kan? Jangan rujuk pada politik dulu kalau ada masalah. Patutnya, rujuk pada Islam terlebih dahulu. Lepas tu barulah rujuk pada politik dan lain-lain...

Sebab? Sebab Islam tu syumul dan sempurna dalam segala hal.. Jadi, sila kenali dulu Dato' Ahmad Said. Ada yang gelar dia "Robin Hood", "Si Kitol" dan sebagainya. Ahmad Said tu tak seteruk yang korang sangka....

Kalau saya jadi Mat Said...

Hahahahaaaa.. Ramai yang marah Mat Said keluar UMNO. Ramai yang marahkan rasional dia tak puas hati kat pucuk pimpinan UMNO sampai keluar dari parti. Saya tak marahkan Mat Said. Pandangan saya lebih menjurus pada marah tindakan yang diambil Mat Said untuk keluar UMNO tu...

Mungkin tak kena pada batang hidung saya, maka saya tak setuju dengan tindakan Mat Said keluar parti. Maksudnya, kalau la saya di tempat Mat Said, maka mungkin saya akan keluar UMNO? Begitu? Saya tak fikir begitu...

Kalau saya jadi Mat Said...

Tuesday, May 13, 2014

TERKINI: APA RASIONAL KEMELUT POLITIK TERENGGANU?

Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi komen di ruangan blog ini berhubung isu Ahmad Said keluar parti malam tadi. Ada yang sokong tindakan Mat Said tu...jantan katanya. Dan ada juga yang tidak setuju dengan tindakan melulu tidak berfikir panjang Mat Said tu...Biasalah.. saya hormati pandangan-pandangan tersebut...

Terkini, Mat Said & the geng kata walaupun depa ADUN Bebas, depa tetap akan sokong UMNO/BN. Dalam hal ini, kemungkinan PRN mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat kecuali ada undi tidak percaya pada MB Terengganu sekarang. That's by law...

Dari sudut pandangan saya...

Siri Bercakap Dengan "Jin" PAS Kedah: 20 Perkara – Siri III



Penulis tidak bermaksud untuk menuding jari pada sesiapa dalam soal 20 perkara kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah yang ditimbulkan bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan PAS Kedah, Zulkifli Yahya.

Setelah menganalisis 10 perkara sebelum ini, penulis berpandangan bahawa penulisan Zulkifli di Harakahdaily itu hanya bersifat persepsi, separuh masak dan kurang neutral selain penuh berbaur politik.

Kata mudahnya, gaya penulisan itu lebih terdorong ke arah niat memburuk-burukkan dan bukan bersifat membina sebagaimana yang sepatutnya dilakukan oleh pembangkang yang sihat di negeri Kedah.

Berikut adalah kesinambungan 20 perkara tersebut.

11. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz telah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.
 

Pasal kenduri kahwin anak pun Mat Said keluar UMNO kaaaa..???!!!

Ni la perangai pemimpin UMNO yang saya tak gemar ni... cakap depan penyokong bukan main lagi.. demi Islam la... demi Melayu la... demi Tanah Melayu la... alif ba ta la... bukan main hebat lagi depa syarah atas pentas... tak cukup atas pentas, bawah pentas pun depa sambung lagi...

Kononnya kalau toreh lengan depa dengan pisau pun, akan mengalir darah UMNO... darah anak jati bangsa... darah pejuang Melayu... darah Mat Kilau, darah Hang Tuah, darah Tok Bahaman... Sapa hina Islam, depa kutuk rapat tak cukup tanah depa perambat...

Tapi bila hilang jawatan MB? Terus sign surat keluar parti... jadi ADUN Bebas... lepas tu kroni-kroni pun ikut sekali letak jawatan... tu la nasib politik di Terengganu sejak malam tadi... Pasal kenduri kahwin anak dia pun nak keluar parti kaaaaa...??? Kecoh satu negeri...politik negeri tak stabil...!!! 

Saya nak tanya sikit la pemimpin-pemimpin UMNO zaman sekarang ni... ada lagi tak spesis macam Ahmad Said dan Ghazali ni? Ada tak? Kalau ada, saya cadangkan supaya letak je la jawatan tu dengan sukarela secara terhormat... keluar parti dan masuk la parti mana pun asalkan tak merosakkan UMNO dari dalam...

Monday, May 12, 2014

Siri Bercakap Dengan "Jin" PAS Kedah: 20 Perkara – Siri II


Ini contoh hiburan di zaman Kerajaan PAS untuk rakyat Kedah?

Merujuk kepada “siri bercakap dengan PAS Kedah”, artikel ini merupakan jawapan dari sudut pandangan penulis KedahNews.com yang juga merupakan rakyat negeri Kedah berhubung pertikaian bekas Ketua Urusetia Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahya, yang melibatkan 20 perkara yang kononnya disifatkan sebagai “kegagalan” Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah.

Berikut adalah sambungan artikel tersebut.

6. GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.

Siri Bercakap Dengan "Jin" PAS Kedah: 20 Perkara – Siri I


Baru-baru ini bekas Pengarah Urusetia Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahya menulis di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, dengan menyenaraikan 20 perkara yang kononnya disifatkan sebagai kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah mentadbir negeri itu.

Mungkin ketandusan modal untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Kedah, penulis mengandaikan senarai tersebut boleh disifatkan “separuh masak” dan teguran yang tidak membina sama sekali.

Justeru itu, sewajarnya penulis menjawab satu persatu tentang 20 perkara yang disenaraikan Zulkifli itu secara adil, berfakta dan tanpa rasa prejudis.

1. GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa

Apa Nurul Izzah buat nihhhh..???!!!

Ishhhh... Nurul Izzah... tolong la jaga nama baik keluarga sendiri... dah la Papa tu tinggal tunggu masa saja nak "masuk ke dalam"... jangan la buat mama tu pening pulakkkk...!

Udah-udah la apa yang berlaku daam rumahtangga you tu Nurul Izzah... kesian la kat anak-anak, papa mama dan adik-adik tu... jangan malukan depa... kesiannnn...

Apa cerita la Nurul Izzah ni buat perangai macam ni... pressure sangat ke? Ni cuba tengok kat bawah ni apa yang Nurul Izzah ni dah buat...

Awat PAS Marah Sangat Kat Pakcik Nihhh..???!!!


Hari ni penamaan calon PRK Bukit Gelugor.. tapi heran jugak laa.. awat la PAS marah sangat kat pakcik ni... Mahfuz siap nak rujuk ke lawyer bagai.... hmmmm...

Tu la pakcik... lain kali hati-hati bila masuk PAS... borang pakcik tu taktau la depa proses ke tidak... tapi yang besar kemungkinan ialah DUIT YURAN pakcik tu mungkin depa dah proses dalam kocek depa...

Nak tau kenapa PAS marah sangat kat pakcik tua ni? 
 

Sunday, May 11, 2014

Sebab sebenar PAS tak jadi bentang Hudud?

Apa kena dengan PAS ni pun saya tak faham. Tiba-tiba saja buat U-turn, tak jadi bentang Hudud kat Parlimen. Penat-penat Kerajaan PAS Kelantan buat draf, tiba-tiba Mat Sabu umum PAS tak jadi bentang di Dewan Rakyat...

Mat Sabu bagi alasan kononnya sebab PAS setuju nak join Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan. Kononnya sebab tu la depa tarik jadi bentang. Apa maksud di sebalik keputusan PAS tu?

Antara kemungkinannya ialah...

Apa Punya Teruk..! Pasal Bunga Ros Pun Mau Gaduh kaaaa..???

Aiyyaaaa..! Pasal bunga ros pun mau gaduh kaaaa? Pelik betoi.. dah teruk sangat ka? Sampai pasal benda kecik pun nak gaduh ka? Tak boleh bincang elok-elok? Gaduh depan orang ramai pulak tu.. sampai media pun highlight? 

Desperado sangat nak jadi Ketua Cabang? Tu la perangai orang PKR... kemaruk sangat... PAS pun tak macam tu... kan? kan? kan?

Ni cuba baca cerita kat bawah ni... apa pulak kata korang?

MCA Tak Mau Bertanding, Cuba Teka Siapa Wakili BN Agaknya?

Kalau tak silap saya, esok merupakan hari penamaan calon PRK Parlimen Bukit Gelugor. PAS calonkan DAP (Ram Karpal) dan esok depa akan berarak berjalan mengiring calon yang mewakili parti yang membantah perlaksanaan hukum Allah...

MCA takmau bertanding. Kononnya depa nak concentrate pasal hudud jugak. Itu alasan depa takmau bertanding. Then? Siapa yang akan bertanding agaknya untuk mewakili BN esok? Tu kita tunggu jer...

Antara yang sebut nak bertanding ialah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guang. Menariknya, dia tahu dia takkan menang. Tapi dia kata, target dia ialah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 12% undi...kenapa 12%? Sebab dia takmau hilang wang deposit!

Transkrip Penuh BERNAMA TV Bersama Perdana Menteri

Transkrip penuh ‘Ruang Bicara Khas BERNAMA TV Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak’, sempena Ulang Tahun UMNO Ke-68, hari ini. Perdana Menteri ditemu ramah oleh Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA TV, Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang, Jamaluddin Muhammad.

SOALAN: Datuk Seri, soalan pertama saya adalah UMNO merayakan ulang tahun ke-68 hari ini. Kalau UMNO itu manusia, pada usia sebegitu ia dikatakan sudah berumur, kurang tenaga, kurang aktif, dan mungkin semangatnya sudah luntur. Bagaimana Datuk Seri melihat UMNO pada usia sebegitu?

DATUK SERI NAJIB RAZAK: UMNO masih parti yang berwibawa. Hakikatnya dalam pilihan raya umum lalu, kita berjaya menambah bilangan kerusi. Ini menunjukkan apa pun yang diperkatakan, UMNO masih merupakan parti yang terkuat di tanah air. Ini menunjukkan bahawa perkembangan sebuah parti yang sudah pun usianya mencecah 68 tahun tapi tidak bererti ia semakin lemah atau kurang bertenaga. Namun saya akui (sebagai) sebuah parti, kita mesti lalui transformasi. Kita mesti hadapi cabaran untuk terus jadikan UMNO sebagai parti yang relevan pada setiap zaman.

 

Bila Kak Su Bersuara... Heh!