Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, March 20, 2014

#MH370 TERKINI: BUKTI BLOGGER PRO-PAS KEDAH FITNAH PUTRAJAYA..!!!

Apa beza antara "tahu" dan "mungkin tahu"?
Kat atas ni ialah salah satu contoh penyebaran spekulasi yang tidak bertanggungjawab. Saya print screen gambar kat atas tu dari blog pro-PAS yang disifatkan sebagai salah satu blog "tukang fitnah" paling laris di Kedah...

Berita tu diproses pengendali blog tu. Faktanya hanyalah "Putrajaya MUNGKIN tahu", tapi tajuk yang blog pro-PAS tu berikan ialah "PUTRAJAYA TAHU". Perkataan "MUNGKIN" tu dibuang blog pro-PAS tu...

Pada saya, itu adalah satu contoh bentuk penyebaran cerita tak betul dan berunsur fitnah. Kalau dilihat dari sudut moral, memang jelas la salah, kan? 

#PRKKAJANG: SAM KETOT PUNCA WAN AZIZAH KALAH..?

Nampaknya Sam Ketot ni cari nahas lagi dengan Anwar Berahim. Budak Sam Ketot ni ada agenda menghentam Anwar Berahim secara "halus" ke? Tak habis-habis dia cuba cetus masalah pada banduan yang bakal kembali ke penjara tu...

Sam Ketot baru ni suruh SPRM siasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Kononnya Tun Daim tu bekas Menteri Kewangan dan harta-hartanya wajar disiasat.. manalah tahu ada cilok duit rakyat...kononnya laaaa...

Bila Sam Ketot sebut "bekas Menteri Kewangan", maka secara tidak langsung nama Anwar Berahim pun akan turut terlibat. Anwar pun bekas Menteri Kewangan jugak, kan? 

#PRAYFORMH370: CAKAP TUN M PUN TIDAK DIPEDULIKAN LAGI..?

"Media asing memang apa kita buat semua tak kena, kalau kita layan mereka baik sekalipun, mereka tidak berterima kasih.
"Biarlah apa mereka cakap, yang penting kita tahu apa kita buat dan dakwaan mereka tidak betul sama sekali,"


"Kita tidak tahu apa perkara sebenar, juruterbang MH370 pun kita tidak kenal. Saya sendiri tidak boleh cakap sebarangan melainkan ada bukti jelas dan kukuh,

'Jangan buat spekulasi, kasihanlah pada orang juga, keluarga yang menderita dan anda akan memburukkan lagi keadaan yang mereka hadapi,"
Semua yang diatas adalah kenyataan terkini Tun M tentang insiden MH370. Tun M sebut pasal "media asing" dan "jangan buat spekulasi"....

Apa yang saya tahu, Tun M ni banyak peminatnya. Jangankan orang UMNO atau BN, penyokong dan ahli parti pembangkang pun sanjung tinggi mantan PM ni... beliau memang dihormati kawan dan lawan di seluruh dunia...

Cuma...

#PRAYFORMH370: KELUARGA PENUMPANG CHINA BUAT KECOH DI KLIA

Beberapa minit sebelum sidang media semalam tiba-tiba jadi kecoh apabila 6 orang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 cuba menyerbu masuk ke ruangan yang selalu menjadi lokasi sidang media diadakan...

Depa terjerit-jerit, terlolong dengan sepanduk tertulis "Kami membantah kerajaaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanpa sebarang syarat”.

Oooo.. rupanya depa marah dan tuduh Kerajaan Malaysia kononnya "lambat". Lepas tu depan nak Kerajaan Malaysia kembalikan keluarga depa yang ada dalam MH370 tu... Begitu rupanya...

#PRAYFORMH370: RM456.7 JUTA @ €100 JUTA EURO..!

Syarikat Malaysia Airlines (MAS) selaku pemilik pesawat Boeing 777-200 MH370, semua penumpang dan anak kapal sudah dibayar €100 juta Euro (RM456.7 juta) oleh syarikat insurans sebagai wang liabiliti awal.

Agensi berita Reuters memetika akhbar harian Jerman, Handelsbatt yang Allianz adalah syarikat insurans utama yang memberi perlindungan kepada pesawat berkenaan bersama beberapa syarikat insurans lain.

Menurut laporan berkenaan, pembayaran itu dilakukan bagi menepati perjanjian yang ditandatangani dengan broker insurans, Willis dan ia selari dengan prosedur biasa dalam pasaran insurans.

“Ia obligasi syarikat insurans apabila sesuatu pesawat dilaporkan hilang,” kata laporan itu.

Pesawat penerbangan MH370 yang hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac lalu itu membawa 12 anak kapal bersama 227 penumpang dari pelbagai negara. – MYNEWSHUB.MY

#PRAYFORMH370: HARON DIN LEMPANG MAHFUZ & ANWAR BERAHIM...!!!???

Siapa tak kenal dengan Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz, seorang ulama terkenal dan diiktiraf muktabar di negara kita. Meskipun beliau menyertai PAS, saya sangat hormat pada Timbalan Mursyidul Am PAS ini. 

Malah tidak salah pada pandangan saya jika dikatakan Ust Haron Din jauh lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am di dalam PAS...

Kenapa? Kerana Ust Haron Din tidak mengarut seperti Nik Aziz, Mahfuz atau Mat Sabu. Malah kalau nak dibandingkan dengan "Pak Syeikh" Anwar Berahim, macam langit dengan bumi, jauh panggang dari api!

#PRAYFORMH370: PERKEMBANGAN TERKINI SIASATAN HARI KE-12

Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 di Sepang, Selangor hari ini:

Kenyataan pengenalan 

Pencarian MH370 diteruskan. Seperti yang saya nyatakan dalam sidang akhbar semalam, usaha kini membabitkan masyarakat antarabangsa.

Fokus utama kami kekal operasi mencari dan menyelamat. Kami kini berusaha mengecilkan koridor carian melalui:
- pengumpulan maklumat satelit
- menganalisis data radar
- menambah aset udara, laut serta darat, dan
- menambah bilangan pakar teknikal.

Wednesday, March 19, 2014

POYO SAKAN..!!! SIMPTOM "SEMUA AKU TAHU"...


Budak kat atas ni memang glemer kat youtube. Dan saya nak ulas sikit pasal video kat atas ni... 

Dah tengok video kat atas tu? Saya setuju dengan Mat Luthfi dalam video kat atas ni. Saya nak tanya, korang pernah ke berdepan dengan orang yang macam budak Luthfi ni kata? Pernah? Saya pernah...

Pada saya, orang macam yang bersifat seperti yang dikatakan dalam video tu saya namakan "POYO". "Hebat" bebbbb..!!! Semua dia tahu. Cakap je..sebut je isu apa... semua dia tahu! Memang champion betul la orang macam tu...heh!

Saya ada cerita yang agak menarik tentang orang macam tu... heh! Meh saya ceritakan. Perkara ni benar-benar berlaku di satu tempat yang dirahsiakan. Saya ketawa besar masa kawan saya cerita perkara ni.. 

Begini...

#MH370: CUNGKIL CERITA DARI PEGAWAI SKMM...

Baru-baru ni saya ada lepak dengan beberapa pegawai SKMM (MCMC la tuuuu). Diorang tak tahu saya seorang blogger. Saya baru kenal depa dan kami lepak minum bersama di sebuah kantin... ada la 2-3 orang pegawai...

Banyak jugak la yang saya cungkil dari depa. Ada yang boleh cerita, dan ada yang tak boleh cerita (agak sulit dan saya tak sure kesahihannya). Cuma ada beberapa perkara yang menarik pada pandangan saya... tu yang sembang lama dengan depa tuuuu...heh!

Yang menarik perhatian saya ialah...

PBS: ADA CIKGU YANG TAK PUAS HATI LAGI?

Amacam cikgu-cikgu semua? Puas hati ke? Dah takde sistem online. Semuanya offline. So, dah takde alasan lagi "line congested", database lembab dan sebagainya. PBS dah dirombak dan diperbaiki hampir 70%-80% tak menyusahkan cikgu-cikgu semua...

Lagipun, semua wakil-wakil kesatuan guru dah berpuas hati, termasuk NUTP. Bila dah puas hati begitu, nampaknya tak mau la dengar banyak bunyi lagi, kan?

Cuma....

#PRAYOFMH370: TAK KISAH KAPTEN ZAHARIE SOKONG PKR, CUMA...

Saya tak kisah langsung pilot MH370, Kapten Zaharie tu penyokong tegar PKR. Betul saya tak kisah. Malaysia ni amalkan demokrasi, kan? Nak sokong parti mana pun, ikut suka dan selera masing-masing la, kan? Itu hak Kapten Zaharie...

Kalau ada kawan-kawan yang nak kutuk Kapten Zaharie, saya tak boleh nak buat apa-apa. Saya tak hentam dia pun dan saya hormati pilihan pilot hebat tu. Kalau pilot tu ada kena mengena dengan keluarga Anwar Berahim dan sokong PKR, apa salahnya?

Cuma yang saya nak cakap ialah berkenaan...

PERUTUSAN KHAS DARI ADMIN...

Memang saya takde mood nak menulis 2-3 hari ni. Mungkin sebab tu saya tak update blog beberapa hari ni. Maaf la yer... saya tak boleh paksa diri kalau takde mood nak menulis...

Lagipun, saya menulis secara sukarela di blog ni. Takde sesiapa pun yang bayar saya untuk menulis di blog picisan ni. Saya bukan penulis hebat... menulis sekadar mengutarakan pandangan saya yang tak seberapa ni...blogger tahap kampung jer...

Saya sebenarnya ada try menulis jugak. Tapi lepas 2 perenggan, saya delete. Baru satu dua ayat, saya padam. Takde feel nak menulis. Idea ada la sikit-sikit...tapi entah la... mood tak sampai...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!