Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    56 minutes ago

Saturday, March 15, 2014

#MH370: UST FARID RAVI KONGSI PENGALAMAN BERSAMA PRAMUGARI BOEING 777-200 (#SEBARKAN...)

CERITA ini dikongsikan oleh seorang pendakwah, Ustaz Farid Ravi yang kerap muncul di kaca televisyen melalui program-program agama di laman Facebooknya:

Kisah Yang Menyentap Jiwaku: Pramugari Boeing 777
Ustaz Farid Ravi Cerita Kisah Pramugari Boeing 777
(Gambar hiasan)

“Dikala ramai yg bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya berkongsi sebuah dialog yg berlaku antara saya dan ketua pramugari sekitar 2010.

Seperti biasa saya dpt jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010.

Alhamdulillah, penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness class MAS, biasanya naik economy class je, kadang2 drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat.

Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, di muka pintu aircraft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kpd penumpang “Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa2 ucapan selamat dtg yg sewaktu dgnnya.

Tapi berlainan dgn Pramugari yg sambut saya pada ketika itu, “Assalamu alaikum Ustaz”.
Saya jawab ” Wa alaikum salam”, agak terkejut, berkata dlm hati “Mak ai akak tu kenal aku la…”

Sebabnya begini, prasangka yg ada dalam hati bila melihat org yg tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat, tak sempurna iman… dan macam2 lagi.

Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dlm hati berkata “Ya Allah berilah hidayah kpd mereka ni”…

Setelah masuk dalam dan dah dapat tmpt duduk, saya diberi minuman ringan… pastinya ” Guava Juice ” pilihan ku dulu kini dan selamanya.

Bila dah take of, ” Teh Tarik”… kena pulak duduk di window seat… sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesar Allah swt.

Sedang kapal dah terbang dlm 20 minit, Ketua Pramugari yg mula2 sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum…saya pun balas senyum, dialognya begini;

Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz,

Saya: Wa alaikum salam, yea.

Pramugari: Saya dan seisi famili suka dgn rancangan mengaji al-quran ustaz…

Saya: Tilawah Interaktif ka?

Pramugari: Yea Ustaz.

Saya: Alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.

Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak2 pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak2 murid ustaz di tmpt ustaz mengajar pun boleh.

Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)

Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.

Pramugari: Ini no saya ustaz… tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)

Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, Ya Allah, mulianya insan ini, pada-Mu jua aku berharap, Ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.

Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dalam perjalanan yg agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan2 agama kpd saya untuk kepastian dan penjelasan.

Moral of story ” JANGAN BERSANGKA BURUK DGN ORANG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORANG DARI ZAHIRNYA”. -Mynewshub.my

#MH370: BOMOH "TAMPAR BUAYA" SALAHKAN NAJIB...!

Semalam saya agak busy sikit. Tapi khabarnya kecoh pasal bomoh Ibrahim Mat Zin nak tampar KJ macam buaya. Err... tampar macam buaya tu macamana ek? Tak dapat bayangkan aksi tampar KJ macam buaya...

KJ pun siap sindir-sindir bomoh yang nak "tampar buaya" dia kat Twitter... Nampak macam nak bergaduh sakan jer saya tengok...

Saya terbayang gak la... apa akan jadi kalau KJ atau bomoh tu terserempak antara satu sama lain. Apa akan jadi? KJ nak di "tampar buaya"... KJ elak dan cuba balas tamparan... bomoh elak...cuba tampar buaya sekali lagi.... perkara sama berulang beberapa kali...

Persoalan... "agak-agak buaya tu mati tak?"...kahkahkahhhhh....

Terus terang, saya ketawa bila tengok video kat bawah ni... betul punya marah bomoh Ibrahim Mat Zin kat KJ... errr.. teringin la jugak tengok insiden bomoh tampar buaya KJ.. baru la kita dapat bayangkan macamana aksi "tampar buaya" tu... boleh tolong demo "tampar buaya" kat KJ tak? Heh!

ANWAR TAK SALAH, PENJARA SEKS SUKA SAMA SUKA "LAPUK" - BAR COUNCIL

Ini macam pun boleh ka jadi Presiden Bar Council... "Kesian" Kak Wan...
Bar Council kata Seksyen 377A tak sesuai untuk penjarakan Anwar. Jadi Seksyen mana yang sesuai untuk hukum peliwat "paksa rela"?

Bar Council kata insiden Anwar liwat Saiful tu sebagai "suka sama suka orang dewasa" tak wajar dihukum. Jadi, Bar Council setuju rakyat dewasa di negara ni adakan "seks suka sama suka" secara bebas? Itu hak asasi manusia, kot?

Saya tahu kedudukan "moral" hanya berkait sikit je dalam undang-undang, tapi sebagai manusia dan rakyat Malaysia, apakah kita perlu setuju dan ketepikan kepentingan moral di negara kita? Bar Council pernah buat "seks suka sama suka" ke selama ni?

KALAU LA ANWAR TAHU PASAL "RAHSIA" PAS NI... HABISSSS..!!!

Sebetulnya, ramai penyokong dan ahli PAS akar umbi yang hanya berani bersuara di belakang, tapi tak reti nak ke depan tegur kepimpinan PAS. Keadaan itu menyebabkan pemimpin PAS tidak peduli lagi "suara" akar umbi... 

Hakikatnya, PAS memilih untuk lebih mengutamakan rakan kongsi kuasa mereka, PKR dan DAP meskipun sedar PAS sebenarnya dibuli dan tak berkongsi kuasa pun bila Pakatan Haram menang... buktinya, dasar PAS selamba diketepikan...akar umbi PAS sedar perkara ni...

Terbaru, cuba baca reaksi para penyokong dan ahli PAS apabila Anwar dihukum penjara 5 tahun di bawah... semoga pemimpin PAS tak lagi menipu dan menafikan "suara" akar umbi mereka demi kepentingan politik mereka lagi... sila buka mata terang-terang...

#MH370: MEDIA KECOH JUMPA KOTAK TENGAH LAUT...

Saya terima panggilan telefon dari seorang rakan media semalam. Dia terkekeh-kekeh ketawa sambil memberitahu cerita tentang kawan-kawan lain yang terlibat buat liputan misi SAR MH370 di Kelantan semalam...

Menurut kawan saya tu, media memang teruja mula-mula tu... semangat lain macam. Diorang dari malam sebelumnya dah ready... kalau lepak pun, masing-masing cerita pasal persediaan nak turun ke laut nak bantu cari MH370...

Yang buat saya ketawa sama ialah...

#MH370: PERKEMBANGAN TERKINI HARI KE-7

Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang berita mengenai misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, di Sepang, Selangor hari ini.

“Kini masuk hari ketujuh misi mencari MH370. Pada masa ini, terdapat 57 kapal dan 48 pesawat terbabit dalam misi mencari. Sebanyak 13 negara terbabit.

“Keutamaan kami adalah untuk mencari pesawat ini. Kami menggerakkan usaha mencari berdasarkan semua petunjuk, dan kami terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa kami.

“Kami bersyukur dengan bantuan diberikan rakan-rakan dan jiran-jiran, yang terus membantu kami dengan berkongsi data dan sumber mereka dalam usaha kami mencari MH370.

“Saya bercakap mewakili rakyat Malaysia apabila saya berkata kami setulus hati turut berdoa bersama-sama keluarga dan rakan kepada mereka yang berada dalam pesawat itu”.

Maklumat baharu

“Terdapat banyak spekulasi dalam media hari ini selepas ulasan daripada pegawai AS yang tidak dinamakan mencadangkan pesawat itu mungkin telah terbang untuk tempoh tertentu sebelum terputus hubungan.

“Mengikut prosedur standard, pasukan penyiasat tidak akan mengeluarkan maklumat kepada umum sehingga ia disahkan dan diperakui oleh pihak berkuasa relevan. Kami juga tidak mahu dilibatkan dengan laporan kenyataan pegawai tidak dinamakan itu kepada media.

“Sejak Ahad, kami telah bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa kami, termasuk pasukan AS, yang pegawai mereka telah berada di sini di Kuala Lumpur.

“Sejak Rabu, pasukan penyiasat Malaysia telah berkongsi lebih banyak maklumat terperinci, sebaik sahaja menerima maklumat itu, untuk pengesahan.

“Pasukan antarabangsa kini sedang berusaha mengesahkan maklumat terperinci itu, tetapi ketika ini tiada apa-apa untuk kami sahkan.


Memperluas Penyiasatan

“Pesawat ini masih hilang, dan kawasan pencarian diperluaskan. Dua hari lepas, kawasan pencarian diperluaskan untuk memasukkan Laut Andaman.

“Bersama-sama dengan rakan-rakan antarabangsa kami, kami kini bergerak lebih jauh ke timur kawasan Laut China Selatan, dan lebih jauh di Lautan Hindi.

“Tiada apa yang lebih kami harapkan selain daripada menemui pesawat ini dengan secepat mungkin. Tetapi keadaan telah memaksa kami untuk memperluaskan kawasan pencarian kami.

“Satu penyiasatan biasa menjadi semakin mengecil mengikut masa, dengan fokus pencarian dibuat berdasarkan maklumat baharu. Tetapi ini bukan penyiasatan biasa. Dalam kes ini, maklumat yang kami ada memaksa kami untuk mencari ke kawasan yang lebih jauh.

“Data Enjin

“Semalam kami menyangkal laporan media yang memetik kenyataan pegawai yang tidak dinamakan bahawa data enjin menunjukkan pesawat itu terus terbang selama beberapa jam selepas membuat hubungan terakhir. Kami menghubungi Boeing dan Rolls Royce, yang menyatakan laporan itu tidak benar.

“Hari ini, Rolls Royce mengeluarkan kenyataan yang menyatakan, dan saya petik, ‘Rolls Royce akan terus memberikan bantuan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan Malaysia Airlines. Rolls Royce mengesahkan kenyataan dibuat pada Khamis 13 Mac oleh Menteri Pengangkutan Malaysia berhubung data pemantauan keadaan enjin yang diterima daripada pesawat itu”.

“Tompokan Minyak”

“Semalam, pihak berkuasa mengesan dua tompokan minyak di Laut China Selatan, 60
batu nautika selatan pada titik terakhir hubungan dengan MH370.

“Tompokan minyak yang pertama telah disiasat dan dianalisis dan didapati mengandungi minyak pesawat pada kadar amat kecil. Tiada serpihan ditemui di kawasan itu. Kami percaya tompokan minyak itu tiada kaitan dengan MH370.

“Sampel daripada tompokan minyak yang kedua juga telah disiasat dan dianalisis dan tidak mengandungi minyak pesawat.

“Kenyataan Rumusan”

“Pasukan penyiasat menggunakan semua petunjuk yang dapat membantu mengesan lokasi pesawat yang hilang itu. Apabila kami menerima maklumat baharu, dan sebaik sahaja ia disahkan, kami akan bertindak. Apabila terdapat sebarang kemungkinan, kami bertanggungjawab untuk menyiasatnya.

“Daripada awal krisis ini, kami telah bekerjasama dengan semua pihak berkuasa relevan, termasuk agensi antarabangsa, pakar dan syarikat pembuat pesawat.

“Kami mengadakan mesyuarat teknikal setiap hari dengan semua pemain utama.

Kami mematuhi protokol ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Antarabangsa. Kami sentiasa berhubung dengan negara-negara jiran kami. Dan kami mengalu-alukan semua tawaran bantuan antarabangsa. Kami komited kepada satu matlamat: mencari MH370.” — BERNAMA

GEMPARRR..!!! MB SELANGOR "PARAH DITIKAM DARI BELAKANG" DI SABAH..?

Khalid Berahim perlu pakai "cermin pandang belakang" lepas ni...
Satu pertemuan sulit antara beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli mereka didakwa diadakan di Sandakan, Sabah beberapa hari lalu bagi menjatuhkan reputasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Pertemuan tersebut didakwa bertujuan menarik sokongan ahli-ahli PKR Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu diyakini akan mengambil alih jawatan Abdul Khalid selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.


Menurut sumber, pertemuan tertutup yang diadakan di sebuah hotel sehari sebelum Anwar dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana kes liwat itu juga adalah untuk memastikan ahli PKR memberi sokongan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.


Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika berceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Kampung Sri Jambu, Kajang di sini malam ini berkata, pertemuan tersebut dijadikan medan untuk pemimpin PKR yang hadir menghentam Abdul Khalid secara habis-habisan.


"Mereka memburuk-burukkan (Abdul) Khalid walaupun dia masih lagi Menteri Besar mereka yang sah.


"Pada saya, apa yang berlaku ini adalah satu masalah besar dalam PKR dan pimpinan pakatan rakyat, mereka sanggup datang ke Sandakan untuk melakukan perkara ini," katanya.


Sementara itu, Musa yang ditemui selepas ceramah itu enggan mengulas lebih lanjut, namun mengesahkan berlaku pertemuan tersebut. -Utusan

Friday, March 14, 2014

#MH370: HIMPUNAN PARODY BOMOH "DO-RE-MI".. SILA TAHAN KETAWA ANDA...

Ni video rakaman sebenar ritual bomoh tu.. kat bawah tudia punya parody...

Saya tak tahu la nak cakap apa. Tapi bomoh kat KLIA yang naik "tikar terbang Do-Re-Mi" tu memang dapat perhatian dari seluruh dunia. Maksudnya, depa berjaya la dapat publisiti untuk "promote" diri depa...kan?

Saya tak sure dari mana bomoh-bomoh ni dapat idea untuk promote diri depa bersempena insiden MH370 ni. Depa ambil kesempatan dan berjaya raih publisiti... tapi publisiti yang "makan diri" la kannn?

Hasilnya? Satu dunia kutuk depa... Pedih bebbb..! Kat bawah ni saya siarkan himpunan parody-parody yang cukup kelakar membabitkan bomoh "Do-Re-Mi" ni.. memang kelakar habis dan kalau saya jadi abang-abang bomoh ni, confirm saya pencen jadi bomoh..heh!

Tengok kat bawah ni...dan kontrol buah pinggang anda bila ketawa...


#MH370: "BOMOH MIKROFON" MAMPU KESAN KEDUDUKAN PESAWAT?

"Bomoh Mikrofon" lebih handal dari bomoh "tikar terbang Do-Re-Mi"...
Ramai betul yang marah pada bomoh-bomoh yang tunjuk handal di KLIA. Paling "best", ada pulak kutu mana ntah yang kaitkan ritual dan bomoh-bomoh tu dengan Kerajaan BN. Biasa la... bila ada je perkara yang buruk, BN la yang akan dipersalah...kononnya, semua BN yang salah...

Macam-macam cara bomoh-bomoh kita ni. Ada yang pakai bubu, ada yang pakai buah kelapa muda, ada yang pakai tikar "terbang" dan sebagainya. Tapi kalau bomoh moden, selalunya depa tak pakai banyak peralatan...cukup dengan MIKROFON saja.. ada mikrofon kecil dan ada mikrofon besar..

Siapa kata tilikan bomoh-bomoh ni salah? Dalam satu kes kat bawah ni, seorang "bomoh pakai mikrofon besar dan kecil", membuktikan tilikannya tu tepat dan benar. Saya rasa, kalau upah "bomoh" ni cari MH370, mungkin "boleh" jumpa kot pesawat tu...

Tak caya? Cuba tengok kat bawah sebagai "bukti sahih"..! Hebat "bomoh" ni gua cakap luuu...

TERKINI..!!! 10 KEISTIMEWAAN WAN AZIZAH UNTUK MENANG DI PRK DUN KAJANG...


Baru-baru ni Kak Wan Azizah kita "balun" KJ... dia kata, KJ sangat istimewa dan banyak diberi kelebihan dalam hidup berbanding Kak Wan dan suaminya...

Saya bukan la nak bela KJ.. dan tak menafikan pun kata-kata Kak Wan tu.. cuma pada saya, masing-masing ada keistimewaan masing-masing, kan? 

Kalau KJ dianggap istimewa oleh Kak Wan.. apa kurangnya Kak Wan dan suaminya, Anwar Berahim?

Kak Wan mungkin lupa perkara-perkara kat bawah ni...

#MH370: SIKAP YANG BUAT BUKAN ISLAM MENYAMPAH PADA KITA.. MEMALUKAN..!

Saya berpendapat, inilah di antara sebab mengapa golongan bukan Islam sering pandang serong pada umat Islam kat Malaysia n. Ada segelintir dari kita ni yang asyik "main tuduh" je sesuka hati...

Yang menuduh tu rasa diri macam bijak, kononnya dia betul, dan kononnya dia seolah-olah dia "tahu semua"nya. Masalahnya, orang yang perfect macam tu tak wujud dalam dunia ni melainkan Rasulullah SAW.. 

Kat bawah ni ada contoh terbaik yang didedahkan media tentang perangai segelintir umat Islam yang saya kira mampu buat golongan bukan Islam menyampah kat kita. Cuba tengok perangai orang kita kat bawah... saya minta maaf..tak semua orang Islam begitu..segelintir saja...

#MH370 HARI KE-6: PETUNJUK TERBARU DI LAUTAN HINDI PULAK?

Hari ke-6, insiden MH370 masih lagi belum ditemui. Tapi yang terbaru, pihak US dakwa mungkin pesawat MAS yang hilang tu terhempas di Lautan Hindi..Dan kapal perang US dilaporkan sedang menuju ke sana untuk menyiasat...

Lautan Hindi pulak...? Takpe.. lautan dan dunia Allah ni luas. Carilah sedaya mungkin. Tak kisah la siapa yang cari, asalkan tidak bercangga dengan hukum syarak dan mencemar daulat sesebuah negara... nanti jadi isu pulak...

Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara. Maksudnya, untuk cari MH370, tidak wajar kita umat Islam menghalalkan perkara yang menyalahi syarak seperti amalan bomoh dan sebagainya, kan?

#MH370: FAKTA-FAKTA RASMI HARI KE-6...

Berikut ialah kenyataan oleh Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang berita mengenai misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Sepang, Selangor pada Khamis.

“Kini sudah enam hari MH370 hilang. Pada masa ini, terdapat 43 kapal dan 40 pesawat yang sedang mencari di Laut Cina Selatan (26 kapal dan 25 pesawat) dan Selat Melaka (17 kapal dan 15 pesawat).

“Kami amat bersyukur dengan bantuan yang diterima dari seluruh dunia. Hari berganti hari, tugas ini menjadi lebih sukar. Seperti biasa, ingatan dan doa kami adalah untuk keluarga mereka yang berada dalam penerbangan itu. Kami akan melakukan segala-galanya dalam usaha kami mencari MH370.

“Sebelum saya menerima sebarang soalan, saya mahu menjelaskan beberapa isu.

Data Enjin...

Thursday, March 13, 2014

#MH370: SATU DUNIA IKTIRAF MALAYSIA, TAPI PAKATAN HARAM PERLEKEH...

Semalam seperti biasa, puak pembangkang di Parlimen buat perangai buruk depa memperlekehkan negara sendiri. Depa bertubi-tubi mendakwa Kerajaan BN gagal menyelesaikan insiden MH370 dengan baik...

Padahal, satu dunia iktiraf tindakan Kerajaan Malaysia menangani insiden MH370 dengan usaha terbaik, komprehensif dan palin intensif berbanding insiden-insiden lain dalam sejarah membabitkan tragedi udara di dunia...

Kerajaan Malaysia guna cara paling canggih, termoden dan menyeluruh. Malah cara tersebut digabungkan pula dengan cara keagamaan dan holistik walaupun dicemari sedikit dengan tindakan beberapa bomoh yang dikatakan cuba meng"glamour"kan diri di mata dunia di KLIA...

Cuba tengok video kat bawah...

#MH370: SHAM KAMIKAZE BURUK SANGKA PADA JAKIM..?

Sham Kamikaze kata, JAKIM hanya keluarkan fatwa menganggap bomoh-bomoh yang menjalankan upacara ritual di KLIA untuk cari pesawat MH370 sebagai melanggar hukum syarak, tapi tak berani mengambil tindakan terhadap depa...

Kalau difikirkan secara tanpa usul periksa, maka mungkin ramai yang setuju dengan kata-kata pemuzik yang dah jadi aktivis PAS tu... Betul la.. JAKIM should take action against the bomohs.. Tapi dah gubal akta ke belum?

Tapi kalau diselidik, dah tentu ramai yang akan kata Sham Kamikaze tersilap dan seolah-olah memfitnah JAKIM dan agensi agama Islam di Selangor. Cuba baca cerita di bawah...

BAR COUNCIL SANGGUP CEMAR KEADILAN DEMI ANWAR..?

Saya terbaca mengenai kenyataan Majlis Peguam (Bar Council) mengenai Anwar Berahim yang dihukum penjara 5 tahun di Mahkamah Rayuan. Depa kata, cara Timbalan Pendaftar dan Mahkamah Rayuan kendalikan kes tu adalah tidak wajar dan menganiaya Anwar Berahim...

Presiden Bar Council, Christoper Leong memberi alasan bahawa kes berkenaan dipersetujui untuk didengar oleh Timbalan Pendaftar dan pihak Anwar pada awal April, tapi ia kononnya secara tiba-tiba diawalkan pada 6 dan 7 Mac.

Hujahnya, keadaan itu telah menyebabkan pihak Anwar hanya ada 7 hari untuk sediakan butiran hujah di Mahkamah Rayuan. Katanya tempoh itu tidak cukup sekaligus menganggap pendengaran kes tu sebagai tidak adil dan cuba menganiaya Anwar...

Wednesday, March 12, 2014

DILEMMA: #MH370 VS PRK KAJANG, NAK PILIH MANA SATU?

Malaysia sedang mengalami 2 perkara yang menjadi perhatian umum buat ketika ini. Satunya ialah insiden kehilangan pesawat MAS, MH370, dan yang kedua ialah PRK DUN Kajang yang mula berkempen hari ini...

Terus terang saya katakan, sekiranya diberi peluang untuk memilih untuk membuat liputan antara kedua-dua perkara ini, saya lebih rela memilih membuat liputan insiden kehilangan pesawat MAS, MH370...

Nak tahu kenapa? Mari saya ceritakan sedikit...

BOIKOT SIDANG PARLIMEN: APA KENA MENGENA HAKIM DENGAN PARLIMEN..???!!!

Semalam hari perasmian sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-13. Dan sebagaimana maklum, puak Pakatan Haram meragam tunjuk perangai buruk depa di sidang parlimen tu..kononnya boikot la tuuu...

Depa bagi alasan boikot hari perasmian sidang parlimen tu sebab protes hukuman Mahkamah Rayuan pada Anwar Berahim. Depa tak puas hati... Tak puas hati punya pasal, depa tak pakai pakaian rasmi istiadat sebagaimana majlis lain yang dirasmikan DYMM Yang DiPertuan Agong...

Depa cuba tunjuk perangai buruk depan DYMM Agong dengan memakai pakaian suit kot kaler gelap. Depa tak hadir majlis perbarisan kawalan kehormat dan majlis santapan diraja. Hari ni pun depa nak boikot sidang Dewan Rakyat...

#MH370: TERKINI 82 KAPAL & PESAWAT, 12 BUAH NEGARA LUAR

Cuba perhatikan gambar di atas. Kalau dicampur dengan Perancis yang on the way hantar bantuan misi SAR pesawat MH370, maksudnya sudah genap 12 negara luar turun membantu. Paling menarik, Malaysia ketuai misi mencari dan menyelamat MH370 tu...

Kalau dirujuk pada poster kat atas, semuanya ada 74 buah kapal dan pesawat udara yang terlibat dalam usaha mencari MH370 ni. Tapi update terkini menunjukkan semuanya dah berjumlah 82 buah kapal dan pesawat setelah ditambah bilangannya di hari ke-4, semalam.

Betul, kalau hanya berdoa saja, tapi tak berusaha sedaya upaya cari MH370 tu, sampai kiamat pun payah nak jumpa kecuali Allah SWT izinkan. Dan sebab tu Allah SWT suruh kita berusaha dan berdoa padaNya dalam apa jua masalah yang kita hadapi...

#MH370: KISAH ANAK GADIS PRAMUGARA MAS TERSENTUH SIFAT KEIBUAN TUN SITI HASMAH...

Rasanya satu Malaysia mengiktiraf Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang begitu kaya dengan sifat keibuan yang tinggi. Meskipun suaminya bukan lagi Perdana Menteri, bonda Siti Hasmah begitu ramai peminat di negara kita sama ada generasi lama mahu pun generasi baru...

Baru-baru ni Tun Siti Hasmah ada melawat keluarga para penumpang dan krew pesawat MH370 di Everly Hotel, Putrajaya. Beliau bertemu dengan salah seorang anak perempuan pramugara pesawat tu, Andrew Nari.

Anak gadis yang dikenali dalam Facebook dengan nickname "Gorgxous" tu begitu tersentuh dengan kehadiran Tun Siti Hasmah... apa pula kisahnya? Ikuti ceritanya di bawah...

#MH370: HARAP MENTERI-MENTERI NI HATI-HATI BUAT KENYATAAN MEDIA DI KLIA TU...

Kita semua tahu seluruh dunia sekarang ni sedang menumpukan perhatian mereka ke Malaysia. All eyes memang tengah tengok Malaysia sekarang ni, bukan sebab PRK Kajang, tapi pasal insiden kehilangan pesawat MH370 yang masih "misteri"...

Sejak hari pertama MH370 dilaporkan hilang, memang ramai yang kelam kabut. Antaranya Dato' Seri Hishamuddin dan Dato' Seri Zahid Hamidi, sorang pegang jawatan Menteri Pengangkutan dan sorang lagi pegang KDN... 

Cuma...saya heran la jugak Pak-Pak Menteri kita ni..bila bercakap pasal MH370, diorang tak check dulu ke fakta ke...sedia dengan maklumat-maklumat ke... apa yang berkaitan pasal MH370 tu la... Maklum la.. kat depan tu bukannya ada media tempatan je.. media asing pun berlambak!

#MH370: KURANG AJAR PUNYA MEDIA AUSTRALIA "A CURRENT AFFAIR"..!!!

Ni yang saya menyampah dengan media asing ni. Tengah semua orang sebok cuba selesaikan insiden MH307, depa buat hal. Tengah orang sebok cari MH370, depa cari pulak kesalahan co-pilot, Fariq Ab Hamid..!

Betul-betul menaikkan darah orang laaa..! Tak faham sensitiviti keadaan ke? Lantak la nak buat liputan pasal MH370 sekali pun, tapi cuba la bermoral sikit. Jaga la perasaan keluarga penumpang dan krew MH370... ingat best sangat ke "exclusiveness" story bodoh tu?

Begini ceritanya...Ada program TV di Australia tu.. "A Current Affair" namanya..

#MH370: CERITA HARI KE-4, SEMOGA CAHAYA ITU BAWA KITA PADA PESAWAT...

Semalam hari ke-4 negara kita mengetuai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370. Tak banyak maklumat yang diperoleh. Namun semalam kita digemparkan dengan laporan polis dari sekumpulan pemuda di Terengganu...

Menurut laporan media, depa ni semua 8 orang tengah santai-santai di Kampung Pantai Seberang Marang. Tiba-tiba depa ternampak cahaya aneh dan terdengar bunyi dentuman yang agak kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas pada hari MH370 dilaporkan hilang...

Depa ingat takde apa-apa yang berlaku. Depa balik rumah masing-masing dan tidur. Tapi esoknya bila dengar laporan media pasal MH370 tu, depa ramai-ramai pergi ke pantai tersebut.. mana la tahu apa yang depa nampak dan dengar malam tu berkait dengan MH370 tu...

Tuesday, March 11, 2014

MAHFUZ INGAT DYMM AGONG LEKEH MACAM DIA KAAA..?

Alamak... Mahfuz ni apahal? Dah tak mau balik Kedah lagi ke? Dah fikir panjang? Memang Mahfuz dah tak mau duduk di Kedah? Selamba saja dia perlekeh DYMM Yang DiPertuan Agong?

Semalam DYMM Agong rasmikan sidang Parlimen. Baginda bertitah di Dewan Rakyat dan menyentuh soal GST. Baginda jelas mahu rakyat dan Ahli Parlimen yakin dengan sistem tersebut...
"Kerajaan beta akan terus memperkukuh kedudukan kewangan dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang negara. Antara lain melalui peluasan asas cukai dan penambahbaikkan pentadbiran cukai termasuk pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," 
Al-maklum laaaahhh..! Mahfuz memang dok bercakap dan bantah GST tu (padahal mungkin dia sendiri pun tak tahu apa benda GST tuuu!). Dah tentu la dia "bengang" bila DYMM Agong merangkap Sultan Kedah suruh sokong GST..! Heh!

Cuma yang tak tahan tu...Mahfuz balas titah tu mengatakan...

KES LIWAT ANWAR: GILIRAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN PULA DIHINA..?

Betul semalam Anwar ada failkan rayuan di Mahkamah Persekutuan dan membayar ikat jamin sebanyak RM10,000 pada Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan. Sekurang-kurangnya Anwar "bebas untuk seketika" untuk ke Kajang untuk penamaan calon PRK hari ni...

Dari sudut undang-undang, Anwar memang berhak untuk merayu pada Mahkamah Persekutuan. Harap kita jangan marah sebab itu memang hak dia untuk merayu dan terpulang la pada Hakim Mahkamah Persekutuan untuk terima rayuan tu atau tidak...

Persoalannya, apa agaknya yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan nanti? Anwar dibebaskan semula? Hukuman diringankan? Hukuman ditambah kepada yang lebih berat? Atau apa?

#MH370: KELUARGA PENUMPANG BALING BOTOL MINERAL PADA KAKITANGAN MAS DI BEIJING..!

Seorang ahli keluarga penumpang MH370 yang dilaporkan hilang dilaporkan telah membaling botol air mineral pada 4 orang kakitangan MAS di Beijing sambil menuduh seluruh orang Malaysia sebagai "penipu"...

Dia dikatakan berbuat demikian setelah tidak berpuas hati apabila kakitangan MAS tu tak dapat berikan berita terkini tentang MH370....

Nampaknya emosi ahli keluarga penumpang MH370 di China tidak stabil. Ada yang mula "lost temper" tak dapat kawal perasaan. Tak boleh tahan tekanan memikirkan nasib ahli keluarga mereka yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini...

#MH370: MEDIA ASING CUBA BURUKKAN KEADAAN INSIDEN MH370..?

Siapa kata media asing ni adil dan hebat sangat dalam penulisan berita dan penyampaian maklumat? Bila berlaku sesuatu yang menarik perhatian dunia, maka sebok la depa buat spekulasi awal, sedangkan ia tidaklah sebagaimana yang depa tulis...

Bila dengar saja Kerajaan Republik China nak hantar pasukan pegawai mereka ke Malaysia untuk insiden MH370, maka cepat-cepat depa buat spekulasi kononnya Kerajaan China nak ambil alih siasatan kes MH370 dari Kerajaan Malaysia...

Tak cukup dengan itu, khabarnya pihak media di China heboh memperkatakan kononnya Kerajaan Malaysia tak cekap menguruskan insiden kehilangan MH370 tu... heh! Biar betul bebbb..!!!

Jom kita cerita sikit...

#MH370: MISTERI PASSPORT LELAKI ITALI MIRIP MARIO BALOTELLI..???!

Saya tak pasti la sama ada Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam ni cukup tidur ke tidak. Tapi tolonglah jangan buat sidang media kalau tak cukup tidur atau terlalu mengantuk. Kalau silap fakta, siapa yang malu?

Baru-baru ni Datuk Azharudin kata "kedua-dua lelaki" yang gunakan passport palsu tu memiliki wajah mirip Mario Balotelli, seorang pemain bola sepak Itali...

Biar betul??? Jom kita bincang sikit... 

#MH370: PUISI INDAH BUAT MH370, PENUMPANG & KREW YANG HILANG....

DI MANA KAMU MH370

Wahai MH370
Siang bertukar menjadi malam,
Malam sudah bertukar menjadi siang,
Beratus-ratus tentera dikerahkan,peralatan terhebat digunakan,
Tetapi sehingga ke hari ini tiada hasil,
DI MANAKAH KAMU WAHAI MH370….

Wahai MH370
Di sini kami semua menantimu,
Tidak kira bangsa,
Tidak kira pegangan agama,
Mahupon politik,
Kami semua bersatu padu,bekerjasama,dan saling mendoakan,
Semua nya itu kerana mahukan kamu kembali..

#MH370: HANYA CARA INI MAMPU BANTU TEMUI PESAWAT SEGERA...!!! SETUJU 100%..!!!

Saya rasa, dalam banyak-banyak "pakar kapal terbang", "pakar juruterbang" dan segala jenis pakar yang dipanggil untuk merungkai kehilangan pesawat MH370 ni, tiada sesiapa pun boleh menandingi komen atau kenyataan Kapten Norudin Abdul Majid ni...

Siapa Kapten Norudin? Kapten ni adalah antara Kapten yang pernah mengendalikan pesawat Boeing B777-200. Dia hanya pilot biasa. Bekas ketua pilot Boeing B777, bukan la pakar sangat...Tapi komen dan jawapannya untuk merungkai insiden kehilangan ni sangat tepat!

Saya bersetuju dengan Kapten Norudin 100%. Setuju sepenuhnya. Nak tahu apa jawapan dan komen beliau? Sila tengok kat bawah...

#MH370: ANALISIS HARI KE-3, PALING MISTERI DALAM SEJARAH DUNIA..?

KINI sudah masuk hari ketiga operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi belum terjawab sejak MH370 hilang dari radar pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing, China pada hari yang sama.

HARI NI AHLI PARLIMEN PAKATAN HARAM "PONTENG" PARLIMEN...

Hari ni pemimpin Pakatan Haram "ponteng" sidang Parlimen....

Nak jumpa depa? Sila ke penamaan calon PRK DUN Kajang...

Biasa laaa.. mungkin depa dulu suka "ponteng" sekolah kot...

Tu yang perangai macam "orang tak sekolah" tu... kan? Heh!

Monday, March 10, 2014

#MH370: INI YANG BERLAKU SEKARANG... ENTAH LAAA...

Dah lebih 48 jam pesawat MH370 hilang dan tiada khabar sahih yang kita terima. Khabar angin tu banyak la... kejap-kejap kita akan terima wassup, sms dan bbm broadcast pasal MH370... tapi semua tu spekulasi saja... 

Kat TV pulak penuh dengan cerita MH370. Rasanya kalau kita mengadap TV 24 jam selama tempoh MH370 hilang ni, rasanya kita boleh jadi "pilot tidak bertauliah".. Ye laaa... TV asyik dok tunjuk interview dengan pakar pilot, cerita pasal komponen kapal terbang.. laporan pasal MH370 tu sikit jer..

Paling tak boleh belah ialah wujudnya segelintir pihak yang "buta hati" politikkan isu ni, buat fake akaun dan create hoax, maki hamun dan tiada sensitiviti kemanusiaan yang tinggi...

BEZA ANTARA WAN AZIZAH & MEI FUN... #PRKKajang

Khabarnya Wan Azizah sudah dinamakan sebagai bakal calon PRK DUN Kajang menggantikan suaminya, Anwar Berahim yang dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana "tertinggal air maninya di dalam dubur Saiful Bukhari"...

Tahniah saya ucapkan pada Kak Wan...

Cuma saya kira keadaan ini adalah sama dengan keadaan yang pernah berlaku ketika Anwar Berahim dipenjara pada tahun 1999 dulu. Masa tu, Anwar masuk ke "dalam", maka Kak Wan ambil alih bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar...

Episod yang sama, cuma dalam "chapter" yang berlainan. Itu komen awal saya mengenai pencalonan Kak Wan ni...

#MH370: SAYA TERPAKSA SIARKAN GAMBAR INI...

Terus terang, saya sebenarnya agak sayu nak siarkan rayuan anak-anak krew dan penumpang pesawat MH370 yang masih lagi dilaporkan hilang... Saya betul-betul tersentuh sehingga rasa ragu-ragu untuk siarkan di blog ni...

Namun demi menyedarkan segelintir pihak yang "buta hati", "buta perut" dan "buta segalanya" dalam kesedihan yang menimpa seluruh dunia, khususnya di negara kita, saya rasa saya perlu siarkan juga...

Saya dapat bayangkan...saya cuba letakkan diri sebagai salah seorang ahli keluarga mereka... dan rasa sebak hadir menyelebungi hati saya...

Lihat sendiri di bawah dan andaikan diri anda berada di tempat mereka....

#MH370: APA BEZA RYAN GIGGS DENGAN PUAK PAKATAN HARAM..?

Saya memang peminat tegar Man U. Kalau Man U kalah pun saya sokong, apatah lagi kalau Man U menang, kan? kan? kan? Heh! Tapi sikap yang ditunjukkan oleh "favorite player" saya kat atas ni memang membanggakan saya...

Saya faham, Giggs bukan beragama Islam. Tapi atas dasar kemanusiaan, Giggs begitu prihatin dengan apa yang menimpa pada pesawat MAS MH370 yang hilang dan nasib para penumpangnya yang masih tidak diketahui sehingga kini...

Saya tertanya-tanya... apa bezanya Giggs dengan rakyat Malaysia seperti di bawah? Kalau anda keluarga terdekat para penumpang dan krew MH370, apa anda rasa? Rasa nak lempang orang tak?

#MH370: PETUNJUK TERKINI SELEPAS 48 JAM...?


Saya mohon semua rakyat Malaysia banyakkan bersabar dalam perkembangan terkini insiden pesawat MH370 di bawah... 

Setelah 2 hari berusaha mencari pesawat MAS B777-200 tu, kita puas dimomokkan dengan pelbagai spekulasi liar, tidak berasas malah ada pula yang bertindak mempolitikkan isu tanpa rasa bersalah...

Di bawah adalah petunjuk terkini. Namun ia masih lagi bukan laporan rasmi dari pihak berkuasa negara kita. Saya sendiri tak pasti kesahihannya.. ada kawan yang kata "betul".. adan ada pulak yang kata "bukan serpihan pesawat"..baik tunggu confirmation pihak berkuasa...

Astaghfirullahil'azim... sila rujuk di bawah... Wallahu'alam...

Sunday, March 9, 2014

ANWAR YANG MELIWAT, TAPI PAS TUDUH BN ZALIM...!

Saya ada terbaca tulisan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang bertajuk "Kezaliman ini akan percepat tumbangnya BN, insya Allah". Dan di dalam tulisannya itu beliau ada menyebut mengenai "zalim" yang mungkin ditujukan pada pentadbiran BN yang ditunjangi UMNO...

Sedap betul Tuan Ibrahim berhujah di awal tulisannya mengenai "zalim". Tuan Ibrahim hiaskan pengenalan dengan hadis Rasulullah SAW dan firman Allah SWT di dalam Al-Quran mengenai kezaliman...

Malangnya, beliau tidak sebut pula tentang definisi sebenar erti "Zalim" mengikut Islam. Beliau bayangkan zalim itu seperti kerajaan Firaun di zaman Nabi Musa AS...Malah beliau sifatkan zalim itu kononnya seperti BN menzalimi Anwar yang dihukum penjara selama 5 tahun...

#MH370 TERHEMPAS SEBAB UMNO & ANWAR BERDAULAT?!!! @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan

Saya tak tahu siapa budak ni... tapi nampaknya dia memang taksub sangat pada Anwar Berahim. Sampai insiden MH370 pun dia nak politikkan? Betul la orang kata puak-puak yang taksub pada Anwar ni agak kurang daya pemikiran depa...

Saya tak marah kalau nak sokong Anwar. Kita demokrasi. Tapi kalau perkara macam ni pun dia nak politikkan... nampak sangat la tak cerdiknya...mungkin sebab tu dia sokong Anwar kot?

Anwar berdaulat? Tragedi MH370 berlaku sebab Hakim UMNO jatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Anwar? Betul ke Anwar berdaulat? 

#MH370: PENYIASAT PAKAR US NI DAH JUMPA PESAWAT?

Kat bawah ni saya ada siarkan komen dari seorang yang dianggap "pakar" bertaraf dunia dalam hal ehwal siasatan membabitkan kemalangan kapal terbang. Pakar tu bernama Richard Quest...

Kononnya dia ni mampu hurai dan mendedah masalah yang dihadapi oleh pilot pesawat jenis Boeing B777-200 milik MAS tu. Katanya, pesawat MH370 tu sepatutnya terbang lancar dan selamat tiba ke destinasi yang dituju... tapi terlibat kemalangan atas sebab-sebab tertentu...

Pada saya, kalau setakat teori tu rasanya siapa pun boleh cakap. Tapi kalau dibandingkan dengan qadha' dan qadar Allah SWT, gunakan peralatan paling canggih, termaju, paling hebat dan juruterbang paling berpengalaman dalam dunia pun boleh kemalangan jugak, kan?

Saranan saya, cuba suruh Quest cari pesawat tu sampai jumpa... tu pun kalau betul dia "pakar" laaa.. setakat cakap depan kamera TV CNN tu, siapa pun boleh...kan? Praktikal la sikit... Kalau Quest boleh jumpa pesawat tu, baru la orang respect...kan? Cakap saja tak guna gak..kan?

PELIK TAPI BENAR..!!! "PONTENG" PARLIMEN, TAPI HADIR PENCALONAN PRK DUN KAJANG..?!!! @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan @Suraya_Yaakob

Saya pelik betul dengan perangai para pemimpin Pakatan Haram. Nak kata tak matang, depa dah berpuluh tahun join politik... tapi depa masih jugak berperangai macam budak-budak.. lebih mementingkan politik dari tanggungjawab sebagai wakil rakyat...

Cuba baca berita kat atas tu... Selamba saja depa nak boikot sidang Parlimen pada 11 Mac ni. Depa beri alasan kononnya "bantahan salah guna badan kehakiman" dan "solidariti untuk Karpal Singh yang dituduh bawah Akta Hasutan"...

Itu saja alasan depa untuk "ponteng" kerja di Parlimen pada 11 Mac ni? Boikot tu cuma satu alasan nak "ponteng".. depa "ponteng" kerja di Parlimen, ke mana depa nak "melencong" pada tarikh 11 Mac tu?

MH370: SENARAI PENUH NAMA PENUMPANG MENGIKUT NEGARA...

Berikut adalah senarai nama penumpang sebagaimana yang disiarkan oleh MAS. Saya senaraikan semula mengikut negara masing-masing...

Saya harap hentikan spekulasi mengenai insiden MH370 ni. Ini adalah dugaan bagi kita semua rakyat Malaysia. Tolong hormati sensitiviti pihak keluarga penumpang pesawat tu... tak wajar la kita dok suka-suka sebar spekulasi tentang nyawa orang...

Cuba bayangkan anak kita, isteri kita, suami kita, ibubapa kita atau saudara mara kita dok dalam pesawat MH307 tu.. lepas tu orang buat spekulasi dan buat lawak pulak pasal insiden ni... rasa nak tempeleng tak?

Kat bawah ni senarai penuh penumpang pesawat MH370, termasuk krew pesawat Boeing B777-200 tu...

#MH370: INI CARA PAKATAN HARAM LAYAN SENSITIVITI ORANG CINA? @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan

Sebagaimana maklum, penumpang pesawat MH370 majoritinya adalah berbangsa Cina. Maklumlah, pesawat tu nak ke Beijing. Saya yakin, ada di kalangan warga China tu yang punya saudara mara di Malaysia...

Tapi nampaknya para pemimpin Pakatan Haram ni macam tak sensitif dengan musibah yang berlaku. Selamba saja depa memperolok dan mempersenda insiden MH370. Kononnya dia nak bergurau... tapi gurauannya tu tak lawak, dan menyakitkan hati ramai pihak, khususnya orang Cina di Malaysia...

Orang semua tengah kelam kabut cuba cari pesawat dan cari maklumat insiden, dia boleh buat lawak bodoh. Sedang dunia sedang beri perhatian dan simpati apa yang berlaku pada tragedi MH370, dia boleh bergurau macam tu? Memang takde hati perut ke pemimpin Pakatan Haram ni?

Cuba tengok kat bawah ni... macam ni ke "pemimpin" Pakatan Haram?

MH370 TERKINI: TIADA PETUNJUK, MOHON DOAKAN KEAJAIBAN...

Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.
  
Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat.
  
Eksekutif Perhubungan Media dan Strategik Komunikasi MAS Malini Saudranrajan meminta semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia mendoakan keselamatan pesawat MH370.
    

Bila Kak Su Bersuara... Heh!