Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, March 6, 2014

PENJENAYAH BUNUH POLIS TAK MENGAPA..???

PENJENAYAH BUNUH POLIS TAK PE, ASALKAN JANGAN PENJENAYAH YANG MATI DIBUNUH..?

KALAU KORANG KELUARGA POLIS YANG DIBUNUH PENJENAYAH, APA KORANG RASA?

MALAS UPDATE BLOG.. SAYA STRESS...

Saya stress hari ni... "malas" update blog... tengok la kalau dah okay nanti insyaAllah saya update semula... esok ke...lusa ke... stresssss...!!! 

Tuesday, March 4, 2014

GEGARRR..!!! KIT SIANG MARAH..!!! TAKUTNYAAAA...!!!

Baru ni Awang Selamat dari Utusan "balun" Pihak Berkuasa Kita! Hasilnya, Kit Siang marah betul pada Utusan dan Awang Selamat... padahal yang "dibalun" ialah Pihak Berkuasa Kita dan bukannya DAP.. sejak bila DAP jadi Pihak Berkuasa Kita?

Artikel Awang Selamat tu memang agak pedas. Biasalah, sebagai penulis berpengalaman, penulisan sebegitu memang memberi kesan. Bak kata pepatah "siapa yang makan cili, maka dia la yang akan rasa pedas", kan? Heh!

Cuba baca artikel Awang Selamat kat bawah ni.. Apa pandangan anda? Setuju atau tidak dengan pandangan Awang Selamat? Jawapan saya ada di bawah artikel tersebut... anda bagaimana?

KIT SIANG AKUI TAKUT PADA "CYBER TROOPERS UMNO"..??? BETUL KE?

Semalam Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah berpura-pura "bodoh" mendakwa kononnya dia "gentar" pada cyber troopers UMNO... Kononnnn...

Kit Siang mendakwa kononnya cyber troopers UMNO dikendalikan oleh "sekumpulan panglima" yang masih muda yang bijak IT dan mampu menahan tohmahan yang dilakukan terhadap pihak Kerajaan BN/UMNO...

Katanya lagi...

Cyber troopers UMNO ni terbabit membekalkan maklumat serta menyediakan taktik menyerang dan bertahan dalam perang siber UMNO yang baru...kononnya apa yang dilakukan cyber troopers UMNO tu dilakukan tanpa etika dan memalukan dunia kewartawanan...

“Wartawan yang masih mempunyai harga diri tidak mungkin berasa bangga melihat perkara yang dilakukan atas nama kewartawanan tersebut,” - Kit Siang.

Kit Siang seterusnya mengecam sebuah akhbar (Utusan la tuuuu..) yang dikatakan cuba membangkitkan tentang isu Red Bean Army baru-baru ni semata-mata untuk merelevankan kewujudan cyber troopers UMNO...

Saya nak tanya...betul ke apa yang Kit Siang kata tu? Betul ke dia takut dengan cyber troopers UMNO? Betul ke cyber troopers UMNO ni wujud macam Red Bean Army tu? Betul ke cyber troopers UMNO ni takde etika?

Berikut adalah jawapan dari sudut pandangan saya...

EKSKLUSIF..!!! 30 GAMBAR MUKHRIZ MAIN BOWLING DENGAN PUTERI UMNO KEDAH SEMALAM..!!!

Mukhriz bersama kepimpinan Puteri UMNO Kedah dan Puteri-Puteri UMNO Bahagian
Lewat malam semalam, saya lepak sekejap dengan seorang rakan wartawan yang baru balik dari event Puteri UMNO Kedah. Katanya, semalam Puteri UMNO Kedah main boling dengan DS Mukhriz di Star Parade...

Perghhhh..! Meriah katanya. Kawan saya kata, Mukhriz betul-betul sporting malam tadi. Tengok keadaan MB..wajahnya macam letih...tapi tetap melayan adik-adik Puteri dengan baik dan sopan...

Saya tanya, ada gambar? Terus kawan saya bagi "SD Memori Card". Apa lagi? Terus capai laptop laaa.. copy gambar-gambar eksklusif tu... Thanks bro! Nak tengok gambar-gambar tu? Sila tengok kat bawah ni...meriah bebbb..!

Tu diaaa... seronok betoi adik-adik kita ni...

MB kita ni memang suka baby... heh! Tak mau "tambah" lagi ke Datuk Seri?

Sporting tak MB kita..? Heh!

Apa yang buat depa gelak agaknya? MB, Datuk Tajuddin, YB Sabrina, Datuk Azimi Daim, Haris Che Mat... Ni mesti kes bola boling masuk longkang ni...heh!

Tu diaaaa MB kita buat strike..!!! Hiyyyahhhh...!

Puteri Kulim - Bandar Baharu dapat No. 3...

Puteri Langkawi Naib Johan...

Puteri Kuala Kedah Johan... petuanya belajaq punggai buah nyoq dulu kat belakang rumah... hahahaaa...

Ni peserta paling diharap... anugerah pemain boling harapan...kalau tak silap laa...

Yang ni saya tak sure... no. 1 atau no. 2 bagi jatuh pin boling paling banyak.. lupa lak apa kawan saya kata semalam...

Yang ni pun saya lupa... kalau tak silap paling banyak bagi jatuh pin boling jugak kot...banyak sangat makan kari kepala ikan..atau makin "tua", makin lupa.. adehhh....

Harap Puteri UMNO Kedah penggal ni kembali menyengat macam zaman Azalina dulu...
Mungkin YB Tajudin dok pikiaq macamana nak menang...tengok score screen... agaknya berapa dia kutip mata?

Kalau tak silap yang ni semua Puteri UMNO Pokok Sena...

Ni team JUARA ni... selalu berlatih baling buah nyoq... hahahaa... lariikkkkk..!

Ni Puteri UMNO Sik... Datin Shima sengih memang best...heh!

Kalau tak silap yang ni Puteri Merbok.. saya tak sure...

Ni Puteri UMNO Sg Petani... Confirmed! Heh!

Puteri UMNO Baling... Lepas ni mungkin Tok Azeez wajar bukak pusat boling di Baling... Baling Boling.. hahahahaaa..!

Alamakkk.. yang ni saya tak tahu Puteri Bahagian mana... Padang Terap ka atau Padang Serai? Adehhh....sorry!

Hmmmm... Yang ni Puteri Kulim - Bandar Baharu... pasal ada YB Sabrina... kalau dia takdak dalam gambar ni confirm saya tak tau depa dari Bahagian mana... hahahahaa.... lariikkkkkk lagi!

Ni semua jejaka-jejaka yang naik saham malam tadi kot... control macho... hahahahaaa... Syed Johan & Syed Hafiz (Pemuda Alor Setar), MB, Ketua Pemuda Langkawi, AJK Biro ICT Pemuda UMNO Kedah dan orang kuat Pemuda Langkawi...kalau tak silap laaa... tapi yang tengah antara MB dengan Syed Hafiz tu confirm Datuk Tajuddin...hahahahahaaaa...
YB Sabrina... gaya macam selalu main bowling...

Kesiannnn... depa jamu makan Twisties saja? Hadoi laaa... patut pun lari fokus... habis bola masuk longkang...! Muahahahaaa... gurau je YB... jangan marah aaaaa.....

Budak-budak ni lagi terer dari kita ni boss... tu laaa..saya tengok pun payah nak makan ni... errr...agak-agak kita boleh menang ke? Tengok hamper tu macam best jer nihhhh....

Ada chance potong point boss ni... jangan harap la nak potong saya... psstttt detttt...hang pi adjust point aku bagi up sikit....

Tak aciiii... depa disqualified MB dan Exco... depa kira untuk Puteri saja? Penat ja kami main bola baling tadi... errr.. tadi bola baling ke boling?

YB Sab bawak balik piala tu... hamper tu bagi kat saya... boleh la saya makan twisties on the way balik rumah nanti... err...boleh tak macam tu?

Monday, March 3, 2014

MEMANG PANAS..!!! ANWAR TUDUH TUN DAIM PALING KORUP DI MALAYSIA..!!!

Setahu saya, lepas Tun Daim Zainuddin bersara dari dunia politik, beliau jarang-jarang sekali campur tangan atau komen bab politik. Maklumlah...dah bersara, kan? Cuma sekali sekala saja beliau cakap pasal politik, contohnya pada 2008 beliau beri amaran BN akan kalah di Kedah.. memang jadi betul!

Pada saya, Tun Daim memang "pendiam" orangnya. Tak banyak cakap...

Tapi baru-baru ni Anwar tuduh Tun Daim sebagai individu paling korup dalam Malaysia. Cuba tengok kat bawah ni.. tiba-tiba saja Anwar serang Tun Daim? Apahal? Anwar lawan Tun Daim kat Kajang ke? Sejak bila pulak BN nak calonkan Tun Daim kat situ?

TAHNIAH MALAYSIAKINI...POPULAR..TAPI...

Sejujurnya saya ucapkan tahniah pada Steven Gan dan Malaysiakini yang dianugerah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 pada 27 Februari lalu.

Sebetulnya, memang mudah untuk popular seperti Malaysiakini. Untuk jadi popular seperti Malaysiakini, kita boleh serang kerajaan dengan pelbagai bentuk berita, jenis penulisan provokatif dan laporan-laporan terpilih yang di"spin" seligat mungkin...

Saya yakin, mana-mana portal sekali pun yang memiliki fund yang banyak, dan corak beritanya seperti Malaysiakini boleh cepat popular. Cuba baca portal tu... tengok tajuk pun dah tau "niat" dia, kan? 

Saya sebenarnya mengenali beberapa rakan wartawan dari Malaysiakini. Tak silap saya, sampai sekarang depa masih kerja di Malaysiakini. Kawan-kawan saya tu ada yang Melayu dan ada yang bukan Melayu...

RAMAI ORANG KEDAH YANG GAJI KECIL LUPA PERKARA NI...

Cuba kira...
Tak ramai yang tahu pasal perkara ni. Mungkin kita terlupa. Tapi baru-baru ni Timbalan Menteri Sumber Manusia ada cakap pasal perkara yang membabitkan kita yang bergaji kecil di Kedah ni...pasal GAJI MINIMUM RM900 sebulan!

Kalau diikutkan, gaji minimum ni patut start last year. Tapi Kerajaan beri peluang kat tauke-tauke syarikat ni buat kiraan semula kos kewangan syarikat masing-masing dan operasi depa. Setahun depa diberi masa untuk selaraskan gaji minimum pekerja...

Tepat pada 1 Januari (bulan lepas) maka dengan rasminya tiada lagi tolak ansur. Gaji minimum RM900 perlu dipatuhi setiap majikan di Malaysia. Maksudnya, kita kat Kedah ni yang gaji bawah RM900 patut dah dapat kenaikan gaji ler...! 

DUIT PUNYA PASAL, RASULULLAH & AL-QURAN SANGGUP DINIAGAKAN... ASTAGHFIRULLAHIL'AZIM...


Astaghfirullahil'azim... saya tak tahu nak kata macamana. Cuba tengok iklan kat atas tu. Saya tak kisah la nak bisnes umrah ke..ziarah ke.. haji ke.. badal haji ke.. melancong sampai ke bulan ke matahari ke...

Tapi...saya sebenarnya dah muak dengan cara macam kat atas tu. Betul ke air zam-zam tu dah dibaca Al-Quran sampai khatam 600,000 kali? Betul ke air zam-zam tu merupakan air curahan bekas tapak kaki dan rambut Rasulullah SAW?

Confirm? Betul ke bekas tu merupakan bekas tapak kaki Rasulullah? Rambut Rasulullah? Mana pengusaha travel & tours tu dapat? Depa korek kubur Rasulullah? Depa dapat dari muzium Islam dan digunakan untuk tujuan kormesil? Siap boleh curah air pada artifak sejarah tu? Impossible..!
 
Melihat dari sudut alamat website tu tertulis ".com.sg" dan saya jangka syarikat ni bukan di Malaysia. Mungkin syarikat ni berpangkalan di Singapura....

PEPAGI LAGI KHALID CUBA BUAT ANWAR MARAH..??!!!

Nampaknya PKR macam diperbodohkan Khalid Berahim. Menteri Besar Selangor tu kata, dia tak maklumkan pasal MoU penstrukturan air di Selangor pada PKR sebab kononnya undang-undang tak benarkan dia buat begitu...

Sebelum ni memang ramai pemimpin PKR bising pasal Khalid tak beritahu apa-apa kat depa pasal MoU tu, termasuk Anwar Berahim, selaku "boss Khalid" merangkap "punahsihat" ekonomi Selangor...

Korang rasa macamana? Logik tak alasan yang Khalid berikan tu? Kononnya dia tak leh bagitahu kepimpinan PKR sebab undang-undang tak benarkan..kononnya pengambil alihan syarikat tersenarai di Bursa Saham tak boleh diberitahu pada "umum"...Anwar dan PKR boleh terima ke alasan tu

VIDEO ISTIMEWA YANG CUKUP MENYENTUH HATI SAYA....

Tersentuh saya menonton video di bawah ni... betul.. sejurus saya menonton, saya menghubungi ibu saya di kampung dan kemudian saya hubungi isteri saya pula...

Sebetulnya saya tidak memaklumkan pada ibu atau isteri mengenai video di bawah. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih pada ibu sebab melahirkan saya ke dunia dan hanya Allah saja yang mampu pisahkan kami...kasih sayang saya pada ibu tetap di tempat pertama selamanya...

Pada isteri pula saya ucapkan terima kasih kerana melahirkan anak-anak saya. Saya nyatakan cemburu saya pada ikatan yang ada antara isteri dan anak-anak saya... padanlah mereka rapat berbanding saya... insyaAllah saya takkan sia-siaka kedua amanah tidak ternilai itu seumur hidup...

Saksikan video yang buat saya jadi begitu tersentuh...

Sunday, March 2, 2014

PAS KATA UMNO KEDAH BERGOLAK? KAH! KAH! KAH! @MukhrizMahathir @MukhrizMahathirOfficial

Tengkiu kepada Penerangan PAS Kedah yang menulis panjang lebar tentang kononnya "UMNO Kedah kembali bergolak", klik di sini. Membaca tulisan itu jelas memang ia berniat menyerang UMNO dan DS Mukhriz Mahathir meskipun tanpa bukti yang kukuh...

Saya tidaklah tahu semua apa yang berlaku dalam UMNO Kedah. Dah lama sangat saya tak menjejakkan kaki ke Bangunan Tunku tu. Tapi sebagai orang UMNO, saya ada la ambil tahu sikit-sikit perkembangan semasa politik dalaman UMNO...

Tapi yang peliknya, orang PAS ni nampak macam "lebih tahu" dari kita... tu yang pelik tu! Ada pasang "informer" ke kat dalam UMNO Kedah tu? Dan persoalan utamanya, betul ke apa yang ditulis? Atau sekadar "ilusi optik" dari kaca mata dan persepsi dari pihak musuh?

GEMPARRR..!!! ANWAR TARIK DIRI PRK KAJANG? RAFIZI GANTI JADI CALON?

Kira-kira 9 hari dari sekarang, maka akan berlangsung hari penamaan calon bagi PRK DUN Kajang. 11 Mac penamaan calon dan 23 Mac hari mengundi. Pakatan Haram dah umum calon depa, Anwar Berahim, bapak Nurul Izzah, suami Wan Azizah...

Anwar berkempen awal. Tiap-tiap hari dia kempen. Tak cukup siang, malam-malam pun dia balun jugak. Kerja keras betul Anwar nak menang di PRK DUN Kajang..kan? Dan dia lantik pulak MB Selangor, Khalid Berahim jadi Pengarah PRK DUN Kajang...heh!

Mungkin Anwar fikir bila Khalid dilantik jadi Pengarah PRK kali ni, maka dia anggap berjaya "cucuk hidung" Khalid Berahim macam lembu.. Mungkin dia fikir Khalid Berahim boleh "dijinakkan" dengan mudah..

Anwar fikir Khalid tak tahu dia nak gulingkan Khalid dari kerusi MB?

SANGGUP LONGGAR SYARAT UNTUK CINA SERTAI PDRM..???

Amboi...! Sampai macam tu sekali cara PDRM nak ajak orang Cina kerja jadi pegawai polis? PDRM longgarkan syarat, khas untuk tarik orang Cina sertai pasukan keselamatan tu.. orang Cina hanya mewakili 1.87% saja dalam PDRM sekarang...

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Zinin kata, gaji seorang konstabel polis sekarang boleh mencecah RM3,000 sebulan termasuk elaun. Banyak jugak gaji abang-abang polis kita ni... tapi kenapa orang Cina tak mahu join PDRM?

Bukankah orang Cina selalu komplen itu dan ini tentang PDRM? Nah! Dah dapat offer dah tu. Join la polis... buktikan you all lebih baik dan bagus berbanding polis sedia ada... itu pun kalau orang Cina ni memang lebih baik dan bagus laa...kan?

NAMA JAMBATAN KEDUA PENANG BUAT CINA DAP NAK BUNUH DIRI..???

Naaaaahhhh haiiiii..! Meroyan la segelintir puak-puak DAP yang berniat nak me"republik"kan Pulau Pinang bila jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar semenanjung tu dengan Pulau Mutiara tu dinamakan JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MUA'AZAM SHAH..!

Sebelum ni diorang marah, bantah dan mula meroyan sakan bila ada NGO cadangkan namakan jambatan kedua tu sempena nama Sultan Kedah... macam-macam depa kutuk dan kata.. tak relevan la.. itu la.. ini la... macam tak sedar diri tanah Pulau Pinang tu hak siapa pulakkk..

Cuba tengok kat bawah ni apa yang depa kata...

RM2 JUTA TAK JEJAS MARUAH PAS? MARUAH HADI AWANG MACAMANA PULAK?

Biar betul nihhh..?
Ayah Chik kena saman RM2 juta tak jejas imej PAS? Kah! Kah! Kahh!!! Biar betul ni? Tak jejas apa ke benda sampai ramai penyokong PAS yang fikir 2-3 kali nak solat hajat untuk Ayah Chik ke tidak ni...heh!

Betul ke isu ni raih sokongan orang terhadap PAS? Kalau orang PAS sendiri malas nak turun solat hajat untuk Ayah Chik, apatah lagi orang luar PAS... makin jauh la depa lariiiii...kan?

UAI KATA BR1M TAK CUKUP... SAYA "SETUJU"..!!!

Di bawah adalah petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ni... Saya petik dari Sinar Harian yang kini semakin condong ke arah Pakatan Haram, seolah-olah dah jadi "blogger" depa pulak... 
KOTA BHARU – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, dakwa penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.

“Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata, ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata,” katanya.

ANWAR PECAT KARPAL SINGH..???!!!

Anwar pecat Karpal Singh? 

Tu diaaa... ada berani kaaaa..???

Itu "rahsia" semua ada dalam poket itu Singh apaaaa...?

Musti tarak berani punya laaaa....heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!