Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, February 27, 2014

ANWAR NAK TOLONG? DAH LAMBAT.. MARUAH HADI DAH CEMAR...

Bila mahkamah dah jatuh hukum baru Anwar kata dia nak cuba selesai? Baru nak campur tangan kes tu? Sebelum ni suruh PKR Terengganu je yang settle? Nampak sangat la Anwar tu macam "sengaja" nak kenakan Ayah Chik... macam tak penting je maruah Presiden PAS..?

Dia ingat orang-orang PAS bodoh seperti yang dia sangka? Sorry bebbb... tak semua yang bodoh. Walau ada pak lebai yang sanggup pegang bendera DAP baring tengah jalan, tak semua lebai PAS begitu... ada yang meluat tengok bendera DAP.. apatah lagi muka Kit Siang..!

Apa pun, sekarang ni maruah Ayah Chik dah tercemar. Kalau Anwar nak bertindak pun dah terlambat. Sekarang ni saya cadangkan PAS sendiri yang settle masalah ni. PAS ada peguam sendiri, kan? Peguam DAP pun malas nak tolong PAS... PAS terkemut-kemut la sorang-sorang lagi...kesian...

SKMM SIASAT REDBEANARMY SEJAK JULAI TAHUN LEPAS TAK HABIS-HABIS?

Red Bean Army (RBA), tentera siber propembangkang muncul semula. Kali ini dengan tindakan lebih berani apabila melakukan ugutan bunuh ke atas Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia yang juga pengasas blog SYA For The Nation, Shen Yee Aun.

Yee Aun yang juga kolumnis Mingguan Malaysia menerima ugutan itu berikutan tulisan beliau dalam akhbar tersebut bertajuk, Laman Penyokong RBA ditutup' Ahad lalu. 

Bagaimanapun ini bukan kali pertama beliau menerima ugutan seumpama itu tetapi persoalannya kenapakah sehingga ke hari ini kumpulan yang dianggap cukup biadab itu terlalu sukar untuk dibawa ke muka pengadilan? Apakah mereka begitu kebal?

APA KATA TUN M BILA DITUDUH "ANTI-HADIS"..?

1.      Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

2.      Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3.      Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya  dilarang oleh agama Islam.

SIAPA KATA MASALAH AIR SELANGOR SELESAI..? TUNGGU LA LOJI TU SIAPPP...HEH!

Siapa kata masalah air di Selangor selesai? Siapa kata? Khalid? Percaya ke kat dia ni? Anwar? Lagi la takleh caya....

Dah bertahun-tahun dah masalah air melanda Selangor. Dulu tahun 2010 dia kata air di Selangor cukup sampai 2019. Tapi start dia cakap tu, setiap tahun dari 2010 sampai la 2014, teruk rakyat Selangor dibuli Khalid kena angkat baldi air naik tingkat 13... 

Semalam  Khalid Berahim ada sign MOU dengan Maximus Ongkili (KeTTHA). MOU struktur semula air di Selangor. Disaksikan PM dan TPM, musuh ketat Anwar Berahim. Khabarnya Khalid sign MOU tu tanpa "restu" Anwar Berahim... heh! Khalid "main belakang" Anwar le ni...

DI MANA PKR LETAKKAN MARUAH PRESIDEN PAS..?

Ramai yang tak faham isu Presiden PAS kena bayar RM2 juta ni. Ramai yang fikir pasal "mana nak korek duit RM2 juta tu..". Ramai yang fokus pasal duit...

Padahal, isu sebenar dalam hal ni bukan pasal duit tu.. RM2 juta tu memang Ayah Chik/PAS boleh bayar.. tapi ini ialah soal MARUAH... dalam bahasa mudah, MARUAH AYAH CHIK TERCEMAR disebabkan budak PKR dan saman tu...

Cerita saman tu sebenarnya boleh settle kat luar.. tak payah masuk mahkamah pun. PKR boleh counter dengan budak PKR Dungun tu.. Tapi PKR kononnya bagi alasan budak tu "enggan" beri kerjasama... tu hanya alasan... alasan yang mungkin sengaja nak biarkan MARUAH Presiden PAS tercemar...

Saya setuju dengan YDP PAS Gombak kat bawah ni...

CUBA TENGOK GAMBAR NI.. SAYA SENDIRI PUN MALU...

Bukan gambar ni... gambar kat bawah tu...
Kalau ye pun marah, tak suka, benci ke apa ke.. tak payah la buat cam ni bro.. Kita ni takde la desperate macam puak-puak Red Bean Army tu... dosa pahala kena jaga jugak bro...
Ramai gak la kawan-kawan yang tak setuju dengan cara ni... sebab cara ni selalunya puak Pakatan Haram saja yang buat... kita tak payah la tiru perangai depa tu bro...

Cuba tengok gambar kat bawah ni.. saya sendiri malu...adehhh...

Wednesday, February 26, 2014

SIAPA YANG TIPU? ANWAR BERAHIM ATAU SAM KETOT?

Baru ni salah seorang sahabat PAS saya yang menetap di Kajang beritahu tentang Sam Ketot yang berkempen awal PRK DUN Kajang di tempatnya... Saya pun cari la maklumat sikit pasal ceramah Sam Ketot tu... maklum la.. Sam ni selalu merepek atas pentas.. tu yang selalu Anwar marah tu...

Bukan apa.. sebelum ni, kenyataan Sam Ketot selalu bertentangan dengan apa yang dikatakan Anwar. Itu menyebabkan Anwar dilihat seolah-olah seorang PENIPU BESAR dan itu cukup membuat Anwar marah pada Sam Ketot...

Cari punya cari maklumat tu.. saya dapat la rakaman video ni... "comel" betul Sam Ketot berucap atas pentas... Macam "gnome" pulak saya tengok.. kalau berlakon jadi "dwarf" pun sesuai ni...heh! Tapi paling best, kenyataan Sam Ketot kali ni pun bertentangan dengan kata-kata Anwar... heh!

Cuba tengok kat bawah...

CUBAAN UNTUK BUSUKKAN NAMA PETANI & PESAWAH..?

Saya tak mahu tulis banyak kali ni... tapi rasanya dah ada bukti seseorang yang memalukan golongan petani di Kedah... hasil dari penulisannya seolah-olah menggambarkan para petani di utara semenanjung tidak tahu bersyukur... 

Saya rasa mamat yang menulis ni bukan petani atau buat bendang pun... lebih pada propaganda saja.. cuba cetus persepsi dan ajar masyarakat petani untuk tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan... 

Kononnya dia "bela petani"... kononnya "anak tani"... RM296.55 sebulan memang tak cukup... konon? Rezeki terpijak pun tak cukup...? Saya kira para petani yang buat bendang ada banyak lagi sumber cari makan lain... mamat ni je yang lebih-lebih.. "kesat airmata petani" kononnn... 

Cuba baca tulisan kat bawah ni... dia ni tak reti bersyukur pada Allah ke?

TUGAS GURU HANYA MENDIDIK, BUKAN KEY IN DATA..? SETUJU?

Ewah..ewah! Sebelum ni NUTP bersikap positif dan mahu KPM kaji balik sistem PBS. NUTP nak sistem tu dibaik pulih... tapi semalam NUTP dah keluarkan satu statement yang saya agak sangat tidak matang dan poyo...

"Sepatutnya guru menggunakan masa mereka di sekolah untuk mendidik pelajar bukan mengisi data di dalam sistem," -Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng.

Ye ke? Macam tu ke? Oooo.. kalau macam tu, apa kata KPM ikut kehendak Yim Pheng ni... kerja guru mendidik saja lepas ni... tak payah key ini data lagi lepas ni...

Lagi baik kalau...

HADI AWANG KINI "KESEORANGAN"...?

Adoiii.. makin kesian pulak saya kat TG Abdul Hadi Awang. Dah la blogger pro-PAS Kedah seolah-olah tidak menggalakkan penyokong PAS solat hajat untuk Presiden PAS tu.. khabarnya banyak pulak bunyi kot belakang pasal Ayah Chik.. ngumpat le tuhhh...

Tapi saya yakin, masih ada lagi dalam PAS yang sayang dan sokong Ayah Chik... mereka-mereka inilah yang marah bila PAS seolah-olah diperkotak-katik oleh PKR dan diperbudak-budakkan oleh DAP...depa ni memang dah lama suruh PAS keluar Pakatan Haram...

Standard la.. bila Ayah Chik diperintah bayar saman RM2 juta, ramai yang lari tak mau duduk dekat dengannya. Kawan time senang memang mudah dicari... tapi time susah macam ni semua tak mau dok dekat la... ajak solat hajat pun fikir 2-3 kali...

Saya ada cadangan untuk para penyokong PAS yang masih sayangkan kepimpinan Ayah Chik ni... Maksud saya, cadangan yang membina...

GEMPARRR..!!! PRESIDEN MAKKAL SAKTI "SILAMBAM" PRESIDAN HINDRAF..!!! DESSYUUMMM..!!!

Heh! Waythamoorthy kena balun lagi la bro... Kali ni bukan orang lain yang balun dia. Presiden Makkal Sakti pulak kasi hantam sama itu aneee... Bukan setakat hantam, siap kena "silambam" lagi bro...

Saya tak tahu la sejauh mana "jasa" Waythamoorthy pada kaum India di Malaysia. Sebagai Pengerusi Hindraf, sepatutnya jasa Waythamoorthy lebih hebat dari jasa Samy Vellu... Maklum laaa.. Waythamoorthy ni dok claim diri sebagai "pembela kaum India"...

Kali ni Presiden Makkal Sakti "naik hangin satu badan"... dia dedah habis segala "jasa" Waythamoorthy pada kaum India... heh! Dedah...jangan tak dedah bro... "Kalaripayat" sama dia... Sila baca "jurus" yang di"kalaripayat"kan di bawah...

3 YANG COROT DIPERTIKAI, 5 TERKAYA LANGSUNG TAK DIUSIK..???

Kat atas ni semua senarai individu terkaya di Malaysia versi update paling latest, terkini. Saya dengar ada orang pertikai dan serang Tan Sri Syed Mokhtar, Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim dalam kedudukan ke-6, ke-9 dan ke-10...

Khabarnya depa tak puas hati dan pertikai dari mana sumber kekayaan 3 lelaki bumiputera tu. Tidak cukup dengan itu, depa susuli pulak dengan fitnah terhadap 3 lelaki muslim tu...

Kali ni saya nak berfikiran singkat pulak. Kali ni saya nak berfikiran kebudak-budakan macam orang-orang PHD (penyakit hasad dengki) tu jugak... saya nak tanya sikit...

CARA KHALID BERAHIM HANDLE MASALAH AIR SELANGOR DARI 2010 - 2014...

Khalid gebang 2010...

AIR CUKUP DI SELANGOR SAMPAI 2019... itu la yang Khalid Berahim cakap pada tahun 2010...

Dia cakap pada tahun 2010... tapi pada tahun 2011...

2011 punya kes...
2012 punya kes...
Januari 2013 punya kes...
February 2014 punya kes...
ANWAR PULAK HANDLE AIR SELANGOR...? KHALID "TERGULING"...?

Tuesday, February 25, 2014

GEMPARRRRR.!!! SILAT PALING DITAKUTI CINA KEMBALI DIPRAKTIKKAN..???!!!

HEBATTT..! Memang hebat...! Kalau betul terbukti begini hebat, maka saya memang kagum dengan kehebatan silat "power" ni. Tak mustahil, ilmu Allah tu kalau dikaji mungkin betul la apa yang ditunjukkan dalam video berdurasi 6.07 minit ni...

Belum sampai kat kita lagi, tapi dah tumbang kena lempang. Belum sempat penyerang sampai kat kita lagi, dah tergolek kena terajang... apa yang hebatnya ialah semuanya pakai "gerak angin"..!!!

Tak caya? Cuba tengok kat bawah ni... Cuma saya tertanya-tanya laa.. bila la depa ni nak pi lawan kawan-kawan Anwar kat Israel nuuu? Kalau hantar depa ni ke sana...saya yakin tak sampai sebulan rejim Zionis Yahudi tu surrender kalah...kan?

GEGAR BUTA SEJARAH..!!! KEDAH AKAN AMBIL BALIK PENANG..??!!!

Semalam, ada NGO-NGO Islam dari Pulau Pinang cadangkan pada PM supaya jambatan kedua Pulau Pinang tu dinamakan sempena DYMM Yg DiPertuan Agong, Tuaku Sultan Abdul Halim Mua'zam Shah.

Mungkin pada NGO-NGO tu nama DYMM Yg DiPertuan Agong tu sesuai sebagai lambang kedautan negara dan payung negara...."Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah"... Rujuk kat sini..

Secara peribadi, saya setuju sangat dengan nama tu. Sesuai dan tepat! Tapi malangnya ramai pulak yang bunyi... tak setuju pulak.. macam-macam alasan depa bagi... cuba baca kat bawah ni apa yang depa kata...memang kurang ajar dan buta sejarah...

GEGAR..!!! ANWAR BAKAL CETUS KETEGANGAN AGAMA DI SELANGOR..!!!

Saya yakin, tidak lama lagi rakyat Selangor akan menerima padah yang lebih buruk. Sekiranya Anwar menang di Kajang, maka umat Islam di Selangor boleh tunggu malapetaka yang akan menimpa mereka di sana...

Sebagaimana yang kita maklum, Anwar memang setuju kalimah "Allah" digunakan di dalam Bible dan sebaran bertulis berbahasa Melayu. Itu satu hal. Hal yang saya yakin mengembirakan puak pelampau Kristian yang tak hormat pada perlembagaan dan enakmen syariah di negara kita.

Di Selangor, enakmen 1988 di negeri itu melarang kalimah "Allah" digunakan oleh golongan bukan Islam. Tapi jika Anwar menang di Kajang dan jadi MB Selangor, saya yakin umat Islam di negeri itu boleh ucap "bye-bye" pada enakmen yang melindungi kepentingan Islam tu...

Bukan itu saja... ada yang lebih dahsyat lagi...

GEMPARRR..!!! PENYOKONG PAS ENGGAN SOLAT HAJAT UNTUK HADI AWANG..???!!!

Ini printscreen dari blog pro-PAS Kedah tu..
Saya betul-betul terkejut dengan sikap blogger pro-PAS Kedah ni. Betul-betuk saya terkejut. Sampai hati depa buat kat Presiden depa lagu tu...sampai nak tunai solat hajat untuk Tn Guru Abdul Hadi Awang pun depa perlu fikir terlebih dahulu nak join ke tidak?

Kita maklum, Ayah Chik perlu bayar RM2 juta setelah kalah dalam satu kes saman berhubung tuduhan edar pil kuda. Yang saman Ayah Chik tu budak muda PKR.... Jadi Dewan Ulama PAS pun anjurkan la solat hajat untuk memohon pertolongan...

Apa yang saya pelik ialah...

KEMELUT PBS: MANSUH ATAU TIDAK? KENYATAAN TERKINI KPM..!!!

Berikut adalah kenyataan terkini Menteri Pendidikan ke-2, Datuk Seri Idris Jusoh mengenai kemelut PBS yang dibanyak masalah tu...

“Kementerian tidak akan memansuhkan sistem ini, namun akan memperbaharui semula sistem PBS dan melihat cara berkesan untuk penambahbaikan,” - Idris Jusoh, 25 Feb 2014.

Maknanya, PBS tidak dimansuhkan. Jadi cikgu-cikgi kita tak payah risau dan teruskan key in eviden seperti biasa....kalau tak nanti bertimbun pulak kerjanya...

Cuma...

KEMELUT PBS: SURAT TERBUKA PADA KPM & CIKGU-CIKGI KITA...

Komen dari cikgu-cikgi kita la kot ni...
Saya dapat beberapa komen seperti di atas bagi tulisan saya klik di sini berkenaan cikgu-cikgi kita yang serba salah pasal PBS ni. Ketua Pengarah Kementeria cakap lain, Guru Besar cakap lain, dan cikgu-cikgi kita yang jadi mangsa...

Secara basicnya, saya faham apa yang cuba disampaikan oleh cikgu-cikgi kita kat atas tu... Kita tengok mudah, tapi sebenarnya beban yang depa terima tu memang memberikan tekanan pada depa. Boleh sakit kepala anytime... boleh stroke anytime macam ni...

Memang betul kata cikgu-cikgi kat atas tu. Kalau KPM cakap jangan buat PBS tu pun, depa TERPAKSA buat jugak sebab tak mau kerja depa jadi bertimbun bulan depan. Kalau depa stop, bermakna depa cari nahas...

Monday, February 24, 2014

ORANG CINA "TIKAM" ORANG CINA, KERANA SI PENIPU BESAR...

Tak lama lagi akan diadakan penamaan calon bagi PRK DUN Kajang. Lepas tu maka kempen PRK tu bermula. Anwar dah lama kayuh kempen.. biasa la.. Anwar memang "outlaws".. dia pakai undang-undang dia sendiri...

BN dah umum calon. Calon tu namanya Chew Mei Fun. Jelas dia seorang Cina. Lawannya bukan calang-calang, Anwar Berahim tu dikatakan antara pemimpin popular dunia (tapi ranking selalu dok di bawah Tun M laaa). 

Ertinya, calon Cina vs calon Melayu. Calon dari MCA vs PKR. Calon BN vs Pakatan Haram (belum daftar, daftar tak lepas). Pengundi Kajang tu hampir 50% orang Cina...maksudnya, DUN Kajang tu majoritinya pengundi Cina laaa..
 
Pada saya, walaupun yang bertanding di DUN Kajang kali ni ialah seorang Cina, tidak bermaksud dia akan menang dan dipilih hampir 50% pengundi Cina kat situ...

GEMPARRR..!!! ANWAR NAK MASUK UMNO SEMULA..???!!!

Seorang rakan bukan Melayu menghantar print-screen dari Malaysian Insider di atas kat saya baru-baru ni. Cerita pasal Anwar... saya ada baca berita tu... antara petikan menarik, Anwar berkata...
"Before I was from Umno. I don't hate Umno members. What I am against, and will fight, is their policy of corruption that continues to burden the people.
Dan di akhir berita tu.. Anwar ada kata...
"I know who I am. At one point I was the acting prime minister. Then, I was also put in jail."

TERKINI..!!! VIDEO USTAZ AHLI PAS SEUMUR HIDUP TERIMA BR1M

Korang ingat tak Ustaz kat atas ni? Ustaz ni pernah famous sebab kes dia baling selipar kat hakim dalam mahkamah. Ustaz Hoslan namanya...

Ustaz ni merupakan ahli PAS seumur hidup. Dia pernah sertai himpunan Bershit, blackout dan bermacam-macam jenis demo yang menyusahkan negara dan rakyat. Memang "gempak: habis la Ustaz Hoslan ni time tu...

Walau apa pun kesilapan atau dosa yang Ustaz Hoslan lakukan, saya yakin pintu taubat Allah tak pernah ditutup. Malah Kerajaan sendiri melalui KDN ada bantu Ahli PAS seumur hidup ni... Alhamdulillah, Ustaz Hoslan dah makin baik hidupnya.. bersyukur pada Allah SWT...

Tak caya cuba tengok video kat bawah ni...

GEGARRR..!!! DALAM DIAM KHALID MULA SABOTAJ ANWAR BERAHIM..???!!! #PRKKajang

Tu diaaa..!!! Tak patut... tak patut...! Patut pun Azmin dan Anwar Berahim tak boleh tahan dengan Khalid Berahim. Memang tak patut pun apa yang dikatakan Menteri Besar Selangor tu... tu namanya "nak menganiaya rakyat"..!

Ada ke patut dia kata nak kena tunggu musim hujan dulu baru dia nak selesaikan masalah air kat Selangor??? Dey aneeee... itu masalah air kaluuu... itu masalah asas kehidupan laaa.. mana boleh bikin itu macammmm..! "Dah nak terberak, baru nak korek lubang" ke Khalid?

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni kat Selangor tu musim kemarau. Boleh dikatakan semua kolam takungan air dan empangan berada di bawah paras dan makin kurang airnya dari hari ke hari. Dah berapa ramai rakyat Selangor makan hati tak mandi dan angkut baldi naik flat depa...?

Penduduk di Dengkil misalnya terpaksa hadapi masalah gangguan bekalan air selama lebih dari 11 hari..! Mana boleh tahan bebbb..? Habis tu Khalid Berahim nak suruh depa tunggu musim hujan baru boleh dapat air? Weiii... lu gila ke apa?

TOLONGLAH JANGAN TEKAN PRESIDEN PAS BEGINI...

Kesian pulak saya bila Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi kita diperintah bayar saman RM2 juta. Mana dia nak cekau duit banyak tu? Duit terkumpul dari karung dan tin milo ceramah PAS pun belum tentu dapat kumpul banyak tu dalam masa yang singkat...

Hanya disebabkan cerita "pil kuda", Ayah Chik yang saya segani diperintah bayar duit RM2 juta. Alaaa... selesai kat luar mahkamah la. Tak payah la nak tekan Ayah Chik macam tu.. Dah teruk dia ditekan geng Liberal dalam PAS tu.. jangan la tambah blood pressure Ayah Chik...

Selesai kat luar. Kita orang Islam ni bersaudara. Mana yang silap tu, minta maaf dan berbaik-baik la. Lepas tu jangan ulang balik kesalahan tu. Memang la tak semudah tu.. tapi itulah hebatnya persaudaraan dalam Islam.. siapa yang boleh buat, maka memang dia hebat la...kan?

PBS: KETUA PENGARAH KATA LAIN, CIKGU-CIKGI BESAR KATA LAIN.. APA CERRR..?

Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih pada pihak Kementerian Pendidikan sebab "tangguh"kan PBS sehingga diputuskan oleh Menteri Pendidikan kita, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Pada saya ia adalah satu tindakan positif dari sudut "mendengar suara hati cikgu-cikgi" kita...

Selain meneliti semula PBS dan cuba mengurangkan beban guru dari sistem baru pendidikan tu, KPM juga secara tidak langsung memberitahu tentang kewujudan "war room KPM" bagi menangani masalah-masalah PBS tu.. 

Saya ingatkan parti politik saja yang ada "war room", tapi KPM pun ada..? Heh! Tapi okay la tuuu... cuma nama "war room" tu saja yang kurang sesuai kot... heheeee...

Dari tajuk berita "Guru Tak Perlu Teruskan PBS Sehingga Diberitahu" klik di sini, laporan tu bunyi macam semua cikgu-cikgi kita boleh tarik nafas lega... bunyinya betul-betul melegakan hati depa yang tengah panas.. maklum la... beban tu kononnya di"stop"kan KPM...

Cuma yang tak sedapnya ialah bila...

HINDRAF DEMO DESAK WAYTHAMOORTHY LETAK JAWATAN..???

Sebenarnya saya simpati kat pengikut-pengikut Hindraf...

Kesian kat orang India yang senang-senang ditipu orang macam WaythaMoorthy ni...

Mungkin pasal Waytha ni pandai cakap dan jual auta, dia dipilih jadi Ketua Hindraf...

Orang ingat dia la "pembela no.1 kaum India", maka dia pun diberi jawatan dalam kabinet...

Bila kita suruh bela kaum India, khabarnya dia mintak pulak ratus-ratus juta dan berbilion-bilion...

Bila tak kasi, dia tarik muka masam, letak jawatan... siap kutuk kerajaan pulak tuu...heh!

Patut pun ane-ane kat atas tu "hantam" sama Waytha...

Saya cadangkan Hindraf cari ketua lain laaa.. Waytha tu auta saja banyak la deyyy..!


Sunday, February 23, 2014

PENGAKUAN IKHLAS..! SEBAB UTAMA CINA KAJANG UNDI ANWAR..???!!!

Saya tak tahu sama ada rakyat Kajang kenal Anwar secara dekat atau tidak. Mungkin sebelum ni depa tak tahu sangat pasal Anwar. Selalunya dengar cerita dari orang atau media saja pasal Anwar ni...

Tapi saya yakin, orang Penang memang kenal sangat dengan Anwar. Sebab tu la depa kat Penang tu "sayang" sangat kat Anwar tu, khususnya di Permatang Pauh. Anwar memang "hebat" di sana.. Seluruh Penang "percaya" kat Anwar tu...

Orang India di Penang pun manyak respect sama Anwar. Anwar banyak tolong depa di Penang. Dan kali ni, saya yakin, Anwar akan "tolong" orang Cina di Kajang. Anwar kan pernah mengaku orang Cina dan India kat Malaysia ni pun "anak dia"... takkan dia nak "tipu" kot..kan?

Tak caya? Cuba tengok cerita Anwar kat bawah ni.. Satu kenyataan, fakta yang perlu rakyat Kajang pertimbangkan tentang "jasa baik" Anwar... Orang Cina memang "suka" kat "orang cakap benar" macam Anwr Berahim ni... cuba tengok kat bawah...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!