Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, February 22, 2014

MELAMPAU..!!! APA PAS NAK BUAT PADA MINAH NI AGAKNYA?


Salah seorang pemimpin pertubuhan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mendakwa amalan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) tidak bercanggah dengan Islam.


Dakwaan itu dibuat oleh Angela M. Kuga Thas, pengasas KRYSS (Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces) yang merupakan salah satu NGO LGBT dalam Comango.

Menurutnya, selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, umat Islam sudah bebas berfikir berpandukan akal mereka untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan sesuai.

“Islam tidak lagi mempunyai pemimpin selepas Nabi Muhammad sedangkan kami penganut Katolik mempunyai Paus.
 

GEGARRR..!!! ANWAR BERAHIM PUN BERFAHAMAN SYIAH..???!!!

Saya tidak diberi jolokan "Pak Syeikh". Saya juga bukan "pemimpin anugerah Tuhan". Malah saya bukanlah bekas Presiden Abim yang digambarkan punya pengetahuan dan fahaman Islam yang hebat seperti Anwar Berahim...

Walaupun begitu, saya tahu serba sedikit tentang Sayyidina Abu Bakr As-Siddiq, Sayyidina Umar Al-Farouk, Sayyidina Uthman Zuu-Nurain dan saya juga tahu la serba sikit tentang Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah...

Tapi yang saya heran tu, macamana Anwar boleh tak tahu pasal perkara "basic" mengenai ke-empat-empat Khulafaa' Ur-Rashideen itu. Nak tahu sejauh mana pengetahuan Anwar mengenai perkara "basic" Islam itu, rujuk video hangat di bawah... 

AWAT LEBAI PAS SENYUM MELERET DI KEDAI KIAH JANDA..?

Kiah ni takdak kena mengena dengan cerita Kiah kat bawah ni..
Saya yakin, ramai pak-pak lebai PAS yang tengah tersengih-sengih sekarang ni di kedai kopi. Senyum lebar depa hari ni... nak tahu kenapa? Sebab depa "masyuukkk" hari ni.. 

Pak-pak lebai ni memang suka hati kalau "masyuuuukk".. apatah lagi yang "masyuuuk" tu tanpa memerlukan depa memerah keringat tulang empat kerat tu... dengan muka tak malu, depa tersengih-sengih tengok akaun depa duit BR1M dah masuk hari ni...

Sebelum ni... macam-macam depa kutuk BR1M. Depa kata BR1M tu rasuah pilihanraya laaa.. BRIM tu haram laaa.. BRIM tu ini laaa... BR1M tu itu laaa... macam-macam depa kutuk Kerajaan BN pasal BRIM tu...

CERITA LUCU ABANG SANUSI & PEMUDA PAS KEDAH...

Saya ada terbaca tulisan Abang Sanusi Md Noor kita pasal perbualan dia dengan kawan sekolah rendahnya tentang harga getah sekarang. Seronok baca tulisan bekas Setpol arwah Ustaz Azizan yang teruk "dikerjakan" aktivis-aktivis PAS dalam Facebook tu...

Abang Sanusi ada sebut pasal harga lantai dan harga syiling. Harga lantai tu maknanya harga paling rendah dan harga syiling pulak ialah harga paling mahal bagi sesuatu barang. Dia juga ada sebut tentang prinsip asas ekonomi yang pernah saya belajar sikit-sikit masa tingkatan 4 dulu..

Abang Sanusi cadangkan supaya harga getah dikawal kerajaan. Maksudnya, dia mahu kerajaan tetapkan harga lantai untuk harga getah. Dia mau kerajaan tetapkan harga syiling getah sebanyak RM4.00 sebagaimana yang dituntut kawan-kawan Pemuda PAS dalam kebun getah baru-baru ni.. 

Tapi kawan dia tak setuju.. kawan dia nak RM5 sekilo...alasan kawan sekolah rendah Abang Sanusi ialah sebab dia motong secara pawah di kebun orang...Abang Sanusi kata, mendengar komen kawan dia tu, dia nak teriak pun ada, nak marah pun ada... hahahahahaaa....

Pada saya...dalam isu harga getah ni...

Friday, February 21, 2014

18SX: IKLAN SEPARA TELANJANG DI BLOG PRO-PAS KEDAH..!!!

Saya mohon blogger pro-PAS Kedah tu buang la iklan tu... saya takmau orang Kedah malu.. saya tak mau saudara-saudara saya rosak akhlak pasal blogger pro-PAS Kedah ni... tolong la buang bro... dosa kering je sapa yang tengok...
Saya heran... kalau cakap pasal Islam... kononnya depa la "champion". Kalau cakap pasal akhlak, depa la paling "bersih dan suci". Kalau cakap pasal hukum hakam, depa la paling hebat.. sampai kafirkan orang Islam pun depa sanggup... hebat...hebat...!

Tapi cuba tengok print screen kat atas tu...kalau tengok "tagline" tu, rasanya pak-pak lebai PAS ni dah tentu tahu blog PAS yang mana satu.. Paling memalukan, depa tak segan bubuh nama blog depa bersempena nama KEDAH... buat malu orang Kedah betoi laaa...

Cuba tengok iklan tu.. Astaghfirullahil'azim... takdak iklan lain ke? Iklan yang tak dedah aurat takdak ke? Kalau tak tutup aurat sekali pun, takkan la sampai nak jadi macam "nasi lemak telanjang" MAS tu... separa telanjang tuuuu..!!! 

GEMPARRR..!!! DALAM KEBUN GETAH PUN BOLEH JADI KERJA..?!!!

Cuba tengok print-screen kat atas ni... Saya ambil dari sebuah blog pro-PAS Kedah semalam. Khabarnya Pemuda PAS Kedah pilih lokasi dalam kebun getah untuk berdialog dengan penoreh getah di Baling..! Heh! 

Dalam kebun getah pun boleh jadi kerja..?! Hahahaaaa...

Cuba baca pulak apa yang ditulis.. cari peluang baru untuk getah yang sudah diproses? Tak payah habaq laaa... Risda dah buat, tengah buat dan akan buat lebih baik dari apa yang dicadangkan.. takdak modal nak dialog ke?

Lepas tu...

INI JAWAPAN JAKIM PADA KASSIM SELAMAT.. EHH.. KASSIM AHMAD..!!!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar bekas aktivis politik dan pemikir kontroversi, Kassim Ahmad kerana membuat kenyataan yang dianggap boleh menggugat akidah umat Islam dan ketenteraman awam.

Sehubungan itu Jakim menggesa umat Islam negara ini supaya menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin yang disebarkan oleh Kassim yang salah dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Kassim antaranya mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad S.A.W.

GEMPARRR..!!! BN TARIK DIRI PRK DUN KAJANG..???!!!

Hari ini, dengan tidak semena-mena Agensi Berita Nasional (Bernama) menghantar sebuah berita bertajuk Penganalisis: BN Tak Perlu Tanding PRK Kajang.

Bagi penulis, berita tersebut agak pelik kerana ia seolah-olah membawa persediaan Barisan Nasional (BN) untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ke dalam gear reverse (gear mengundur).

Kalau BN bersedia untuk berperang, sepatutnya ia memainkan gendang perang dan bukannya berbincang untuk mengelakan konflik.

Thursday, February 20, 2014

PAS KEDAH TAK SEPATUTNYA GAGAL DALAM HAL NI...


Masalah ni timbul sejak berpuluh tahun lalu. Macam-macam dah buat, tapi Pusat Tahfiz Amal ni masih beroperasi.. budak-budak dimani‎pulasi untuk "mengkayakan" pengusaha PTA tu.. 

Dengan surat di atas, maka tamatlah riwayat "pusat penghamba abdian" kanak-kanak tu.. satu tindakan yang tak mampu dilakukan oleh pentadbiran MB-MB sebelum ni...

Pada saya, arwah Ustaz Azizan pun sebenarnya mampu buat apa yang DS Mukhriz buat... Cuma mungkin beliau tidak mendapat kerjasama yang baik dari Exco-Exconya...

APAHAL KETUA POLIS NEGARA SAMPAI PERLU MERAYU KAT TERESA KOK NI?

Saya tak tahu kenapa sampai Ketua Polis Negara terpaksa merayu pada ahli politik. Setahu saya, SOSMA telah digubal dan diluluskan untuk menggantikan akta ISA yang didesak puak Pakatan Haram untuk dimansuhkan. 

Kenapa perlu Tan Sri Khalid Abu Bakar merayu pada ahli politik? Gunakanlah SOSMA tu.. tak guna gubal kalau tak boleh dikuatkuasakan terhadap ahli politik yang seolah-olah sengaja cetus kontroversi cuba membakar api perkauman di negara kita...

Setahu saya, pemimpin politik DAP yang suka buat provokasi. Saya hentam mereka-mereka yang buat provokasi sahaja. Pada masyarakat Cina atau mana-mana kaum yang tak terlibat, tak wajarlah kita hentam depa jugak, kan? Be fair dalam perkara macam ni...

Cuba baca berita kat bawah ni.. Sampai Ketua Polis Negara kena merayu pada ahli politik ni apahal? Kalau dulu boleh buat Ops Lalang, takkan sekarang tak boleh?

Wednesday, February 19, 2014

DEYYY..!!! SUMBER KERAJAAN DEDAH "RAHSIA" WAYTHAMOORTHY..???

BEKAS timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) P Waythamoorthy dimaklumkan membuat tuntutan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bertulis termasuk peruntukan wang yang jelas tidak mengikut peraturan.

Memetik sumber-sumber kerajaan,  jaminan bertulis oleh Najib itu dikehendaki Waythamoorthy untuk satu peruntukan berjumlah RM750 juta kepada Waythamoorthy atas nama melaksanakan agenda pembangunan kaum India.
“Beliau mahu Perdana Menteri beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM750 juta kepada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India, tuntutan ini tidak teratur dari segi peraturan,” kata sumber itu.

Selain peruntukan berkenaan, Waythamoorthy yang juga Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) ketika menjadi Timbalan Menteri turut berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 orang pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion.

“Perlantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu-isu kaum India.

LUAHAN HATI ORANG CINA: DAP PUNYA SALAH, SEMUA CINA KENA HUKUM...

Pada tahun 1999 dulu, BN dikatakan hampir tewas ekoran insiden "mata lebam". Undi simpati dari majoriti bangsa Melayu yang tertipu dengan imej "Pak Syeikh" pada Anwar dikatakan hampir membuat BN tewas...

Tapi BN tak tewas. Undi dari kaum Cina untuk BN dikatakan faktor utama kemenangan BN pada PRU 1999 tu.. Masa tu, Tun M sendiri puji masyarakat Cina yang dikatakan begitu loyal dan tinggi semangat setiakawannya...

Masa tu, orang Cina takde la meninggi diri bila dipuji. Depa relaks saja. "Cool" kata orang putih. Tapi dalam hati depa, memang depa "simpan" jasa baik depa kat BN... sampai mati pun depa takkan lupa peranan dan budi depa pada BN... heh! Cuma depa simpan dalam hati jer rasa bangga tu..

Pada PRU ke-11 (2004), orang Melayu dan orang Cina bergabung untuk mengundi BN. Orang India dan lain-lain kaum pun sepakat undi BN.Time tu BN menang paling besar dalam sejarah. Kembang kempis hidung Pak Lah time tu "perasan" dia dan "menantu" jadi faktor kemenangan...heh!

Tapi...

MALAYSIA TERBUKTI NO.1 DI DUNIA..!!! SEBARKAN...

Malaysia terbaik di dunia...
Rasanya, kalau kita beritahu geng Pakatan Haram pasal benda ni, depa tak peduli pun. Jauh sekali nak memuji. Rasanya, kalau PAS tahu pun, depa akan mintak izin pada DAP dan Anwar nak puji Najib.. Tapi rasanya DAP dan Anwar akan izinkan PAS puji Najib ke?

Saya tak reti bodek. Mana yang betul, maka setuju dan puji pendekatan tu. Mana yang tak betul dan salah, maka saya akan tegur depa, tak kira UMNO atau Pakatan Haram. Kalau pandangan saya salah atau tersasar, tolong maafkan saya dan saya rela betulkan kalau terbukti saya terkhilaf.. saya bukan malaikat..

Tapi perkara di bawah ni memang membanggakan saya. Selaku umat Islam yang mengaku Allah itu Tuhan saya, dan Muhammad SAW itu Rasulullah dan kekasihNya, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia merujuk pada perkara di bawah... 

Sila tengok dibawah.. anda bangga seperti saya? Atau memang Kerajaan sekarang ni masih dianggap tidak mementingkan dasar Islam? Sesungguhnya Islam itu rahmat pada seluruh alam...

AMARAN..! TOLONG CONTROL GELAK MASING-MASING...

Sebagaimana kata bro GAP di sini, saya mintak korang jangan gelak lebih-lebih bila tengok "cerita" bawah ni...harap korang mampu tahan gelak masing-masing... hmmmpppp...mmppp...

ISHHH..!!! KENAPA TUN M "TAKUT" PADA ANWAR TERBONGKAR..???

Pertarungan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak pernah berakhir.

Walaupun, kalangan pemimpin UMNO tahu Anwar anak emas Mahathir satu ketika dahulu tetapi mantan Perdana Menteri itu tetap mengecam Anwar tatas krinsip yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.

Beliau yang banyak tahu pasal Anwar ibarat hanya jauhari mengenal manikam.

Justeru itu, ketika membalas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mengatakan Dr Mahathir takut sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor, mantan Perdana Menteri itu mengakuinya.
 

SURAT TERBUKA BUAT NURUL IZZAH: CARA "LEBIH BAIK" DARI "CARA BAIK"...

Ooo.. betul la Nurul Izzah ada tuntut cerai dari suaminya, Raja Shahrir..Cuma, Nurul Izzah tak tuntut secara fasakh... tapi dia tetap tuntut cerai cara "baik"...

Macam tu la yang dijelaskan oleh peguam Nurul Izzah,  Normawaddah Ramli. Rupanya "mohon cerai cara baik"... sudah la mohon cerai... cara "baik" pulak tu..! Rupanya mohon cerai ni ada jugak jenis mohon cerai cara "baik", cara "jahat"?

Pada saya...

APAHAL ANWAR BERAHIM NI SAMPAI MELELEH AIR LIUR NI..?


Amboi... sampai meleleh-leleh air liur Anwar Berahim...

Bernafsu betul tengok... tengok apa tu? Heh! Jeles..?

Teruk sangat mengidam ke? Ingatkan ibu mengandung je yang teruk mengidam...

Anwar Berahim pun sama?

Mentang-mentang la Kajang tu sebelah Putrajaya jer...

Tu jadi ADUN Kajang sebab nak "skodeng" PM Office ler tuhhh..?

Kemaruk sangat ke? Cuba apply jadi PM Israel... mesti dapat punya....heh!

Tuesday, February 18, 2014

GEGARRR..!!! ANWAR MEMANG "TERLIBAT" PERANG DUNIA KE-2..???!!!

Baru-baru ni Anwar buat lawak dalam gereja. Dia "bahan"kan mantan mentornya, Tun Dr Mahathir Mohammad. Dia sindir Tun M. Kononnya lepas ni akan timbul pula dakwaan "libatkan dia dalam Word War 2 dulu"...

Kita faham dia sindir Tun M sebab bekas mentornya tu sebelum ini menegaskan Anwar merupakan antara menteri terpenting yang terlibat melaksanakan Ops Lalang yang menggunakan akta ISA pada tahun 1987 dulu.

Kita tahu Anwar terlibat sebab dia Menteri Kabinet time tu. Masa nak buat operasi tu, Anwar langsung tak bantah pun.. dalam ertikata lain, dia setujulah dan sama-sama terlibat dalam membuat keputusan Ops Lalang tu, kan?

BERITA BURUK..!!! "BOLA TANGGUNG" UNTUK PAKATAN HARAM HENTAM NAJIB..??!!!

Adoiii...camana aku nak "smash" nihhh..!!!
Saya kira berita di bawah ini merupakan "bola tanggung" bagi "pakar-pakar ekonomi" dalam Pakatan Haram seperti Mahfuz Omar, Anwar Berahim, Mat Sabu, Nik Aziz, Azmin Ali, "Mak Lampir" dan ramai lagi...

Saya yakin, Kerajaan UMNO/BN akan dilanyak sekeras mungkin akibat berita yang sangat "memalukan" negara di bawah, sekaligus menunjukkan "kelemahan" kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak..

Habis laa.. muflis la Malaysia lepas ni.. habis la rakyat tak makan.. kebulur macam di Somalia... mati kebuluran bergelimpangan di tepi jalan.. semuanya kerana berita "buruk" di bawah...

LAST CALL UNTUK SELURUH UMAT ISLAM DI KEDAH & UTARA PERAK..!!! @MukhrizMahathirOfficial @SabrinaAzizan @UstazKazim

Panggilan terakhir sebelum kita rugi terlepas sesuatu yang berharga. Saya nak ingatkan bahawa pada jam 9 malam ni Ustaz Kazim akan menyampaikan ceramah di majlis Ceramah Perdana Maulidur Rasul di Dataran Sungai Kerian, Bandar Baharu, Kulim.

Semua umat Islam di seluruh Kedah, khususnya di sekitar daerah Kulim dan yang berdekatan untuk sama-sama hadir beramai-ramai ke majlis ilmu tu. Kalau orang Perak di Parit Buntar dan sekitarnya nak join pun dialu-alukan.. Ilmu Islam ni tiada batas dan sempadan..

Kalau orang bukan Islam berminat nak datang pun boleh. Tak salah selagi tidak melanggar undang-undang negara dan menghormati majlis..

Jadi jangan lupa pukul 9 malam ni... Jumpa di sanaaaaa..!!!

"USTAZ" PENIPU DI ANGKAT JADI PRESS SEC MB KELANTAN?

Seorang "ustaz" dihalalkan menipu tak? Adakah Islam membenarkan seorang "ustaz" menipu? Saya takde la pandai sangat dalam ilmu furuq hukum atau fiqh..saya tidak "faqih" sebagaimana seluruh penganut agama PAS yang menghukum penyokong UMNO sebagai "kafir"...

Tapi setahu saya, menipu itu berdosa di dalam Islam. Cuma dosanya tidaklah seberat dosa memfitnah. Saya juga difahamkan ustaz bahawa menipu itu merupakan salah satu sifat orang munafik...

Saya tertanya-tanya, apakah "ustaz" yang mengaku bermimpi ditawarkan upah RM500 untuk menembak Perdana Menteri itu benar-benar bermimpi begitu? Atau penipuan mengenai mimpi itu dihalalkan dan layak dianggap satu lagi jenis satira? Mana dia belajar? Dari Teresa Kok?

PERHATIAN UMAT ISLAM DI SELURUH KEDAH..!!! @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan @UstazKazim

Belum puas dengan program Mahabbatur Rasul - Kedah Berselawat, para pemimpin Kerajaan Negeri Kedah mengimarahkan lagi syiar Islam di negeri kita ni dengan majlis Ceramah Perdana Maulidur Rasul di Bandar Baharu, Kulim.

Bertempat di Dataran Sungai Kerian, Bandar Baharu malam ni, seluruh umat Islam di Negeri Kedah khususnya di sekitar daerah Kulim dijemput hadir ke majlis ilmu bersama pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias..!

TERKINI..! SUAMI EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH DATUK SURAYA MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI... AL-FATIHAH...

Arwah suami Kak Su berdiri paling kanan...Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk Kak Su sekeluarga.. sabarlah Kak Su... Allah lebih sayang padanya...
Hari ni saya berkongsi kesedihan dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Pendang, YB Datuk Suraya Yaakob, atas pemergian suami beliau yang dikasihi, Allahyarham abang Syed, sebentar tadi. 

Menurut sumber terdekat, Allahyarham suami Kak Su meninggal di Putra Medical Centre di Alor Setar dan telah dibawa pulang ke rumahnya yang terletak di Lorong Menteri. Itu status terkini sebagaimana yang diberitahu sumber berkenaan...

GEMPARRR..!!! SARAWAK PULA DI ANCAM PENGGANAS SAHABAT ANWAR..!!!

Masih ingat lagi insiden di Kg Tanduo, Lahad Datu, Sabah? Masih ingat lagi bagaimana beberapa anggota pasukan keselamatan negara gugur mempertahan kedaulatan negara dari serangan pengganas yang mempunyai kaitan rapat dengan Anwar, Kiram "Yang Haram"?

Kini, Sarawak pula terima ancaman dari sahabat Anwar Berahim. Siapa lagi kalau bukan petualang Filipina, Nur Misuari. Sebagaimana maklum, sahabat baik Anwar Berahim yang mengetuai Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) ni pendokong kuat fahaman liberal seperti Anwar juga...

Semalam, Panglima ATM Tan Sri Zulkefli Mohd Zin mendedahkan bahawa Sarawak berkemungkinan berdepan ancaman gerakan MNLF pimpinan Nur Misuari yang baru saja mengumumkan akan mewujudkan Republik Bangsamoro.

Dalam pada itu, Sarawak diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kemungkinan akan cuba diserang rakan pengganas Anwar Berahim itu....ESSCOM pula diperluas ke seluruh Sarawak sebagai langkah awal...

JANGAN LUPA PUKUL 9 MALAM NI DI PEKAN BANDAR BAHARU, KULIM..! @MukhrizMahathir @MukhrizMahathirOfficial @SabrinaAzizan

Jom hadir beramai-ramai..
Jangan lupa.. pukul 9 malam ni kita jumpa Ustaz Kazim Elias di Dataran Sungai Kerian, Pekan Bandar Baharu, Kulim.. Umat Islam dijemput datang beramai-ramai bawak anak isteri.. Yang bukan Islam kalau rasa nak kenal Islam pun boleh datang.. tengkiu..!

GEGARRR..!!! VIDEO PANAS DIDEDAHKAN MENJELANG PRK DUN KAJANG..???!!!

Saya tak tahu video ni dirakam di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. Tapi nampak gayanya macam dalam Malaysia.. Wallahu'alam. Tapi saya yakin video ni mampu mencetus kemarahan penganut Buddha di negara kita dan di luar negara...

Saya peroleh video kat bawah ni dari sebuah laman web, di sini...

Nampaknya bukan Islam saja yang menjadi mangsa provokasi, namun agama Buddha juga turut menjadi mangsa serangan penganut "agama ini"... Saya tak tahu agama apa yang buat provokasi ni.. tapi saya ada dengar depa sebut "Amen".. Kristian ke? Yahudi ke? Saya tak pasti...

Cuba tengok kat bawah ni... 

JOM JUMPA USTAZ KAZIM DI BANDAR BAHARU MALAM NI...! @SabrinaAzizan @MukhrizMahathir @UstazKazim


Up..!!! Jangan lupa malam ni kita ada "date" dengan Ustaz Kazim Elias di Dataran Sungai Kerian, Pekan Bandar Baharu, Kulim..!!! Datang.. jangan tak datang...rugi kalau tak datang majlis ilmu macam tu...

DEDAH..!!! BUKTI PEMIMPIN PAS SUKA SEBAR CERITA TAK BETUL..!!!

Setahu saya, Rasulullah SAW menegaskan bahawa umat Islam dilarang sama sekali berbohong, walaupun pada orang kafir. Kita berdosa sekiranya berbohong. Malah kita disuruh untuk bercakap benar meskipun pahit untuk ditelan...kan?

Apabila kita dapat tahu tentang sesuatu perkara, adalah perlu bagi kita menyiasat kebenaran di sebalik berita tersebut sebelum disebarkan pada khalayak umum. Kalau terbukti benar, maka bolehlah kita sebarkan...tapi kalau tak benar, tidak wajarlah...kan?
 
Itu yang diajar Islam kepada umatnya. Begitu juga yang diberitahu pada saya oleh ustaz-ustaz. Tapi, mungkin Timbalan Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman tidak berfahaman begitu. Tak kira betul atau tidak, dia sebarkan dulu... kebenaran berita dia periksa kemudian...

MAJLIS "ISTIMEWA" DI BANDAR BAHARU, KULIM, MALAM NI..!!! @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan @UstazKazim

Kalau ke parti tupperware, laju je korang... kalau ceramah agama dan majlis ilmu?
Pepagi ni sukacita dimaklumkan kepada seluruh umat Islam di kawasan Bandar Baharu, Serdang, Kulim dan sekitarnya bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias akan berada di Dataran Sungai Kerian, Pekan Bandar Baharu kira-kira pukul 9 malam ni...

Saya yakin, ramai orang Kulim yang minat dengan ceramah Ustaz Kazim ni, kan? Jadi, malam ni keluarlah beramai-ramai selepas solat Isyak ke Dataran Sungai Kerian menghadiri majlis ilmu... Besar pahala dan banyak manfaatnya...

Mendengar ceramah dan celoteh Ustaz Kazim, ramai yang tersengih dan tersenyum simpul, termasuk saya sendiri. Ceramahnya berfakta, penuh dengan rujukan dalil naqli dan aqli yang disepakati oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah... takde la merapu macam segelintir "ustaz PAS" tu...

RABECCA NUR ISLAM NAK JUAL SEMUA PAKAIAN SEKSINYA...

Saya pernah bersyukur bila artis paling seksi di Malaysia, Rabecca Nur Islam, yang pernah saya tak suka dulu "berhijrah" memakai hijab, menutup aurat secara kekal. Walaupun ada beberapa komen nakal tak percaya dia berhijrah, saya tetap pandang positif perubahan pada Rabecca tu...

Baru ni Rabecca dah fikir masak-masak, dia nak jual semua pakaian-pakaian dia yang seksi tu. Ye laaa...mahal-mahal baju dia tu.. yang RM700 tu dia nak "sedekah" saja.. tapi yang harga atas RM700, dia nak lelong la kot...

Secara peribadi, saya rasa keputusan Rabecca tu kurang tepat. Nak tahu kenapa?

Monday, February 17, 2014

KURANG AJAR..!!! LU NAK APA LAGI NI..???

Saya tak faham, kenapa orang Cina khususnya di Penang dok buat provokasi melampau kat umat Islam lagi. Apa depa nak sebenarnya? Apa yang depa tak puas hati lagi kat Penang sampai lempar daging babi ke dalam kawasan masjid?

Saya difahamkan bahawa kejadian ni bukan yang pertama kali dilakukan. Dah beberapa kali dah depa dok buat perkara yang sama. Beberapa masjid sebelum ni jadi mangsa dicemari daging mughalazah ni.. takkan orang Islam sendiri yang buat kot?

Setahu saya, orang India kurang makan daging babi. Selalunya orang Cina, terutama di Penang...

TOLONG JANGAN HANTAR ANAK-ANAK AZIZUL-SHALWATI KE SWEDEN SEMULA...

Hati saya tersentuh melihat anak-anak pasangan abang Azizul dan kak Shalwati menangis mintak maaf dan menyesal dengan apa yang berlaku pada ibu bapa mereka kat Buletin Utama, semalam. Berat mata memandang, berat lagi bahu anak-anak tu nak tanggung..kan?

Terkini, saya dapat tahu pasal kemungkinan anak-anak Azizul-Shalwati tu akan diminta kembali ke Sweden untuk beri keterangan di mahkamah kat Stolkholm. 

Dalam keadaan ini, saya lebih bersetuju dengan pandangan dan nasihat Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat. Kenapa?

GEGARRR..!!! ANWAR PERNAH "MAIN BELAKANG" ZAID BERAHIM TAK..???

Awat rambut Anwar serabut sangat tu? Baru lepas "main belakang" Zaid ke?
Korang suka tak Zaid Ibrahim bertanding di PRK DUN Kajang? Suka atau tidak, itu memang hak dia nak bertanding kat situ. Dia layak atas nama demokrasi. Nak marah atau nak halang pun tak boleh. Kalau cukup syarat, bertandinglah dia...

Dia nak lawan Anwar Berahim? Agaknya dia boleh menang ke? Simple jer.. soalan tu, kan? Tapi jawapannya mampu menjelaskan "motif sebenar" Zaid bertanding di DUN Kajang. Alasan "besday present" isteri dia tu cuma "wayang kulit" saja...heh!

Pada saya... tindakan Zaid nak bertanding tu mungkin ada tujuan "di sebalik batu"...

BILA GILA KUASA, ANWAR SANGGUP "TUNDUK" PADA SALIB..!!!

Saya rasa, mungkin ramai yang dah tahu tentang insiden Anwar masuk berkempen di Gereja Holy Family, di Kajang. Memang itu yang hangat diperkatakan tentang "Pak Syeikh" itu sejak semalam...

Saya kira, mungkin para pembaca sudah tahu bagaimana Anwar disambut oleh Paderi gereja, Father George Harrison, sampai menyifatkan "Pak Syeikh" Anwar tu sebagai "saudara kami" oleh masyarakat Kristian di sana...

Bila Anwar menegaskan dalam ucapannya bahawa dia konsisten menyokong kalimah "Allah" digunakan masyarakat Kristian di Semenanjung Malaysia, makin hangatlah sorakan menyokongnya di gereja itu...

Hebat tak Anwar? Sesumpah ke apa ke korang nak kata, dia tolak ke tepi. Demi nak menang jadi ADUN kat Kajang, masuk gereja pun dia sanggup... bersaudara dengan orang Kristian pun dia rela... Tapi korang setuju ke dengan tindakan dia tu?

Sunday, February 16, 2014

GEGARRR..!!! TUN M "LIBAS" ANWAR LAGI..!!!

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Op Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr Mahathir berkata sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab.

“..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad “Suatu Penilaian” anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

EKSKLUSIF..!!! 21 KEPING GAMBAR MENARIK MUKHRIZ DI RUMAH KELUARGA ANGKAT DI KAMPUNG KEDA @MukhrizMahathirOfficial #MBmesrarakyat

Detik gembira keluarga Abang Bakar bertuah menerima Mukhriz sebagai saudara angkat...
Khabarnya semalam Mukhriz bermalam di kampung Keda di Kota Kuala Muda. Saya mulanya nak pi la tengok.. bukan apa... selama ni orang kata MB Kedah ni "aristokrat" la.. "bangsawan" laa.. macam-macam "puak tu" tuduh MB kita ni...

Tapi tak dapat nak hadir sebab kerjaya... Mujur la ada seorang member yang tolong rakam gambar MB kita di rumah keluarga angkatnya di Kampung Desa Keda tu... Memang eksklusif gambar-gambar ni... heh!

Saya sendiri pun terkejut tengok gambar-gambar "rare" macam ni.. Maka betul la dakwaan yang mengatakan Mukhriz tu memang sempoi, berjiwa rakyat, bijak menyesuaikan diri dan paling utama, tidaklah "searistokrat" atau "sebangsawan" mana pun... cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni...

Memang "catchy", kan?

GAMBAR ORANG KAMPUNG KEDA MERIAH MENANTI MUKHRIZ..!!! @MukhrizMahathirOfficial

Tu diaaa... seronoknya rakyat Kedah bila MB tidur di kampung depa...
Tu diaaa.. sakan depa sambut Mukhriz pi tidoq kat kampung depa noooo... heh! Meriah sungguh..!!! Seronok betul la depa... ramai-ramai yang ditemui semalam semunya tersengih-sengih.. depa rasa bertuah bila DS Mukhriz masuk kampung depa dan tidoq semalam! Jelesnya saya...

Bila Mukhriz nak mai kampung saya pulak ni?

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar di sekitar kemeriahan orang kampung Desa Keda Tepi Sungai Muda buat persiapan menyambut MB Kedah ke kampung depa... seronok tengok rakyat gembira dan sayang kat MB Kedah... 

Kalau macam ni payah la PAS nak jajah Kedah... ishhh..!!!

Kerajaan UMNO/BN Negeri Kedah menegaskan bahawa mengimarahkan syiar agama Islam adalah merupakan satu dasar utama selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dari kerajaan sebelum ini yang dipimpin oleh PAS.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, tindakan itu dibuat seawal bulan Ogos tahun lalu selepas kira-kira tiga bulan beliau memegang jawatan Menteri Besar melalui pindaan rang undang-undang Syariah "anti-Syiah" yang dibantah sebilangan pemimpin PAS.

"Saya ingin menyakinkan tuan-tuan dan puan-puan bahawa Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh saya sendiri dan rakan-rakan yang lain memberi keutamaan kepada usaha untuk menegakkan syiar Islam.

MEMANG LAWAK..!!! AKSI "TAK BOLEH BELLAHHH" MASUK RUMAH HANTU..!!!

Korang pernah masuk rumah hantu tak? Seram ke? Saya pernah la jugak masuk 2-3 kali dengan kawan-kawan dan keluarga, tapi kami siap boleh gelak ramai-ramai dalam rumah hantu tu.. lawaknya lebih dari seram.. biasa la.. rumah hantu funfair.. nampak sangat faked hantu-hantunya...

Tapi tak semua rumah hantu macam tu... Contohnya, rumah hantu kat Kanada kat bawah ni...Walaupun saya tak tengok hantu dalam rumah hantu tu, saya rasa hantu-hantu kat situ mampu buat ramai tak tidur malam...

Paling best, rumah hantu tu siap rakam gambar aksi pengunjung yang tengah takut tu... Kah! Kah! Kahhhh..!!! Memang lawak saya tengok aksi depa.. mamat bertatoo pun boleh takut sakan! Ada yang peluk bini... sampai terangkat kaki pun adaaaa..!!! Muka depa toksah cerita laaa... 

Cuba tengok kat bawah...kah! kah! kah! Terbaik dari Nightmares Fear Factory kat Kanada... teringin jugak nak pergi sana nih... heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!