Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, February 1, 2014

PORTAL DAPAT RM15 JUTA SETAHUN SERANG KHALID BERAHIM..?

mkini-khalid

Portal berita pro-Pakatan, Malaysiakini.com, mula mengadakan serangan secara halus ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagai membentuk persepsi politik bahawa usaha membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sudah tidak dapat dielakkan dan merupakan perkara yang mendesak.

Malaysiakini melalui seorang penulis antara lain mendakwa Khalid gagal menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Besar Selangor dengan baik. Khalid hanya tertonjol sebagai hero yang gagah kerana jentera propaganda Pakatan bukannya batang tubuh Khalid sendiri.

KENAPA BANYAK SANGAT IKLAN LUCAH NI..???!!! KEMARUK SANGAT KE..???

Antara iklan yang pernah "menghangatkan" Harakahdaily...lidah rasmi "perjuangan Isleeee"..
Alhamdulillah, Harakahdaily yang dulunya terkenal dengan iklan-iklan tak senonoh dan berunsurkan seks dah makin kurang dah iklan-iklan sebegitu. Pernah saya tegur dulu, tapi tak diendahkan. Tapi lepas kena tibai dengan Pemuda PAS, reti pulak Harakah tak siar iklan macam tu...

Tapi yang peliknya...walaupun Harakahdaily tu dah "insaf" sikit dalam bab iklan-iklan kategori 18sx tu, banyak jugak blog dan website PAS yang tak reti-reti bahasa... 

Contohnya cuba tengok kat bawah ni...Saya ambil print screen ni dari blog PAS Kedah... memang bukan blog rasmi PAS Kedah...tapi memang jadi "hub" propaganda PAS di Kedah la... tak silap saya, depa ni funded by PAS Kedah dulu...betul ke?

Ni..cuba tengok ni...

APA YANG LEMAN BELAJAR DARI MAHFUZ..???

Ni tajuk dari blog PAS Kedah yang agak "kureng" matured....
Baru-baru ni kecoh pulak bila MB, DS Mukhriz Mahathir kata pihaknya sedang mempertimbang nak dedah segala kepincangan PAS selama 5 tahun menjajah Kedah.

Mungkin panas telinga dengar kata-kata Mukhriz tu, Leman RajaTakLawak dan beberapa kerat puak PAS yang tak reti apa sebok cabar MB Kedah suruh dedahkan segera...

Dah jadi drama cabar-mencabar pulakkkk... 

Pada saya... rasanya MB Kedah dah selidik segala kelemahan dan kepincangan pentadbiran PAS sebelum ni. Mungkin terhidu banyak kelemahan, maka ia disimpan dalam "peti bahan", menantikan masa yang sesuai untuk "menembak"...

GEGARRR..!!! DAP LEBIH ISLAMIK DARI ULAMA PAS, KATA BUDAK PAS UM...!!!

Saya ada baca tulisan seorang penyokong Pakatan Haram yang masih belajar di UM tentang PRK DUN Kajang. Tulisan tu disiarkan di blog PAS Kedah. Ia bertajuk "Politik buruk golongan kopiah putih dalam PAS". Budak tu kalau tak silap namanya Hafiz Ahmad...

Saya tak tahu dia budak PAS, PKR atau DAP. Tapi nampak gayanya macam budak PAS. Bila statusnya "budak U", saya ingatkan dia punya pandangan tu bernas la.. tapi hancusss..! Tak tahu la macamana dia boleh survive sampai final year...

Terang-terang dia kutuk golongan ulama dan ustaz dalam PAS yang mengkritik tindakan PKR yang dilihat sengaja menyuruh ADUN Kajang letak jawatan dan beri laluan pada Anwar Berahim bertanding kat situ...

Golongan ulama dan ustaz dalam PAS digelar dengan geng "kopiah putih" dan dia marah golongan ni hentam PKR dan Anwar Berahim... Sayang sungguh dia kat depa tu noooo...heh!

Budak Hafiz ni kata...
Pelik betul! Golongan "kopiah putih" patut malu pada golongan kafir sebab kritik tindakan PKR yang suka-suka hati letak jawatan semata-mata nak bagi Anwar duduk dalam DUN Selangor? Gila ke apa budak Hafiz ni?

Akhlak DAP lebih Islamik dari ustaz dan golongan ulama dalam PAS? Kah! Kahh!! Kahhh..!!! Budak ni fikir panjang tak sebelum menulis? Ketawa besar saya dibuatnya! Tak tau la budak ni tahap mana IQ dan EQnya... mungkin tahap bawah kaki kot???

Dah terang-terang tindakan PKR tu membazir duit rakyat, buang masa rakyat dan menyusahkan ramai pihak. PRU ke-13 tak sampai setahun diadakan, tiba-tiba letak jawatan? Kenapa PKR tak letak Anwar jadi calon masa PRU ke-13 hari tu? ADUN Kajang tu pun PKR jugak, sama macam Anwar. Buang masa betul! Sebab tu saya malas nak layan PRK Kajang tu...

Ustaz-ustaz dalam PAS tu hanya mengkritik perkara yang betul dan berlandaskan Islam. Islam tak suka membazir. Allah laknat orang yang suka membazir ni. Hafiz atau budak-budak PAS boleh selak Al-Quran dan hadis tentang perkara membazir ni...

Pasal politik Anwar dan PKR, maka pembaziran perlu dihalalkan? Universiti mana ajar budak Hafiz ni? Lecturer mana? Hafiz ni budak course Sains Politik ke? Atau aliran sastera macam Anwar Berahim tu? Lulus cukup-cukup makan ke?
Lepas tu, dia kaitkan pulak dengan Husam Musa. Kesian kononnn... Heh! Nampaknya budak Hafiz ni tak tahu politik Kelantan. Dia macam tak tahu betapa Husam dah buat banyak perkara tak betul masa dok dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Dasar dan hala tujunya banyak yang FAIL..!

Tak caya? Tanya la pemimpin-pemimpin PAS Kelantan sendiri. Kalau Husam tak gagal, takkan la Kerajaan PAS Kelantan suka-suka hati drop nama Husam dari jawatan Exco? Kalau ikut level dan senioriti, dah tentu la Husam layak. Tapi kenapa dia digugurkan? Dah tentu ada sebab..kan?

Husam memang "glemer" di peringkat Pusat. Maklum la.. dia dulu "anak emas" Nik Aziz. Anak Nik Aziz bergaduh dengan Husam, Nik Aziz masuk belah Husam wooo..! Banyak kali dah Nik Abduh "kecik hati"...depa tau la game Husam tu...heh!
Saya tertanya-tanya, berapa umur budak Hafiz ni dan dah berapa lama dia ikut perkembangan politik serta pemimpin PAS? Dia rapat dengan Mat Sabu? Dah berapa kali dia ikut Mat Sabu? Berapa lama dia kenal Timbalan Presiden PAS tu? Mat Sabu bukan Syiah? Kah! Kah! Kahhhh..!!!


Teruk! Saya rasa mamat ni rapat dengan Khalid Ismeth tu kot? Poyo je statement dia... macam budak baru kenal Mat Sabu 2-3 hari..! Heh!

Saya melihat budak ni tidak sekufu dengan ustaz dan golongan ulama dalam PAS. Mungkin dia berfahaman liberal macam Khalid Samad, Mat Sabu dan Husam. Dan dial lebih condong pada corak sosialis...

Dari itu, saya simpulkan bahawa dia tidak punya jatidiri PAS tulen. Sebab? Sebab PAS tulen memang mahu ulama sebagai umara'. Bak falsafah golongan ulama PAS, "Al-Ulamaa warasatul Anbiyaa", kan? Makin hancur la PAS kalau budak ni dilantik jadi "hero"...kan?

Peliknya, blogger PAS Kedah tu sanggup pulak siarkan tulisan budak hingusan tu? Apakah blogger PAS tu pun menyampah kat golongan ulama dalam PAS? Saya tak tahu...tapi nampak gayanya macam begitu laaaa...kan? kan? kan? Alaaa....

MARAH ANWAR JADI CALON, KAK WAN UGUT DEDAH RAHSIA "OMEGA"..???!!!

Alang-alang bergasak...khianat pilihan rakyat Kajang pun takpa...

Demi "kekasih" Anwar rela jadi calon....

Demi "anak ikan kesayangan", pecah pala perah otak nak jadi MB...

Namun apakan daya... "mamat" tu geng Kak Wan...

Tak berani nak lawan berdepan....

Errr... takut bini jugak "Lelaki Y" ni..kan?

Takut Kak Wan dedah pasal "rahsia" OMEGA ke?

Thursday, January 30, 2014

TAK DAPAT JADI MB PUN NAK SALAHKAN NAJIB KE..???

Saya tak rasa Khalid Ibrahim akan dipecat dari jawatan MB Selangor. Saya juga yakin, Anwar Berahim takkan jadi MB Selangor walaupun dari nafsu gelojohnya tu, dia memang nak sangat jadi MB Selangor dan singkirkan Khalid...

Mungkin Anwar sedar, gaji MB Selangor lebih tinggi dari gaji PM. Sebelum ni sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Khalid hanya bayar dia gaji RM1 je... mana cukup bebbbb..! Nak belanja "anak ikan" minum sirap pun tak lepas tu...

Tapi....kenapa saya berpendapat Anwar takkan dapat jadi MB Selangor..?

GAGAL GULINGKAN TUN M, ANWAR NAK GULINGKAN KHALID PULAK?

Setahu saya, antara sebab Anwar tak jadi PM dulu adalah disebabkan dia dikhabarkan cuba memulakan komplot menjatuhkan Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Memang masa tu dia dah "sebelah kaki" di kerusi PM...Tapi pasal kemaruk gelojoh nak sangat kuasa... dia kena terajang maut dari Tun M... segala rahsia dia yang selama ini tidak diendahkan PM terus terbongkar satu persatu, termasuk hobinya yang "luar tabii" tuuu...

Memang dulu ramai tak caya pasal hobi "luar tabii" dia tu... tapi lepas kawan-kawan baik "sebantal"nya macam Nallakaruppan dan Eskay yang jadi "tokan" supply "bahan-bahan luar tabii" tu... makin ramai pulak yang tinggalkan Anwar... nasib la kan... Allah bayar "cash"..!

CINA KAJANG MEMANG SUKA "KENA MAIN" ANWAR...

Tengah kecoh-kecoh marahkan Rafizi sebagai "dalang" PRK DUN Kajang yang membazir duit rakyat, masa rakyat dan emosi rakyat, saya terfikir, untuk siapa sebenarnya PRK Kajang kali ni...

Terfikir tak? Untuk siapa sebenarnya bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh, letak jawatan? Katanya, dia letak jawatan "demi kepentingan politik"...

Lepas tu, Rafizi pulak kononnya "mintak maaf" kat rakyat di Kajang kerana dialah punca sebenar sehingga terjadinya PRK Kajang tu. Paling "poyo", dia suruh pulak rakyat Kajang "hukum" PKR masa PRK nanti... iyo la tuhhhhh..! 

CINA KAJANG AKAN PILIH ANWAR?

Saya bukan orang Kajang. Cuma saya pernah tinggal di Kajang selama hampir setahun lepas study dulu... Setahu saya, kat Kajang tu memang ramai orang Cina. Kalau ikut statistik, hampir 50% pengundi DUN Kajang tu adalah pengundi Cina...

Pada PRU ke-13 yang lalu, bekas ADUN PKR yang letak jawatan tu menang majoriti lebih 6,000 undi. Rasanya, dah tentulah undi tu kebanyakkannya datang dari pengundi Cina...

Tapi kali ni PKR letak calon Melayu bertanding kat situ. Anwar Berahim namanya. Agak-agak, kalau BN letak calon Cina kat situ boleh menang tak? Orang Cina akan pilih orang Cina jugak? 

Tuesday, January 28, 2014

BLOGGER PAS TAK BERANI "BALUN" SAM KETOT KE? BERANI KE? HEH!

Saya tersengih-sengih baca "amaran keras" Sam Ketot pada Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, supaya tak keluar kenyataan terburu-buru tentang kemelut kepimpinan PKR, Khalid Ibrahim VS Azmin di Selangor...rujuk kat sini...

"Hebat" jugak Sam Ketot ni, kan? Tak padan dengan "tak cukup inci"...ada hati nak "sound" Ketua Pemuda PAS...heh! Lepas tu dia boleh pulak keluar statement mengatakan kenyataan Suhaizan tu adalah kenyataan peribadi dan tak mewakili pandangan Pemuda PAS... heh!

Suhaizan "terburu-buru"? Suhaizan tidak mewakili "suara Pemuda PAS"? Pulakkkk..! Siapa yag sebelum ni suka buat benda secara terburu-buru? Siapa Suhaizan dalam Pemuda PAS? Sam Ketot nak cari gaduh ke?

BALING MOLOTOV KOKTEL DI GEREJA: MUJUR TAK KENA GUAN ENG..!!!

Nasib baik tak kena Guan Eng... kalau kena camana? Puas pulak PAS nak cari "khalifah" baru,  Betty jadi janda, "Rainbow" hilang boypren, Kit Siang meraung hilang "putera maharaja"... kan susah tu...!
Saya dah kata dah... jangan cuba cabar Islam kat Malaysia ni... Tapi ada pulak yang degil, depa cuba "jolok sarang tebuan"... kan dah kenaaaa... Nak tahu cerita, sila rujuk kat sini...

Semalam kecoh pasal gereja kat Penang yang dilempar molotov koktel. Sampai terbakar gereja tu. Mujur la takde yang cedera atau mati. Kalau ada macamana? Betul, saya tak setuju dengan tindakan macam tu diambil.. sekarang dah jadi kes polis...

Apa yang dilakukan sebelum ni ialah "provokasi" dari pihak yang tidak dikenali. Mungkin dari puak pelampau Kristian. Jangan ingat puak Kristian ni takde "puak pelampau"... Lebih kurang geng "Kluk Kluk Khan" la jugakkk...

INI ALASAN SINAR HARIAN BATAL FORUM..??

Sinar Harian memang suka buat forum kontroversi. Saya dah banyak kali hadir saksikan forum anjuran Sinar Harian sebelum ni... terbaru, depa nak buat forum berhubung kalimah "Allah", tapi terpaksa dibatalkan...

Sinar Harian ni sebelum ni saya lihat sebagai "neutral". Tapi bermula sebelum PRU ke-13, Sinar Harian ni saya lihat agak "condong" dan "berat sebelah", menyebelahi pihak Pakatan Haram. Mungkin sebab HQ depa terletak di Selangor.. Selangor kan negeri Pakatan Haram.... takut office kena pindah la tu kot...

Berbalik pada forum terbaru yang terpaksa dibatalkan, kat bawah ni alasan Sinar Harian...

ANWAR TAK MUNGKIN JADI MB SELANGOR...

Kita tahu nasib MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini bagaikan "telur dihujung tanduk", kan? Anytime saja dia boleh di"bye bye" Azmin dan konco-konconya. Makin teruk depa bergaduh sakan berebutkan jawatan dan kuasa...

Bila Anwar dijangka bertanding di PRK DUN Kajang, ramai jugak yang berpandangan bahawa Papa Nurul Izzah tu pun "gila kuasa" nak jadi MB Selangor. Kata seorang kawan, "tak dapat jadi PM, jadi MB pun boleh laaaa..".

Itu pandangan seorang kawan... pandangan saya pula...

PRK DUN KAJANG: MUSLIHAT ANWAR DI SELANGOR TERBONGKAR..???!!!

Memang kecoh semalam bila ADUN (PKR) Kajang letak jawatan. Lee Chin Cheh dikatakan meletak jawatan untuk beri laluan kat Anwar Berahim atau Rafizi bertanding kat situ, sekaligus jadi ADUN kat Selangor...

Betul ke alasan macam tu? Suka-suka hati saja letak jawatan, lepas tu SPR kena buat pilihanraya kecil kat situ? Baru je jadi ADUN selama 6-7 bulan, suka-suka hati letak jawatan? Dia tahu tak kos harga yang perlu ditanggung Kerajaan bagi sesebuah PRK? 

Buang masa dan buang duit betul laaaa... Menyusahkan orang! Suka-suka hati letak jawatan. Kalau macam tu kenapa dia bertanding pada PRU ke-13 hari tu? Kenapa tak suruh Anwar atau Rafizi saja yang bertanding kat DUN Kajang?

Monday, January 27, 2014

AMARAN PADA JAMES MASING DI SARAWAK.. JANGAN MASUK CAMPUR!

Tan Sri James Masing ni Presiden Parti Rakyat Sarawak, salah satu parti komponen BN di Bumi Kenyalang. Saya yakin dia beragama Kristian dan dia buat kenyataan baru ni berhubung insiden JAIS rampas Bible guna kalimah "Allah" kat Selangor...

Saya nak nasihat sikit James Masing ni... Kalau dok kat Sarawak, jangan la sebok-sebok campur urusan di Selangor, khususnya mengenai agama Islam. Hal ehwal agama di Semenanjung jauh berbeza dengan amalan di Sabah dan Sarawak...

Tak payah cakap 10 resolusi, macam-macam perkara yang tak sama amalan dan perlembagaan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak... 

HARAP JANGAN MEROYAN TENGOK GAMBAR TUN M KAT BAWAH NI...

Bukan gambar ni...gambar kat bawah tu...
Sebelum ni, memang ramai yang tak tahu hubungan istimewa di antara Tun M dan Ust Haron Din Al-Hafiz.. Mungkin sebab "tak tahu" tu la maka ramai yang suka jadi "batu api" melaga-lagakan dua tokoh pemimpin Islam yang hebat kat Malaysia ni...

Tapi sebenarnya, Tun M dan Ust Haron Din ni memang baik antara satu sama lain. Walaupun pernah bertengkar sebelum ni, semua tu hanyalah bersifat sementara. Masing-masing tak ambil hati dan kekalkan hubungan silaturrahim dengan baik...

Setahu saya, sebelum Ust Haron Din masuk PAS dulu, beliau memang rapat dan pernah jadi rujukan Tun M. Tak tahulah betul atau tidak, tapi itulah yang disampaikan pada saya tentang hubungan Tun M - Ust Haron Din... dua tokoh terbilang di Malaysia yang saya hormati...

Cuba tengok gambar kat bawah ni.. sejuk je mata memandang. Lepas ni jangan tuduh Ust Haron Din tu "Ustaz UMNO" pulak... jahat la mulut hangpa nihhh...heh!

TENGOK GAMBAR NI.. UMAT ISLAM BOLEH SABAR LAGI KE?

IMG-20140126-WA0006(5)
Gambar yang menyakitkan hati umat Islam, kan? Cuba tengok 3 lagi gambar kat bawah ni...
Tengok gambar-gambar kat atas tu...Dulu tak ada pun kes macam ni...Dulu takde sesiapa yang berani buat provokasi atau cari pasal macam ni... Selalunya kalau ada rancangan atau "bau" nak buat macam ni, tak sempat provoke lagi dah kena tangkap dah...

Tapi sekarang ni dah makin teruk berlaku. Sejak pembangkang dan PAS semakin liberal. Sejak ISA dimansuhkan dan SOSMA yang diumumkan pun tak mampu cegah perkara ni berlaku...semakin menjadi-jadi provokasi macam ni...

Semua gambar-gambar ni dirakam di Penang. Kat sebelah pulau.. bukan kat area Melayu. Boleh dikatakan semuanya di kawasan monopoli bangsa Cina yang dipercayai beragama Kristian...

Nampaknya...

LAWAK PAGI: AGAKNYA SIAPA LELAKI RAMBUT BELAH TEPI NI..?

Amacam? Hensem tak bergaya kat kereta mewah barunya?

Lepas ni boleh tengok "pelangi"... ajak "pelangi" jalan-jalan round pulau naik kereta mewah baru!

Rakyat Pulau Pinang jangan jeles tau...

Inilah yang dimaksudkan DAP sebagai "dahulukan rakyat"...

Guan Eng pun rakyat jugak apaaaa.... 

Biar la dia guna duit hangpa untuk bergaya...

Apa hangpa sebok? Syohhh...Syoohhh Melayu kena keluar dari pulau...

Jangan kacau saya sama kereta mewah baru...

Sunday, January 26, 2014

GURU SJKC RASIS PERLU MAKAN RUMPUT DEPAN MEDIA..!!!

mualaf_400_299_100
Boleh pulak selesai dengan minta maaf saja? Tak cukup tuuuu...!!!
Semalam, kita diberitahu tentang fakta 2 orang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di Sungkai yang diperlakukan seperti lembu apabila digantung loceng pada leher dan dipaksa pula memakan rumput oleh seorang guru berbangsa Cina dari pagi hingga ke tengahari.

Malah guru itu dilaporkan mengugut pula mahu memuat naik gambar kedua murid tersebut di laman Facebook dalam keadaan memalukan. Entah apa tujuan guru Cina itu, saya kurang pasti…

Sebelum ini juga dilaporkan tentang seorang guru muallaf di sekolah SJKC Nan Ya di Kota Tinggi yang dipaksa guru besar sekolah, Chiew Swee Tuan, supaya membuka tudung ketika mengajar di sekolah dan diugut keselamatannya jika berdegil.

Bila cerita di SJKC Nan Yan itu terbongkar, barulah guru besar dan jemaah sekolah tersebut tampil meminta maaf pada guru muallaf terbabit. Sementara itu, saya difahamkan tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap guru besar itu. Peliknya, guru muallaf itu pula terpaksa di”kuarantin”kan di sekolah lain buat sementara waktu…

RAJA AHMAD SHAHRIR BAKAL DEDAH "RAHSIA" DALAM KELUARGA ANWAR?

Sebenarnya saya malas nak sentuh sangat pasal isu permohonan cerai Nurul Izzah dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir... Bukan apa... bab "masjid runtuh" ni actually sememangnya satu perbuatan halal yang dimurkai Allah SWT...

Tapi, seorang ustaz memberitahu saya bahawa kadang-kadang adalah "haram" sama sekali untuk meneruskan jodoh bagi satu pasangan suami-isteri yang mempunyai kekangan yang memudaratkan...

Sebagai contoh, bila seorang suami tak beri nafkah, mendera dan menyebabkan isteri derita dari sudut syar'ie, maka dibolehkan memohon fasakh dan sebagainya. Dan adalah dayus bagi seorang lelaki yang membiarkan isterinya curang dan seumpamanya...kan?

SIAPA BLOGGER PUTAR BELIT KENYATAAN MUKHRIZ?

Sebelum ni MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz dilapor mengatakan bahawa BN akan kalah pada PRU ke-14 jika guna pendekatan "betul tapi tak populis". Katanya, "tak boleh menang kalau tak popular"...

Kenyataan tu memang dijadikan "bahan" oleh blogger pro-pembangkang untuk serang BN dan Najib. Malah kalau nak tahu, isu tersebut turut disokong blogger pro-UMNO/BN Kedah...malah kata mereka kenyataan Mukhriz tu merupakan "betul-betul kenyataan dari seorang yang dipanggil pemimpin"...

contoh kenyataan blogger yang sokong kenyataan awal Mukhriz...
Tapi lepas tu, Mukhriz jelaskan bahawa beliau tak pernah buat kenyataan macam tu. Malah menurutnya, kenyataannya sebelum ini diputar belit oleh blogger pro-pembangkang...sila lihat kenyataan Mukhriz mengenainya di bawah...

SIAPA AKAN SAMBUNG PERJUANGAN ARWAH UST HARUN TAIB?

Memang saya sendiri pun sedih bila Ust Harun Taib meninggal dunia. Walaupun arwah orang PAS, saya sedih juga sebab arwah tu orang Islam, saudara seagama saya. Bersaudara dalam Islam ni tiada sempadan, walaupun berbeza ideologi politik...
 
Bila Ust Harun Taib dah meninggal dunia, Ust Harun Din pula uzur kat IJN...saya dok fikir, siapa lagi yang akan pertahankan Islam dalam PAS? Siapa lagi yang kita boleh harap pertahankan Islam dalam parti yang sedang diasak puak macam Mat Sabu, Khalid Samad dan Khalid Jaafar?

Sebelum ni Ust Harun Taib dan Ust Harun Din la yang paling kuat mempertahan penggunaan kalimah "Allah"  dari dicemari non-muslim. Depa la yang perjuang Negara Islam dan Hudud yang dah "dimansuhkan" PAS....

MOHON TAK PAYAH LA KANGKUNGKAN NURUL IZZAH...

Adehhh... Betul ke harga seorang janda hanya bernilai semangkuk kangkung? Saya tak setuju... nilai seorang hamba Allah tu bukan dapat dinilai begitu mudah... hanya Allah saja yang berhak menilai hambaNya...

Pada Nurul Izzah, sabar la yer... Nak bercerai tu satu hal... Papa pulak satu lagi hal... ikut balik jalan Islam...insyaAllah selamat dunia akhirat....

Cuba tengok video kat bawah ni... anda setuju dengan dialog Nordin Ahmad ni?

ADA YANG GEMBIRA BILA UST HARUN TAIB MENINGGAL DUNIA?

HARUN TAIB 3

PENULIS melihat beberapa blog dan portal berita pro pembangkang ‘menyambut baik’ kematian Ketua Ulama PAS, Allahyarham Datuk Harun Taib malam tadi akibat penyakit kencing manis pada usia 71 tahun.

Ada yang kata kematian itu satu rahmat, tidak kurang juga yang menyelitkan label ‘penentang kalimah Allah oleh non-muslim’ pada tajuk berita mengenai kematiannya.

Seoalah-olah puak ini ‘berpesta’ dengan kematian Allahyarham sebab sebelum ini banyak pihak dalam Pakatan ini menganggap Harun Taib sebagai penghalang kepada kesepakatan pembangkang dalam isu kalimah Allah – kesepakatan dalam erti menyebelahi puak Kristian, bukan orang Islam.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!