Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, January 18, 2014

BERJUANG KALIMAH "ALLAH" SAMPAI LUPAS SOLAT MAGHRIB..? HEH!

Kadang-kadang, nak tergelak jugak bila bersembang dengan beberapa rakan pasal isu kalimah "Allah". Berkobar-kobar betul semangat bila cakap isu tu... mujur tak terbalik meja kami yang penuh teh tarik bergelas-gelas tu... 

Lepak sampai 3-4 jam kat kedai mamak tu, dah tentu la bergelas-gelas air kami minum. Sembang kami majoritinya tentang isu kalimah "Allah"...

Isu tu memang penting untuk umat Islam. Takde lawak pada isu tu... semua serius. Nak tahu kat mana yang lawak dan peliknya? Meh sini saya cerita...

GURU BESAR MACAM NI KSU KEMENTERIAN PELAJARAN NAK SIMPAN?

Guru besar macam ni Kementerian Pelajaran nak simpan?
Saya dengar pada 19hb Jan, hari Ahad ni, umat Islam di Johor akan berhimpun untuk meluahkan rasa tidak puas hati kat Guru Besar SRJK(C) Nan Ya, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor. Sekolah ni bertaraf SEKOLAH WAWASAN.

Isunya, Guru Besar sekolah tu, Chiew Swee Tuan, suruh seorang guru mualaf buka tudung (hijab) dan guru tersebut turut diancam keselamatannya jika enggan menurut arahan guru besar tu. Guru besar tu khabarnya disokong penuh persatuan chauvinis Cina, Dong Zhong.

Terbaru, Jemaah Sekolah tu dan guru besarnya tampil minta maaf kat guru mualaf tu. PPD pulak tengah siapkan laporan kes tu untuk Kementerian Pelajaran. Itu perkembangan terkini isu di selatan tanahair yang hangat dibicarakan...

HINA ULAMA: ANTARA HARUSSANI DAN NIK AZIZ...

muzakarah

Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan pada Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermuzakarah baru-baru ini. Kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan itu sewajarnya menjadi garis panduan terhadap umat Islam di negara kita bagi menangani maslahat ummah di era yang semakin “kurang ajar” ini…

Antara kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menarik ialah berkenaan sikap segelintir pihak yang suka menghina golongan ulama sesuka hati apabila pandangan yang diberikan tidak menyebelahi mereka.

Selain itu, Majlis Fatwa Kebangsaan juga memberi sokongan penuh pada JAIS dan bertegas bahawa 351 naskhah Bible yang menggunakan kalimah “Allah” itu supaya tidak dikembalikan. Malah ulama-ulama muktabar tanahair itu setuju mengatakan isu rampasan Bible dan kalimah “Allah” itu sebagai “umpan politik” dari pihak tertentu…

KEMENTERIAN LUAR, BIRO ANTARABANGSA & KELAB PUTERA SILA BERI PERHATIAN KES NI...

Saya nak mintak tolong pihak-pihak yang mampu menolong keluarga Islam di Sweden ni. Hanya sebab menghukum anak yang enggan solat, mereka ditahan dan dipenjarakan pihak berkuasa Stockholm, Sweden...

Dalam Islam, ibubapa dibenarkan untuk memukul anak-anak mereka seawal usia 7 tahun jika enggan bersolat. Memukul tu pula bersyarat dan tidak memudaratkan anak. Maksud saya, pukul dengan niat mengajar dan kasih sayang, bukan memukul dengan mengikut perasaan marah...

Saya yakin, pihak berkuasa Sweden tu memang tak tahu apa-apa pasal Islam ni sangat. Mungkin atas alasan "hak asasi manusia" macam yang dok bising kat Malaysia sekarang ni, ibubapa keluarga warganegara Malaysia ni ditahan...

Lebih menyedihkan ialah...

TERKINI..! KOMPOSER KANGKONG REMIX DITAHAN POLIS?


Dia ni Cina dari Melaka.. dan kerja kat KL... Audio engineer di The Factory Music Studio. Khabarnya budak cina ni dah ditahan polis baru-baru ni.. mungkin atas dakwaan menghina PM dengan video Kangkung Remix yang dia buat tu...

Ada orang tanya, buat lagu "kangkung" pun kena tahan polis? Sayur lain boleh? Kena tahan polis tak?

Saya jawab....

Friday, January 17, 2014

MENYAYAT HATI: CERITA BUDAK KECIK DARJAH 5 ANGGUR...

khalid azmin

Macam budak kecil yang memalukan ibubapanya di khalayak umum. Itu saja ayat yang terlintas di fikiran saya tentang pergaduhan yang semakin sengit di antara MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali. Rasa macam nak ketawa pun ada…

Terkini, Anwar menegaskan bahawa tindakan menggugurkan “kekasih”nya dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini adalah tidak sah. Katanya, pengurus besar PKNS tidak punya kuasa untuk menggugurkan jawatan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Kuasa tersebut berada di tangan Kerajaan Negeri.

Kata Anwar, dia akan “bercakap” dengan Khalid dalam masa terdekat mengenai kedudukan Azmin yang berada di belakang Ketua Umum PKR itu ketika bercakap dengan media.

PEDASSS..!!! CUBA TEKA, UST KAZIM SINDIR SIAPA AGAKNYA?

Pedihhh..! Memang pedih dengar dan tengok gelagat Ustaz Kazim ni. Pedas sungguh..! Siap "kecek" pelat "Kelate" abe weiii..! Kalau saya jadi "hamba Allah" tu, rasanya memang saya akan malu semalu-malunya depan anak murid dan pengikut saya...

Tak tahulah mana saya nak letak muka kalau "tembelang" saya pecah dan Ustaz Kazim "kantoi"kan fahaman Islam saya yang cetek..!

Kalau saya jadi "hamba Allah" tu, sanggup saya buang gelaran "Tok Guru" yang orang beri pada "ambo"... malu benar abe Kazim weiii...jange la pecoh rahsio amboo...

Menonton video kat bawah ni memang pedas.. tapi kenapa saya tersengih-sengih ek? Heh! Tak caya? Cuba tengok...heh! 

GADUH SAKAN..! KHALID VS AZMIN "BERTUMBUK" DI KHALAYAK RAMAI..! MEMALUKAN..!!!

Apa dah jadi dengan PKR Selangor? Tengah bergaduh sakan! Nak nafi apa lagi pasal gaduh tu? Dah bergaduh di khalayak ramai.. maka semua orang tahu laa...kan? 

Apa yang depa gaduh? Kes apa? Yang saya lihat, depa gaduh pasal JAWATAN. Aikkk...? Pasal jawatan pun nak gaduh ke? Bukan ke pemimpin-pemimpin PKR ni semua "TAK GILA JAWATAN"?

Ni...cuba tengok kat bawah ni... mula-mula sindir... lepas tu serang peribadi. Macam-macam perkataan keluar.. "Kenyataan kangkong" la... "Mr U-Turn" la.. "Hero badut" la... "Racun" la..."Salak pokok" la.. Tersengih-sengih saya tengok... heh! Cuba tengok kat bawah...

SERAM..!!! MISTERI SURAT HILANG BUAT "BAYYA" TAK TIDUR MALAM..?

n_pg01gobind

Saya terkejut dengan “kelembapan” perkhidmatan penghantaran yang digunakan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo. Tak tahulah khidmat syarikat manakah yang digunakan “peguam terhebat” DAP itu hingga menyebabkan “surat guaman”nya tidak sampai-sampai ke tangan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Kata Gobind di dalam satu sidang akhbar, dia sudah menghantar “surat guaman”nya pada 23 Disember lalu pada RoS. Kononnya, DAP mahu mengambil tindakan pada RoS atas “kejahatan” badan bebas itu yang asyik-asyik tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. Sudah dua kali dilakukan pemilihan, tapi tak lepas-lepas juga. Dia nak saman RoS!

Tapi menghairankan, surat guaman yang dimaksudkan Gobind dalam sidang akhbar itu masih tidak diterima oleh RoS. Gobind sudah periksa dengan “mat despatch”nya? Atau Gobind gunakan syarikat penghantaran ekspress? “Courier service” manakah yang dilanggan Gobind? Dihantar sejak 23 Disember 2013 masih tak sampai-sampai? Hari ini sudah 16 Januari 2014!

Thursday, January 16, 2014

SAMBUT MAULIDUR RASUL "DIHARAMKAN", "MAULID NIK AZIZ" APA HUKUMNYA?

8bcc5ab84dbb26fd82c4c34d5feab77f_XL

Hari ini bertarikh 14 Rabiul Awal, tahun 1435 Hijrah. Dua hari lepas, kita sambut hari kelahiran junjungan besar, Muhammad SAW, dengan penuh kesyukuran atas kurniaan Allah SWT yang memilih kita sebagai sebahagian dari umat baginda. Sebagai Rasul yang diutus Allah, Muhammad SAW bagaikan membawa rahmat ke seluruh alam…

Saya faham bahawa sebahagian ulama menganggap menyambut Maulidur Rasul itu sebagai haram dan dianggap “bida’ah dholaalah”. Sebahagian ulama pula berpandangan sambutan hari lahir Rasulullah SAW itu hukumnya harus dan dianggap “bida’ah hasanah”.

Pun begitu, mungkin mahu menunjukkan fahaman Islam yang tinggi, PAS yang tahu sejarah dan budaya umat Islam di negara kita menyambut hari lahir Rasulullah SAW pada setiap tahun “sengaja” bertindak menongkah arus dan berpandangan sambutan tersebut sebagai “bida’ah dholaalah” dan haram disambut.

MESTI TONTON..!!! INILAH HASIL BENARKAN KALIMAH "ALLAH" DIGUNAKAN NON-MUSLIM..!

Saya hanya memerlukan 4.48 minit dari umat Islam di Malaysia untuk menonton video di bawah. Mesej dari video ini sangat penting demi masa depan aqidah umat Islam di negara kita.

Kalau kita benar-benar sayangkan masa depan syiar Islam di Malaysia, kita perlu tonton dan fahami apa yang cuba disampaikan melalui video ini...

Cuba luangkan masa anda.. tontonlah demi kesedaran kita... hanya 4.48 minit saja...semoga aqidah kita, Islam dan tanahair dihindarkan Allah dari cubaan jahat pihak ini.. aminnn...

BILA MAHFUZ BALUN MUKHRIZ...

Mahfuz kata Mukhriz lambat rancang pembangunan di Kedah? Biar betul??? Mahfuz tahu makna "pembangunan"? Tahu bezakan antara "rancang" dan "terus buat pembangunan"? Pembangunan bukan "kuih raya".. Nak buat kuih raya pun kena rancang tau...!

Mahfuz.. Mahfuz.. Apa yang PAS bangunkan di Kedah ni? PAS tebang ranap lagi ada laaa.. sebab tu la habis hutan simpan kat Kedah ni gondol... sekarang ni terpaksa Mukhriz fikir macamana nak selesaikan hutan yang dah gondol tu... 

Apa yang membangun di Kedah sepanjang 5 tahun? Tariff air naik ada laaa... kan? PAS kata BN "barang naik". Yang PAS tu apa ke benda pulak naikkan tariff ayaq? Turunkan la kalau betul-betul "tereeerrrr...", kan?

Paling teruk...

GEGAR..!!! ORANG CINA SENDIRI MALU BESAR TENGOK PERANGAI PENIAGA CINA...

Saya bukan seorang yang racist. Buktinya, saya juga punya ramai kawan dari kaum Cina. Saya berkawan dengan depa sebab depa tak racist dan hormat/faham pada hak serta keistimewaan bangsa Melayu Bumiputera dan kedudukan Islam...

Ada di kalangan depa yang sokong DAP. Ada yang sokong MCA dan Gerakan. Saya hormat pilihan depa atas nama demokrasi. Kami tak pernah gaduh pasal politik, cuma ada la berdebat sikit kadang-kadang tu.. tapi selalunya kami akhiri dengan gelak tawa...

Baru ni saya lepak dengan depa. Tunjuk kat depa gambar kat atas tu. Terbeliak mata depa. Memang betul terjemahan yang diberikan pada tulisan Cina tu... merah muka depa... depa malu.. bukan malu "kantoi", tapi malu bila ada kaum depa yang buat begitu...

BLOGGER PAS TANYA.. RAKYAT KEDAH AMAN KE TIDAK?

Ada satu blogger PAS Kedah ni... depa siarkan laporan berita yang mengatakan kadar jenayah kat Kedah ni menurun....

Tapi depa ada satu soalan untuk rakyat Kedah...

Soalan depa ialah... macaman (depa tertinggal "a" kat belakang, saya jangka perkataan "macamana") orang Kedah aman dah ka hidup hangpa..
 

Wednesday, January 15, 2014

KHALID KENA MARAH SEBAB "TOLONG" KERAJAAN PUSAT BANTU RAKYAT...

Nyenyak tidur ADUN Seri Andalas dalam dewan DUN...

Marah benar nampaknya ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar, bila MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meluluskan pembinaan loji rawatan air, Langat 2, yang tertangguh pembinaannya sejak tahun 2008. Geramnya hingga sanggup menulis ketidakpuasan hatinya di portal Malaysiakini!

Pada Rabu lalu, Khalid memberitahu media bahawa Langat 2 diluluskan Kerajaan Negeri Selangor ekoran kegagalan Kerajaan pimpinannya mengambil alih keempat-empat syarikat konsesi air di negeri itu mengikut kaedah penguatkuasaan Seksyen 114, Akta Wasia, demi kepentingan rakyat.

Peliknya, walaupun Xavier yang sebenarnya marah pada Khalid, dia babitkan nama “rakyat Selangor”. Tajuk tulisannya, “Langat 2: Rakyat Selangor Terkejut MB Buat U-Turn”, membuktikan Xavier cuba mempergunakan nama “rakyat Selangor” untuk melampiaskan kemarahannya.

Betulkah rakyat Selangor marah dengan tindakan Khalid Ibrahim itu?

PENYOKONG PAKATAN HARAM MATI KELAPARAN DI OPIS..???!!!


Saya dengar ramai yang bising tak breakfast pagi tadi. Kononnya tak mampu bersarapan di luar sebab harga nasi lemak, roti canai dan teh tarik dah naik. Ramai yang mengantuk dan tak bermaya kat opis sebab tak sarapan sebab tak cukup duit... betul?

Betul ke? Atau sebenarnya tipu? Tipu la kalau tak mampu... dulu korang minum teh tarik harga 80sen kat kedai mamak. Tapi sekarang teh tarik dah harga RM1.20 pun korang masih lagi berlonggok kat kedai mamak sambil bising-bising cakap "tak mampu"... heh!

Saya ingat lagi dulu ada jual rokok kotak kecik 7 batang dan 14 batang. Harga rokok time tu pun rendah lebih kurang RM1.50 hingga RM6.40 sekotak (20 batang). Tapi sekarang hanya rokok sekotak 20 batang dan harga RM12, korang tetap beli dan isap sampai berkepul-kepul asap...kan?

Lagi best...

SKUAD HIJAU KUNING KEDAH BAKAL MERUDUM MUSIM INI?

Gara-gara tukar logo skuad hijau kuning, maka Kedah akan kalah pada setiap game bola musim ni? Biar betul? Logo tu boleh beri kesan ke kat prestasi bolasepak Kedah? Oooo..baru saya tahu... ada "special effect" rupanya...

Sampai sekarang, saya sebenarnya masih tak tahu mana satu logo skuad hijau kuning yang baru. Buruk ke? Lebih mantap ke? Hmmmm... teringin jugak la nak tengok logo baru tu Pak Tam...

Sebenarnya, saya lebih berminat nak tengok prestasi Skuad Kenari musim ni. Dulu Kedah pernah dapat Double Trouble... tapi tu dulu... sekarang? Sama-sama la kita doakan...kan? Yang penting, pengurus, jurulatih dan terutama players mesti komited laaa, kan?

MUJAHID RAWA TAK HORMAT KEPUTUSAN DEWAN ULAMA PAS?

mujahid-rawa-300x200

Saya menonton forum bertajuk “Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible” anjuran Pemuda PAS Lembah Pantai yang diadakan di sebuah Dewan Cina baru-baru ini.  AJK PAS Pusat, Mujahid Rawa merupakan salah seorang panel bagi forum tersebut selain Dr Aziz Bari dan wakil dari Evangelis Christian, Eugene Yap.

Mujahid menyimpulkan dalam forum tersebut bahawa isu kalimah “Allah” itu sebenarnya bermotifkan “politik” yang bertujuan untuk menakut-nakutkan hubungan antara agama dengan dakwaan gerakan Kristian yang mahu menukar negara ini menjadi sebuah negara Kristian.

Dia turut memperlekehkan dakwaan “agenda menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian” dengan mempertikai bilangan Kristian Katolik seramai 1.7 juta orang di Malaysia dan kononnya sangat mustahil untuk menukar negara ini ke sebuah negara Kristian selain perlu berdepan dengan 55% percent muslims jadi negara Malaysia.

BLOGGER PRO-BN LUCAH? BACA KENYATAAN PENUH DATUK KADIR JASIN

SAYA tidak kenal Ibdillah Ishak. Saya mengenali beliau hanya daripada portal berita dan blog. Dikhabarkan yang beliau adalah Pengerusi Biro Media Baru, Pemuda UMNO Malaysia.

Saya kenal Khairy Jamaluddin sejak beliau di pelajar lagi dan juga kerana saya kenal ibu dan bapa mentuanya. Sudah bertahun-tahun tidak berjumpa belia. Hanya mengikuti jejak beliau melalui media massa.

Berkenaan Ibdillah, daripada apa yang saya baca (dan sekiranya berita itu benar dan tepat) maka bolehlah saya katakan yang beliau nampaknya faham peranan media baru dan kaedah yang wajar digunakan bagi menarik sokongan. Begitu juga Khairy.
 

GEMPARRR..!!! AGENDA RAHSIA KRISTIAN DI MALAYSIA TERBONGKAR..?!!!

Nahhh..!!! Tengok betul-betul rakaman menggemparkan kat bawah ni... masih "panas"! Bukak mata luas-luas, pasang telinga betul-betul dan gunakan akal yang Allah berikan untuk berfikir....

Kristian takde niat nak convert umat Islam peluk agama depa? Nahhh... tengok sendiri...lepas tu cuba tengok portal-portal yang terlibat membela Kristian dan menyalahkan JAIS... tengok sendiri dan sila justify kreadibiliti portal-portal tu dari sudut kepentingan Islam...

Siap ada slide show dan penerangan panjang lebar. Details... lagi tak percaya? Kalau tak percaya lagi tu lantak korang laaaa... 

Tuesday, January 14, 2014

MALAYSIA TAK PERLU ISA: SAPA SETUJU DENGAN KJ..?

Saya terbaca kenyataan Menteri KBS, Kay Jay semalam. Dia kata, tak payah kembalikan ISA. ISA tak sesuai di zaman sekarang ni dan dia kata cukuplah dengan SOSMA yang baru digubal pada tahun 2012...

KJ menolak dakwaan SOSMA terlalu lembut. Katanya SOSMA direka khas untuk penjenayah dan sebab tu la tak lembut. Kalau soal senstitif, dia kata kita ada Akta Hasutan dan Panel Code.

Lepas tu dia kata, kalau berhadapan dengan musuh politik, dia mahu jawab dengan hujah dan tak payah ditangkap...

Well.. itu dalam otak KJ sebagai seorang Menteri... Saya bukan lulusa OXFORD sehebat KJ...Cuma...Kalau diikutkan pandangan KJ tu, maka macamana dengan kes-kes di bawah ni..???

UISHH..!! ARIAL SHARON MATI MASUK SYURGA PULAK?

Korang semua tahu Arial Sharon mati baru-baru ni, kan? Bila dapat tahu "penyembelih rakyat Palestin" tu mati, ramai umat Islam di seluruh dunia kata dia akan diseksa Allah SWT dalam kubur nanti...

Malah ada yang kata Arial Sharon akan menghuni neraka! Perghhh..! Hebat!

Kalau dirujuk pada dosa-dosa Arial Sharon, saya kira dia memang layak di neraka dan diseksa seberat-beratnya di dalam kubur... dia betul-betul setan ketika hayatnya...

Malah dia pernah bersumpah..begini bunyi sumpahnya...

KALIMAH "ALLAH": NAK DIALOG APA LAGI JPNIN WEIII..???

Baru ni saya dengar Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) cadangkan agar diadakan satu sesi "dialog tertutup" di antara JAIS dan Persatuan Bible Malaysia bagi mencapai kata sepakat dalam isu penggunaan kalimah "Allah".

Ketua Pengarah JPNIN menjangkakan isu kalimah "Allah" tu akan selesai dengan cara begitu...

Terus terang saya katakan, saya LANGSUNG TAK SETUJU dengan cadangan tu. Nak tahu kenapa? Sebabnya....

KURANG KOS: KEDAH BAKAL RINTIS CETUSAN BRILLIANT TUN M? @MukhrizMahathir

Saya ada baca tulisan ayahanda Che Det di blognya, di sini, yang mencadangkan kerajaan supaya menukar lampu di jalanraya kepada lampu jenis LED bagi menjimatkan kos pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Nukilan Tun M yang sering menjadi inspirasi saya...


Yup! Saya setuju 100% cadangan Tun M tu. Selain menjimatkan kos untuk kerajaan, saya yakin ia juga mampu mengurangkan kos penggunaan janakuasa elektrik yang kini turut menggunakan sumber petrol dan gas yang menjadi antara punca kenaikan tariff elektrik di negara kita...

GEGARRR..!!! KDN TANGKAP PENGHINA ISLAM, PENGUTUK RASULULLAH NI..???

Apa cerita ni budak ni? Dia mengaku Islam, tapi sanggup hina Islam dan Rasulullah SAW? Saya tak tahu siapa budak ni. Anak siapa? Dari mana budak ni belajar tentang fahaman Islam? Saya tak tahu...

Apa yang saya tahu, dia ni mungkin penyokong Pakatan Haram. Sebab? Sebab dia pakai baju bertulis "Democracy". Mungkin, tidak semestinya. Cuma pada saya, hanya mereka yang mendakwa Malaysia tak amal demokrasi saja yang suka pakai baju macam tu... kononnya dia "pejuang demokrasi" la tu...

Lepas tu dia kutuk Hasan Ali dan Ibrahim Ali. Selalunya puak Pakatan Haram ni tak suka kat Hasan Ali dan Ibrahim Ali ni, kan?

Demokrasi apa ke jadah kalau sampai hina Islam dan Rasulullah SAW? Dia sebut fakta? Betul ke fakta dia? Cuba tonton rakaman kat bawah ni sampai habis...

LEBIH BAIK DARA DARI JANDA...?

Mari kita semak kisah pernikahan Uqail bin Abu Thalib dengan seorang wanita dari kalangan Bani Jasym. Seperti lazimnya upacara pernikahan, tetamu berdatangan. Dan seperti lazimnya upacara pernikahan di masa sekarang, para tamu ketika itu memberi ucapan selamat sekaligus sebagai do’a.

“Semuga bahagia dan banyak anak,” kata para tamu kepada pengantin laki-laki.

Menerima ucapan selamat seperti itu, Uqail segera teringat Rasulullah Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian ia berkata, “Jangan kalian menyatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah SAW telah melarang hal tersebut.”
 

Monday, January 13, 2014

SELANGOR "THE PORK PLACE", SELANGOR "TEMPAT DAGING KHINZIR"?

The Pork Place.. "only in Selangor"...!
Saya dapat dua perkara ni dari blog sahabat saya, di sini. Mantap bro! Makin teruk Selangor dikerjakan rejim Pakatan Haram di bawah kekuasaan DAP. PKR tu "boneka" saja... 

PAS? PAS mungkin hanya sekadar "macai" saja...mungkin itu gelaran yang sesuai dengan PAS di zaman mereka berpakat dengan DAP dan PKR ni... bak gelaran yang selalu diungkapkan bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dulu ialah "macai" atau "pencacai", kan?

Cuba tengok gambar kat atas tu.... dan tengok pula gambar kat bawah ni... Na'uzubillahi min zalik... Mujurlah Allah takdirkan Kedah kembali ke pangkuan UMNO/BN... kalau terus di bawah PAS/Pakatan Haram... mungkin akan jadi seteruk di Selangor...kan?

KEPENTINGAN ISLAM & MELAYU BAKAL BERKUBUR DI SELANGOR?

speaker-dun-sgr-492x460

Saya difahamkan bahawa MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan agar 351 Bible menggunakan kalimah “Allah” yang dirampas JAIS baru-baru ini supaya dipulangkan pada Persatuan Bible Malaysia. Malah JAIS juga diarahkan agar memberitahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor terlebih dahulu sebelum melaksanaka sebarang operasi di negeri itu…

Setakat ini, itulah saja tindakan dari Khalid Ibrahim. Mungkin itulah saja yang terdaya dia lakukan sebagai MB Selangor yang dipercayai berbangsa Melayu dan beragama Islam. Saya tidak tahu apa lagi yang dia mampu lakukan selepas ini berkenaan kes tersebut…

Sebagaimana maklum, JAIS merampas naskhah-naskhah Bible tersebut bukanlah disebabkan ia dicetak berbahasa Melayu. Tapi ia dirampas atas kesalahan menggunakan kalimah “Allah” tercetak di dalamnya bertepatan sebagaimana yang dilarang di dalam Enakmen 1988.

POSISI "MENYERANG" ATAU "BERTAHAN/COUNTER ATTACK"?

Dunia..dunia... memang macam-macam. Ramai yang suka bila kita menghentam seseorang pemimpin. Malah ada dakwaan yang kata, kalau nak blog hits, maka selalu la serang pemimpin, khususnya pemimpin UMNO/BN...

Ye laaa.. memang ramai yang nak baca bila kita cetus kontroversi menghentam seseorang di blog. Tak kira la benda yang kita hentam tu betul atau tidak, haq atau batil, betul atau palsu, yang pasti ramai yang tertarik dengan penulisan menghentam...

Maka sebab tu la Malaysiakini selalu top ranking. Kalau blogger UMNO/BN nak famous, maka hentam la pemimpin UMNO/BN sendiri. Kalau blogger pro-UMNO/BN serang pemimpin pembangkang, itu perkara biasa. Tapi kalau serang pemimpin UMNO/BN, maka ia jadi luar biasa dan ramai yang nak baca, kan?

Tapi...

KIT SIANG NAK AJAR KETUA POLIS NEGARA? HEH! #ABCD


Pada awal tahun 2014 ini, nampaknya pihak PDRM menerima lebih banyak cabaran. Belum sampai sebulan pun kita menginjak kaki ke tahun baru, macam-macam hal sudah berlaku. Dalam kesebokan PDRM mengendalikan kes-kes tersebut, ada pula yang muncul menuduh pihak berkuasa itu dengan pelbagai tuduhan dan kecaman…

Terbaru, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menyelar KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Kononnya PDRM mengamalkan sikap “dwi-standard”.

Kata bekas Setpol Lee Kuan Yew itu, PDRM kononnya bersungguh-sungguh menyiasat kes membabitkan Editor The Herald, Paderi Andrew Lawrence dan meletakkan kes berkenaan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan. Manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung isu “bughah”…

"APA SALAH PESTA BUIH DI PUTRAJAYA" - PENGARANG THE STAR KATA...

thestarhardrock

Pengarang Akhbar The Star yang terkenal dengan sikap menyebelahi kumpulan orang Islam yang berfikiran liberal dan pro-eksteremis Kristian di negara ini, hari ini, menempelak dan menyindir kumpulan yang menentang pembukaan Hard Rock Cafe Putrajaya sebagai “reaksi keterlaluan dan tidak beralasan.”
Beliau menulis:
Reason No 1: It was another classic case of Malaysian over-reaction. Perkasa was screaming its head off even though Putrajaya Corporation chief Tan Sri Aseh Che Mat said there was no application to open a HRC in the administrative capital. The local Hard Rock Café franchise holder Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir also confirmed that there was no such plan. So what was the fuss all about?
Ini masalah pengarang akhbar yang malas membaca. Bantahan paling awal digerakkan oleh pengguna Facebook [https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Menentang-Hard-Rock-Cafe-dan-Kelab-Malam-di-Putrajaya/249117548586909]. Perkasa dan sebagainya datang kemudian, Page ini muncul dua jam selepas tersebar berita berikut:

LAWAK KANTOI..!!! RED BEAN ARMY MEMANG PENIPU..!!!

Kenal dengan kartoon kat atas tu? Kenal RBA? Reb Bean Army, tahu? Bukan Mr Bean, bukan ice cream kacang merah dan bukan sejenis kuih raya. Red Bean Army...alaaa... satu geng Cytroops DAP yang beroperasi secara terancang dan tersembunyi tuuu...

Kalau tanya DAP, sampai mati pun depa tak ngaku. Tapi saya difahamkan, RBA mempunyai dua tingkat pejabat di bangunan Komtar.. Rakan-rakan bloggers pro-UMNO/BN di Penang tahu dan maklum tentang perkara ni...

Dan... cuba tengok pula gambar yang dipercayai datangnya dari RBA... tujuannya nak serang MB Pahang, Tok Nan...Tapi kantoi la pulakkkk... kah! kah! kah! Tu laaa... kalau nak buat isu, pastinya yang benar-benar tulen dan benar saja... bila dah jadi macam ni siapa yang malu? Heh!

DESYUMMM..!!! PUNCA KAMALANATHAN DITUMBUK..??!!!


Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan mengadu ditumbuk seorang pemuda di pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor, petang Ahad.

Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati pemuda terbabit ketika ayahnya berjumpa Kamalanathan sebelum insiden yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu kira-kira jam 2.30 petang.
Kamalanathan

Ayah pemuda terbabit dikatakan berjumpa Kamalanathan untuk memohon supaya menantunya yang mengajar di Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.

Dalam laporan polisnya, Kamalanathan berkata lelaki itu berjumpanya ketika program pemeriksaan mata yang dianjurkan pejabatnya.

Bagaimanapun, ahli Parlimen itu itu memberitahu hanya boleh memberi sokongan sahaja kerana menantu lelaki berkenaan mengajar Bahasa Inggeris dan sukar mendapat kelulusan bertukar.

Kamalanathan dalam laporan polis di balai Bukit Sentosa mendakwa pemuda itu yang berjumpanya kemudian dengan sekumpulan pemuda lain di pejabat beliau melepaskan satu tumbukan kebahagian lehernya.

Polis Kuala Kubu Bahru ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan timbalan menteri itu.-bnbbc.my

Sunday, January 12, 2014

KALIMAH "ALLAH": 10 RESOLUSI TAK BOLEH DIGUNA DI SELANGOR.. FAHAM TAK?

Serbuan JAIS baru-baru ini menimbulkan kontroversi dan menggemparkan semua pihak. Isu ini jika diteliti dengan fakta dan hujah, dan jauh dengan unsur emosi, kita akan menemui penyelesaian.

Tidak dinafikan telah terdapat silap faham dan kekeliruan oleh sesetengah pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Berikut adalah beberapa pandangan dari sudut perundangan yang sepatutnya diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak:
Pertama: 10 Point Solution tidak ada kesan ke atas undang-undang di Selangor (atau mana-mana negeri yang mempunyai enakmen/peruntukan undang-undang yang secara spesifik melarang penggunaan kalimah Allah) kerana ia bukan dalam bidang kuasa kerajaan Pusat.
Ia juga bukan satu akta Parlimen atau enakmen negeri, justeru ia tidak boleh mengatasi peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

KALIMAH "ALLAH": POPE KRISTIAN PUN MENGAKU..!!!


Cuba tafsir sendiri kata-kata Pope Emeritus Benedict XVI dari Vatican ni. Ni bukan kenyataan lama... kenyataan baru...

Malaysia ni negara Islam...kan? Korang faham-faham sendiri la apa tujuan depa nak guna kalimah "Allah" kat negara kita ni...

Malangnya, ada jugak yang tak faham-faham... contohnya cuba tengok kat bawah ni... memalukan!

EXCO DITUDUH "MELOMBONG EMAS" DI KTPC?

Dalam meneliti "amaran" sahabat saya kepada Exco Kerajaan BN Negeri Kedah, YB Sabrina Azizan, saya "terusik" dengan tulisan bilangan ke-10 yang menyebut...
10.   Janganlah Y.B. terlalu ghairah untuk ‘melombong emas’ di KTPC. Jalankan kerja Y.B. dengan amanah dan dalam usia YB juga masih muda ini eloklah digunakan untuk berbakti kepada masyarakat sepenuhnya. Hargailah sokongan rakyat dan jangan gunakan politik untuk kepentingan sendiri serta keluarga, sebaliknya berkhidmatlah untuk masyarakat. Ingat, tiada siapa pun kebal dari undang-undang. ‘No one is above the law’.
Saya rasa teruja dengan "amaran" tersebut. Saya teruja dengan ungkapan "terlalu ghairah melombong emas di KTPC".... Beginilah...

SAHABAT BLOGGER SILAP FAKTA TENTANG EXCO ICT...

Masih lagi mengenai "fakta kurang tepat" yang ditulis mengenai Exco ICT Kerajaan Negeri Kedah, YB Sabrina Azizan, saya rasa sahabat saya tu perlu betulkan sedikit beberapa faktanya...

Untuk pengetahuan sahabat saya, YB Sabrina dulu berjawatan Eksekutif Bioteknologi Kulim Technology Management Sdn Bhd (2002-2006) yang kemudiannya diberi tanggungjawab sebagai Managing Director Kedah BioResources Sdn Bhd (2006-2009).

YB Sabrina tidak pernah menjawat jawatan "Pengerusi Eksekutif" KBioCorp sebagaimana yang didakwa sahabat saya tu.  Dalam ertikata lain, tidak ada sebarang perkataan "Eksekutif" dalam jawatan yang beliau sandang masa tu.

KTPC: CUBAAN FITNAH EXCO KEDAH..??? BERANI TANGGUNG DOSA?

Bila dapat info tentang perkara yang buruk pada seseorang pemimpin, memang kelaziman kita bloggers akan seronok. Seronoknya kita sampai kita terlupa nak check sama ada cerita tu benar atau tidak. Maka dalam keadaan inilah maka kita mudah terjerumus dalam kancah fitnah...kan?

Baru ni saya terbaca seorang sahabat menulis tentang "buruk laku" seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Sabrina Azizan. Sahabat tu tulis "surat terbuka". Teruja jugak la saya baca tulisannya yang penuh "amaran" dan "peringatan"... 

Sampai perkara lama pun sahabat tu sentuh..kalau "sejarah" yang disentuh tu benar-benar belaka takpa la jugak... tapi kalau "sejarah" tu kurang tepat dan sengaja ditokok tambah untuk memburuk-burukan pemimpin kita macamana? Tak jatuh hukum syubhah atau fitnah ke?

Tuduhan pertamanya...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!