Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, January 10, 2014

KALAU SAYA JADI MB SELANGOR...


Nahhh..! Amikkk hang! Kan dah kena "smash"... Kalau saya jadi MB Selangor...

Mungkin saya tak sanggup keluar rumah 3 hari...malu betul bila kena "smash" macam ni.. 

Ye laaa... sebagai seorang yang beragama Islam, tiba-tiba saya perlu gadaikan kepentingan Islam dan aqidah ummah hanya semata-mata nak memenuhi kehendak DAP... saya tahu ia salah, tapi mungkin politik punya pasal..maka saya "pejam" mata...

Tapi lepas tu kena "tibai" la pulakkk.. Mujur la MAIS saja yang "tibai" saya.. kalau DYMM Sultan Selangor yang "tibai" saya, amacam? Mana saya nak letak muka? Tapi pasai saya ni "muka tembok", jenis tak tahu malu... saya buat donno je laaaa... heh!

Cuba baca cerita "smash" kat bawah ni.. Malu MB Selangor wooo... nama je Islam...tindakan ikut DAP... heh! Apa cerita ni PAS? Mana "pejuang Islam"? Bila dah peluk DAP maka tiba-tiba jadi "pejuang Kristian"... sudah tukar kaaaa..?

GEGARRR..!!! CONTOH PETIKAN DARI BIBLE BAHASA MELAYU GUNA KALIMAH "ALLAH"...

Gambar kat bawah nanti para pembaca semua akan dapat lihat dan baca beberapa petikan ayat dari chapter Yohanes "Bible Berbahasa Melayu" yang cuba disebarkan pada umat Islam kat negara kita ni...

Tapi jangan terkejut atau cepat melatah. Tolong jaga ketenteraman awam dan jangan bertindak melulu. Jangan wujudkan ketegangan agama di negara kita...

Cuba baca dulu petikan tu. Lepas tu suruh anak kita baca dan jangan cakap dari sumber mana..Sembunyikan dulu tulisan "Yohanes" tu dulu.. lepas tu... cuba suruh anak kita baca terjemahan surah Al-Ikhlas...

GEGARRR..!!! TAK SABAR NAK DEDAH BUKTI PASAL ANWAR...

Tak sabar? Saya pun rasa macam tak sabar jugak..! Tak sabar rasanya nak tahu pasal bukti-bukti tentang Anwar yang ada pada Nallakaruppan...

Bukan main lagi Nalla... macam dia ada bukti-bukti hebat yang menggentarkan Anwar kat mahkamah nanti... Apa bukti-bukti tu? 

Issshhh... bila Anwar nak heret Nalla masuk mahkamah ni? Bukan apa.. sama ada Anwar menang atau kalah, saya tak kisah. Kalau Anwar kalah, itu hal peribadi dengan Nalla la kan.. Kalau Anwar menang, Nalla tu tauke magnum 4D.. tauke nombor ekor yang jadi sahabat Anwar selama 30 tahun... ada saya kesah?

Takkan Anwar nak tarik balik saman tu kot? Bila nak masuk mahkamah niiihhh..? Cuba baca apa yang Nalla cerita kat bawah ni... heh!

GEGARRR..!!! SESUATU AKAN BERLAKU PADA BULAN 9 NI...


Pada 16hb September tahun ni, mungkin sesuatu yang luar biasa akan berlaku... Sesuatu yang akan menggemparkan seluruh negara... Malah mungkin satu dunia akan "pengsan" jika berlaku perkara ni...

Sesuatu yang akan mengharu-birukan semua rakyat khususnya di Malaysia...Nak tahu apa yang akan berlaku?

Cuba tengok kat bawah ni...

WAJIB TONTON..!!! CERITA USAHA RIDHUAN TEE CUBA ISLAMKAN IBUNYA...

Kepada semua umat Islam, sebelum ke masjid untuk solat Jumaat hari ni, apa salahnya kalau kita ikuti sekejap tazkirah "istimewa" di bawah yang disampaikan semalam oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah...

Kaum Hawa pun, sempena hari Jumaat, penghulu segala hari dan hari yang penuh keberkatan, apa kata luangkan masa 10 minit menyaksikan tazkirah di bawah... semoga kita semua diberikan hidayah dariNya... 

Kenapa saya kata tazkirah ni "istimewa"? Sebab ia mampu membuat saya hiba dan mengalir airmata. Bukan saya seorang yang menangis, malah ulama seperti Al-Fadhil Ustaz Hassan Mahmood Al-Hafiz, Datuk Dr Fadhilah Kamsah dan ramai lagi menangis kerananya...

Ikuti tazkirah yang sangat menyentuh hati di bawah menceritakan bagaimana Ustaz Dr Ridhuan Tee berdakwah ketika hayat ibunya hinggalah ibunya berada di ambang maut bersama Izrail...

DR MAZA NAK JADI MUFTI "SULTAN" MELAKA TAK? KAH! KAH! KAHHH..!


Saya tersengih membaca perbualan di antara bekas Mufti Perlis, Dr. MAZA dengan "Sultan" Melaka, Raja Noor Jan Shah...

Dr. MAZA pada mulanya berkias, menyindir Raja Noor Jan Shah yang selama ni bermati-matian nak ditabalkan jadi Sultan Melaka...Sindiran bekas Mufti tu selamba saja dipatahkan "Sultan" Melaka tu....heh!

Bila Dr Mohd Asri (nama betul Dr MAZA) tanya pasai apa nak jadi Sultan sangat, Raja Noor Jan Shah "bertitah"...

Kononnya rakyat Melaka perlukan dia sebagai "Sultan"... betul ke orang Melaka perlukan Raja Noor Jan Shah sebagai Sultan? Berapa orang yang nak dia jadi Sultan Melaka? Heh!
Yang lawaknya...kat bawah ni...

Thursday, January 9, 2014

KATA TUN M PADA ANDREW LAWRENCE YANG KURANG AJAR NI...

Kulit depan Bible tu mirip Al-Quran dengan tulisan arab lagi..kan? Kalau budak-budak kita "buta", dah tentu depa "beriman" kat Bible tuuu... itu pun lagi mau sorok "misi The Herald" ke? Cissss..!
Tun M bukan sempurna. Beliau tidak maksum. Tapi saya banyak bersetuju dengan pandangan Tun M berbanding kurang bersetuju dengannya. Saya tidak taksub padanya, tapi kenyataannya tentang Father Andrew Lawrence dan The Herald memang tepat..!

Diorang yang bawa kes tu ke mahkamah. Bila mahkamah putuskan dan keputusan tu tak menyebelahi diorang, maka diorang tetap degil nak gunakan jugak kalimah "Allah" dalam Bible berbahasa Melayu. Apahal?

Bila tak hormat mahkamah, maka depa cuba guna cara politik? Mintak tolong DAP dan Anwar? Lepas tu PAS pulak "malu alah" pada DAP dan PKR? Demi nak jaga hati "sahabat sejati", PAS rela korbankan fatwa Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS? Awat jadi lagu tuuu..?

Cuba baca kenyataan Tun M kat bawah...

GEGARRR..!!! PIHAK KRISTIAN ARAH BUANG TULISAN JAWI DI SEKOLAH CONVENT..!!!


Cuba baca seluruh surat di atas. Surat tu dari Celina Wong dari "Sister Of The Infant Jesus", salah sebuah pertubuhan Kristian antarabangsa. Menariknya, surat "arahan" tu ditujukan pada pengetua Sekolah Convent Bukit Mertajam, Pn Hjh Che Azizah Ismail.

Pengetua sekolah Convent tu memulakan inisiatif dengan menulis nama sekolah tu dengan tulisan jawi. Itu pun sikit saja kat sebelah atas tu.. bukan semua signboard tu pun. Bukan apa.. mungkin itu salah satu cara Pengetua tu memperkasa sedikit tulisan jawi yang semakin dilupakan tu.. salah ke?

Tapi..tiba-tiba pengetua kita tu dapat surat "warning" dari pihak Kristian Roman Katolik tu suruh buang tulisan jawi tu..heh?! Apahal ni bebbbb..?

MA HOSPITAL MAKAN KEREPEK.. INI PUN SALAH UMNO JUGAKKK..

Coretan ini adalah pengalaman salah seorang bapa yang membawa anaknya yang berusia 9 bulan di wad kecemasan Hospital Serdang malam Isnin (dan berlanjutan ke Selasa pagi) lalu.

Bukan tujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kakitangan awam yang cuai dan mengambil mudah amanah yang diberikan harus ditegur serta diambil tindakan tegas.

Bapa berkenaan tiba di hospital itu pukul 9.30 malam dan perkara pertama yang dibuatnya mendaftar anaknya selepas itu melalui proses saringan.

RAMPAS BIBLE: "SEMUA SALAH JAIS", MACAM "SEMUA SALAH UMNO" JUGAK LAAA...

Kadang-kadang, saya tertanya-tanya...awat korang marah sangat kat Pakatan Haram yang beriya-iya membela Kristian dalam isu rampasan lebih 300 Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah "Allah" tu?

Tak boleh macam tu bro... tak boleh marah. Kita kena setuju dengan Pakatan Haram. Dalam hal ni, JAIS yang salah... bak kata pepatah.. "semuanya salah JAIS, tidak ada yang salah melainkan semuanya salah JAIS"...heh!

Sepatutnya, kita ikut kata Pakatan Haram. Pakatan Haram nak ketatkan bidang kuasa JAIS..kita mesti sokong! Jadi lepas ni ada tali yang lebih kuat dan ketat untuk "ikat" kuasa JAIS... 

BLOGGER PAS BERDENGUNG, KISAH ADIK KHATIJAH CUBA DIPOLITIKKAN?

Gambar "print screen" kat atas ni saya rakam dari sebuah blog pro-PAS terkenal di Kedah. Tak perlulah sebut blog mana...nanti depa kata saya kutuk depa pulak...

Sebenarnya saya tak kutuk pun... hanya sekadar menegur rakan bloggers yang suka "spin" dan "mempolitikkan semua perkara"...

Cuba baca tajuk yang diberikan blogger PAS untuk cerita adik Khatijah "duit syiling RM64" tu. Tajuk yang Kosmo berikan lain, tajuk yang blogger PAS berikan lain...kan?

MISTERI MERZ S300: HANGPA INGAT MUKHRIZ TU MACAM "KHALIFAH" HANGPA KAT PENANG TU KAAA?

Apa "rahsia" di sebalik Merz S300, KBV 8, dan tulisan "Menteri Besar Kedah" ni...?
Tu yang payah.. bila nak sanggah sesuatu, biarlah perkara yang pasti. Kalau tak pasti, cari dan siasat dulu sebelum panggil media dan bloggers PAS untuk persoal sesuatu.. Helmi Khalid ni... ishhhh....Cuba la buat kerja cara Islam... ni dok buat perkara syubhah fitnah ni apa cerita ni..?

Untuk pengetahuan Helmi dan rakan bloggers PAS yang terbabit... begini cerita sebenar tentang kereta Merz S300 dan nombor plate KBV 8 yang hangpa dok "sorak" sakan tu... 

Cuba relax..bertenang.. Mukhriz bukan macam Guan Eng yang dok guna duit rakyat melaram beli Merz bernilai lebih RM500,000 tuuuu... Begini ceritanya...

Wednesday, January 8, 2014

GEGARRR..!!! PAS WILAYAH MEMANG "POYO" LEBIH...

pjwp2011

Loya sungguh anak tekak bila membaca kenyataan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Noor Mohammad, yang cuba mengambil kesempatan “menangguk di air yang keruh” berhubung isu “Hard Rock Cafe”. PAS cuba “tumpang semangkuk” dalam isu itu dengan memperburuk-burukkan Kerajaan Pusat dan Putrajaya?

Dalam kenyataan Mohd Noor, dia menganggap syarat yang diletakkan Ku Nan untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya adalah untuk meredakan kemarahan rakyat. Malah dengan bangganya dia menuduh Kerajaan BN memang benar-benar mahu Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya…

“Syarat di keluarkan kepada Hard Rock Cafe sebagai meredakan kemarahan rakyat, bermakna memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya”- Mohd Noor Mohammad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Pesekutuan, (Harakahdaily, 8 Jan 2013).

Hampir pula saya “termuntah” bila dia seolah-olah nak “tunjuk baik” apabila mengatakan bahawa “pembukaan kelab-kelab dan kafe eksklusif seperti Hard Rock Cafe bukan sahaja tidak boleh dibuka di Putrajaya bahkan ditempat-tempat lain kerana ia boleh mengundang masalah sosial kepada anak muda negara ini”.

Ya Allah...Menitis airmata saya membaca cerita ni... tolong sebarkan...

Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya.

Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.

Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00.

Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut.

Guru – guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi.

HEBATTT..!!! MAHFUZ UGUT PARA ULAMA DAN MUFTI..!!!

SONY DSC

Ewah-ewah…”hebat” sungguh Mahfuz Omar sejak bergelar Ketua Penerangan PAS sekarang. Masih lagi belum puas melepaskan geram tewas bertanding jawatan Naib Presiden PAS? Tak puas di Parlimen, Mahfuz marah-marah di lobi Parlimen. Tak puas lagi? Mahfuz sambung pula di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut?

Cuma kali ini Mahfuz tidak menyerang UMNO. Kali ini mangsa Mahfuz ialah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Semalam, Mahfuz menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan ketetapan mengenai hak penggunaan kalimah “Allah” yang menjadi “duri dalam daging” dalam keharmonian hidup berbilang agama di negara kita. Dia mahu Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan kenyataan segera berhubung isu tersebut.

Mahfuz berhujah, kononnya umat Islam dan bukan Islam di negara kita keliru berkenaan hak penggunaan kalimah “Allah”.

Paling “hebat”, dia mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan dibubarkan saja jika gagal mengeluarkan kenyataan berhubung isu kontroversi itu dan melantik Ahli Jawatankuasa yang baru. “Hebat” bukan? Lagaknya bagai DYMM Yang DiPertuan Agong!

MEMANG BETUL SEMUA NI SALAH UMNO..?


Sedang minum kopi sambil pekena cucoq pisang tadi, saya tiba-tiba teringat tentang tuduhan pihak pembangkang pada UMNO, khususnya tuduhan-tuduhan dari PAS...

Depa kata... semua perkara buruk yang berlaku kat Malaysia ni semuanya salah UMNO...

Misalnya...

GEGARRR..!!! 3 NAMA PUNCA KEJATUHAN PAS KEDAH..???!!!

Baru-baru ni saya ada bertemu dengan seorang sahabat lama. Rakan saya ni dah jadi orang politik rupanya. Ahli politik PAS, bukan UMNO... heh! Sekarang ni dia hanya berjawatan kecil, AJK PAS Kawasan saja...

Lama saya bersembang dengannya. Sempat berhenti solat sebelum sambung sembang. Sembang bab politik PAS Kedah...

Dari sembang kami, saya dapati rakan saya ni memang PAS tulen. Memang pekat perjuangan PASnya. Sebab apa saya kata begitu? Sebab dia memang betul-betul  perjuangkan Islam.. PAS jatuh nombor dua atau tiga...

Apa yang saya terkejut, selaku antara pemimpin PAS yang disegani, rakan saya ni menamakan 3 orang individu yang dikatakan bertanggungjawab menyebabkan kekalahan PAS di Kedah par PRU ke-13 yang lalu...

Nak tahu siapa? Mereka yang disebut namanya ialah...

INILAH JADINYA BILA KEJAR KUASA, BUKAN KEREDHAAN ALLAH SWT YANG DICARI...


Apa nak jadi dunia politik pembangkang sekarang? PAS marah tak dapat tempat di Penang... PKR pulak marah kat PAS di Kelantan...

Semuanya pasal kuasa.. kejar sangat kuasa kat dunia ni.. maka begitulah jadinya... 

Cuba cari keredhaan Allah... insyaAllah, apa yang kita mintak, segalanya Dia akan berikan dengan mudah... kalau tak dapat pun, dah tentu ada hikmah di sebaliknya... "afalaa tasykuruuuunn"? "Afala tatadabbaruuunnn"?

Tuesday, January 7, 2014

BERANI TANGGUNG DOSA BESAR SEMATA-MATA KERANA POLITIK? @MukhrizMahathir

Saya nak tanya blogger-blogger pro Pakatan... takut tak pada balasan dari Allah SWT? Takut tak berdepan dengan neraca Allah di hari kiamat nanti? Takut tak pada dosa besar? Dan soalan utama, TAKUT TAK PADA DOSA FITNAH?

Baru-baru ni khabarnya ada pihak mendakwa Mukhriz Mahathir beli kereta mewah..Mercedes Benz! Dia beli guna duit Kerajaan Negeri? Mukhriz guna duit rakyat untuk beli kereta mewah?

Betul ke dakwaan tu? Dah check ke? Betul? Ada pasti? Muktamad? Oooo... Ye ke..???

GADUH LAGI..! SEMUANYA SEBAB NAK JAWATAN BESAR..!!! (Macam tu harapan rakyat?)

PR_retak

Apa sudah jadi dengan “pakatan” di antara parti-parti Pakatan Haram di Kelantan? Berebut kuasa? Tunjuk kuasa? Balas dendam kesumat? Gila kuasa? Atau kononnya mendakwa “berkongsi kuasa”, padahal bila sebuah parti mendominasi kerusi DUN sesebuah negeri, maka “akulah raja”?

Dalam kecoh-kecoh puak PAS di Pulau Pinang “mengamuk sakan” atas layanan “double standard” Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya pada parti mereka, Kerajaan PAS Kelantan pula dihentam kepimpinan PKR di negeri itu yang mendakwa seolah-olah di”anaktiri”kan?

Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR negeri, Datuk Dr. Wan Suhaimi Wan Daud mengadu pada media semalam tentang “perangai buruk” kepimpinan PAS Kelantan yang mengaku “meniru lagak” DAP yang tidak mempedulikan kepimpinan PAS di Pulau Pinang.

KDN "MENGAMUK" LAGI..!!! HABIS LA GENG "RONNIE THE DON" NANTI...

Nampaknya geng-geng "Ronnie The Don" mungkin tak dapat tidur siang malam lepas ni. Selalunya walaupun depa tak dapat tidur malam, depa masih dapat tidur siang.. tapi mungkin lepas ni depa takkan dapat tidur lagi 24 jam... heh!

Saya difahamkan, kegiatan "gelap" ni la yang selalu jadi "funder" pada DAP. Tapi memang sukar untuk dibuktikan. Maklum laaa... nama pun kegiatan "gelap"...

Judi haram? Ada ke judi halal? Dalam sudut undang-undang sivil, judi tidak berlesen dilabelkan sebagai judi tidak sah. Atau bahasa mudahnya, orang panggil "judi haram".. 

Tapi bagi umat Islam, walau dudul di US sekali pun, asalkan dia beragama Islam maka judi berlesen sekali pun tetap haram baginya...faham?

So lepas ni saya yakin "judi haram" ni akan dibanteras semaksimum mungkin. Diorang ni menyebabkan kerugian pada pendapatan negara sebenarnya. 

Pendapatan negara dari hasil judi ni ada jugak hikmah di sebaliknya... sekurang-kurangnya, boleh la kerajaan guna untung cukai judi tu untuk buat tandas awam ke.. jalanraya ke... loji kumbahan ke... apa-apa je la asalkan diharuskan hukum Syar'ie..

GEGARRR..!!! EXCO AGAMA TAK TAHU HAL EHWAL ISLAM NEGERI?

n02-sabak-sallehen-mukhyi

Saya agak terkejut dengan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Sallehen Mukhyi yang memberitahu media bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merampas 321 Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

Sebagaimana maklum, Sallehen Mukhyi merupakan seorang ADUN dari PAS sebuah parti yang dikatakan “pejuang agama Islam” dan kononnya “amat sensitif” dalam hal ehwal berkaitan Islam. Dan dia dilantik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Exco Agama di Selangor…

Saya tidak benci pada Sallehen Mukhyi. Saya tidak berniat mahu memburuk-burukkan ADUN Sabak itu. Namun dia diberikan tanggungjawab sebagai Exco Agama Islam di Selangor, maka dia sepatutnya menjalankan amanah tersebut dengan sebaik mungkin dan bukannya sambil lewa.

TOLONG HANTAR IDRIS JALA PADA MAS SEMULA.. "BERSIH"KAN PEMANDU...


Saya pada asasnya dari awal memang tak setuju dengan PEMANDU. Malah saya tak setuju dengan cara Idris Jala. Bukan sebab dia beragama Kristian, tapi cara dia cari profit untuk Kerajaan tu memang tak kena pada saya... itu asas utama saya tak suka pada PEMANDU...

Maksud saya, cara Idris Jala tu terlalu "profit oriented" dan tidak berdasarkan tolak ansur atau timbang rasa pada rakyat, khususnya pada bangsa Melayu beragama Islam. Kontrak-kontrak mega Kerajaan selalunya PEMANDU berikan pada non-Muslim...

Salah satu kegemaran PEMANDU ialah hire consultant yang ntahapahapa... Kononnya consultant yang diupah PEMANDU itu bertaraf "international", "multinational" dan "elite". Tapi kenapa resultnya selalu negatif pada pandangan rakyat?

WAJIB BACA: PENJELASAN TS HARUSSANI TENTANG ISU "BUGHAH" YANG PAS DOK MARAH KAT DIA TU...

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. 

Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. 

Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. 

Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim.

Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.

Nasihat dan peringatan

Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara-saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :
“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .
Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.

Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar (tafsir Ibn Juza).

Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.

Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.

Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. 

Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. 

Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.

Larangan memberontak

Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ”.
Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka.
“Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.” (HR Abu Daud)
Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah member nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:
“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya.”(HR Imam Ahmad)
Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.

Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab)

Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.

Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. 

Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. 

Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.

Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.

Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. 

Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :
Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.

Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan reality semasa di negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.

Monday, January 6, 2014

PAS "ALAF BARU" TAKBIR BERSAMA GUAN ENG DALAM GEREJA...?


Takbirrrr? PAS sama-sama bertakbir dengan Guan Eng? Mana Anwar? Dia pun masuk takbir sekali jugak? 

Oooooo...Jadi PAS sekarang ni dah setuju bertakbir dengan Guan Eng? Idea ni datang dari Guan Eng pada Krismas tahun lepas, kan? Maka setahun lepas tu dah jadi kenyataan...

PAS bantah? Mana ada PAS bantah... Mujahid Rawa sokong kot... Tu belum lagi kira Khalid Samad dan sekutu-sekutu depa tu... Kamaruddin Jaafar bila nak buat statement sokongan? Itu la "muka terbaru" PAS hari ni...

GEGARRR..!!! CABAR HAK MELAYU - ISLAM DIRANCANG?

merdeka1

Dunia Islam di Selangor sedang kecoh membicarakan soal kebiadapan Ketua Pengarag The Herald, Lawrence Andrew, yang dilaporkan berdegil tetap mahu menggunakan kalimah “Allah” di majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak gereja Katolik di seluruh negeri itu.

Kenyataan itu jelas mencetus api kemarahan umat Islam di seluruh negara, khususnya di Selangor, sehingga ada yang bertindak mengadakan demonstrasi di depan gereja. Selain itu, bilangan laporan polis terhadap Ketua Pengarang The Herald itu makin bertambah dari hari ke hari.

Tambahan pula, beberapa aktivis Kristian turut berhimpun memprotes demonstrasi yang dilakukan di depan gereja. Marina Mahathir pun turut “menempel muka”, kononnya mempertahankan “hak asasi penganut Kristian”?

001b763017d479f91f0ae7ff94029668

Saya kira, “api kecil” dicetuskan Lawrence Andrew itu semakin “menyala” di hati umat Islam sekarang. Sekiranya “api” tersebut tidak dibendung sebijak mungkin, ia mungkin akan mencetus konflik agama yang agak serius di Selangor.

APA NAK JADI DENGAN ANAK TUN M NI..???!!!


Ni apa yang nak jadi kat anak Tun M ni? Dia ni fahaman apa ni? Liberal sangat ke? Apahal sampai teruk sangat fahaman Islam ni? Sister in Islam kononnnn... Marina tak mau buat NGO nama Sister in Kristian ke?

Anak Tun M setahu saya semuanya okay, kecuali yang sorang ni saya tak setuju dengan dia. Adik dia kat Kedah ni gubal enakmen nak protect aqidah umat Islam, tapi dia pulak yang sulung dalam family menempel muka pertahankan agenda Kristian... apa nak jadi ni?

Cuba tengok gelagat dia kat dalam gambar tu, cuba baca cerita kat bawah...

TAN SRI ASEH PERLU RUJUK ISLAM BANGUNKAN PUTRAJAYA

tan sri aseh

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur pada Allah SWT setelah Presiden Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, menghilangkan keresahan umat Islam di seluruh negara khususnya di Putrajaya berkenaan ura-ura memajukan pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia itu dengan sebuah franchise arak, “Hard Rock Cafe”.

Saya yakin, kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Aseh lewat semalam melegakan ramai pihak yang tidak mahu melihat Putrajaya dicemari dengan unsur tidak sihat dan bertentangan dengan amalan hukum syar’ei. Pun begitu, saya ucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang membantah kewujudan “franchise syubhah” itu.

Pun begitu, saya memohon jasa baik dari Tan Sri Aseh supaya mengeluarkan kenyataan rasmi melalui sidang akhbar secepat mungkin mengenai perkara tersebut. Tindakan tersebut saya kira akan membuktikan tahap serius Presiden Putrajaya dalam memelihara pusat pentadbiran itu. Itu pun kalau Tan Sri Aseh benar-benar ikhlaslah dalam pengumuman di Facebook semalam.

Tapi... disebalik apa yang berlaku...

ULAMA ATAU MARINA MAHATHIR YANG KARUT?

a2

Kata bidalan orang Melayu, “di dalam setandan pisang, sudah tentu ada sebiji yang busuk”, dan begitu juga di dalam sesebuah keluarga Tun M di mana salah seorang dari anaknya yang berbeda ideologi, corak pemikiran dan kadang-kadang agak jauh terkeluar dari ruh Islam.

Siapa tidak kenal Marina Mahathir, anak sulung mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. Dia terlibat dengan himpunan Bersih, menyokong gerakan LGBT, orang kuat “Sister In Islam” yang bersyubhah pandangannya dari Islam di negara kita dan kini dia “buat hal” sekali lagi.

Terbaru, Marina menyanggah pandangan para ulama muktabar di negara kita yang mengatakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat memberikan banyak kelebihan kepada umat Islam. Malah Marina dalam kenyataannya di laman Twitter mengatakan bahawa cuti pada hari Jumaat adalah karut!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!