Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, December 2, 2014

YA ALLAH..! SAYA RAYU BANTU PAKCIK DAN MAKCIK DI KODIANG NI... TOLONGLAH...

Betullah. Tak kena kat kita, maka kita mungkin buat tak peduli. Tapi kalau kita letak diri kita pada tempat mereka yang kurang bernasib baik ni... rasany belum tentu kita boleh survive...

Sebak hati saya baca kisah makcik dan pakcik ni... Depa orang Kodiang...satu hari pada tahun 2012, pakcik ni accident kat Pendang... sejak tu pakcik ni terlantar sakit...lumpuh seluruh badan...

Demi kasih sayang seorang isteri pada suaminya, makcik ni la yang jaga pakcik tu sampai sekarang. 

Lebih menyayat hati...

 

Makcik tu sampai terpaksa tebalkan muka berhutang demi nak beli susu dan lampin untuk suami tersayang yang lumpuh tu... sapa yang ada adik beradik atau saudara mara yang lumpuh mungkin tahu keadaan perit bila jadi macam ni..kan?


Jadi, saya berbesar hati memohon pada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia ni... dari Perlis sampailah ke Sabah...saya mohon sangat-sangat... dengan rasa ikhlas, hulurlah sikit rezeki yang kita terima pada pakcik dan makcik ni...

Saya yakin, Allah akan membalas budi baik sesiapa yang prihatin pada nasib malang pakcik dan makcik tu... kalau tidak di dunia..mungkin di akhirat...

Juga saya merayu pada para pemimpin di Kedah... tak kira la apa fahaman politik.. supaya turut memberi bantuan sewajarnya pada pakcik dan makcik ni... tapi rasanya tak payah la ajak wartawan sekali...kan? Cuba contohi Khalifah Umar Al-Khattab RA... 

Semoga kedua pakcik dan makcik ni mendapat rahmat, diberikan kekuatan, dikembalikan kesihatan dan diberkati Allah SWT... Wallahua'alam...


No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!