Musibah yang berlaku di kebanyakan tempat di Pantai Timur semakin teruk
dan sangat-sangat memerlukan pertolongan serta bantuan daripada seluruh
rakyat Malaysia.
Keadaan banjir itu dikatakan antara yang terburuk dalam tempoh hampir 43
tahun di sesetengah tempat seperti di Kuala Tahan, Kuala Krai dan Gua
Musang.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, pelbagai cara boleh kita salurkan
untuk membantu mereka dalam meringankan beban yang sedang ditanggung.
Ini kerana yang pasti kemusnahan harta benda, malah kehilangan nyawa
sedang berlaku di sana.
Antara cara yang boleh disalurkan adalah dengan menghulurkan sumbangan
berbentuk wang ringgit, keperluan asas dan sebagainya. Bolehlah untuk
sama-sama menolong mana yang terdaya.
No comments:
Post a Comment