Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, December 3, 2014

UMNO KEDAH MEMANG DAH LAMA REMAJA DAH... MANTAP DAFTAR PEMILIH!

Lepas PAU2014, ramai yang dok sebut "peremajaan parti". Boleh kata tiap-tiap hari saya dengar nak remajakan UMNO, termasuk la di Kedah ni...

Tapi di Kedah ni saya rasa tak perlu risau sangat tentang peremajaan UMNO...

Sebab? Sebab saya selalu cuba dapatkan feedback dari rakyat Kedah ni... Kalau tanya pemimpin, mungkin la depa akan kata semuanya elok... tapi dari sudut pandang rakyat Kedah? Sebab tu saya dapatkan jugak feedback dari rakyat... tak salah, kan?


Baru-baru ni Datuk Seri Mukhriz ada sebut pasal peremajaan UMNO Kedah ni... rujuk kat sini..

Taktau lah pada pandangan orang lain macamana. Tapi pada pandangan saya, UMNO Kedah ni dah mula diremajakan semula sejak Mukhriz jadi Timbalan Pengerusi Perhubungan dulu...

Masa tu, Tok Bashah jadi Pengerusi, Mukhriz jadi Timbalan... kedua pemimpin utama UMNO Kedah ni la yang mulakan gerakan meremajakan UMNO Kedah...

Lepas PRU ke-13, Mukhriz take over UMNO Kedah dan jadi MB... Tok Bashah pulak jadi Timbalan Menteri dan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah... serasi dan seimbang dari sudut kepimpinan dan keremajaan parti...

Dari sudut kepimpinan, bila UMNO ditadbir oleh seorang Pengerusi yang masih dikategorikan sebagai muda, maka automatik UMNO jadi "remaja" semula... kan? Heh! Banyak gerakan ikut selera orang muda laaa...

Dari sudut perlaksanaan, mendekati golongan muda ni agak mudah bila kena caranya. Antara cara yang digunakan ialah dengan pendekatan agama dan bola sepak. Orang Kedah memang lain macam sikit bila sentuh pasal dua perkara ni...kan?

Dari sudut pengimejan parti, keremajaan UMNO nampak on progress dan mungkin boleh dikatakan lebih advance di Kedah.

Lagipun, ada orang kata... jentera UMNO Kedah memang hebat dah sekarang ni.. kalau PRU 14 buat esok pun gerenti boleh menang majoriti 2/3... kuat gila UMNO Kedah sekarang ni...

Cuma saya tak berapa pasti la berapa ramai yang dah didaftar UMNO untuk Daftar Pemilih... saya tak dapat data atau statistik daftar pemilih kat Kedah ni... maklum la.. saya bukan kerja dengan UMNO Kedah pun... mungkin lebih ramai dari DAP.. DAP sikit ja kat Kedah ni...

Dan satu lagi.. saya tak sure pasal pindah pusat mengundi tu.. data pasal perkara tu pun saya tak tau... semua data tu sulit kot kalau tak silap saya...

Shabery Cheek kata, menang atau kalah UMNO pada PRU14 nanti bakal ditentukan oleh daftar pemilih... basically saya setuju jugak la dengan apa yang Shabery kata tu... daftar pemilih ni memang penting pun...

Kalau dok sorak saja... tapi bila time mengundi nanti yang dikira hanyalah UNDI.. bukan sorakan, kan? 

Jadi saya serah la pasal daftar pemilih dan pindah pengundi tu kat UMNO Kedah. Depa dah lama dah handle semua tu...saya yakin depa boleh buat... kalau kata PRU14 gerenti Kedah menang 2/3, dah tentu la daftar pemilih kat Kedah ni mantap...kan? Heh!

Semoga rakyat Kedah senang bila BN menang... 


No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!