Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, December 3, 2014

TAK HABIS LAGI PASAL "BLOGGER BANGANG"???

Ramai jugak kawan-kawan saya yang tanya, saya marah ke bila PM kata blogger yang serang pemimpin UMNO tu sebagai "bangang"? 

Saya senyum je... maklum la... kawan-kawan maya kat internet ni tahu saya kerap jugak tulis pasal pemimpin UMNO terutama di zaman Pak Lah dulu... kan?

Okay la...saya explain la sikit pandangan saya...


Sebetulnya, blogger pro-UMNO ni memang tak wajar serang pemimpin UMNO.. apatah lagi kalau mereka bekerja dengan UMNO... kalau tak kerja dengan UMNO pun kami tak wajar serang pemimpin UMNO...

Pendekatan saya, kalau saya nampak ada yang tak kena, selalunya saya akan tegur ikut saluran. Cara dalaman...ikut saluran yang betul... minta tolong kawan-kawan sampaikan buah fikiran saya...

Kalau takde respon dan pandangan saya tak didengar, saya boleh buat apa? Buat bodoh je laa...kan?

Siapa saya nak tegur pemimpin? Apa kelayakan saya? Saya ahli UMNO tidak berjawatan besar...mana layak nak tegur pemimpin UMNO kat cawangan ke..bahagian ke... saya takdak jasa apa pun pada UMNO ni... lain la pemimpin-pemimpin UMNO...kan?

Pasal teguran PM kat "blogger bangang" tu, itu terserah pada PM la. Saya yakin, PM ada asas untuk kata macam tu. Dan paling saya yakin, PM tak tuju pada semua blogger pro-UMNO. Hanya segelintir yang melampau sangat tu...tu yang PM tegur kata "bangang" tu...

Jadi, blogger mana yang dimaksudkan tu #mohonterasa... heheheheeee... no offense bro! Ask him whom did he regards the call...

Nak kritik tu boleh.. tapi biarlah membina. Kalau teguran tu tak diendah, jangan la marah...sebab siapa kita nak paksa pemimpin UMNO ikut cakap kita, kan? 

Lagipun, pemimpin-pemimpin UMNO ni kebanyakkannya boleh dikatakan hebat-hebat belaka. Call tak angkat, sms tak berbalas, wassup kita pun tak dibaca kadang-kadang tu.. nak reply apatah lagi... depa nak dengar kata blogger buat apa? Bukan blogger bantu depa menang masa nak bertanding Ketua Bahagian pun...kan?

Saya tak refer pada PM dan TPM... setahu saya, majoriti rakyat takde hal dengan PM dan TPM... kesian lagi ada la kat depa... depa teruk kerja siang malam untuk rakyat... Sokongan penuh untuk PM dan TPM dari saya...

Gian nak serang jugak? Elok serang pemimpin pembangkang je laaa... lebih afdhal... lebih banyak pincang depa dari pemimpin UMNO... ada yang disahkan meliwat pun... sebat bini member pun ada... yang liberal, plural, syiah pun ada....so? Tunggu apa lagi?

Pada saya, perjuangan belum selesai... kita perlu dapatkan kembali 2/3 majoriti... demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu... kita harungi perjuangan ini sama-sama... politic is still politic, tapi Islam tu lebih utama... Islam di atas, politik di bawah... Allahu Akbar!

4 comments:

kluangman said...

Bro...saya jangkakan bloggers bangang tu yang dimaksudkan Najib termasuk anda sendiri.

Jika persepsi mengatakan ianya dituju kepada yang melampau sahaja tidak tepat, kalau melampau dan merapu sudah tentu ia tidak mendapat tempat di kalangan masayarakat, kenapa pula Najib risau pasal bloger yang dua kali bangang tu.

Blogger bangang termasuk yang mendapat kemudahan kerajaan sebelum sekarang dan selepas ini seperti Tun Mahathir, AKJ dan beberapa nama lain lagi.

Kesimpulannya memanggil blogger bangang atas alasan perkataan itu baru dipelajari dari isterinya sendiri...menunjukkan Najib 'lost' dan sudah mula goyang.

Jika ada bloggers kembali ke pangkal jalan seperti anda..ia hanya bersikap sementara..selepas ini jika Najib sendiri terus 'lost'...bloggers-bloggers bangang akan bangun semula.

Masa tu Najib baru sedar siapa yang bangang sebenarnya.

Anonymous said...

Tun M bukan blogger upahan umno kut.
PM bengang sebab bloggers dan rakyat kritik semua tindakan dia dari 1mdb hingga ke hadap unci cina.
Sudah sudah la..

sesejuk mata memandang said...

Tak habis lagi cewrita pasal blogger 'bangang' pada Najib mudah je kalau tidak mahu blogger tikam belakang , buat kerja baik-baik , dapatkan nasihat dari alim ulama, dapatkan pandangan dari bekas pemimpin dan paling penting dengar suara kehendak rakayat ahli UMNO. Contoh : jika rtakyat rasa tidak sesuai Rosmah bersama Najib dalam majlsi resmi kerajaan , jika ikut sama pun , jangan diper'tonjol'kan rosmah lebih dari Najib. Kerana bukan semua rakyat suka dengan Rosmah dan cara penampilan nya sebagai isteri ketua kerajaan .. lagi pun rakyat sebenarnya telah diajar dari duludan rakayat juga ptelah dipertontonkan oleh mantan pemimpin terdahulu dimana iosteri2 mereka cuma bergerak dibelakang tabir, tiada publisiti terlampau dan sebaginya.

oly JKAS said...

Ok lah, apa2 pun nk kritik ,kritik lah tp brlapik lah sikit, jgn hntam kromo ,ada satu ketika aku smpai mals nk bca tulisan anda, sbbnya mcm nilah, kutuk rapat mcm lah kerajaan xbrjasa lgsung .pada hal perosak pemikiran rakyat adalah puak sebelah yg brhati busuk, lbih busuk dr longkang..yg tu korang buat derk jer kn..mmg patutpun kalo d gelar bangang ker atau yg sm taraf dgnya..agak2 la bila nk komen .anda pun bkn xtau sume bnda ni kan

Bila Kak Su Bersuara... Heh!