Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, December 7, 2014

#PASMA: PENDEDAHAN BERANI MATI PENYOKONG PAS..!!!


Gerakan yang mendakwa melakukan pembersihan PAS menghangatkan lagi kemelut dalaman parti itu apabila mendedahkan sebuah rakaman video yang dikatakan mengandungi kenyataan mengenai dalang sebenar di sebalik PasMa.
Menurut admin laman Facebook gerakan tersebut, El-Haraki, suara rakaman audio berkenaan adalah milik "Pak Daeng" yang dipercayai merujuk pada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok.
Menurut rakaman audio berkenaan, bekas Exco Kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa merupakan dalang di sebalik penubuhan PasMa yang dilaporkan bertujuan untuk menjatuhkan kepimpinan ulama di dalam PAS.
 
Suara berkenaan turut mengaitkan nama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan Presiden PasMa yang dikatakan cuba merebut jawatan Menteri Besar Kedah dari mantan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!