Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, December 9, 2014

ALI.. TU "KAD POHON SUAKA", BUKAN "KAD SUAKA"... ADA PAHAM KAAA???

aliKecoh di dada media mengenai Ali Abdul Jalil, seorang anak muda yang melarikan diri dari pihak berkuasa setelah berdepan perbicaraan di mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana menghina Raja-Raja Melayu, khususnya Sultan Johor.
Mereka kecoh kerana Ali mendakwa dia sudah mendapat “kad suaka politik” dari negara Sweden, negara yang menjadi lokasi anak muda itu melarikan diri. Rata-rata penyokong Ali gembira dan mengucapkan tahniah pada “ikon” anak muda pro-Pakatan Haram itu.
Tidak tahulah sama ada berpengetahuan luas atau tidak, namun status “kad suaka politik” yang diberikan pihak berkuasa Sweden kepada Ali itu agak meragukan pada pandangan saya.

Menurut sumber, tidak semudah itu untuk seseorang mendapat suaka politik dari sesebuah negara, termasuk Sweden.
Difahamkan bahawa prosedur membuat permohonan “suaka politik” di negara itu agak ketat dan memerlukan masa bagi pihak berkuasa di Sweden meneliti identiti pemohon yang cuba mendapatkan suaka politik di negara tersebut.
Sumber menjelaskan bahawa para pemohon kad suaka politik dari Kerajaan Sweden akan diberikan sekeping resit permohonan dan dalam tempoh beberapa hari kemudian, pemohon tersebut akan menerima sekeping kad yang dberi nama “LMA-Kort” atau “kad pemohon suaka”.
Pemegang kad berkenaan dibenarkan tinggal di Sweden sehingga pemohon menerima jawapan dari pihak berkuasa berhubung status permohonannya. Dengan kad berkenaan, pemohon tersebut diberikan diskaun sekiranya mahu mendapatkan rawatan di pusat kesihatan di sana.
Perlu diingat bahawa kad pemohon suaka itu bukanlah “kad suaka politik” yang disahkan. Ia masih lagi berstatus “permohonan secara rasmi” meskipun rupa kad berkenaan mengandungi butiran identiti pemohon.
Merujuk pada kad yang dipamerkan dengan bangga oleh Ali itu, sumber menjelaskan bahawa kad itu hanyalah “LMA-Kort” atau “kad pemohon suaka”. Jelas sekali “ikon” pro-Pakatan Haram itu belum memiliki suaka dari Sweden!
Jadi, tidak perlulah gebang besar lagi. Tidak perlulah sebut “undang-undang PBB” atau “Perjanjian Dublin”. Kalau status kad pun gagal difahami, tidak perlulah cakap besar dan berlaku angkuh. Allah SWT bukannya suka pada hambaNya yang angkuh pun…
Saya tidak tahu siapa yang beritahu Ali kononnya dia sudah mendapat suaka politik dari Sweden dengan hanya memiliki LMA-Kort.
Mungkin juga beberapa aktivis pelampau Pakatan Haram yang lebih “senior” dan berpengalaman luas pernah melarikan diri ke luar negara yang memberitahu “junior” mereka itu. Isham Rais? Raja Petra?
Justeru itu, sekiranya maklumat sumber berkenaan mengenai prosedur dan kad suaka negara Sweden itu benar, maka jelaslah Ali masih lagi belum “selamat” sepenuhnya dari diheret kembali ke Malaysia untuk dihadap ke muka pengadilan.
Saya percaya, ramai yang “menunggu” Ali kembali ke tanahair dan rakyat Malaysia yang baik pastinya tidak sabar melihat budak muda ini mensia-siakan umur di penjara. Mungkin dia boleh menemani Anwar di penjara kelak? Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Berlagak hebat dan pejuang budak ni. Kalau dia berpangkat atau berjawatan mungkin lagi angkuh dan berlagak.

Anonymous said...

Sebab tu blackoutkan cerita psal dia. Jgn bagi space dlm mana2 ruang berita malaysia. Kalau malaysiakini atau media pembangkang siar, media mainstream harus diam.

Apa yg due berok ni buat ialah utk dpt sympathy mileage. Hasut, provoke then print bukti yg malaysian threat dia. Sebab berok ni kene provide proof yg dorang ni were threathen for existent.

Anonymous said...

Yang jelas dan pasti kerajaan kita tidak begitu berwibawa sehinggakan dua spesis ni berani mencabar sistem kita..apa ? Rugi kah kita kalau kedua mereka kita hapuskan dari senarai warganegara kita? Jgn lah terlalu bacul sangat

Bila Kak Su Bersuara... Heh!