Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, November 17, 2014

TERKINI DI KEDAH..!!! SEGALANYA MANTAPPPPPP..!!!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.... Hari ni, saya tak mau cakap pasal PAS dalam entry pagi ni...saya nak cakap pasal keadaan UMNO di Kedah....boleh tak? Alaaaa... boleh ke tidak ke...saya tulis je laaaa...kan? Heh!

Sejak akhir-akhir ni... saya tengok keadaan politik UMNO di Kedah makin "bagus"... Baling catat rekod paling ramai daftar masuk UMNO... tahniah la UMNO Baling... saya dengar lebih dari 1,200 yang masuk UMNO kat Baling... baguih laaaa....

Saya harap, yang masuk tu genuine UMNO...bukan setakat masuk "kosong" saja. Masuk UMNO kerana sayangkan Islam, Melayu dan Tanah Melayu... bukan pasal jawatan, projek, nak itu dan nak yang ini... tanya diri sendiri apa yang boleh saya bantu UMNO...bukan apa yang UMNO boleh bagi...


Di peringkat negeri, saya dengar UMNO makin "gagah", "kuat", "stabil" dan sangat "meyakinkan". Pendek kata, kalau buat pilihanraya esok pun, dah tentu UMNO dan BN akan menang besar.. banyak kerusi PAS yang dapat ditawan...

Dari sudut strategi daftar pengundi, bilangan pengundi, data pengundi, pindah daftar mengundi, dan segala maklumat tentang pengundi, semuanya dok "dalam genggaman" dah... semua detail..lengkap bersistem...setakat SWOT analisis tu memang "mantapppppp" dan "accurate" belaka!

Dari sudut kepimpinan YAB Dato' Seri Paduka Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir Mohamad, rasanya dah pasti Kedah ni kekal milik UMNO/BN. Pendek kata, Bro Mukhriz memang best... layak jadi future PM kalau nak dibandingkan dengan Anwar Berahim....

Sorry.. saya panggil "Bro" pada Mukhriz sebab dah terbiasa... masa dia lawan Ketua Pemuda dulu dah mula "ter"panggil "Bro"... sekarang ni dah ada title "Dato' Seri"... so kena belajar sebut panggil "Dato' Seri"... sorry Dato' Seri... maafkan saya...

Semua jentera di Tingkat 6 dan 7 bangunan UMNO tu pun semuanya "mantap-mantap" belaka. Semua "under control" dan sedang "bertungkus lumus" buat kerja masing-masing. Memang nama UMNO sedang "gah" di Kedah sekarang ni... idup UMNO..!

Kalau di peringkat UMNO Bahagian, semuanya dah "bagus-bagus". Dah takdak dah gaduh-gaduh. Takdak dah bising-bising. Takdak dah dok kutuk kot belakang. Semua dah dengar kata Dato' Seri Mukhriz... semua sepakat dahhh... baguihhhh....

Dari sudut penerangan UMNO, yang tu la yang terbaik... semua gerak kerja yang UMNO buat lepas Mei 2013, semuanya rakyat tahu... semua yang dilaksanakan di peringkat UMNO Negeri semuanya orang UMNO dapat info... terbaiikkkkk....

Bukan tu saja... semua penerangan tentang apa yang Kerajaan UMNO/BN di Kedah ni buat, semuanya sampai di telinga rakyat...rakyat Kedah di perantauan pun tahu... memang mantap penerangan yang dibuat....

So, jangan dok gatai-gatai usik ka... hentam ka... buat fitnah ka.. tipu ka.. bohong ka.. tulih dalam pesbuk ka.. tulih dalam blog ka... atau dok sebar kat whatsapp atau telegram dok hentam UMNO Kedah ka... Dato' Seri Mukhriz ka atau sebarang kepentingan UMNO di Kedah... 

Bukan apa... semuanya dok dalam keadaan terbaik. Jadi jangan la dok hentam pulak, kan? 

Kalau dengaq apa-apa yang tak elok tu tak payah hentam. Cerita direct kat depa... kalau depa tak layan, kita perlu senyap dah la... kalau depa tak balas, jangan kutuk...kita perlu faham depa tu sebok, busy.... jangan risau...semuanya under control....

Apa yang jelas sekarang lepas UMNO/BN menang di Kedah, rakyat pun dah jadi senang... bak kata slogan sebelum ni...yakini UMNO/BN... "BN Menang, Kedah Senang"... kan? 

Sekian saja apa yang saya dengar dari beberapa rakan. Ada sesapa nak bangkang? Wallahu'alam. 

2 comments:

Anonymous said...

ya memang Mukhriz jenis orang yang buat kerja. Ada hikmahnya Mukhriz tak menang jadi Ketua Pemuda dulu jadi dia ada masa dengan Kedah. Teruskan perjuangan demi kebenaran tolak fitnah dan dengki Pakatan dengan jasa kepada rakyat dan agama. Kedah Seratarata

Anonymous said...


Nampaknya coretan admin boleh diterima selepas BN kembali di Kedah yang paling jelas KUIN aman, senyap sepi tidak seperti sebelum PRU13 bermacam2 masaalah heboh seluruh dunia.Kini senyap sunyi takniah Dato Sri MB. Buakn itu saja malahan boleh dikatakan pembangunan disana sini cuma kami PETANI2 mengharapkan sedikit perhatian dari Dato Sri.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!