Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, November 17, 2014

SAMPAI BILA NAK JADI MANGSA PENIPUAN POLITIK???!!!

Dalam mengejar kuasa dan politik, kita kadang kala terlupa pada dosa dan pahala. Masing-masing rasa macam akan terus hidup dalam dunia, tapi lupa bahawa mati itu pasti... bila mati esok, maka dah tentu akan dihisab di depan Allah SWT kita...kan?

Apa perjuangan kita? UMNO? PAS? PKR? DAP? Apa? Kalau dirujuk dalam perlembagaan parti, rasanya semuanya elok-elok belaka... kecuali DAP la kot... sebab parti tu tak berteraskan Islam...tapi UMNO, PAS dan PKR semuanya ada sebut Islam, Melayu dan Tanah Melayu...

Bezanya bila perlaksanaan dasar. Dasar dan perlaksanaan memang berbeza. PAS boleh dilihat di Kelantan, Kedah dan Perak (setahun saja). PKR boleh dirujuk di Selangor. DAP di Pulau Pinang. UMNO/BN pula rasanya semua dah pernah rasa, tengok dan tahu secara kasar..kan?

Tapi semua tu hanyalah perkara dunia.. kadang kala, terpesong dari apa yang disampaikan Rasulullah SAW. Maklumlah...kita semua manusia... banyak khilaf kita... kadang kala kita berdosa tanpa kita sedar... saya secara peribadi memohon ampun dan maaf... maafkanlah saya....

Paling penting, kita perlu berani berubah. Bro Muhkriz dulu pernah bawa slogan "Berani Berubah" masa nak lawan Ketua Pemuda UMNO. 

Cuma pada saya, berani berubah dari sudut politik saja tak cukup. Kita perlu berani berubah ke arah ajaran Islam sebenar. Alhamdulillah, saya tengok Mukhriz pun berani berubah ke arah Islam... dah berjinak-jinak berpakaian sunnah walaupun ada yang kata kat dia macam-macam...


Saya cuma mampu mengajak ke arah perubahan yang diredhai Allah SWT. Nak ikut serta atau tidak, terserah... Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu yang sanggup mengubah diri mereka sendiri...kan?

Dalam kita dok sebok berjuang politik, jangan lupa berjuang untuk hidup kita di akhirat kelak. Hidup di akhirat tu sebenarnya yang kekal abadi... Dunia ni kita singgah sementara saja... Jadi, jangan jadi mangsa penipuan politik... nanti merana pula di akhirat... Wallahu'alam...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!