Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, November 30, 2014

#PAU2014 DAH HABIS... SO? APA KESAN?

#PAU2014...
Dah habis PAU2014... nanti jumpa pada PAU2015 pulak, insyaAllah...

Saya taktau nak komen macamana untuk PAU2014 ni... nak kata panas sangat tu takde la.. cuma... hmmmm... takpe lah... heh!

Apa? Takpe..takpe... heheheee.. Cuma....ada la sikit nak tulis ni.. my 2 cents opinion...


Saya harapkan apa yang dinyatakan kali ni, tidak lagi perlu dinyatakan pada PAU2015... 

Maksudnya, apa yang Presiden, Timbalan Presiden dan perkara bernas yang dibahaskan pada PAU kali ni TIDAK MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI...

Bukan apa.... saya dah "cemuih"... boring dengan retorik... dah pesan macam-macam dah pada PAU sebelum-sebelum ni... tapi perubahannya ciput sangat... khususnya di peringkat bahagian dan cawangan...

Kalau belah atas saja yang nak berubah.. tapi yang kat bawah tu dok macam tu jugak takmau berubah... payah laaa..kan? Takkan la nak kena paksa turun kot... malu wooo... 

Kalau rasa tak berapa nak relevan dan ada individu yang lebih baik, elok serah je laaaa..kan? Turun bukan bererti kalah... turun bukan bererti tak reti memimpin... tapi turun demi memastikan parti sentiasa segar dan bergerak ke hadapan...

Sebelum ni saya nak masuk UMNO disekat kat satu cawangan di Alor Setar... sampai terpaksa masuk UMNO kat cawangan lain di bahagian lain... saya tak aktif pun kat cawangan tu.. sebab? Sebab cawangan saya memang takdak pemuda... hahahahahaaa...

Lagipun, cawangan yang saya masuk tu okay jaaa... takdak cantas mencantas... sebab tu saya senang ja masuk cawangan tu... masa Ketua Cawangan meninggal dunia, takdak pun perebutan jawatan... sebulat suara lantik seorang Ustaz jadi Ketua Cawangan....

Saya harap... cawangan dan bahagian berubah laaaa... udah-udah la tu... saya bernasib baik dapat lepas daftar masuk jadi ahli UMNO... berapa ramai lagi kawan-kawan saya yang kena sekat sampai depa dah boring...

Saya pernah saksikan seorang anak muda, seorang lawyer, penyokong tegar Tun M dan Mukhriz, ada ideologi, ada semangat, ada vision... tapi dicantas oleh seorang Ketua Pemuda Cawangan yang kurang berpendidikan dan jual surat khabar tepi jalan....

Bukan la nak hina Ketua Pemuda Cawangan tu... mamat tu ada pengaruh sebab dia dah lama kat cawangan tu.. caranya ialah cari jersi, cari bola dan tolong beli ayaq kat budak-budak main bola kat cawangan tu... tu ja... pengisian? Zero...heh! Senang je lawyer tu kalah...kan?

Saya harap perkara tu tak jadi lagi lepas ni...

Pada saya, seeloknya lawyer tu diberi peluang pimpin Cawangan Pemuda tu.. kalau dia gagal dalam tempoh sepenggal, lantik la yang baru... yang penting ialah pengisian jati diri anak muda pada perjuangan UMNO... bukan bola... kalau nak bola pi masuk persatuan bola sepak laaa...kan? Heh!

Next time saya tulis pasal jati diri dalam perjuangan UMNO yang kian hilang pulak... okay.. Wallahua'alam...

2 comments:

SolitaireHunter said...

Kang Najib kata blogger pro-umno 'bangang' marah pulak..

Anonymous said...

Tuan blogger,
selagi tak di pinda perlembagaan parti..ape yg nak diremajakan??!!..adakah berucap 10 minit sorang..parti bole diremajakan??!..tak payah laa nak beretorik..pinda perlembagaan parti tu dulu..kekadang tu betul gak kata ts musa hitam..sesekali perlu gak kurang ajar sbb kepimpinan parti beku pemikiran...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!