Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, November 23, 2014

INI IKON ORANG MUDA YANG SEPATUTNYA KJ JADIKAN CONTOH...!!!

Dekat-dekat PAU2014 ni, antara topik paling panas ialah KJ... depa kata KJ ni "cool"... "stylo"... "ensem"... "cerdik".... sebab tu depa suka KJ... 

Oooo.. lagu tu cara depa nilai KJ... Bukan dengan cara menilai performance KJ dalam Pemuda UMNO... dalam kabinet....depa nilai cara "glemer" rupanya.... awat? Dengan jadi "glemer" maka Pemuda UMNO akan kuat?

Macam-macam KJ dah buat... antaranya pakai stoking pink... pakai boots Doc Mart dengan baju batik sambut Menteri Indonesia kat pejabat dia... jadi askar wataniah... apa lagi? Jadi model... lagi? Drebar teksi...lagi?


Yaaa... saya akui KJ ensem...lebih ensem dari saya.. kaya raya... pakaian jenama mahal...saya pakai bundle jerr.. ada jawatan besar dalam UMNO dan Menteri... popular... glemer... stylo... cerdik.. ya... betul...

Saya cuma nak tanya sikit...

Ingat lagi tak jeritan "KJ rasuah! KJ rasuah! KJ rasuah!" berulang-ulang kali sejurus selepas dia menang Ketua Pemuda UMNO tewaskan Mukhriz dulu? Itu pun "history" jugak tu... "cool" tak?

Itu baru sikit je "kenangan terindah" yang agak "stylo" berkenaan KJ... malas nak ungkit sebab budak-budak sekarang ni mudah terpesona dengan kosmetik dan retorik...

Sejak KJ jadi Ketua Pemuda UMNO..Berapa juta orang yang join Pemuda UMNO? Ada 2 juta macam Hari Belia tu tak? Agaknya anak-anak muda pilih join Pemuda UMNO atau join Pemuda PAS, AMK or DAPSY? Apa yang "wow" masa KJ jadi Ketua Pemuda?

KJ lead KBS... err... nak tanya sikit... apa benda yang "wow" berlaku dalam sukan sejak KJ take over KBS? Chong Wei "kantoi" dan tak sedar dia guna ubat (drug) yang salah? Lepas tu Harimau Malaya layak sertai Piala Dunia? Olimpik lepas tak? Suka Sea dapat pingat apa?

Takraw pulak macamana? Hoki? Badminton pulak bila last jadi juara Piala Thomas? Cuba sebut sukan yang dulu kita top dan KJ jadikan lebih top... ada? Nicol dah jadi juara sebelum KJ jadi Menteri lagi... ada tak?

Maaf KJ... saya bukan nak perlekeh saudara. Saya hanya bertanya. Just nak ingatkan KJ bahawa berat dan besar tanggungjawab jadi Ketua Pemuda dan Menteri di zaman sekarang ni... glemer tak semestinya bagus... kulit je cantik, dalamnya busuk...buat apa, kan?

Walaupun saya bukan perwakilan, saya saran dan nak cadangkan pada KJ... dari dok sebok berzumba buat dosa kering tengok pompuan seksi pakai baju ketat terdedah... elok la buat kempen ajak anak muda masuk UMNO... ajak depa berjuang bersama Pemuda UMNO... selami perjuangan...

Dari dok sebok cari idea baru nak jadi stylo, baik perah otak keluaran Oxford tu supaya kembalikan kegemilangan Pemuda UMNO macam zaman arwah Dato' Senu, Datuk Harun... tak payah la refer zaman Dato' Hishamuddin... berpinau mata keris tu dia cium, lepas tu mintak maaf... haru...!

Saya ni bukan apa... kesian kat Pak Mertua KJ tu... Pak Lah tu anak ulama tersohor tu... jangan malukan ulama dengan kriteria yang keterlaluan... bergaya boleh...tapi biarlah bersesuaian... jangan over pulakkk...

Saya harap Tuan KJ terima dan tak marah dengan saranan saya... saya nak tengok KJ berubah... KJ perlu berani berubah macam Mukhriz... saya tak kata Mukhriz tu hebat... dia pun ada kelemahan..KJ perlu jadi diri KJ sendiri... tapi jangan la dok buat benda tak sesuai macam sebelum ni... boleh?

Kalau KJ nak ikon... saya boleh beri satu ikon terbaik yang KJ wajar contohi... sila rujuk di sini untuk ketahui ikon yang sepatutnya KJ contohi...


3 comments:

Anonymous said...

Den dr dulu lai memang tak bokonan sgt dogan bdk kj ni!!stylo konon!!kojo hampeh begayo ngalahkn artis!!otak eh den tgk mcm liberal yo!! Cam gini pemimpin maso dopan? Punah abih den ghaso!!

Anonymous said...

Datok Norza yg terloncat2 untuk badminton tu pun contoh kaki bangku nak jaga sukan.

nam datok terloncat2 mcm monyet di India..finally kalah buat malu.

Nak jadi pemimpin minda steady, yg terloncat2 tu pengikut

Anonymous said...

Bro kalo stakat atlet nyer performence ko jdkan benchmark x ckup kuat la.. Sukan ni atas performence dan komitmen atlet.. menteri x campor tangan naik turun atlet.. dia bertanggungjawab melengkapkan fasiliti dan sediakan platform untuk atlet.. kalo prestsi atlet kureng jgk salah menteri ke??

Tgk dari sudut fsiliti dia sediakan, dari sudut event belia dia buat.. dari sudut tarik minat golongan muda ramai yang makin positif terhadap BN... so.. ade ke "IKON" yang lain dalam UMNO/BN dapat tarik perhatian golongan muda?????????????? kalo xde xpayah la nk hentam KJ sangat.. usaha dia masih bawa kebaikan kepada BN jgk.. menteri lain ade???

cara blog ni pertikai nampak je macam neutral tapi sebnarnya nampak sangat anti KJ.. knapa ye???? memang ade gerakan jatuh-menjatuhkan ke dalam UMNO nie????... :)

Bila Kak Su Bersuara... Heh!