Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, November 18, 2014

FESYEN KJ KASI GEMPAR HARI NI... "COOL" KE? ISHHHH...!!!

Hari ni kecoh lagi pasal KJ... Memang mamat ni suka glemer... KJ ni sama umur dengan saya... tapi nampaknya ada perbezaan ketara dari sudut prinsip, cara hidup dan pandangan.... 

Sebelum ni, dia pakai stokin pink dengan kasut kulit... memang kecoh habis... ramai yang terpengaruh... siap puji lagi...

Hari ni, lain pulak style dia....

Dia pakai boot Doc Mart kaler merah...berbaju batik ketat... seluar jeans ketat... lepas tu selamba je sambut tetamu yang merupakan rakan sejawat dia dari Indon....

Dia upload gambar tu kat Facebook... ramai orang puji dia.. kononnya "stylo"... bergaya... hmmmm...macam-macam...


Sorry... saya berbeza sikit pandangan... tak salah, kan? 

Sorry la bro.. bila saya tengok gambar KJ tu, terus terlintas kat otak... "Bila KJ nak pakai spender kat luar macam superman tu?".. naik menyampah pulak tengok...heh!

Bukan pasal saya tak suka KJ... pada saya, apa yang KJ pakai tu tak sesuai... ni bukan soal protokol atau tidak... ni soal maruah Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia...

Kalau tak silap saya, tetamu tu hadir dalam lawatan rasmi, sebab tu depa jumpa di Pejabat Menteri. Kalau tak rasmi selalunya kat kedai mamak ke..kat coffee house ke... 

So, malu la bergaya tak kena tempat macam tu... apatah lagi kat depan tetamu dari negara jiran... nanti depa kata tak hormat depa pulak, kan? Macam tak serius....tak formal...

Jadi, biarlah sopan dan kena pada tempatnya kalau nak bergaya sekali pun, kan? Itu pandangan pertama saya...

Keduanya, tak matching la boot Doc Mart tu dengan baju batik... kaler tu dah matching, tapi kurang sesuai. Doc Mart tu selalunya sesuai dengan jeans ketat, baju t-shirt dan jaket ala-ala punk... Tak pun, jeans dengan t-shirt pun dah cukup... kurang sesuai di pejabat...

Bukan la saya ni anti-establishment atau anti-stylo... pada saya, nak stylo pun, biarlah kena pada tempatnya. Konsep adil dalam Islam ialah bertindak kena pada tempatnya... bukan bertindak sesuka hati...rujuk la dulu pada gaya kehidupan seorang Islam...kan lebih baik...

KJ tak dinafikan menjadi contoh pada anak muda... kalau perkara yang salah dia buat, tapi digambarkan seolah-olah betul...maka perkara yang tak betul jadi betul...

Saya tak berhujah dari sudut aurat... pakai spender kat luar macam superman tu pun menutup aurat jugak, kan? Saya hanya berhujah dari sudut kesesuaian... kewajaran... kena pada tempatnya... itu saja...

KJ...nak jadikan generasi muda sekarang ni rosak memang mudah... nak jadikan generasi muda ni berguna pun senang jugak... jadi pilih yang mana hang nak... harap hang pilih yang betoi dan sesuai mengikut Islam... boleh?

P/S: KJ... hang nak budak-budak ikut hang, biarlah ikut perkara yang baik dan elok... yang tak baik tak payah dok tunjuk la... kalau depa ikut nanti kami tuding jari kat hang...boleh lagu tu?

7 comments:

Anonymous said...

Spesis sampah akan terus dikenali sebagai sampah...walaupun umur aku 25 untuk aku jadikan engkau idola simpang malaikat 44....engkau dgn anwar sama je cuma lain nama je.....

Anonymous said...

Salam Bro,tulah kalau lantik menteri yang belum matang.Nakkan galemer aje.Hasil nya abuk pun tarak.Najib perlu lihat perkara ini.

Anonymous said...

Dari dulu masa zaman Pak Lah lagi sudah banyak kontrovesi yang yang dibuat dgn geng2 tingkat 4.

Seperti contoh mudah masa zaman itu di mana suara DR.M dipadamkan oleh media perdana. Masa ni zaman siapa??

Alhamdulillah dengan teknologi yang sedia ada serta peranan blogger yang banyak menyalurkan maklumat sehinggalah berlaku pertukaran pemimpin dari PakLah ke DSN.

KJ tidak dinafikan berpengetahuan serta petah bercakap. Itu kelebihan beliau.

Walaubagai mana pun didalam UMNO dan juga MP UMNO ramai juga yang boleh bercakap dan bijaksana serta berpegalaman dalam semua hal.
Tapi gagal mendapat tempat dalam kabinet DSN.

Ini kerana mereka-mereka cuma tahu buat kerja dan bersama masyarakat setempat. Mereka-mereka ini juga tidak mendapat liputan media perdana.

Kita lihat siapa yang pandai manipulasi media memang akan cepat naik. Walau pun baru setahun jagung berpolitik..

Waktu kini kita lihat dan merasai sendiri banyak perkara berlaku yang tidak sama sekali merasai denyutan nadi rakyat. Saya doakan pemimpin2 sedar akan ini dan melaksanakan betul betul inpirasi RAKYAT biasa seperti saya ini.

Dan bukanlah hanyak pandai bercakap depan TV dan surat khabar tetapi gagal melaksanakannya.

Anonymous said...

yg puji dia semua keyboard upahan...


budaya songsang...
tiada jati diri

Anonymous said...

yg puji dia semua keyboard upahan...


budaya songsang...

Anonymous said...

Hancusssss......

Malaysia jika pemimpin seperti ini yang diangkat.
DSNajib kena tengok para ahli kabinetnya dengan mata hati.

Anonymous said...

Kj taik kucing umno taik lembu

Bila Kak Su Bersuara... Heh!