Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 4, 2014

SURAT TERBUKA BUAT DYANA, RARA DAN MELATI...!


Semalam, 3 orang budak pompuan ni di bawa anak Karpal buat laporan kat SKMM kononnya marah disebabkan seorang penulis telah memberi pandangannya tentang depa masuk DAP di laman portal myKMU.net.

Depa tak puas hati bila Kunta Kinte Malaysia sindir pedas dengan perumpamaan "lebih baik jadi pelacur dari masuk DAP'. Tu yang depa "panas" sangat tu...

Sebagai seorang Melayu dan faham bahasa kiasan Melayu, saya yakin maksud di sebalik penulis myKMU.net tu maksudkan tidaklah sebagaimana yang disangka. Itu hanya perumpamaan yang gagal difahami oleh budak-budak pompuan DAP tu...

Terus terang, saya tak marah kalau budak-budak tu pilih atau masuk DAP. Negara ni negara demokrasi, kan? Masuk la parti Likud kat Israel nunnnn.. ada saya kesah?

Cuma... walaupun saya tak marah, tapi saya cukup kesal depa masuk DAP. Pada saya, dari masuk DAP, lebih baik depa masuk PAS. Kurang-kurang, budak Dyana tu boleh la berjinak-jinak tutup aurat..pakai tudung..kan?

Pasal apa budak-budak ni pilih DAP yang terang-terang tolak agenda mengimarahkan Islam di Malaysia? Kenapa? Adakah budak-budak ni wajar lupakan kepentingan Islam dan lebih utamakan politik?

Hebat sangat ke hala tuju politik DAP? Walau sehebat mana sekalipun, tapi tolak Islam, tolak hudud 100%, tolak Malaysia sebagai negara Islam...politik depa tetap wajib ditolak umat Islam di Malaysia ni...kan?

Sebabnya, apa saja yang kita perjuangkan dalam hidup (termasuk politik), semuanya mesti berteraskan Islam dulu. Kita perlu utamakan Islam terlebih dahulu. Baru la namanya berpolitik secara Islam...kan?

Jadi, apa yang betul sangat masuk DAP dari sudut pandang budak-budak pompuan ni? Kalau dah perkara asas pun depa salah dan tak reti fikir, boleh ke depa ni dijadikan "model" contoh?

Saya tak tau la apa yang dah "digula-gulakan" budak-budak pompuan ni sampai jadi "buta". Tapi terus terang saya katakan, kalau saya ni Muslimat PAS, maka saya akan rasa malu yang amat sangat...

Sebab? Sebab saya gagal tarik depa bertiga ni masuk PAS la.. common sense.. tiga muslimah lebih rela masuk sebuah parti yang tolak hudud berbanding parti yang perjuang Islam... dah tentu la Muslimat PAS rasa terhina, kan? 

Apa buruk benar ke PAS sampai depa takmau masuk dan pilih DAP?

Pada pandangan saya, hina atau mulia seseorang itu bergantung pada peribadi dan amalan kehidupannya di sisi Allah. Kalau pelacur sekali pun, tapi bertaubat dan kembali ke jalan Allah, maka pada saya dia lebih mulia dari orang yang pakai tudung labuh tapi berzina..kan?

3 dara, tiga fikrah berbeza, dan 3 fahaman agama berbeza walau menganut agama yang sama. Sorang berniqab, sorang bertudung dan sorang lagi "free hair". Lagu mana tu? 

Gen Y ni berani menongkah arus? Tu bukan berani namanya. Pada saya, itu langkah tak berpaksikan Islam sebagai asas. Kalau dah berani menongkah perjuangan holistik, apatah lagi perjuangan kebangsaan dan lain-lain... hancussss... boleh dikatakan goyah jati diri Islam, Melayu dan Tanah Melayu!

Jadi, saya sarankan supaya Dyana, Rara dan Melati fikir betul-betul. Tak perlu masuk UMNO. Masuk PAS pun tak pa... asalkan jangan DAP atau PKR. Dua-dua parti tu lebih kurang je macam adik abang. Satu tolak perjuangan Islam di Malaysia, satu lagi dok gila nak jadi PM...

Saya tegur bukan sebab saya dengki depa masuk DAP. Saya tegur sebab 3 dara tu saya yakin beragama Islam dan automatik kira kita ni saudara seagama. Jadi, saya cuma tunaikan tanggungjawab saya untuk menegur supaya belajar fikir berpolitik cara Islam, bukan cara berpolitik membelakangkan Islam...

Harap Dyana, Rara dan Melati faham... 

12 comments:

HassanNik said...

Setuju Sangatlah Dengan Pandangan Penulis Surat Terbuka Ini. Mungkin Mereka Bertiga Tu Dari Dolu-Dolu Lagi Dah Tak Gemar Dengan Politik PAS Dan Hudud, Dan Rasa Tak Kelas Pula Nak Mengikuti PKR Tapi Oleh Kerana Nak Turut Juga Membangkang Maka Jadilah Ahli Yang Terasing Di DAP, Parti Pembangkang Yang Didominasikan Oleh Kaum Cina Yang Bercita-Cita Besar, Dan Merancang Untuk Merealisasikan Cita-Cita Besar Mereka Itu Melalui Melayu-Melayu PKR Dan PAS Dan Segelintir Melayu-Melayu DAP Sendiri, Termasuklah Melayu-Melayu Perempuan Seperti Mereka Bertiga Itu.

Anonymous said...

Wahai 3 dara pingitan gen y. Bukan berani tp buta tuli.. Benar.. Lebih baik pas.

Labu8455 said...

Persoalannya sekarang cina cina DAP dari spesis "pekat" ni boleh terima ka perempuan perempuan Melayu ni semua terutamanya yang bertudung macam ninja tu. Dia orang ni dah buar silap besar dan masa saja yang akan menyedarkan mereka nanti walaupun ketika itu mungkin sudah terleawt untuk berpatah balik kepangkal jalan.

Anonymous said...

Bodak-budak bodoh ni cuma nak cari publisiti murah. Diusung sana sini oleh DAP, diberi liputan oleh media termasuk The Star (saya cadangkan agar orang Melayu boikot The Star kerana nampak macam depa nak promote DAP lebih dari MCA).

Hoi budak-budak bodoh sedarlah kesamarataan bukannya keadilan. Kalau dihapuskan hak keistimewaan kaum Bumiputra alamatnya semua peluang2 orang2 Cina yang sapu kerana mereka dah ada supply chain sejak berkurun lamanya. Adalah lebih baik kau orang jadi usahawan supaya dapat mengimbangi penguasaan ekonomi orang2 Cina di Malaysia daripada menjadi barua DAP.

Adakah Guan Eng demokratik apabila ditegur sedikit oleh councillor PAS terus bertindak menggantung jawatannya. Sedangkan apa yang ditegur olenya adalah satu kebenaran iaitu Guan Eng amat mesra pemaju perumahan mewah di Pulau Pinang hingga habis bukit ditarah sedangkan perumahan mampu milik kerajaan persekutuan pun dihalang (tidak dapat kelulusan lebih dari 4 tahun). Guan Eng sebenarnya mengamalkan pemerintahan kuku besi ala diktator.

Amekkaw said...

Yang jelas, DAP menjinakkan 3 dara ini bukan sebab Islamnya mereka, tetapi kerana mereka Melayu...1 mewakili golongan Melayu Liberal, 1 wakil kontemporari dan 1 wakil kepada golongan orthodox. Cuma 1 golongan dara Melayu lagi yang belum direkrut oleh DAP iaitu golongan dara radikal ( rambut perang, pakai skimpy, booby-boops, hisap rokok & minum beer,leisure-fare, tag-line "I am not actually Malay, but my mum & dad are white mixed...bla bla, I just came back from oliday oversea, visiting my Spanish boyfren..bla bla" ).

Apa-apa pun DAP akan tetap merekrut lebih ramai dummies, bukan setakat 3 dara diatas.

Anonymous said...

Dok publisiti depa yang bahlol ni wat pa. Ratus ribu anak muda melayu lagi segak dalam Puteri ma....

Anonymous said...

Buta hati!!!

Kesesatan yang nyata yang tak dapat dilihat oleh mata hati mereka...

Kita takut samada Allah telah matikan hati hati mereka..Nauzubillah...

Semoga Allah beri mereka hidayah..

Anonymous said...

salam...bsut ysng mengerti, mereka akan memahami butiran ulasan penulis. terima kaseh dan amat berbanga dengan ketabahan penulis. namun gen y amat sukar di tafsirkan kerana mereka berjuang tanpa hala tuju seolah mereka hanya berfikir untuk hari ini sahaja,tidak esok,tahun depan atau untuk anak-anak mau pun cucu dia orang..sedangkan pejuang terdahulu memikirkan jenerasi akan datang berbanding diri sendiri...


Anonymous said...

Dah sah sah hampa ni jenis bangang.sia sia mak pak hampa bagi pelajaran .

Anonymous said...

Tak lama lagi 3 pompuan ni akan menyesal la tu...masa tu jangan nak layan pompuan 3 ekor. Pandai2 la 3 ekor tu nak teruslan hidup.

Anonymous said...

Betina Melayu masuk pertubuhan Cina dan ramai jantannya yg tak sunat kalau bukan melecur..... apalah agaknya?

Saja tanya...

Anonymous said...

Dulu Melayu cari Cina untuk dijadikan 'Cina Buta'(Pak Sanggup).
Sekarang Cina pula cari Melayu untuk dijadikan 'Melayu Buta'.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!