Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, October 27, 2014

"MISTERI" 26,000 TIKET BOLA TERBONGKAR... INI JAWAPANNYA..!


Rasanya mana-mana orang yang pernah dok di Kedah ni, dah tentu depa tau bahawa bola sepak dan rakyat negeri Kedah ni tak dapat dipisahkan. Bak kata orang putih, secara turun temurunnya "Kedahans is Football"... kalah pun takpa, kami tetap sokong pasukan Hijau Kuning!

Secara prinsipnya, memang kami harap Kedah menang semua game. Tapi biasalah adat pertandingan ni ada time kalah, ada time menang, kan? Yang penting, kami tetap teguh memberi sokongan pada pasukan bola sepak kebanggaan kami...

Tapi, baru-baru ni ada yang bersungut pasai 26,000 tiket yang kononnya "lesap". Depa persoal dan mahu Mukhriz atau KFA jawab pertikaian depa tu... ya laaa.. ramai yang tak dapat tiket, dah tentu depa tertanya-tanya mana perginya 26,000 tiket tuuu...

 

Nak tahu jawapannya, sila klik kat sini...

Pada saya, jawapan dari KFA secara panjang lebar tu dah cukup menjawab dah tentang "misteri" tiket 26,000 tu... Tak payah Mukhriz jawab lagi dah...

Lagipun, takkan la pasai tiket pun Mukhriz nak jawab kot? KFA ada...depa boleh jawab aihhh.... rasanya lebih relevan kalau KFA yang jawab...

Dengan jawapan dari KFA tu, saya menganggap pertikaian mengenai "misteri" tiket bola tu dah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi...

Cuma kita harap para penyokong Hijau Kuning berhati-hati lepas ni dari terus ditipu ulat-ulat bola kat stadium tu... rugi bayar duit tapi tak boleh masuk sebab tiket palsu.. tu lagi naya tuuuu...

Pada ulat-ulat tiket tu berenti la buat naya kat orang lagu tu... duit tu bukan berkat pun... kalau diberi makan anak isteri pun mungkin bawa "padah" di kemudian hari...udah-udah la buat perangai aniaya peminat Hijau Kuning....

1 comment:

Anonymous said...

rakyat kedah tak boleh dipisahkan dgn bolasepak sebab Sultan kita pun adalah penyokong no 1 pasukan hijau kuning.
Biar jasa jadi kenangan
Hijau kuning lambang kemegahan

Bila Kak Su Bersuara... Heh!