Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, October 16, 2014

MENGAKU MISKIN.. TAPI PAKAI KERETA, HIDUP MEWAH..!

Depa kata... rakyat Malaysia miskin... rakyat Malaysia kebulur.. rakyat Malaysia tak mampu beli itu dan ini.. rakyat Malaysia ni susah... 

Lepas tu depa buat demo... salahkan kerajaan.. orang lain sebok bekerja, demo dok buat demo tengah-tengah jalan... orang lain dapat gaji berkat.. depa makan gaji buta.. taktau la berkat ke tidak gaji depa tu...

Saya tengok, Sogo tu tak pernah susut.. selalu penuh... parking kat bawah Sogo tu pun selalu penuh especially time cuti sekolah dan weekend...tu belum kira shopping complex lain kat KL tu.. Gurney dan Queensbay Mall kat Penang tu pun selalu packed...


Ni cuba tengok ni... jualan BMW meningkat lagi.. BMW bukannya berharga RM50,000 ke bawah.. compact car BMW pun lebih dari RM100,000... maksudnya rakyat Malaysia ni tak cukup makan ke atau memang dah papa kedana? 

Tak caya? Cuba tengok kat sini....

Tu baru kenderaan mewah.. cuba tengok pengeluaran Proton dan Perodua pulak... tengok pulak jumlah jualan bulanan depa... tiap-tiap bulan dah tentu ada orang beli kereta... minyak naik harga pun depa beli kereta CC besar-besar... macam tu tanda poket kering?

Atau memang kita ni ikut nafsu kot? Nafsu nak pakai kereta besar.. kereta mewah... pakai Waja pun convert jadi BMW... kancil dan kenari yang takdak turbo, depa pasang turbo.. kalau tak mampu pasang turbo kat injin, depa pasang meter turbo "dummy" kat dashboard kereta pun jadi lahhhh..kan?

Bila tak mampu beli kereta, maintain kereta, isi petrol... dicampur pulak dengan kehendak lain macam tengok wayang, beli dvd, makan angin, rokok dan macam-macam lagi kehendak nafsu... dan lepas tu tak mampu nak sara hidup... maka depa salahkan kerajaan... 

Hmmmm... cuba check diri sendiri dulu sebelum tuding jari kat orang lain.. orang lain beli tilam mahal, kita pun nak tilam mahal, orang lain beli fishing rod harga ribu-ribu, kita pun nak beli macam tu jugak... bila duit abis, kita melalak salahkan kerajaan... adil ke kita kat kerajaan ni?

Jangan cakap saya orang kaya dan hidup senang lenang... saya pun hidup sederhana.. saya pun terkesan dengan kenaikan harga petrol dan barang.. jadi saya re-budget la balik belanjawan keluarga saya... kalau plan nak bercuti, kena la simpan duit lama sikit... adehhhh...

Saya tak boleh ikut #lifestyle orang kaya sebab saya bukan orang kaya... saya tak boleh ikut #lifestyle puak berdemo tu sebab demo tu tak selesai masalah saya.. saya tak merungut sebab Allah tak suka hambaNya yang suka merungut...

Cuba ikut cara hidup Islam... insyaa Allah...Allah cukupkan segala keperluan... kalau sabar, insyaaAllah Dia tambah lagi dengan memenuhi kehendak kita pulak... kita usaha...doa.. dan lepas tu bertawakkal... boleh? Hmmmm...  

3 comments:

Anonymous said...

Bkn setakat beemer je naik jualan, keta mercedes pun naik 16 peratus utk suku ketiga. pastu dorg konfiden ble kekal prestasi... mmg musykil sungguh org 'miskin' kt mesia ni.

Anonymous said...

YG PAKAI KERETA2 MEWAH NI SATU KAUM JER!

Jane Duncan said...

Memang rakyat Malaysia dikalangan orang Melayu kebanyakannya miskin!!! miskin maruah, miskin budi , miskin tenaga, miskin hati, miskin iman, dan paling teruk miskin JIWA, dan tidak mampu BERFikiran futuristik akan nasib dan masa depan bangsa sendiri.. MEMANG MISKIN!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!