Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, October 26, 2014

JIKA ADA PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT DI KEDAH, HARAP DIA BANTU ADIK AINA NI...


Sebagai seorang ayah, saya faham apa yang ibubapa adik Aina ni rasa. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan?

Saya takde la nak manjakan sangat rakyat Kedah ni. Tapi bila masuk bab anak sakit ni, dan keluarga pulak dalam keadaan kurang mampu, rasanya pihak berkaitan perlu hulurkan bantuan secepat mungkin untuk adik Aina ni...

Mungkin bagi golongan berada, depa boleh biaya anak-anak depa kalau sakit. Kalau tak ke KMC, depa ke PMC. Kalau tak ke KPJ, depa boleh ke Metro, Pantai Medical Centre dan sebagainya... 

 

Tapi macamana dengan adik Aina? Memang adik Aina difahamkan ke hospital kerajaan... Sebelum ni, adik Aina dah duduk sampai 60 hari kat Hospital Sultanah Bahiyah tu...

Kalau nak tahu, 25 hari adik Aina kita ni tak sedarkan diri, terlantar di hospital tu... Cuba baca kat sini derita adik Aina...

Cuba bayangkan kalau perkara yang sama berlaku pada anak kita... rasanya keluarga adik Aina ni cukup sabar dalam menghadapi dugaan Allah SWT...

Jadi, saya haraplah mana-mana pihak yang sudi hulurkan bantuan untuk adik Aina ni.. kurangkan beban adik Aina dan keluarganya dengan ikhlas....

Cuma saya pesan, janganlah war-warkan sangat bantuan kita tu. Biar ikhlas. Bagi tangan kanan, tangan kiri tak tahu. Tak payah sediakan cek besar-besar... kalau boleh biar Allah SWT saja yang tahu... 

Mohon bantuan segera... hanya Allah SWT saja yang dapat membalas budi baik kalian... insyaAllah di akhirat kelak...

2 comments:

Anonymous said...

Dlm. KEGHAIRAHAN meraikan projek MEGA Litar Kedah tu, apahallah JKM Jitra, UMNO dan Kem. Kesihatan ni (kata ada bantuan pesakit miskin) - tak bantu BUMIPUTERA Islam/Melayu kita yg. miskin MISKIN dan MENDERITA mcm. ni, sampai terpaksa MENGEMIS kat org. awam?!

Makcik Sambal Belacan.

Garam Belacan said...

Mana pi duit kutipan Tin Milo. uluqlah sikit kat adik ni. Tangan kanan memberi pastikan tangan kiri buat-buat tak tau.

Jika iapun kenapa sikit-sikit nak sindiaq kerajaan. Dok pi sangkut paut degan projek dan program lain buat apa.

Minta orang huluq cara iklas tapi belum apa-apa lagi dah dok menyindiaq orang.

Kalau orang sindiaq hampa balik dah jadi cerita lain.

Buka semua orang dok mengadap menatang bloq ni. Jika semua rakyat Kedah dok mengadap menatang blog ni dan tak ambik tau langsung kut la.

Lain kali tok sah dok buat lagu ni.Insyaallah rakyat Kedah yang dah tau perkara ni pasti akan bantu. Wassallam...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!