Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, October 29, 2014

INI SAJA PENDIRIAN PAS KEDAH TENTANG PasMa???

Selalunya, dalam bab bercakap ni, Mahfuz la yang selalu ke depan. Pantang dapat mikrofon, lepas dia, dia...lepas dia, dia jugak yang nak bercakap... memang dilahirkan semulajadi suka kat pegang mikrofon kottt... biasa la.. Mahfuz kan Ketua Penerangan PAS Pusat...

Rasanya semua tahu PAS sekarang ada masalah dengan PasMa. Semua orang tahu Presiden PasMa ialah Phahrolrazi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah. Mahfuz pula Pesuruhjaya PAS Kedah...

Peliknya, yang buat kenyataan pasal PasMa mewakil PAS Kedah ni ialah Musoddak, bukan Mahfuz! Aik? Kali ni Mahfuz takmau pegang mikrofon ka? Pesuruhjaya "busy terlampau" sampai suruh Setiausaha saja bagi kenyataan?


Tu pun Musoddak bagi kenyataan media melalui Whatsapps saja. Khabarnya takdak sebarang sidang akhbar pun. Tak macam di Terengganu, Pahang dan Perlis, semuanya Pesuruhjaya PAS Negeri buat kenyataan melalui sidang media... 


Mungkin Musoddak pun tahu perkara ni bukan part dia yang perlu menjawab bagi pihak PAS Kedah. Bab sebesar ni yang melibatkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, patutnya Pesuruhjaya PAS Kedah yang bagi kenyataan, bukan Setiausaha, kan?

Bukan apa... nanti orang tuduh Musoddak gila kuasa nak jatuhkan Phahrolrazi pulak, kan? Mungkin sebab nak hindarkan diri dari timbul sebarang spekulasi, Musoddak buat kenyataan ikut cara "one way communication" saja...naya ja SU PAS Kedah bila Mahfuz "lepas tangan" macam ni...

Tapi, mengikut sumber dalaman PAS, Mahfuz dikatakan merestui tindakan Phahrolrazi menubuhkan PasMa. Taktau la sebab apa Mahfuz restu, tapi depa kata Mahfuz pun "tunduk" kat Phahrolrazi... 

Saya tak pasti sama ada perkara tu hanyalah persepsi para penyokong tegar PAS atau sememangnya betul, tapi itulah yang disampaikan oleh salah seorang jawatankuasa PAS Kawasan baru-baru ni... Wallahu'alam...




No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!