Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, October 29, 2014

DI MANA TAAT SETIA PENYOKONG PAS KEDAH..?


Saya tak berapa nak faham, kawan-kawan PAS kat Kedah ni sokong dan taat pada siapa? Pada Ayah Chik atau Phahrolrazi? Atau taat dan setia depa pada Mahfuz Omar?

Pada saya, apa pun dalam sesebuah jemaah, fiqh mentaati pemimpin perlu difahami sewajarnya oleh seluruh ahli jemaah, tak kira PAS, UMNO atau apa juga jenis jemaah tu... kalau tak setuju dengan pemimpin tertinggi, ahli boleh resign...

Cuma, bila Phahrolrazi ni sakan dok balun Ayah Chik, apa yang Mahfuz buat selaku Pesuruhjaya PAS Kedah? Buat bodoh? Apa pula pendirian ahli-ahli PAS Kedah bila berlaku percanggahan begini?


Sila baca kat sini tentang kenyataan Ayah Chik pada Phahrolrazi... Mahfuz bila nak bertindak? Sekurang-kurangnya, bagi la laporan kat PAS Pusat pasal Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah tuuu... takut ka?

Bila jadi macam ni, ahli PAS Kedah yang keliru. Bila keliru, maka akan timbul beberapa puak. Satu sokong Ayah Chik, satu sokong Phahrolrazi, dan satu lagi bersikap berkecuali...malas depa nak ambik port....

Bila jadi macam tu, macamana PAS nak bersatu? Nak bersatu pun payah, macamana nak berjuang sebagai sebuah jemaah? Dah jadi macam solat 2-3 imam dah PAS di Kedah ni? Teruk la brooo... Macamana PAS nak idup di Kedah?

2 comments:

Anonymous said...

KELIRU .. SEBAB DAH BIASA SEMBAHYANG 2 IMAN..

Anonymous said...

Keliru sebab orang2 PAS anggap diri mereka sebagai tuhan!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!