Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 4, 2014

#2KUPANG: SARANAN 20sen UNTUK KERAJAAN DAN RAKYAT..!


Masih marah pasal RON95 naik jadi RM2.30 seliter? Ya, saya yakin masih ramai yang marah- marah. Ye laaa..dengan pengurangan subsidi dan kenaikan harga petrol tu, maka kita perlu tambah RM10 kalau gunakan 50 liter petrol sehari berbanding harga sebelum ni...kan? 

Ada ke yang pakai 50 liter sehari? Mungkin teksi dan bas... Tapi saya yakin pengguna biasa tak pakai sebanyak tu setiap hari... 

Saya? Ya.. saya pun terkesan jugak dengan kenaikan harga petrol ni. Maklum laaa.. gaji tak seberapa. Bila naik harga petrol ni, maka saya perlu buat sesuatu...


Ramai gak la kawan-kawan PAS saya dok sindir. "Sokong la UMNO tu lagi.. kan petrol dah naik harga.." kata depa. Saya sengih.. saya jawab,"Awat? Kalau PAS perintah petrol tu turun jadi 4 kupang 5 duit ka?" soal saya balik...

Pada saya, buat masa sekarang ni, berilah alasan sebaik mana pun, penjelasan selogik mana pun, kenyataan idealistik serealistik mana pun, orang ramai tak boleh terima lagi...

Sebab? Sebab depa tengah marah. Orang bila marah ni bukan boleh berfikir dengan baik. Selalunya kurang rasional sebab tahap emosi depa tengah maksimum sekarang ni. Lagipun, marah tu kan dari setan... hehehehee...

Apa yang saya buat? Saya tak buat apa-apa. Saya buat macam biasa. Cuba bertenang. Solat macam biasa. Baca Al-Quran macam biasa... pi kerja macam biasa.. hidup macam biasa... 

Cara saya atasi kenaikan harga petrol? Meh saya kongsi sikit... Saya ada beberapa kali pengalaman hadapi kenaikan harga petrol dan barang-barang sebelum ni... heheheee...

Caranya, saya berjimat. Saya kaji semula bajet bulanan saya. Saya cut cost mana yang tak perlu dan kurang keutamaan. Saya disiplin sikit belanjawan saya... memang tak best pun bila cut cost ni... tapi insyaAllah berkesan...

Mujurnya, saya gunakan kereta kecik.. 1000cc jer.. kat situ dah jimat sikit. Saya kurangkan panggilan telefon. Saya kurangkan beli baju baru. Saya tukar jenama barang-barang keperluan rumah. Saya tak beli barang-barang yang tak perlu...

Saya still boleh pergi bercuti bawa anak isteri berjalan. Kalau nak ke oversea, maka saya perlu simpan duit lama sikit.. kalau nak jalan-jalan dalam negara, maka tempoh menyimpan tu singkat la sikit... yang penting ialah menyimpan kalau nak bercuti...heheheee...

Paling best, saya bawa kereta lebih slow berbanding sebelum petrol naik harga. Kalau dulu bawak average 120kmh, sekarang ni naik highway bawah 110kmh... perghh memang save minyak bro... 

Cuma bila terkenangkan petrol naik ni, saya teringat la nasib saudara-saudara saya yang pendapatan rendah (saya kategori sederhana jer). Mungkin depa takdak kereta untuk isi minyak, tapi dek kerana peniaga-peniaga naikkan harga barang, maka depa pun terima kesan jugak...

Kerajaan boleh pantau harga barang. Tapi sampai bila nak pantau? Tiap-tiap hari pantau? Atau bila ada aduan saja? Atau bila ada operasi saja? Atau time Menteri turun saja? Tak berapa praktikal sangat...

Yang saya kesal tu sikit saja... kenapa la Menteri Kewangan Kedua kita tu cadang kurangkan subsidi petrol dulu sedangkan banyak lagi subsidi lain yang boleh ditarik balik. Hapuskan pun tak pe sebab nak rasionalisasi, kan? Tapi subsidi petrol ni tarik la last sekali... boleh tak?

Saya faham teori ekonomi. Memang subsidi tak bagus untuk ekonomi kerajaan dan hanya bagus untuk ekonomi rakyat. Tapi kalau ekonomi rakyat tak berapa nak baik (gaji tak seberapa macam saya), maka dah tentu la akan bebankan rakyat sedikit sebanyak...kan?

Sebab tu la Ustaz Kazim, Asyraff Wajdi dan ramai jugak la yang sarankan MOF kaji semula pengurangan subsidi ni... Kami bukan menentang, cuma beri buah fikiran secara membina untuk kepentingan bersama...win-win situation... takkan tak boleh kot? heheheee...

Lain la kalau gaji bulanan kami naik untuk diselaraskan setimpal dengan kenaikan harga dan penggunaan petrol kami...kan? Menteri Kewangan Kedua perlu tahu, walaupun dah kuat kuasa gaji minima untuk sektor swasta, masih ramai lagi majikan di Kedah ni yang tak laksana ketetapan kerajaan tu.. cuba ambush tengok...Pengawal keselamatan pun ada yang gaji RM600 sebulan...

Jadi, saranan saya untuk rakyat, tak perlu marah-marah atau sindir-sindir. Sabar, buat bajet balik, dan cuba reconcile balik... insyaAllah berkat rezeki yang halal tu cukup untuk keluarga kita. Saranan saya untuk pihak kerajaan, mohon kaji semula la pengurangan subsidi petrol tu.. ada chain reaction berbanding kurangkan subsidi barangan lain..kan? Peace! 

P/s: My 20cent opinion... heh!

3 comments:

Mat Paroi said...

Memang bagus pendapat Sdr Duke, tapi bagi kebanyakan yg dah puaso berbajet tuu, macam mana pulak? Lagi satu, tindakan yg memeranjatkan rakyat macam nie sekiranya berhampiran perayaan atau hari besar kaum lain, akan difikir habis-habisan supaya di lewatkan (rakyat di dahulukan laa katakan), disebaliknya bila tiba lebaran Melayu/Islam, hitungan ini dgn mudah diketepikan. Bayangkan betapa terhirisnya perasaan mereka ini yg rata2 telah menyokong Dan mengundi BN dgn ketika perhatinan ini!

Anonymous said...

Yang heran, depa sanggup beratur nak isi minyak lepas tu pi KFC dan beli rokok. Nampak benar ramai rakyat Malaysia ni hipokrit. Mereka mampu sebenarnya tapi saja. Dah perangai hodoh. Suatu hari, kalau Allah tarik segala nikmat ini, apa jadi agaknya. Pada aku, minyak naik sikit boleh terima lagi, jangan minyak tak ada. Takkan nak pi kerja jalan kaki.

Anonymous said...

Menarik..
Dan juga fikirkan...
Kalu kita kelulusan sijil tetapi kenaikan pangkat mesti ada diploma. Jgn mara org kalau tk naik pangkat. Usahalah dptkn diploma. Kalau minyak naik arga maka cari lah jln utk atasi utk lebih kuasa membeli usaha lebih lg. Bukan biaq pi dan membenci sana sini. Bersyukur pd ilahi dgn apa Dia beri.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!