Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 3, 2014

DEMI PAKATAN HARAM, AZIZ BARI SANGGUP DERHAKA PADA SULTAN?

Saya tahu, Aziz Bari memang tahu dan masak tentang perlembagaan. Tapi, walau macamana sekali pun "pakar"nya Aziz Bari tu, dia perlu tahu tentang adab susila apabila memberikan komen tentang isu yang membabitkan Sultan...

Saya tahu, Aziz Bari ada hak bersuara. Tapi sebagai orang Islam, cara bersuara tu perlu ikut akhlak Islam dan jaga maruah Sultan yang menjadi penaung bagi negeri-negeri Melayu...termasuk Sultan Selangor...

Saya juga tahu, Aziz Bari memang sokong Pakatan Haram sebab otak dia hanya ikut buku, tapi kurang rasional dalam pertimbangan. Jadi, tak hairan la kalau dia berani tempelak Sultan Selangor baru-baru ni...



Setahu saya, Islam menganjurkan umatnya supaya menegur atau memberi pandangan menggunakan cara yang berhikmah. Dalam hal ini, kalau betul pun Aziz Bari sokong Pakatan Haram, dia perlulah gunakan cara berhikmah untuk sampaikan pandangan dia kepada Sultan Selangor...

Paling utama, Aziz Bari perlu tahu bahawa BUKAN DIA SEORANG SAJA YANG PAKAR TENTANG PERLEMBAGAAN. Saya yakin, SULTAN SELANGOR PUN ADA PAKAR PERLEMBAGAAN baginda sendiri... so tak payah la nak tunjuk "pakar" sangat...

Bila Aziz Bari tunjuk perangai macam ni, nampak sangat la dia kurang ajar. Bila berkurang ajar pada Sultan, maka dia layak dikatakan sebagai penderhaka... kalau zaman kesultanan Melayu Melaka, agaknya apa yang akan jadi pada "kepala" Aziz Bari? Heh!

Saya sarankan agar Aziz Bari supaya berlapik sikit bila nak bercakap. Gunakan laras bahasa yang sesuai dan berhikmah. Nak tegur anak, tak sama caranya nak tegur ibu. Nak tegur kawan, tak sama caranya nak tegur musuh, kan? Aziz Bari cari musuh dengan Sultan Selangor ke?

Saya tak tahu la rakyat Selangor dah celik atau tidak. Selangor memang dah huru-hara. Garu kepala? Haru biru? Gundah gulana? Hmmmmm... lain kali undi la Pakatan Haram. Kan dah kenaaaa... heh! Jangan marah saya, marah pada diri sendiri... Selangor dah nak jadi "Darul DAP" dah sekarang ni... heh!

7 comments:

kluangman said...

Apa bidang pun kepandaiannya tetapi kalau masih belum pandai berbahasa, dia belum cukup pakar.

Bahasa adalah alat komunikasi untuk menyampaikan maklumat secara berkesan tetapi jika bahasa yang digunakan merosakan si penerima maka itu dianggap kegagalan.

Seorang pakar bedah memerlukan kecekapan komunikasi dengan rakan kerjanya yang lain semasa pembedahan, salah komunikasi si pelanggan akan mati.

Anonymous said...

Kalo dia jiran aku dah lama mkn penumbuk aku..... gerenti berterabur gigi dia..

Aku kasi pecah rahang dia dgn buah pukul pecah 4 aku ni....

Nak tgk dia handal x ngelak...

Aku cri pasal laa... keta paking blok jln ka... buang sampah x btul ka...

X pon aku cri pasal dgn anak dia.... bg penampo skali.... kalo brani panggil la bapak ko dtg jumpa aku...

dia ni blom kene buku sama ruas.... sbb tu la belagak... suka2 kau jaa hina soltan ehh...

ramai lg melayu sanggup mati pertahan soltan dia weii....

boddo punya aziz babi....


Iklan Johor said...

prof kangkung..yg kurang kasih sayang atau masalah mental?

Anonymous said...

Sama seperti ayat-ayat yang diungkapkan oleh 'pakar-pakar perlembagaan' yang lain. Bercakap ikut buku. Bak kat orang tua-tua dahulu...takde tamakninah.

Dalam akhbar milik Vincent Tan-penyokong tegar DAP tu semalam, si Syahredzan Johan berkata,

...it is within the legal rights of the respective political parties to submit only one name even though the Sultan has requested for more than one.
"The request by His Royal Highness should be seen as just that - a request."

Bayangkan kalau seorang anak berkata begitu kepada ayahnya yang dah tua.

"Ayah boleh mintak apa saja yang ayah nak tapi tak bermakna saya perlu beri."

Bukankah ini kata-kata seorang anak yang kurang ajar!

Semua nak ikut buku!

I wonder... kalaulah ditakdirkan anak dia buat jahat pukul rakan sekolah ke... lalu ditangkap polis, adakah dia juga akan 'ikut buku' dan biarkan aje anak dia dipenjara atau sebagai lawyer, dia akan cuba berbincang dengan ibu bapa simangsa untuk elakkan anak dia daripada kena hukuman mahkamah?

Ben Yaacob said...

http://www.bangkit.info/2014/09/cara-betul-membaca-perlembagaan-jawapan.html

Anonymous said...

Pakar sangat ke..? Dah jadi mayat, kena orang usung juga ke kubur. Tak boleh pun berjalan sendiri ke sana.. Patutnya dah pakar, boleh tau bila mati, boleh gali kubur sendiri dan masuk liang lahat sendiri..

SolitaireHunter said...

Khalid Bari sedang mempersiapkan dirinya untuk dilantik sebagai Punahsihat U/Undang Negeri Selangor!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!