Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, August 25, 2014

MOHON PERHATIAN PEMIMPIN ISLAM KELANTAN DEMI GADIS INI...

Basically, PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990 lagi. Sejak 1990, PAS dibawah pentadbiran "Tok Guru" Nik Aziz Nik Mat...

Kononnya, kepimpinan "Ulama Politik PAS" ni menggunakan pendekatan "spiritual".. secara tak langsung, saya yakin pendekatan tersebut mampu mengubah, mentarbiyah dan menyediakan "tamrin" yang ampuh bagi mendidik akhlak rakyat Kelantan ke arah yang lebih Islamik...

Saya tak kisah la kalau Kelantan tak membangun dari sudut material atau kemajuan infra. Mungkin disebabkan "Tok Guru" Nik Aziz kita lebih mendidik ke arah pembangunan akhlak yang lebih sempurna...

 

Saya terima alasan orang PAS tersebut...

Cuma, di sini saya mahu berkongsi salah satu "KECEMERLANGAN" pendidikan "spiritual", hasil dari pentadbiran "Tok Guru" tersohor PAS... Sila lihat di sini...

Gadis ni berusia 21 tahun ketika ditemubual. Maknanya, kalau dihitung umurnya, gadis ni lahir di dalam zaman pentadbiran PAS dan membesar dalam tempoh pemerintahan "Ulama PAS" yang "disegani" tu...

Ada sesiapa kisah pasal gadis ni? Saya tak rasa orang Kelantan kisah. Yang kisah pasal gadis ni mungkin rakyat yang tinggal dalam Kelantan.. 

Tapi orang Kelantan yang hidup di luar Kelantan apa kisah, kan? Yang penting depa balik setiap kali PRU dan undi PAS. Apa yang penting Kelantan perlu ditadbir oleh "Ulama PAS". Generasi baru di Kelantan rosak atau tidak, apa mereka peduli, kan? Diorang tinggal di luar Kelantan.. habis mengundi keluar balik...

Saya harap, rakan-rakan dari Kelantan maafkan saya atas sindiran ini. Maafkan saya. Kesian saya tengok gadis macam ni. Patutnya, umat Islam Kelantan jadi contoh baik bagi umat Islam di negeri-negeri lain...

Saya juga harap MB Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob, tolonglah tengok-tengokkan Kelantan. Betulkan kembali apa yang "Tok Guru" kita terlepas pandang selama ni... bolehkan, Datuk? Saya sayang semua saudara seagama saya, termasuk orang PAS...itu saja niat saya... sama-sama la kita kuatkan ummah!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!