Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 27, 2014

"BOIKOT HANGAT-HANGAT TAHI AYAM" ATAU..???

Sebelum ni, ramai di kalangan kita yang bercakap tentang boikot barangan yang dipercayai ada hubung kait dengan kepentingan Israel. McDonald's dan Tesco merupakan antara dua pihak yang telah diboikot orang ramai..

Tapi dalam pemerhatian saya, masih ramai juga umat Islam dan rakyat Malaysia yang beli makanan di McDonald's dan shopping kat Tesco... Agak susah untuk boikot dua jenama tu..kan? Begitu? Boikot untuk sehari saja, lepas tu kerumun pi beli burger McD.. hmmmm....

Jadi macamana ni? Hangat-hangat tahi ayam saja ke? Alhamdulillah, hingga kini saya masih belum masuk ke premis McD lagi sejak kita mula boikot depa hari tu... bukan apa... saya ni memang bukan penggemar fast food pun... heh!

 

Kat sini, saya nak berkongsi satu pilihan. Pilihan untuk membantu ekonomi umat Islam. Pilihan untuk memilih barangan kegunaan kita yang lebih terjamin HALAL, bersih, selamat dan paling best ialah KUALITInya yang setanding dengan jenama-jenama hebat yang dikeluarkan syarikat bukan Islam...

Sebagai contoh, sebelum ni kita kalau ke kedai runcit, kita memilih untuk membeli Kiwi Kleen untuk mencuci pinggan mangkuk dan Dynamo untuk mencuci pakaian...

Saya nak tanya la sikit... kalau ada produk MELAYU, beragama ISLAM, dijamin HALAL, diyakini SUCI dan berKUALITI setanding dengan jenama bukan Islam, adakah kita setuju untuk membeli produk tersebut?

Sekarang, cuba test diri kita... untuk pengetahuan lanjut, sila KLIK KAT SINI... biarpun sedikit sumbangannya, tapi sekurang-kurangnya ia mampu memberi sumbangan pada pembangunan ummah...

Kalau kat link tu pun kita tak mampu nak buat, usah bicara soal boikot kot...heh!


No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!